Anda di halaman 1dari 3

Ahli Parlimen PKR beri amaran kepada Anwar

berhubung pendakwaan terpilih, kerajaan gagal


Story by Staff Writers • 21 Feb
1708110 Comments

A hli Parlimen PKR Hassan Karim memberi amaran kepada kerajaan

supaya tidak menggunakan pendakwaan terpilih terhadap seteru politik,


susulan siri soal siasat pemimpin Perikatan Nasional (PN) oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serta penahanan ahli Parlimen
Bersatu.

"Saya di blok backbencher menyedari, kita boleh panggil semua tokoh besar
ini, menteri, mantan-mantan perdana menteri, sebab kita ada kuasa, kita
eksekutif, ada kuasa. SPRM di bawah kita, PDRM di bawah kerajaan.

"Jadi saya bimbang sekiranya kalau tak diberi peringatan boleh berlaku
pendakwaan yang terpilih, parti lawan kita jadi mangsa.

"Kalau ada asasnya tidak mengapa, tapi saya takut, bijak pandai dalam tradisi
demokrasi menyebut, 'Kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya
kuasa itu mutlak, korupsi juga akan menjadi mutlak',” katanya di Dewan
Rakyat hari ini.

Amaran itu dibuat ketika Wan Saiful Wan Jan dari Bersatu didakwa atas dua
pertuduhan rasuah hari ini, berikutan penahanannya bersama seorang lagi
anggota parti itu malam tadi.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.© Provided by MalaysiaNow

Related video: Belanjawan 2023: Anwar bersongket menuju ke


Parlimen (Dailymotion)
Ini berikutan beberapa siri kenyataan pemimpin kerajaan termasuk Perdana
Menteri Anwar Ibrahim menuduh pentadbiran Perikatan Nasional (PN)
sebelum ini yang diketuai pengerusinya Muhyiddin Yassin melakukan rasuah
dan salah guna kuasa untuk memanfaatkan tabung parti.

Muhyiddin yang sejak itu menafikan dakwaan tersebut, berkata terdapat


langkah untuk memberi tekanan kewangan ke atas gabungannya menjelang
enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini.

Hassan yang sebelum ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan ahli PKR
berikutan kritikannya terhadap Anwar, berkata perdana menteri mempunyai
kuasa yang luas, sehingga nasihatnya juga harus didengari oleh Yang di-
Pertuan Agong. 

“Kuasa itu boleh membawa kepada korupsi. Sekiranya kuasa itu mutlak,
korupsi juga akan menjadi mutlak,” katanya disambut tepukan daripada ahli
Parlimen pembangkang.

“Jadi kuasa itu harus digunakan dengan cermat, jangan terburu-buru. Saya
percaya tidak sia-sia Yang di-Pertuan Agong menyebut tentang perlunya
integriti,” tambahnya, merujuk titah Agong di Dewan Rakyat minggu lalu.

Hassan turut mengkritik tindakan Anwar melantik dirinya sebagai menteri


kewangan, dan memberi amaran tentang berulangnya skandal 1MDB kerana
perdana menteri mengambil alih portfolio itu.

“Eloklah kita elak daripada pengalaman negara gagal Sri Lanka.

“Selamatkanlah Malaysia.”

Anda mungkin juga menyukai