Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
01000, KANGAR
PERLIS

ASAS SENI VISUAL (PSVK1074)

Nama : NURUL IFTI LIYANA BINTI MOHD


SHUKRI
No. K/P : 040920-01-0022
Angka Giliran : 2022232310196
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA
MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Ambilan : JUN 2022
Unit : PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nama Pensyarah : EN MUHAMMAD SUKRI BIN OSMAN
Tarikh Hantar : 25 OKTOBER 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan pentaksiran berterusan
PENGESAHAN PELAJAR
MODERATOR
ini adalah hasil kerja saya
Markah
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang Markah
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

1
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ................................................................................................3
1.0 PENDAHULUAN ...........................................................................................4
1.1 PENGENALAN ASAS SENI VISUAL .................................................4
1.2 KONSEP SENI RUPA 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI ..........................6
2.0 KARYA 2 DIMENSI ........................................................................................7
3.0 KARYA 3 DIMENSI ........................................................................................9-10
4.0 PENUTUP .....................................................................................................11

RUJUKAN ........................................................................................................... 12

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim…

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya berjaya


menyiapkan penulisan esei untuk kursus Asas Seni Visual dengan kod PSVK1074 dengan
jayanya. Walaupun dalam proses menyiapkan tugasan ini terdapat banyak liku-liku yang
terpaksa saya tempuhi, dengan limpah kurnia-Nya saya mampu harungi cabaran itu dengan
baik.

Jutaan terima kasih juga diucapkan buat ibu bapa yang tidak putus mendoakan dan
memberi bantuan dari segala segi, mahupun duit ataupun nasihat, semuanya telah
mendorong saya tanpa sedar untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, jutaan terima kasih
juga diucapkan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, atas kemudahan yang
telah disediakan kepada guru pelatih seperti kemudahan pusat sumberbagi mendapatkan
buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan yang diusahakan dan kemudahan Wifi bagi
memudahkan paelajar-pelajar mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kursus ini, Encik Muhamad Sukri bin Osman
kerana dengan izin Allah, beliau seudi menunjuk ajar saya waima mengganggu masa
rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan saya jikalau saya leka. Hanya Allah yang mampu
membalas jasa baik beliau.

Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan dan


jutaan terima kasih bagi sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini
secara sulit ataupun tidak. Bantuan anda amat saya hargai.

Sekian terima kasih.

3
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN ASAS SENI VISUAL
Asas seni reka ialah ilmu mengenai unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni
merujuk kepada garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang, dan warna. Secara visual, garisan
akan wujud sekiranya sesuatu itu mempunyai ukuran panjang melebihi lebar. Garisan
boleh terhasil dengan pelbagai cara contonya mendatar dan cantuman dari satu titik ke
titik yang lain pada kadar atau jarak tertentu. Rupa pula boleh dihasilkan melalui garisan
yang tertutup. Rupa boleh terhasil dalam bentuk geometri atau dalam bentuk organik.
Rupa merujuk kepada dua dimensi atau rata yang boleh ditentukan ukuran panjang dan
lebar sesuatu rupa itu. Seterusnya,bentuk. bentuk adalah sesuatu yang dapat
dinyatakan tentang ukuran panjang, lebar dan kedalaman sesuatu objek yang ditakrifkan
sebagai tiga dimensi. Ruang pula terhasil apabila dikenakan kesan positif dan negatif
dalam sesebuah karya. Manakala jalinan pula merupakan kesan yang boleh dirasai
melalui deria sentuhan. Akhir sekali ialah warna. Warna terbahagi kepada tiga ciri utama
iaitu rona, nilai dan intensiti / keamatan.1

Prinsip rekaan pula terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama
dan pergerakan, kepelbagaian serta kesatuan. Penegasan merujuk kepada pengolahan
yang menjadi tumpuan atau fokus tertentu dalam sesebuah komposisi hasil seni. Ia
berupa tarikan yang menarik perhatian penonton untuk melihat sesuatu bahagian dalam
sesuatu karya seni. Manakala imbangan pula bermaksud kesamaan dan kepadanan
daripada segi tumpuan serta daya tarikan dalam komposisi olahan. Prinsip ini boleh ada
dalam olahan yang berbentuk simetri atau tidak simetri. Seterusnya, irama. Irama
tercipta apabila adanya paparan positif secara berulang-ulang yang dipisahkan oleh
sesuatu ruang negatif. Sementara pergerakan pula merupakan sesuatu imej visual yang
menunjukkan pergerakan bagi menimbulkan pandangan dan perasaan yang seakan
sama-sama bergerak pada keseluruhan sesebuah karya seni.2 Selain itu, kontra. Kontra
wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang
menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan. 1 Menurut
Shukri Aziz (2022), manakala harmoni, kepelbagaian dan kesatuan mempunyai maksud
yang hamper sama. Sebagai contoh, di dalam sebuah zoo mempunyai banyak binatang,
itu menunjukkan kepelbagaian. Tetapi jika di dalam reban ayam terdapat ibu ayam, anak
ayam dan bapa ayam, itu dipanggil kesatuan. Tetapi jika terdapat pelbagai jenis burung
di dalam sangkar yang besar, itu merupakan harmoni.

4
1

1
Rosliana Roslee, Siti Fauziah Cheklah & Noor Ashikin Naziadi. (2012). Pengenalan Asas Seni Reka. Diperoleh
daripada http://liaekingee.blogspot.com/2012/05/asas-seni-reka.html?m=1

2
Badrul Azmi Abdul Holed, Mohd Effendi Muhammad Suandi, Muhamad Farizuan Rosli & Norshah Afizi Shuaib.
(2014). Sejarah dan Aspresiasi Seni Lukis dan Seni Reka. Penerbit Universiti Malaysia Perlis.

5
1.2 KONSEP SENI RUPA 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI
Seni rupa 2 dimensi adalah karya seni yang mempunayai batas dua sisi, iaitu
sisi panjang dan sisi lebar. Seni rupa 2 dimensi ini tidak mempunai ruang kerana
tidak wujud ketebalan atau ketinggian. Dalam kehidupan seharian, kita dapat melihat
banyak contoh karya seni 2 dimensi, contohnya lukisan, poster, foto, banner, logo,
batik dan lain lain. Seni rupa 2 dimensi mempunyai 8 unsur utama. Antaranya ialah,
titik, garis, bidang, bentuk, tekstur, warna, gelap terang dan ruang.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya seni 2 dimensi ialah pensil, konte
(sebuah alat yang bertekstur halus dan berwarna sangat hitam) , pensil warna,
krayon, pen, cat air, cat minyak, kanvas, berus, palet dan komputer. Untuk
menghasilkan karya dua dimensi yang baik, pengkarya biasanya menggunakan
beberapa Teknik. Antaranya ialah Teknik plakat, Teknik transparan, Teknik kolase,
Teknik 3 M (merekat, menggunting, menampal), Teknik linear, Teknik blok, Teknik
arsir, Teknik Dussel, Teknik poinitilis, Teknik aquarel, Teknik mozek dan Teknik
menganyam.

Menurut Rifda Arum (n.d), karya seni 3 dimensi pula bermaksud karya seni
yang diciptakan oleh manusia dengan adanya ukuran, panjang, lebar, dan tinggi,
sehingga kelihatan wujudnya irama dan ruang dalam karya tersebut. Singkatnya,
unsur ruang menjadi ciri perbezaan antara karya seni 2 dimensi dengan karya seni 3
dimensi. Objek karya seni 3 dimensi ini dapat dilihat daripada semua sisi. Jenis-jenis
karya seni 3 dimensi ini dapat dibezakan berdasarkan fungsinya, iaitu fungsi pakai
(seni terapan/ applied art) dan fungsi ekspresi (seni rupa murni/ pure art). Wujudnya
perbezaan antara fungsi tersebut adalah untuk membezakan tujuan pengkaryanya
dalam menciptakan karya seni 3 dimensi tersebut.

6
2.0 KARYA 2 DIMENSI

7
Berikut merupakan sebuah karya dari seorang artis tempatan kelahiran
Johor, Yusof Ghani. Beliau merupakan seorang pelukis, pengukir, penulis, professor
dan kurator Malaysia. Kerjayanya menjangkau lebih tiga dekad yang menghasilkan
pelbagai siri yang berkaitan dengan motif Asia Tenggara dengan Pendekatan
Ekspresionis Abstrak. Karya di atas merupakan salah satu karya beliau yang
terkenal. Karya ini berjudul Siri Tari (1993). Beliau menggunakan media cat minyak
diatas kanvas bagi karya ini.

Pada pandangan saya, beliau ingin membawa penonton mendalami emosi


beliau melalui warna dan teknik sapuan berus secara spontan yang digunakan dalam
karyanya. Pengkarya banyak menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan karya ini. Antara unsur seni yang digunakan ialah garisan. Garisan itu
telah menimbulkan rupa apabila kelihatan beberapa orang lelaki sedang menari. Ia
juga menimbulkan ruang apabila kelihatan seorang penari berada di depan
manakala empat orang penari lagi berada di belakang. Beliau juga menggunakan
unsur seni warna. Warna yang digunakan ialah warna panas yang menunjukkan
emosi pengkarya. Beliau mengaplikasikan prinsip rekaan harmoni dari segi pemilihan
warna akan tetapi, beliau juga menerapkan penegasan pada latar belakang karya
tersebut apabila beliau menggunakan warna merah. Terdapat juga prinsip imbangan
apabila figura yang dilukis berada di tengah-tengah kanvas. Kelihatan pergerakan
pada karya tersebut, seolah-olah beberapa orang lelaki sedang menari dan
bergerak. Terdapat juga prinsip kepelbagaian dari segi pemilihan warna yang
bercampur-campur.

8
3.0 KARYA 3 DIMENSI

9
Berikut merupakan sebuah karya 3 dimensi iaitu ukiran kraf tradisi. Motif yang
digunakan ialah motif flora. Terdapat beberapa unsur seni dan prinsip rekaan yang
digunakan dalam karya ini seperti garisan yang membentuk daun-daun dan bunga.
Sudah Namanya karya 3 dimensi, sudah pastinya wujud unsur bentuk iaitu bentuk
konkrit. Terdapat juga unsur jalinan apabila karya tersebut menimbulkan kesan yang
terdapat pada permukaan sesuatu objek yang boleh dirasai melalui deria sentuhan.
Seterusnya pergerakan apabila daun pada karya ini kelihatan seperti bergerak dan
beralun. Terdapat juga prinsip harmoni pada bentuk kerana bentuk daun yang berulang-
ulang. Pengkarya juga menerapkan prinsip penegasan pada bunga yang berada di
tengah-tengah karya. Seolah-olah pengkarya ingin memfokuskan bunga tersebut
berbanding daun-daun yang berada di belakangnya. Dengan adanya prinsip penegaran,
secara automatik prinsip rekaan kontra terhasil pada bentuk. Bunga yang berada di
tengah-tengah daun menjadikan bunga tersebut kontra. Seterusnya, kesatuan. Bunga
dan daun merupakan dua tumbuhan berbeza tetapi pengkarya menggabungkannya di
bawah satu motif yang sama iaitu motif flora. Terdapat juga prinsip imbangan apabila
daun yang ada pada karya itu mempunyai saiz dan bentuk yang persis. Warna yang
digunakan pada karya tersebut hanyalah satu warna iaitu warna kayu asli.

10
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dapat dirumuskan setiap karya seni yang dihasilkan mestilah
mempunysai beberapa asas seni visual dalam penghasilan sesebuah karya tidak kiralah
seprofesional mana pun pelukis atau pengkarya yang menghasilkan karya itu.
Sesebuah karya seni tidak akan lengkap tanpa adanya asas seni visual yang
menyempurnakan karya tersebut.

Setiap karya seni yang dihasilakan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri
bergantung kepada perkarya dan pemerhati bagi mentafsirkan maksud sebenar sesuatu
karya. Mesej yang hendak pengkarya smpaikan tidak semestinya sama seperti
ekspektasi pemerhati. Ini mungkin terjadi disebabkan aras keilmuan yang berbeza
antara pengkarya dan pemerhati.

11
RUJUKAN

Rosliana Roslee, Siti Fauziah Cheklah & Noor Ashikin Naziadi. (2012). Pengenalan Asas
Seni Reka.
Diperoleh daripada http://liaekingee.blogspot.com/2012/05/asas-seni-reka.html?m=1
Rifda Arum. (n.d). Contoh Karya Seni 3 Dimensi: Pengertian, Jenis, dan Unsurnya.
Diperoleh daripada https://www.gramedia.com/literasi/contoh-karya-seni-3-dimensi/m
Yusof Ghani. (1993). Siri Tari, 1993.
Diperoleh daripada https://www.mutualart.com/Artwork/Siri-Tari/8225CF0AB2530E59
Perpustakaan Online Indonesia. (2022). Contoh Karya Seni Rupa 3 Dimensi Beserta
Penjelasannya.
Diperoleh daripada https://combinesia.web.id/karya-seni-rupa-3-dimensi/
Badrul Azmi Abdul Holed, Mohd Effendi Muhammad Suandi, Muhamad Farizuan Rosli &
Norshah Afizi Shuaib. (2014). Sejarah dan Aspresiasi Seni Lukis dan Seni Reka. Penerbit
Universiti Malaysia Perlis.

12
13

Anda mungkin juga menyukai