Anda di halaman 1dari 25

NOTA 3 PIMK2063R PENGAJIAN KURIKULUM

PENGENALAN DAN SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM


TAJUK 1
DI MALAYSIA

SINOPSIS:

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar pengetahuan tentang


pengenalan dan sejarah Pendidikan Islam di Malaysia meliputi pengenalan dan definisi
Pendidikan Islam, sejarah dan matlamat Pendidikan Islam.

Hasil Pembelajaran.

Pada akhir modul ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan definisi dan sumber-sumber Pendidikan Islam.


2. Menghuraikan sejarah perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia.
3. Menghuraikan matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru sebagai pengetahuan asas dan
umum mengenai latar belakang Pendidikan Islam yang mencakupi definisi, konsep dan
sumber, sejarah perkembangan Pendidikan Islam serta matlamat pengajaran dan
pembe

1.1. PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah mewakili manhaj yang merealisasikan amalan praktikal


pengsyariatan Islam. Agama Islam bukan semata-mata mebincangkan persoalan ilmiah
dan perkara yang berunsur kognitif, bahkan ia juga berobjektifkan perlaksanaan amali
dan praktikal. Ilmu pengetahuan merupakan satu cara untuk merealisasikan
perlaksanaan praktikal yang betul. Ia membimbing manusia kepada petunjuk Ilahi, dan
ia juga merupakan tujuan utama kebangkitan para nabi Allah alaihimussalam dan
kebangkitan nabi akhir zaman Muhammad SAW.i Ini berdasarkan firman Allah dalam al-
Quran:
          
          
“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ymmiyyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan
kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab
Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum
Syarak). Dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Saff:2)
Nabi Muhammad SAW mengajar para sahabat baginda dan mendidik mereka dengan
pendidikan yang terbaik. sehingga mereka sampai ke kemuncak ketinggian pendidikan,
dan mereka menjadi orang yang sanggup untuk mendahulukan orang lain dari diri
sendiri walau pun dalam situasi yang mereka sendiri memerlukan. Ini dijelaskan oleh
Allah SWT dalam al-Quran:

1
           
             
      
“Dan orang-orang (ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum
mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula
dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang
yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih
daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat
berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (surah
al-Hasyr: 9).

Kebangkitan Nabi SAW dengan membawa bersama manhaj pendidikan nabi ini telah
mendidik para sahabat baginda dan telah mengubah perjalanan sejarah dan kehidupan
manusia. Dengan kebangkitan ini, Allah SWT telah menyelamatkan ummah dan
masyarakat dari dimusnahkan oleh peperangan, dirosakkan oleh kecelaan, disia-siakan
oleh perasan dendam dan kebencian, dan dipesongkan pemikiran mereka kepada
penyembahan perkara-perkara yang tidak pernah didengari dan perkara yang tidak
masuk akal.
Selepas kewafatan nabi SAW, para sahabat baginda telah bangkit memainkan peranan
masing-masing dalam memberi tunjuk ajar dan panduan kepada generasi tabiin dan
mendidik mereka dengan pendidikan yang terbaik, yang telah melahirkan para ulamak
dan pemimpin manusia yang menyeru kepada kebenaran. Lantaran itu sejarah dan
manhaj pendidikan mereka telah dianggap sebagai sumber pendidikan yang utama bagi
generasi hari ini. Di dalamnya terkandung keaslian ilmu dan amal, keberanian dan
kesabaran dalam menegakkan kebenaran.

DEFINISI PENDIDIKAN:

Dari segi bahasa:


Perkataan “pendidikan” memberi makna yang pelbagai. Kesemua maknanya menjurus
kepada aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam proses pendidikan; ia dijelaskan seperti
berikut:
al-Islah (penambahabaikan), al-nama’ wa al-ziyadah (penambahan atau pembangunan),
nashaa (berkembang),; secara ringkasnya definisi dari segi bahasa ini menjelaskan
bahawa makna “ pendidikan” itu berlegar di sekitar makna penambahabaikan,
melaksanakan aktiviti mendidik, mengawal dan menjaganya dengan apa yang
dibangunkan.
Pendidikan dari segi istilah:
Menurut al-Baidawi; pendidikan adalah menyampaikan sesuatu sehingga sempurna
tanpa ada perubahan.
Menurut al-Gharib al-Asfahani; pendidikan adalah menyembangkan sesuatu sedikit
demi sedikit sehingga sampai ke tahap yang sempurna.
Boleh disimpulkan bahawa pendidikan Islam ialah: proses mendidik manusia sedikit
demi sedikit dalam semua aspek kehidupan, dengan tujuan mencari kebahagiaan di
dunia dan akhirat dan bertepatan dengan manhaj Islam.
SUMBER PENDIDIKAN ISLAM:

2
Menurut Dr Khalid bin Hamid al-Hazami, rujukan utama pendidikan Islam ialah al-
Quran, al-Sunnah, dan sirah para sahabat Rasulullah .
1. Al-Quran al-Karim:
Al-Quran al-Karim merupakan sumber utama Pendidikan Islam. Ia merangkumi semua
perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan individu dan
masyarakat ke arah kebaikan. Al-quran memperbaiki kehidupan mereka, mengatur
urusan-urusan mereka, merealisasikan kebahagian mereka di dunia dan di akhirat,
menjauhkan mereka dari kejahatan dan kekusutan. Asas pendidikan Islam dalam al-
Quran itu dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:
a. Pendidikan Akhlak; al-Quran mendidik manusia supaya menghiasi diri dengan sifat
yang terpuji dan menjauhi segala sifat keji. contohnya ia menyuruh manusia supaya
bercakap perkara yang baik, firman Allah SWT:
             
    
“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku (yang beriman), supaya
mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang
menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka
(yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
amat nyata bagi manusia.” (Surah al-Isra’:53)
Al-Quran menyuruh orang mukmin bercakap benar; firman Allah SWT:
        
“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah
kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.” (Surah al-Taubah:119)
Al-Quran menyuruh orang mukmin bersifat rendah diri; firman Allah SWT:
                
             
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga
rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara
ialah suara keldai" (Surah Luqman:18-19)

b. Pendidikan Intelektual dan Pancaindera; al-Quran juga mendidik manusia supaya


menggunakan akal (intelektual) dan pancaindera dengan sebaiknya untuk mengurus
dan mentadbir dunia. Akal dan pancaindera mestilah digunakan dalam bentuk yang
selari dengan kehendak dan tuntutan Islam serta menggunakannya dalam aspek yang
boleh memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Akal hendaklah digerakkan supaya
berfikir dalam perkara-perkara yang berfaedah. Ia tidak seharuskan diabaikan tanpa

3
diambil manfaat daripadanya; seperti tidak mahu mencari penyelesaian bagi sesuatu
masalah yang timbul dan sebagainya.
Di antara gesaan al-Quran kepada pendidikan akal dan deria ini ialah firman Allah SWT:
              
  
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (surah al-Isra’: 36)
Qatdah berkata: janganlah kamu berkata “aku melihat” sedangkan kamu tidak
melihatnya, “aku mendengar” sedangkan kamu tidak mendengarnya, dan “aku
mengetahui” sedangkan kamu tidak mengetahuinya. Sesungguhnya Allah SWT akan
mempersoalkan perkara tersebut kepada kamu dan kamu mesti bertanggungjawab
terhadapnya.
Allah juga menggesa manusia supaya menggunakan pancaindera untuk menentukan
sesuatu objektif atau matlamat. Antaranya; dalam menentukkan matlamat kejadian
manusia, mereka perlu menggunakan pancaindera dan berfikir tentang makhluk yang
dijadikan oleh Allah. Firman Allah SWT:
            
        
“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit
bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia
ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (Surah al-Ghasiyyah: 17-
20)
Dengan menggunakan pancaindera dan berfikir tentang makhluk Allah seperti yang
dijelaskan dalam ayat di atas, manusia akan yakin bahawa di sana terdapat pencipta
yang menjadikan makhluk tersebut. Dan pencipta itulah yang mesti disembah dan
ditaati.
Al-Quran juga menggesa manusia supaya menggunakan akal untuk membuat perkaitan
di antara sesuatu fenomena dan penyebab-penyebabnya. Hasil dari membuat perkaitan
ini akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa manusia yang akan memandunya
ke arah merasai keagungan kekuasaan Allah SWT. Lantaran itu akan lahirkan perasaan
takut kepadaNya, dan bertambah keyakinannya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

         
         

“Dan kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu
kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Dan
sesungguhnya kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kamilah yang
kekal memiliki segala-galanya.” (Surah al-Hijr: 22-23)
Ayat di atas menjelaskan bagaimana Allah SWT mendorong angin untuk pendebungaan
awan, yang membawa kepada turunnya hujan. Ayat ini menjelaskan perkaitan di antara
tiupan angin dan penurunan hujan. Perkaitan yang berlaku di antara dua fenomena

4
inilah yang berlu difikirkan oleh manusia untuk mengetahui sebab musabab sesuatu
kejadian itu. Akhirnya ia akan membawa kepada perasaan mengagungkan kekuasaan
Allah SWT.
c. Kemahiran Berfikir Dengan Betul; Al-Quran menyeru manusia supaya berfikir dan
membuat penelitian dengan betul dan tepat. Berfikir dengan cara yang betul dan tepat,
tanpa dipengaruhi oleh emosi, akan membawa seseorang kepada kebenaran. Iaitu
kebenaran mendapat fakta ilmiah kebenaran penciptaan dan kekuasaan Allah SWT.
Allah berfirman:
            
 

1.2 Sejarah Pendidikan Islam di Malaysia

1.2.1 Sejarah Pendidikan Islam

i. Zaman Rasulullah SAW

Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan


pemikiran yang merubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan
tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang
berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik
dan matlamat keduniaan semata-mata.

Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop


perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan
period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang
berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan
individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti
pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada
sekarang.

Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah


Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu
membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan
bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang yang
mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab
ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran
kepada beberapa orang penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya
kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun
proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.

Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu


pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca.
Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-
mula kepada RasulNya. Perintah membaca ‫ اقراء‬seperti dalam wahyu pertama
merupakan perintah Allah supaya menulis dan membaca untuk melepaskan diri mereka
daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan.
Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dalam pelbagai
proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition), ingatan
(memory), pengamatan (perception), pengucapan (verbalization), pemikiran (reasoning),
daya kreativiti (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan

5
“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-quran? Kalaulah al-
quran itu (datangnya) bukan dari sisi allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan
yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisak: 82)
       
“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha
memahami serta memikirkan isi al-quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci
penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-quran)?” (Surah
Muhammad: 24)

2. Al-Sunnah al-Nabwiyah al-Syarifah:

kebahagiaan.

Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan yang sentiasa menghalang manusia
bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca, manusia didorong kepada
rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan
terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri
sendiri. Pembacaan atau pemilikan ilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap
iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk
mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

ii. Pendidikan Islam di Mekah

Bagi menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah
dan akhlak, Rasulullah SAW. dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama baginda
memperkenalkan pembacaan dan asas-asas al-Quran di samping pelajaran tulis
menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-Quran
sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh
baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.

Tahap pendidikan di peringkat awal berlaku secara rahsia bermula dengan pengajaran
al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda sendiri. Hasil daripada usaha ini
Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama
Islam dan meyakini ketauhidan Allah.

Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda


Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar,
Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan,
Zubair bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin
Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab,
Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan
suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun. Rumah baginda menjadi pusat
pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah
menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum
muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;

           
   

6
Al-Sunnah al-Nabawiyah yang dimaksudkan ialah segala percakapan, perbuatan dan
pengiktirafan yang keluar daripada Rasulullah SAW selain dari al-Quran. Ia merupakan
rujukan kedua Pendidikan Islam bagi ummat Islam di seluruh dunia. Beramal dengan
sunnah nabi adalah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam al-
Quran. Firman Allah SWT:
          
 
“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada rasulullah; maka kalau kamu
berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana
sesungguhnya kewajipan rasul kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah)
dengan jelas nyata.” (Surah al-Taghabun: 12)
“Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada
engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian,
maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya”.
( al-Maidah :67)

Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada
Rasulullah SAW. sendiri dan seterusnya menghafal, mengamal dan menghayati isi
pelajarannya. Manakala pembelajaran al-Quran dilakukan secara talaqqi dan
musyafahah. Pembelajaran berlaku secara hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat al-Quran
yang dibacakan dan menulis ayat tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah
mendidik, melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan
perasaan kasih sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi
pengetahuan (kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan
memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri.

Selepas turunnya surah al-Hijr ayat 94, Allah memerintahkan Rasulullah SAW.
menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam
dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam
terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah.
Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid
kerana itu isi pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat
istiadat, kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT.
Pada tahap ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah dimana ketika
di Habsyah, Jaafar bin Abi Talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi
berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.

iii. Pendidikan Islam di Madinah

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa


perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama
Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan
perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih
masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah
sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal
yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi
menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar
mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas
dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau
yang bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al-suffah. Ia merupakan
sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik.
Matapelajarannya termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, syariah, akhlak), khat,

7
              
  
“Dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan
bertaqwalah kamu kepada allah; sesungguhnya allah amatlah berat azab seksanya
(bagi orang-orang yang melanggar perintahnya).” (Surah al-Hasyr: 7)

sejarah dan bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani
yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk:

Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah

Struktur Pendidikan Islam di Madinah

Pendidikan Umum Pendidikan Khusus

Pendidikan Institusi

i. Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat


daripada Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan
penyampaian pidato selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat.
Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain.
Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan
lumba lari.

8
Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik ikutan bagi seluruh manusia dalam semua
aspek kehidupan. Baginda bersifat dengan sifat yang mulia dan terpuji. Baginda
diutuskan oleh Allah SWT sebagai hidayah dan memberi berita gembira dan peringatan
kepada manusia. Baginda juga telah mengemukan kepada manusia sebaik-baik
kaedah untuk mendidik manusia dan kaedah tersebut memberi kesan yang besar. Allah
berfirman :
           
  
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri
(iaitu nabi Muhammad S.A.W), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi
ii. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang
diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat
atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-
Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat
pendidikan khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.

iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat


Madinah. Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal
(menulis dan membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah.
Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa
selanjutnya.

iv. Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) diperintah oleh


empat orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara
kestabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif
terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah
menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.

Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan
pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin
Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah
SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-
Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada kaum muslimin.

Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran


seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum
Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua
masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke
serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada
zamannya.

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah
orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung
usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi
ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping
memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-

9
kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
orang-orang yang beriman.” (Surah al-Taubah: 128)
Baginda Rasulullah adalah sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini dari segala aspek
kehidupan. Baginda terbaik dari aspek pendidikan, kepimpinan, ketenteraan, ekonomi,
politik dan sebagainya. Baginda terkenal dengan sifat benar, baik hati, akhlak mulia, dan
adil, serta baginda meninggalkan semua perkara keji, kezaliman dan segala sifat
tercela. Semua orang yang berjumpa dengan baginda mengiktiraf keperibadiannya,
samada orang itu mukmin atau kafir.
Oleh kerana ketinggian akhlak baginda SAW itu, maka Allah SWT memerintah umat
Islam supaya mentaati dan mengikut sunnah baginda dan menjadikannya sebagai
ikutan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan.

orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya
mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan
menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci
al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah
pentadbiran kerajaan Islam Madinah.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang
ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan
dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan
pendidikan Islam.

Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada
masa pemerintahannya. Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu
pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping
menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang,
menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan
tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,
anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda
dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan
mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-
sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat
menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

10
3. Sirah Para Sahabat Rasulullah.
Sirah para sahabat atau perjalanan hidup mereka adalah sirah yang terbaik. Ini kerana
mereka terdidik dalam lingkungan “sekolah” Rasulullah SAW. Mereka mengikut dan
mengikuti baginda Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan. Perkara ini telah
diiktiraf dan dipuji oleh Allah SWT dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
        
           
     
“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
dari orang-orang "muhajirin" dan "ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah)
mereka dengan kebaikan (iman dan taat), allah reda akan mereka dan mereka pula reda
akan dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang
besar.” (Surah al-Taubah: 100)

1.2.2 Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

ZAMAN SEBELUM MERDEKA

i. Zaman Kerajaan Melayu Melaka

Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman
hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh
saudagar-saudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara
saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu.
Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab
sebagai umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan
Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke
Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat
kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi
atau menerima Agama Islam

Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya
Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka
di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang,
pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh.
Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi.
Kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran
mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal
yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al
Quran

Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian
berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi
sekolah-sekolah agama.

Perkembangan Pendidikan Islam di Melaka bolehlah dilihat dari carta berikut:

Rajah 2: Pendidikan Islam Zaman Kerajaan Melayu Melaka

11
Rasulullah SAW juga telah bersabda :

َّ ‫" َف َعلَْي ُك ْم بِ ُسنَّيِت ْ َو ُسن َِّة اخْلُلَ َف ِاء‬


".‫الر ِاش ِديْ َن الْ َم ْه ِد ِّينْي َ َو َعضُّوا َعلَْي َها بِالن ََّو ِاج ِذ‬
Maksudnya: “Kamu mesti berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah Khulafa’ al-
Rasyidin al-Mahdiyin.” (riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad)
Oleh yang demikian, sirah para sahabat merupakan sumber pendidikan Islam yang
penting bagi umat Islam. Ini kerana mereka menjelaskan perlaksanaan amali bagi
segala arahan yang dikeluarkan oleh Rasulullah SAW. Prinsip hidup yang dipegang oleh
mereka juga telah memberi pengajaran yang besar kepada umat Islam dan menjadi
justifikasi kepada keperluan umat Islam mengikut sirah mereka.

Haron Din dan Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara kasarnya
perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami
empat tahap, iaitu;

i Institusi Rumah Imam / Guru


ii Institusi Pondok
iii Institusi Madrasah
iv Sistem sekular

Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan
pelajarannya dan institusinya termasuklah para guru dan pelajar. Tulisan Jawi menjadi
dasar dan bahasa pengantar. Namun kedatangan penjajah (Belanda , Portugis,
Inggeris, Jepun) telah menganggu corak Pendidikan Islam. Penampilan pendidikan
sekular Barat dan Jepun telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan
Islam menerima pengaruh-pengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan
keimanan Islam

ii. Zaman Penjajahan

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara
halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan
penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh
orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat
pengaruhnya.

12
Antara prinsip hidup yang mereka tunjukkan ialah Pertama: Prinsip rendah diri dan
berkasih sayang sesama mereka. Kedua: prinsip tidak tamak kepada dunia, bahkan
mereka sanggup mengutamakan sabahat lain dari diri sendiri

Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk
oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu
yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan
yang boleh mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah
pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama .

Sepanjang zaman penjajah, sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa


mengalami konflik dengan pendidikan missionary. Berbagai isu kontroversi dan prejudis
sentiasa memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan
budaya hidup yang tulin. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga
profesional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme
pendidikan antara agama dan dunia.

Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu
seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di
bandar-bandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku
dengan pesat dan radikal. Pengajian Agama Islam dan al-Quran di Sekolah Melayu
telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang.
Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional.
Golongan moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional
sebaliknya.

Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah
dengan taktik ‘ hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri’ telah melupakan samasekali
kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada
pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Akibatnya kemudahan belajar terhad, biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza.
Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza.

iii. Sistem Pendidikan Pondok

Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang
kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Apabila bilangan pelajar meningkat
maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau.

Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya
dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang
tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-
negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya

13
menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih
meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama
Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah
berkembang menjadi Ma’ahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya
Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang
dahulunya Sekolah Pondok.

Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh
menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali
corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi
Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan,
yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan
Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah
Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.

Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun
sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam
kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan
bersama di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961) dan telah
memasukkan matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu.

Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran
Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatupadukan kaum-kaum
di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun
1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang
terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .

Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran
kebangsaan terkenal sebagai ‘ Sekolah Menengah Kebangsaan’. Institusi ini juga tidak
ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam
konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut;

“ Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada
15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu
hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid
lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi

14
tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada
kebenaran ibubapanya.”

Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga


dinyatakan secara terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :

i Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang


murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar
Agama Islam
ii Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam
seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah
iii Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri
daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri
iv Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat
persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam
dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau
lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran
tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolah-
sekolah mereka

Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam


senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu .
Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan
suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama
Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. Dalam bahagian satu,
perkara 3 (1) perlembagaan tersebut ada menyebut :

15
“ Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957 memperkukuhkan kedudukan pelajaran


Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen
49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan
licin.

Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan
menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan
perhatian oleh kerajaan.

Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996:
Guru Agama yang telah mendapat kebenaranlayak dan bertanggungjawab mengajar
Agama Islam.Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid
atau lebih.Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran
tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu
persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan
mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.

Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak
berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang
menganut Agama Islam. Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam
seminggu pada waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri
Pendidikan dalam hal atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ].

Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan


bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk
kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang
diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut [seksyen 51(b)] tiada

16
murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali
dengan kebenaran bertulis ibubapanya.

Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan
negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya
matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran
Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil
dalam peperiksaan awam

Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali
Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara
dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai
teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan
Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah
Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur
kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-
sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang
mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi
pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi
(umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah).

Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka

Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan
Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama
di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak–pihak berkuasa yang berlainan.
Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada
empat jenis iaitu :
 Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)
 Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
 Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah


penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR
dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan
pelajaran dan lain-lain.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)

SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolah-


sekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan

17
satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu
melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat.
Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu
terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang
tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini.
Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan.

Sekolah Agama Negeri (SAN)

SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam
Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga Pendidikan
Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan
Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut .
Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan
dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya
Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasuki Fakulti Pengajian Islam di UKM

Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan
pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa
sekolah masing-masing . Tidak ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan
menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah
tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam Majlis
atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya mendaftar dengan
Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak
kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau
bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajaran
agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah
berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan
luar negeri.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Pada tahun 2005 Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemindahan sekolah


SAR/SMAR/SAN ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Pengambialihan

18
SAR/SMAR/SAN dengan dibuat melalui perjanjian. Sekolah‐sekolah berkenaan akan
mendapat pelbagai kelebihan termasuk diberikan perhatian khusus dalam aspek
pengurusan, keselamatan, dan penyelenggaraan oleh Kementerian. Sekolah juga akan
mendapat bantuan penuh bagi membolehkan urusan pentadbiran pejabat, asrama dan
pengajaran, serta geran perkapita dilaksanakan juga mendapat bantuan modal bagi
menampung keperluan untuk menaik taraf dan membaiki kemudahan fizikal. Jawatan
guru dan kakitangan diwujudkan secara hakiki. Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan sekolah dan gaji
guru serta kakitangan sekolah dapat dikurangkan. Jawatan guru pula dimasukan dalam
sistem gred guru kebangsaan. 2011 ‐ 169 buah sekolah telah menjadi SABK.

1.3 Matlamat Pendidikan Islam

1.3.1 Konsep Asas Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang penting yang dapat dilihat dengan
jelas dan Sunnah Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

‫طلب العلم فريضة على كل مسلم‬

“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap muslim.”


(Riwayat al-Baihaqi)

‫ خري لك من أن تصلى ألف ركعة‬,‫ عمل به او مل يعلم به‬, ‫ألن تغدو فتعلم بابا من العلم‬
“Bahawa kamu keluar bagi mempelajari satu bab dari ilmu, sama ada diamalkan
atau tidak, adalah lebih baik dari kamu sembahyang (sunat) seribu rakaat.”
(Riwayat Ibn Majah)

‫اطلبوا العلم ولو بالصني‬


“Tuntutlah ilmu sekalipun sampai ke negeri Cina”.

(i) Kewajipan belajar ke atas Muslim

19
Setiap individu muslim wajib belajar apa juga ilmu yang benar yang dia tidak
tahu daripada orang yang lebih mengetahui darinya, malah merupakan fardhu
kepada bidang-bidang ilmu tertentu.

Terlalu banyak ayat Al-Quran dan hadis Nabi saw. yang berbicara tentang
kewajiban belajar, baik kewajiban tersebut ditujukan kepada lelaki maupun
perempuan. Wahyu pertama dari Al-Quran adalah perintah membaca atau
belajar,
    
Bacalah demi Tuhanmu yang telah menciptakan... (Surah Al-Alaq: 1)

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud;

Keistimewaan manusia yang menjadikan para malaikat diperintahkan sujud


kepadanya adalah karena makhluk ini memiliki pengetahuan (QS 2:31-34).

Baik lelaki maupun perempuan diperintahkan untuk menimba ilmu sebanyak


mungkin, mereka semua dituntut untuk belajar. Menuntut ilmu adalah kewajiban
setiap Muslim dan Muslimah.

Para perempuan di zaman Nabi saw menyedari benar kewajiban ini, sehingga
mereka memohon kepada Nabi agar beliau bersedia menyisihkan waktu tertentu
dan khusus untuk mereka dalam rangka menuntut ilmu pengetahuan.
Permohonan ini tentu saja dikabulkan oleh Nabi saw.
Al-Quran memberikan pujian kepada ulu al-albab, yang berzikir dan memikirkan
tentang kejadian langit dan bumi. Zikir dan pemikiran menyangkut hal tersebut
akan mengantar manusia untuk mengetahui rahsia-rahsia alam raya ini, dan hal
tersebut tidak lain dari pengetahuan. Mereka yang dinamai ulu al-albab tidak
terbatas pada kaum lelaki saja, tetapi juga kaum perempuan. Hal ini terbukti dari
ayat yang berbicara tentang ulu al-albab yang dikemukakan di atas. Setelah Al-
Quran menguraikan tentang sifat-sifat mereka, ditegaskannya bahwa:

Maka Tuhan mereka mengabulkan permohonan mereka dengan berfirman:


"Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di

20
antara kamu, baik lelaki maupun perempuan..." (QS 3:195).

Ini berarti bahwa kaum lelaki dan perempuan dapat berfikir, mempelajari dan
kemudian mengamalkan apa yang mereka hayati dari zikir kepada Allah serta
apa yang mereka ketahui dari alam raya ini. Pengetahuan menyangkut alam
raya tentunya berkaitan dengan berbagai disiplin ilmu, sehingga dari ayat ini
dapat difahami bahwa kaum lelaki dan perempuan bebas untuk mempelajari apa
saja ilmu yang bersesuaian dengan Islam.

Nabi juga pernah menyuruh pembantunya untuk mempelajari kitab al-Yahud


sebagai pertahanan diri dari penipuan kaum Yahudi. Ini memberi penekananan
bahwa terdapat hubungan yang rapat antara ilmu pengetahuan dan dengan
kemajuan serta ketahanan peradapan Islam. Menurut Nabi , tinta para pelajar
nilainya setara dengan darah para syuhada’ pada hari pembalasan.

( ii ) Kewajipan mengajar ke atas setiap Muslim

Apabila seseorang itu mempunyai ilmu maka wajib pula disampaikan ilmu
tersebut kepada orang lain berdasarkan kepada hadith Rasulullah yang
bermaksud ‘sampaikanlah walaupun satu ayat’.

Manusia diciptakan Allah dengan berbagai potensi yang dimilikinya, tentu


dengan alasan yang sangat tepat potensi itu harus ada pada diri manusia,
sebagaimana sudah diketahui manusia diciptakan untuk menjadi khalifatullah fil
ardh. Potensi yang dimiliki manusia tidak ada ertinya kalau bukan karena
bimbingan dan hidayah Allah yang terhidang di alam ini. Namun manusia tidak
pula begitu saja mampu menelan mentah-mentah apa yang dia lihat, kecuali
belajar dengan mengerahkan segala tenaga yang dia miliki untuk dapat
memahami tanda-tanda yang ada dalam kehidupannya. Tidak hanya itu,
manusia setelah mengetahui wajib mengajarkan ilmunya agar fungsi
kekhalifahan manusia tidak terhenti pada satu masa saja dan semua itu sudah
diatur oleh Allah SWT.

Menuntut ilmu merupakan kewajiban dan keperluan manusia. Tanpa ilmu


manusia akan tersesat dari jalan kebenaran. Tanpa ilmu manusia tidak akan
mampu merubah suatu peradaban. Bahkan dirinya pun tidak mampu menjadi

21
lebih baik.

Dalam hal ini, para pelaku dalam proses belajar mengajar, iaitu guru dan murid
dipandang sebagai ‘‘ orang-orang terpilih’’ dalam masyarakat yang telah
termotivasi secara kuat oleh agama untuk mengembangkan dan mengamalkan
ilmu pengetahuan mereka. Hal ini sejajar dengan ayat al-Qur’an surat al-Taubah
ayat 122 :
          
       
    
Artinya :
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang).
mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang
untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi
peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya
mereka itu dapat menjaga dirinya
( Q.S. Al-Taubah: 122)

Mendalami ilmu agama itu merupakan cara berjuang dengan menggunakan


hujjah dan penyampaian bukti-bukti dan juga merupakan rukun terpenting dalam
menyeru kepada iman dan menegakkan sendi-sendi Islam. Perjuangan yang
menggunakan pedang itu sendiri tidak di syaratkan kecuali untuk jadi benteng
dan pagar dari da’wah tersebut agar jangan dipermainkan oleh tangan-tangan
ceroboh dari orang-orang kafir dan munafik. Kebaikan menuntut ilmu dan
mengajarkannya sama pahalanya disisi Allah dengan jihad. Barang siapa yang
memberi contoh kebaikan , kemudian kebaikan itu dicontoh oleh orang lain,
maka dia akan mendapat kebaikan yang sama dengan orang yang melakukan
tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang melakukannya, begitu juga
sebaliknya. Demikian ungkapan yang sementara dianggap dari Rasulullah SAW.

(c) Kewajipan menuntut ilmu sepanjang hayat ke atas setiap Muslim

22
Di dalam menuntut ilmu, bukan hanya terbatas kepada masa yang tertentu
sahaja, malah ia berlaku secara berterusan sepanjang hayat selagi hayat
dikandung badan.

‫ىل اللَّ ْه ِد‬ِِ ِ ِ


Rasulullah SAW bersabda:
َ ‫“ ُأطْلُبُوا الْع ْل َم م َن الْ َم ْهد ا‬
“Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai liang lahat”
Hadits tersebut menjadi dasar dari ungkapan “Long life education” atau
pendidikan seumur hidup. Kehidupan didunia ini rupanya tidak sepi dari kegiatan
belajar, sejak mulai lahir sampai hidup ini berakhir.

Sabda Rasul SAW yang bermaksud : “ Barang siapa yang menempuh perjalanan
untuk menuntut ilmu , maka Allah SWT akan memudahkan jalan menuju surga.
Malaikat akan menaunginya dengan sayap kerana ridha terhadap perbuatanya.
Seluruh penghuni langit dan bumi akan memohonkan ampunan bagi orang yang
berilmu pengetahuan, demikian juga ikan dilaut “
( HR. Abu Dawud, Tirmizi,Ibnu Majah, Baihaqi dan Ibnu Hibban )

Dalam kesempatan lain Rasil SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu Mas,ud :
“Wahai Ibnu Mas,ud , ketahuilah bahwa dudukmu sekejap di majlis ilmu ,
meskipun engkau tidak memegang pena atau menulis satu hurufpun, itu adalah
lebih baik bagimu dibandingkan dengan memerdekakakn seribu hamba sahaya.
Engkau memandang wajah orang yang berilmu pengetahuan ( Alim, Ulama ) itu
adalah lebih baik daripada menyedekahkan seribu ekor kuda dijalan Allah. Dan
ucapan salammu terhadap orang yang berilmu pengetahuan ( Alim, Ulama )
adalah lebih utama dibandingkan beribadah seribu Tahun”.

Sesungguhnya dalam Islam mereka yang tekun mencari ilmu lebih dihargai
daripada mereka yang beribadah sepanjang masa. Kelebihan ahli ilmu, al-‘alim
daripada ahli ibadah, al- ‘abid, adalah seperti kelebihan Muhammad atas orang
Islam seluruhnya. Di kalangan kaum muslimin hadits ini sangat popular sehingga
mereka memandang bahwa mencari ilmu merupakan bahagian terpenting dari
ibadah.

Dalam Al-qur’an meraka yang berilmu dan tidak berilmu itu berbeda dalam
pandangan Islam.

23
Firman Allah :
          
   
Ertinnya :
Katakanlah (ya Muhammad), tidaklah sama orang yang berilmu dan orang yang
tidak berilmu! Sesungguhnya yang memilki akal fikiranlah yang dapat menerima
pelajaran.” (Q.S. 39 Ar-Zumar 9).

Allah meninggikan darjat orang yang berilmu itu, Firmannya :


        
Artinya
“…….(Allah)meninggikan darjat orang beriman dan berilmu pengetahuan itu.
(Q.S. 58 Al-Mujadalah 11).(orang yang berilmu itu lebih tinggi beberapa darjat
dari orang yang tidak berilmu).”

Dalam Islam, nilai keutamaan dari pengetahuan keagamaan berikut


penyebarannya tidak pernah diragukan lagi. Nabi menjamin bahwa orang yang
berjuang dalam rangka menuntut ilmu akan diberikan banyak kemudahan oleh
Tuhan menuju surga. Para pengikut atau murid Nabi telah berhasil meneruskan
dan menerapkan ajaran tentang semangat menuntut dan mencari ilmu. Motivasi
agama ini juga boleh ditemukan dalam tradisi Rihla. Suatu tradisi ulama yang
disebut al-rihla fi talab al-‘ilm ‘ Suatu perjalanan dalam rangka mencari ilmu ’
adalah bukti sedemikian besarnya rasa keingintahuan dikalangan para ulama.

Rehlah, tidak hanya merupakan tradisi ulama, tapi juga merupakan keperluan
untuk menuntut ilmu dan mencari ilmu yang didorong oleh nilai-nilai agama.
Hadits-hadits Nabi membuktikan suatu hubungan tertentu :” Seseorang yang
pergi mencari ilmu dijalan Allah hingga ia kembali, ia memperolehi pahala seperti
orang yang berperang menegakkan agama. Para malaikat membentangkan
sayap kepadanya dan semua makhluk berdoa untuknya termasuk ikan dan air”.

24
TUGASAN

1. Buat penilaian secara kritis terhadap definisi, bidang, sumber dan


matlamat Pendidikan Islam.

2. Dengan menggunakan grafik banding beza, jelaskan perbezaan antara


sejarah perkembangan pendidikan Islam zaman Rasulullah SAW dan
zaman Khulafa’ Ar-Rashidin.

3. Huraikan kesan perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia sebelum


dan selepas merdeka dengan perkembangan Pendidikan Islam di
Malaysia masa kini.

25

Anda mungkin juga menyukai