Anda di halaman 1dari 4

KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN SYAK

Kaedah ini menjelaskan bahawa tiap tiap perkara yang telah diyakini berlaku tidak akan terbatal
dengan sebarang keraguan yang datang kemudian. Hal ini bermaksud, sesuatu perkara yang pada
asalnya dan diyakini jelas akan sesuatu hukum itu tidak boleh ditinggalkan atas sebab syak atau ragu
ragu tentang perkara yang diperselisihkan. Keyakinan terhadap sesuatu perkara atau hukum tidak
boleh diubah atas sebab keraguan yang timbul. Jika seseoranf itu telah yakin akan sesuatu perkara
dan hukumnya, kemudian timbul pula syak atau ragu ragu terhadap keyakinan tadi, maka keyakinan
yang asal itu tidak boleh dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan adanya keyakinan baharu
yang dapat menghindarkannya.

Sebagai contoh, penggunaan deoxyribonucleic acid (DNA) untuk menentukan kesahihan hubungan
seorang anak dengan ibu atau bapanya. Keputusan DNA yang diyakini boleh dijadikan hujah yang
kukuh akan kesahihan hubungan seorang anak itu dengan ibu bapanya, walaupun kedua duanya
memiliki rupa paras yang berbeza. Keyakinan ialah sesuatu yang dipercayai benar pada hukum,
manakala syak pula bermaksud ketidakyakinan terhadap sesuatu perkara. Kaedah fiqah brtindak
menetapkan keyakinan yang dipegang oleh seseorang tidak boleh berubah dengan sewenang
wenangnya pleh keraguan yang belum pasti sejauh mana kebenarannya.

Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis Rasullulah SAW yang bermaksud:

‫ث‬ ِ َ‫ك ِِف الثِنْ تَْيِ وال ثَّال‬ َّ ‫اح َد ةً َوإِذَ ا َش‬ ِ ‫اح َد ةِ فَ لْ ي ج ع لْ ه ا و‬ ِ ‫ك أَح ُد ُك م ِِف الثِنْ تَْيِ وا لْ و‬ ِ
َ ْ َ َ َْ َ َ َ ْ ْ َ َّ ‫إ ذَ ا َش‬
‫ث َوا أل َْربَ ِع فَ لْ يَ ْج عَ لْ َه ا ثَالَ ًًث ُثَُّ لْيُتِمَّ مَ ا بَقِ َي ِم ْن‬
ِ َ‫ك ِِف ال ثَّال‬ َّ ‫فَ لْ يَ ْج عَ لْ َه ا ثِنْ تَ ْْيِ َوإِذَ ا َش‬
ِ ِ ِ ِ ِِ
َ‫س قَ بْ لَ أَ ْن يُ َس ل م‬
ٌ ‫ج ْد َس ْج َد تَ ْْي َو ُه َو َج ال‬ ُ ‫صَ الَت ه َح ََّّت يَ ُك و َن ا لْ َو ْه مُ ِِف الزِ ََي دَ ة ُثَُّ يَ ْس‬

“jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyang, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah
dilakukan sama ada tiga atau empat, maka ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan”

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini pula firman Allah SWT dalam surah Yunus:

Maksudnya:

“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal
sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu
kebenaran.”

Terdapat tujuh pecahan daripada kaedah ini, iaitu:


• Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan
• Secara asalnya sesuatu itu tiada
• Seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab
• Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya yang sebenar
• Sesiapa berkeadaan syak sama ada telah melakukan atau tidak, maka ia patut
menganggapnya tidak melakukan
• Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling hampir
• Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain yang mengharamkan perkara
tersebut

Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan

❖ Bermaksud bahawa sesuatu perkara perlu diambil kira mengikut hukum asal yang sedia ada.
Contohnya, seseorang yakin bahawa dia masih lagi berwuduk, kemudian dia syak atau ragu-ragu
sama ada telah berhadas atau tidak.
❖ Justeru, dia perlu mengikut keadaan asalnya iaitu masih berwuduk kecuali dia yakin bahawa dia telah
berhadas.
❖ Dalam hal sebegini, jika dia benar benar yakin bahaa dia berhadas, maka dia perlu melakukan perkara
yang telah diyakini iaitu telah berhadas dan perlu berwuduk semula.
❖ Dalam hal sebegini, kita patut menerima sesuau seadanya walaupun ia kurang baik sebelum
wujudnya sesuatu yang lebih baik daripadanya
❖ Apabila telah ada sesuatu yang lebuh baik, maka kita perlu meninggalkan perkara yang kurang baik
dan mengambil perkara yang lebih baik itu.

Kesecara Asalnya Sesuatu Itu Tiada

❖ Kaedah ini membawa maksud bahawa asal segala sesuatu adalah tiada, iaitu setiap sesuatu yang ada
mestilah asalnya tiada.
❖ Terjadinya sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu itu wujud
❖ Sebagai contoh, penggunaan kanta lekap pada mata atau lebih dikenali sebagai “contact lens”
❖ Pada asalnya, si pengguna mempuyai sepasang mata yang sihat dan cukup kuat untuk melihat,
kemudian atas beberapa sebab si pengguna menjadi rabun dan menggunakan kanta lekap untuk
membantu penglihatan.
❖ Maka, perkara ini dianggap harus kerana pada asalnya adalah tiada kerana pada awalnya si
pengguna kanta lekap ini mempunyai sepasang mata yang sihat dan tidak rabun

Seseorang Itu Pada Asalnya Bebas Daripada Tanggungjawab


❖ Kaedah ini bermaksud secara asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab
melainkan adanya sesuatu sebab tertentu yang menyebabkan dia mempunyai tanggungjwab
❖ Bebas daripada tanggungjawab adalah perkara asal dan terikat dengan tanggungjawab adalah
perkara yang datang kemudian.
❖ Contohnya, Ahmad meminta Bahri menyimpan dan menjaga computer ribanya tanpa ada sebarang
perjanjian mahupun bayaran. Kemudian, computer riba yang berada dibawah jagaan Bahri telah
hilang. Apabila perkara sebegini berlaku, Ahmad menuduh Bahri cuai dalam menjaga computer
ribanya.
❖ Jika dilihat dalam konteks islam, Bahri sebenarnya terlepas dari sebarang tuduhan dan dakwaan.
❖ Namun, oleh kerana barang tersebut perlu dijaga dan disimpan dengan baik oleh tuannya sendiri
melainkan wujud bayaran dan perjanjian kerana bayaran tersebut adalah perkara baharu yang
mengikat akan tanggungjawabnya menjaga barang tersebut.
❖ Sama juga dengan penciptaan sesuatu inovasi atau produk yang pada asalnya seseorang itu
mempunyai hak untuk bebas daripada tanggungjawab.
❖ Namun, apabila berlaku cetak rompak atau hasil tiruan atas hasil inovasi tersebyt, maka dia perlu
bertanggungjawab atas perkara itu.

Asal Perkataan Itu Dikira Berdasarkan Maksudnya Yang Sebenar

❖ Maksud sebenar perkataan akan diambil kira jika satu pertikaian berlaku dalam sesuatu perkara
❖ Contohnya, dalam perihal mewakafkan harta
❖ Jika seseorang mewasiatkan sebahagian harta kepada anaknya, maka tidak bermaksud harta tersebut
diwariskan kepada cucunya kerana maksud sebenar perkataan tersebut adalah kepada anaknya
sahaja

Sesiapa Berkeadaan Syak Sama Ada Telah Melakukan Atau Tidak, Maka Ia Patut Menganggapnya
Tidak Melakukan

❖ Kaedah ini dapat dijelaskan melalui solat


❖ Apabila seseorang berasa syak sama ada telah rukuk atau belum, maka dia hendaklah mengambil
keyakinan belum melakukannya
❖ Dalam hal sebegini, dia wajib mengulangi apa yang belum dia lakukan,
❖ Contoh lain adalah apabila seseorang itu ragu-ragu sama ada dia telah menutup suis seterika yang
digunakan atau belum lagi sebelum keluar rumah, maka dia hendaklah masuk semula ke dalam
rumah untuk memastikan perkara itu,
❖ Nah, sama bukan dengan isu solat yang saya tekankan sebentar tadi?

Asal Setiap Yang Berlaku Diambil Kira Yang Paling Hampir

❖ Seseorang itu mengambil wuduk di satu tempat biasa sebelum menunaikan solat
❖ Kemudian setelah beberapa hari dia mendapat tahu tempat wuduk tersebut mengandungi najis
❖ Maka, dia tidak wajb mengganti semula atau qada solat pada hari hari sebelumya kerana hal ini
mengambil kira perkara yang sudah berlaku

Asal Sesuatu Itu Adalah Harus Kecuali Ada Dalil Lain Yang Mengharamkan Perkara Tersebut

❖ Asal sesuatu hukum bagi sesuatu perkara adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya
❖ Contohnya, semua haiwan adalah halal dimakan melainkan adanya dalil yang mengharamkannya
❖ Sama juga dengan aktiviti dan hasil penciptaan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan
asalnya adalah harus melainkan ada nas atau dalil yang mengharamkan kegunaan dan penciptaan
tersebut
❖ Contoh jelas dalam bidang telekomunikasi seperti aplikasi wechat, facebook, twitter, Instagram,
whatsapp, telegram, dan emel adalah harus hukum penggunaannya.
❖ Namun penggunaannya adalah haram apabila disalahgunakan dengan menyebar video lucah dan
berbentyk pornografi, unsur keganasan, atau menyebar maklumat palsu, fitnah dan sebagainya

PERBINCANGAN KAEDAH

Kaedah yang merujuk keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak menjelaskan bahawa betapa
pentingnya keyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Keyakinan tersebut mestilah
berdasarkan kepada sandaran atau sumber yang nyata dan sahih tanpa wujud keraguan.

Keraguan atau was-was pula merupakan musuh manusia yang diilhamkan oleh syaitan dengan asas-
asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan hati datangnya daripada kelemahan diri dan hasutan
syaitan sehingga menjadikan sesuatu perkara itu tidak pasti. Kelemahan inilah punca kepada
pendirian manusia kerap berubah-ubah dan berlakunya pergeseran sesama manusia.

Jika dikaitkan dengan knteks sain dan teknologi dalam kejuruteraan pula, kaedah ini menuntut
keyakinan seseorang terhadap ilmu yang dimiliki dan kemampuannya untuk membuat sesuatu
keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan. Segala bentuk keraguan yang boleh
menimbulkan kerauan seseorang saintis, teknokrat dan jurutera perlulah dihindarkan seperti
hasutan kebendaan, kemasyhuran dan mengaut keuntungan yang menjadi kekangan dan
penghalang kepada mereka untuk menjalankan penyelidikan atau menghasilkan rekaan dan ciptaan
yang terbaik.

Para saintis, teknokrat dan jurutera hendaklah berkeyakinan bahawa segala usaha mereka memnuhi
tujuah syariat, iaitu untuk memelihara agama,nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Di
samping itu, hasil kerja mereka juga perlu berkemampuan untuk memberikan impak yang baik bagi
keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia.

Anda mungkin juga menyukai