Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang


manfaat pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS). Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) membolehkan murid meningkatkan dan


mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera, iaitu novel, cerpen, drama, prosa
tradisional, puisi moden, dan puisi tradisional. Tabiat suka membaca penting sekali untuk
melahirkan individu berpengetahuan atau bermaklumat. Bermula dengan membaca bahan bacaan
KOMSAS, minat membaca dalam kalangan murid akan terus subur sehingga menjadi budaya
rakyat negara ini.

Karya yang dipilih sebagai teks KOMSAS bukan sahaja mengandungi pelbagai jenis
cerita, tetapi juga mengandungi nilai – nilai murni yang boleh dijadikan teladan. Nilai kegigihan,
keberanian, tanggungjawab, kasih sayang dan nilai – nilai lain terdapat dalam kebanyakan karya
kesusasteraan. Murid yang kerap didedahkan kelebihan nilai murni tersebut akan menjadikan
nilai – nilai tersebut sebagai teladan. Dari aspek yang lain pula, bakat murid dalam bidang
penulisan dapat dikembangkan. Hal ini dikatakan demikian kerana murid dapat mengetahui ilmu
sastera secara ringkas yang meliputi penggunaan kosa kata serta peribahasa yang menarik. Hal
ini seterusnya dapat mengukuhkan kemahiran berbahasa murid.

Selain itu, KOMSAS memainkan peranan untuk memberikan pengetahuan kepada


generasi muda tentang istilah asas kesusasteraan seperti tema, persoalan, perwatakan, gaya
bahasa dan beberapa istilah yang lain. Dengan pembelajaran KOMSAS, murid dapat
memperoleh pengetahuan tentang ciri – ciri pantun dan perbezaannya dengan puisi. Murid juga
dapat membezakan gurindam dan seloka yang kini semacam asing bagi kebanyakan anggota
masyarakat kita. Dengan mendalami dan mengapresiasi karya sastera tersebut, generasi muda
dapat mengenali serta mempertahankan warisan bangsa yang tinggi nilainya.

M/S 58

Anda mungkin juga menyukai