Anda di halaman 1dari 3

Zahid dalang pendakwaan terancang terhadap

Bersatu, kata Muhyididin


Story by Staff Writers • 21 Feb
83647 Comments

P residen Bersatu Muhyiddin Yassin percaya pendakwaan kes mahkamah

terhadap pemimpin parti itu didalangi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi
yang bertujuan untuk melemahkan partinya. 

Zahid dalang pendakwaan terancang terhadap Bersatu, kata Muhyididin© Provided by MalaysiaNow


Katanya, sebelum ini terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Zahid
seolah-olah menjadi bentuk percubaan untuk menuduh Bersatu sebagai puak
“kluster mahkamah”.

"Selepas ini akan ada kluster baru mahkamah juga. Jadi itu merupakan satu
perkara yang dah awal-awal ‘pre-attempt’.

"Jadi apa yang berlaku adalah perkara yang saya fikir (sudah) dirancang dan
terancang," katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah
Kuala Lumpur hari ini. 

Terdahulu, Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu hadir ke mahkamah


bagi memberi sokongan kepada Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan
Jan yang dituduh meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung
projek JanaWibawa.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata dalang itu diusahakan antara Barisan


Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang tidak senang dengan
sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) semakin kuat pada Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu. 

Related video: Muhyiddin dakwa Zahid dalang kluster mahkamah


Bersatu (Dailymotion)

Atas sebab itu, katanya, pendakwaan Wan Saiful pada hari ini adalah
pendakwaan terpilih dan parti itu sudah menjadi sasaran pihak tertentu.

Katanya pada hari ini, menerima sumbangan dana politik tiba-tiba sahaja
berubah menjadi satu kesalahan jenayah. 

Sedangkan, parti-parti politik lain juga menerima dana politik bagi kerja politik
mereka.

"Tetapi pemimpin parti mereka ini tidak pun didakwa di mahkamah." 

PN terjejas PRN?

Ketika ditanya oleh pemberita sama ada pendakwaan terhadap Wan Saiful
akan memberikan kesan kepada siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka
berlaku dalam masa terdekat, Muhyiddin menegaskan hal itu terserah kepada
rakyat untuk membuat keputusan.

Bagaimanapun, katanya, sudah pasti PN berdepan kesukaran untuk


menempuh PRN kerana akaun parti dibekukan buat beberapa bulan. 

Perkembangan itu bakal menjejaskan pengurusan dan perjalanan parti untuk


berdepan PRN.

"Saya sudah membuat rayuan kepada Azam Baki untuk benar-benar


menyahbeku.

“Ini hanya untuk berlaku adil kerana kita sebagai parti politik memerlukan
dana apa yang kita ada dalam pengurusan parti," katanya.

Anda mungkin juga menyukai