Majlis Persaraan en Mazlan Awi
Majlis Persaraan en Mazlan Awi
2:46 pm Mohon hadirin terus berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku HARYANI
Lagu Negaraku
* Nyanyian Lagu Negaraku *
1
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum yang hadir bersama-sama secara dalam talian
Yang Berusaha
Puan Nooraini binti Kamaruddin
Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum
Yang Berusaha
Puan Hajah Nor’Aidah binti Nordin
Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik
Yang Diraikan,
Encik Mazlan bin Awi
Ketua Penolong Pengarah
Unit Matematik Asas
Sektor Sains dan Matematik
2
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Kompang bergema pusaka bangsa HARYANI
Dipalu oleh si panglipurlara
Hadir tuan meriah terasa
Kami menyambut penuh gembira
Selamat datang ke MAJLIS PERSARAAN ENCIK MAZLAN BIN AWI: SEBUAH PERJALANAN.
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-
NYA dapat kita berkumpul dalam majlis yang diadakan pada hari yang mulia ini.
* Bacaan Doa *
Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Mohd Osmira bin Mohid atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada hari ini akan diberkati.
3
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Majlis pada petang ini diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Azman bin Haji Adnan,
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengarah BPK atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi,
Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Encik Mazlan bin Awi, Ketua Penolong Pengarah Unit
Matematik Asas, Sektor Sains dan Matematik untuk menyampaikan ucapan persaraan. Dipersilakan.
* Ucapan persaraan *
4
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mazlan bin Awi atas ucapan persaraan yang telah
disampaikan sebentar tadi. Semoga kita juga beroleh manfaat daripada ucapan dan pesanan beliau.
Seterusnya, dijemput Encik Mazlan mengambil tempat di singgahsana yang telah disediakan khas untuk
menghayati deklamasi puisi yang akan dipersembahkan oleh Pn Noraida binti Md Idrus dan En Kasdi bin
Kamin bertajuk Guru Oh Guru, karya asal oleh Usman Awang.
Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang penuh penghayatan khas buat En Mazlan.
Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan sebentar tadi.
Dipersilakan.
Encik Mazlan boleh menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat rakan-rakan yang masih berkhidmat
sebagai panduan untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.
3:45 pm Seterusnya dijemput Encik Mazlan bin Awi ke tengah pentas untuk sesi bergambar. HARYANI
Sesi bergambar
Dipersilakan Timbalan-Timbalan Pengarah Sektor dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan tampil ke pentas
untuk sesi bergambar.
Dipersilakan warga Sektor Sains dan Matematik tampil ke pentas untuk sesi bergambar.
(Pantun-pantun akan dibacakan semasa sesi clock out dan lambaian perpisahan)
Sementara kita sama-sama menyaksikan sesi clock dan lambaian perpisahan, terimalah pantun-pantun ini ZAMHARI
khas buat Encik Mazlan bin Awi, sekaligus menutup majlis kita pada petang yang mulia ini.
6
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan, HARYANI
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.
Usai sesi lambaian perpisahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini.
Terima kasih kepada warga BPK atas kesudian hadir secara bersemuka dan secara dalam talian bagi ZAMHARI
memeriahkan majlis persaraan Encik Mazlan bin Awi pada hari ini.
Sekian.
Wabilla….
4:00 pm Bersurai
7
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)