Anda di halaman 1dari 10

MODUL : GAT 2013

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR LADANG

TAJUK : SENGGARA SISTEM PENGAIRAN


TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai kaedah
senggara rutin sistem pengairan dengan selamat tanpa membahayakan keselamatan diri dan
tidak merosakkan peralatan yang digunakan.

1.0 PENGENALAN :
Sistem pengairan yang moden dapat menyumbang kepada penggunaan air yang lebih cekap
dan cermat seterusnya meningkatkan hasil tanaman, Operasi ini bertujuan untuk
membekalkan pengairan kepada tanaman pada bila-bila masa diperlukan tanpa
mengharapkan hujan dan melibatkan penggunaan sistem pengairan renjis dan titis

Rajah 1: Pengairan renjis Rajah 2: Pengairan titis

Rajah 3 : Contoh pelan pengairan titis


2.0 JENIS-JENIS KEROSAKAN SISTEM PENGAIRAN
2.1 Kepentingan pemeriksaan sistem pengairan
 Mengesan kebocoran dan kerosakan sistem pengairan.
 Supaya sistem pengairan berroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah.
 Dapat mengenalpasti punca masalah sistem pengairan.

2.2 Jenis kerosakan sistem pengairan

i) Penyebar Tersumbat
 Penyebar tersumbat adalah masalah yang paling kritikal dan perlu
diberikan keutamaan untuk tujuan penyenggaraan.
 Sebab kejadian adalah kerana orifis penyebar terlalu kecil yang
tersumbat oleh bahan-bahan seperti zarah, bahan kimia dan bahan
organan.
 Akibatnya adalah ketidakseimbangan penyebar air mengikut kadar alir
yang ditetapkan.
 Punca kejadian adalah kebocoran kepada paip-paip utama dan sisi,
kualiti air yang kotor, bahan organik atau bahan kimia tersumbat pada
orifis semasa perwapan.

ii) Keadaan Tanah


 Terdapat jenis-jenis tanah yang tidak mempunyai keupayaan
penyusupan yang tinggi bagi tujuan meresap air untuk mengelakkan
terjadinya air larian dan takungan.
 Sebagai contoh, kadar alir dari penyebar 1 gelen sejam memerlukan
keupayaan penyusupan 0.5 inci sejam bagi menentukan takungan air
di dalam tanah melebihi 2 kaki lebar.

iii) Penumpukan Garam


 Keadaan ini berlaku di kawasan yang mempunyai aras air ketidak
tentuan (bertukar tinggi dan rendah dengan kerap)
 Apabila berlakunya hujan selepas musim kemarau yang penjang,
garam-garam tersebut akan menyusup ke dalam tanah.
 Disyorkan pengairan dibuat selepas musim hujan bagi mengeluarkan
garam tersebut daripada zon akar
3.0 PENYENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN
4.1 Jenis kerja penyenggaraan sistem pengairan

i) Penyenggaraan kawasan punca air seperti kolam dan tangki takungan air
 Kawasan ini hendaklah dibersihkan daripada sampah sarap atau semak samun yang
akan menggangu menyebabkan strainer foot valve tersumbat.

ii) Pemeriksaan bahagian sedutan (suction) seperti foot valve


 Foot valve hendaklah sentiasa tergantung jauh daripada dasar punca air supaya
tidak menyedut lumpur/kotoran. Pastikan juga spring foot valve berfungsi dan
strainer tidak tersumbat.
 Pastikan tiada kebocoran pada saluran sedutan walaupun kecil.

iii) Penyenggaraan enjin dan pam air


 Penyenggaraan perlu dibuat mengikut syor pihak pengeluar/pembuat
 Periksa bahagian pelinciran setiap bulan
 Setiap tiga bulan tukar minyak pelincir jika perlu (rujuk manual) dan periksa jika ada
bahagian-bahagian yang haus.
 Setiap enam bulan periksa penjajaran pam dan pemacu.
 Setiap tahun buat pemeriksaan menyeluruh

iv) Penyenggaraan penapis air

 Bersihkan bahagian penapis setiap 12 jam operasi atau lebih kerap jika kualiti air
sangat rendah

v) Pemeriksaan sistem paip


 Baiki secepat mungkin jika berlaku kebocoran daripada kebocoran

vi) Pemeriksaan kepala perenjis/penitis


 Baiki / ganti jika tersumbat atau rosak

vii) Pemeriksaan injap-injap/peralatan kawalan keselamatan sistem


 Periksa check valve, pressure gauge dan air relief valve pastika ianya berfungsi
dengan baik
4.0 BAHAN DAN PERALATAN PENYENGGARAAN
4.1 Cara penyenggaraan peralatan dan bahan penyenggaraan sistem pengairan
JENIS PERALATAN CARA PENYENGGARAAN

1. INJAP KAKI  pastikan ianya tidak tersumbat.


 biarkan ia tergantung supaya tidak
terkena tanah atau pasir

2. ENJIN DAN PAM AIR  penyelenggaraan dijalankan mengikut


syor oleh pembekal atau pembuat
melalui buku panduan

3. PAIP  periksa supaya tiada kebocoran dan


tidak tersumbat
4. PENAPIS  perlu dicuci mengikut tempoh
penggunaan yang disyorkan oleh
pembekal

5. KEPALA PERENJIS  periksa supaya tidak tersumbat dan


pusingan nozel adalah pada kadar
yang betul

6. PAIP PENYAMBUNG  periksa supaya tiada kebocoran di


tempat penyambungan
4.2 Pengunaan peralatan dan bahan penyenggaraan sistem pengairan

PERALATAN KEGUNAAN
i)
 Spanar hidup
 Boleh digunakan untuk pelbagai jenis
skru kerana ia boleh dilaraskan.

ii)
 Paip wrench
 Untuk membuka skru yang terlalu
ketat

iii)
 Chain wrench
 Mengetatkan paip PVC

iv)
 White tape
 Untuk membalut alur yang terdapat pada
penyambung paip

 Gerudi tangan
 Untuk mengorek lubang pada paip

v)
 Gergaji besi
 Untuk memotong paip besi ataupun
PVC

vi)
 Tool box
 Untuk menyimpan peralatan untuk
kerja penyenggaraan pengairan

vii)
 Sarung tangan
 Untuk melindungi tangan dari
berlaku kecederaan

4.3 Keselamatan pengunaan peralatan

 Peralatan mestilah digunakan bersesuaian dengan jenis kerosakan untuk


menggelakkan dari menambahkan kerosakan.
 Tidak cuai semasa menggunakan peralatan
 Tumpu perhatian sepenuhnya semasa membaiki kerosakan
 Sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan.

5.0 Uji semula sistem pengairan

5.1 Kepentingan membuat ujian selepas penyenggaraan


 Memastikan tiada lagi kebocoran atau paip yang tersumbat berulang.
 Memastikan hasil kerja kemas.

6.0 REKOD PENYELENGGARAAN


6.1 JADUAL/ADUAN/REKOD PENYELENGGARAAN SISTEM PENGAIRAN
i. Jadual kerja penyenggaraan pengairan

ANGGARAN KOS
BULAN AKTIVITI PERALATAN /
PENYENGGARAAN BAHAN KINI HINGGA KINI

Jadual 1 : Kerja penyenggaraan pengairan

RUJUKAN:
1. Y. 1988. Farm Machinery Vol. II. Tsukuba International Agricultural Training Centre.
JICA.
2. Srivastava, A. K., C. E. Goering, R. P. Rohrbach. (1993). Enginering Principles of
Agricultural Machines. ASAE Texbook Number 6, American Society of
Agriculutural Engineers.
3. Setiawan, R. P. A. 2001. Research Report on Development of Variable Rate
Granular Applicator for Paddy Field. Laboratory of Agricultural Machinery, Kyoto
University.
4. Claude Culpin (1976), Farm Machinery. Crosby Lockwood Staples London. ISBN
0258970480
5. Manual Kerja Ladang, Mekanisasi Perladangan (1992), Universiti Pertanian
Malaysia.
6. Manual Latihan Praktikal Penuntut (1997), Institut Pertanian Semenanjung
Malaysia, Jabatan Pertanian (Tidak dicetak)
7. Nota Tahap 2, Pemeriksaan Prasarana dan Infrastruktur, Kolej Pertanian Malaysia.
Tahun 2006

Anda mungkin juga menyukai