Anda di halaman 1dari 1

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon

kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan


syaratnya ditetapkan oleh kerajaan.

Sementara, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum itu cuba
membahaskan usul tersebut di Dewan Rakyat dengan alasan pencarum sudah
semakin terdesak, tambahan pula harga barang semakin naik dan kos sara
hidup yang meningkat saban hari.

Bagaimanapun usul tersebut ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk


Johari Abdul.

Pada Jumaat lalu dilaporkan kira-kira 320,000 pencarum di seluruh negara


yang mempunyai baki simpanan melebihi RM100,000 mendesak supaya
kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.

Pada 4 Februari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) dalam


kenyataan meminta kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar
kepada tiga juta pencarum yang benar-benar terkesan.

Rakyat masih menaruh harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mempertimbangkan pengeluaran simpanan untuk hari tua itu dalam
Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Perdana Menteri sebelum ini telah menjelaskan, beliau memahami isu


mengenai kebenaran pengeluaran KWSP seperti yang dibangkitkan banyak
pihak.

Katanya, sudah banyak kali kebenaran diberi dan ada simpanan pencarum
yang semakin berkurangan. Hakikatnya, penjelasan Anwar bahawa pencarum
tidak lagi mempunyai simpanan mencukupi adalah berasas.

Majoriti besar pencarum KWSP sudah tidak mempunyai lagi wang yang
mencukupi untuk persaraan.

Anda mungkin juga menyukai