Anda di halaman 1dari 18

TOPIK 2:

PERANAN DAN TUJUAN


PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Definisi Pentaksiran:

Pentaksiran bilik darjah meliputi satu kaedah dan sumber


yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpulkan,
menginterpretasi dan mensintesis maklumat tentang
pelajar.” Menurut Cizek (1993) dalam Bhasah (2009),

Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengutipan,


sintesis dan interpretasi maklumat dalam membuat
keputusan (Airasian, 2001) dalam Vincent Pang dan Denis
Lajium (2008).

Menurut Bhasah (2009), istilah pentaksiran dan penilaian


saling bertukar ganti. Umumnya pentaksiran melibatkan
membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu
peraturan dan piawaian.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.

- Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses


pembelajaran, oleh itu pentaksiran dan penilaian
merupakan satu proses berterusan yang
digabungkan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

- Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran,


pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi
mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat
yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan
pemantauan pengajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
- Contoh:

- Pelbagai kaedah pengutipan maklumat dan interpretasi


juga terlibat dalam pentaksiran.

- Sebagai contoh, Azni mendapat 85 markah untuk mata


pelajaran Kajian Tempatan.

- Dalam pentaksiran kita tidak dapat mengatakan sama


ada prestasi Azni baik atau tidak kerana markah
tersebut tidak mencukupi untuk memberi maklumat
yang berkenaan.

- Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa


perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan
daripada penaksiran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
- Contoh:

- Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa


perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan
daripada penaksiran.

- Contohnya nilai, sebab-sebab pelajar mendapat markah


sedemikian, tahap program, pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dan keberkesanan objektif kurikulum
tercapai atau tidak.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
- Ciri-ciri pentaksiran

a. Pentaksiran merupakan satu proses


mengumpul data bertujuan membuat keputusan
tentang individu atau kumpulan.

b. Ujian merupakan sebahagian daripada


pentaksiran.

c. Semasa membuat pentaksiran ke atas


pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
kecekapan untuk menentukan sama ada tahap
kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu
peringkat pengajaran dan pembelajaran telah
dapat diwujudkan.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

A. Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-


sekolah, guru dan pelajar meningkatkan dan
memberikan piawaian yang lebih bermakna.

B. Memberikan fokus atau tumpuan serta arah


kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
menepati piawaian yang ditetapkan.

C. Memberi sijil kepada pelajar yang


menunjukkan kecekapan dalam sesuatu bidang
pembelajaran dan guru menentukan t ahap
pencapaian pelajar berbanding dengan kriteria yang
telah ditetapkan.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

D. Mengunakan maklum balas dari hasil


pentaksiran untuk pendidik dan pelajar memahami
dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek
berkaitan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Contohnya, mencari punca kelemahan dan
membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi atau
memperbaiki kaeah pengajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
Tujuan Pentaksiran

E. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar


dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran
yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang
lebih berkesan.

Contohnya, apabila pelajar dapat


melaksanakan tugasan dengan cemerlang, mereka
diberikan pengiktirafan di atas pencapaian
mereka.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.1 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)

Pentaksiran untuk Pembelajaran melibatkan


pensyarah menguji pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran siswa pendidik sebagai bukti maklum balas
terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah. Ia juga
dikenali sebagai pentaksiran formatif dan berlaku
sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan pembelajaran dan kefahaman siswa
pendidik
terhadap pembelajaran.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.1 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)

Pentaksiran untuk Pembelajaran adalah proses


mencari dan mentafsir bukti untuk digunakan oleh siswa
pendidik dan pensyarah dalam membuat
keputusan pada peringkat siswa pendidik berada
dalam pembelajaran mereka dan menunjukkan langkah
yang perlu diambil untuk meningkatkan
pembelajaran seterusnya (Assessment Reform
Group, 2002).
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.1 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)
Bertujuan untuk:
1. membantu siswa pendidik untuk membuat
refleksi dan belajar dengan lebih berkesan dan bukan
pencapaian markah dan gred semata-mata.
2. melibatkan aktiviti pentaksiran secara formal
dan tidak formal sebagai sebahagian daripada
proses pembelajaran dan maklum balas untuk
perancangan pembelajaran akan datang.
3. merangkumi matlamat yang jelas untuk
aktiviti pembelajaran.membekalkan maklum balas
efektif yang dapat memotivasikan siswa pendidik
untuk penambahbaikan.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.1 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assesemant for Learing)
Bertujuan untuk:
4. mencerminkan kepercayaan bahawa semua
siswa pendidik boleh memperbaiki diri.
5. menggalakkan pentaksiran kendiri dan
pentaksiran rakan sebaya sebagai rutin dalam
kelas.
6. memberikan maklum balas kepada
pensyarah, siswa pendidik dan ibubapa tentang
prestasi.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.2 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assesemant as Learing)

Pentaksiran sebagai Pembelajaran berlaku apabila


siswa pendidik membuat refleksi dan memantau
pencapaian mereka sendiri bagi tujuan menambah baik
pembelajaran mereka.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.2 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assesemant as Learing)

Bertujuan:
1. untuk mengukuhkan pembelajaran dalam
kalangan siswa pendidik melalui proses
pentaksiran yang dilalui, terutamanya dalam
pentaksiran prestasi.
2. Melalui pentaksiran kendiri dan rakan
sebaya, siswa pendidik berpeluang membuat refleksi
tentang pembelajaran mereka serta mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan sendiri dan membuat
penerokaan kendiri seterusnya.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.

2.3 Pentaksiran Tentang Pembelajaran


(Assesement of Learning)

Pentaksiran tentang Pembelajaran berlaku apabila


pensyarah menggunakan bukti (evidence) pembelajaran
siswa pendidik untuk membuat pertimbangan
(judgement) terhadap pencapaian siswa pendidik
berdasarkan sesuatu standard.
2.0 Peranan dan tujuan Pentaksiran.
2.3 Pentaksiran Tentang Pembelajaran
(Assesement of Learning)

Bertujuan:
1. Akauntabiliti/Kebertanggungjawaban kepada
masyarakat
2. Pencapaian dan perkembangan siswa
pendidik perlu dilaporkan kepada ibu bapa, masyarakat
dan pihak pentadbir.
3. Pensijilan Pensijilan bagi Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan.
4. Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
❑ SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai