Anda di halaman 1dari 8

Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi

15 April 2022 (Jumaat)


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN ENCIK MAZLAN BIN AWI
15 APRIL 2022

ZAMHARI BIN AZMAN


HARYANI BINTI HAMZAH

MASA PERKARA TINDAKAN


2.40 pm Makluman kepada YBrs. Dr./tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam Bilik Atrium ini dan secara
dalam talian, mohon tidak meninggalkan majlis sehingga En. Mazlan diiring untuk sesi clock out.

Seterusnya, dipersilakan Timbalan-Timbalan Pengarah Sektor untuk bersama-sama menunggu di hadapan


pintu masuk Atrium bagi menyambut dan mengiringi perarakan masuk En. Mazlan.
2.45 pm * Perarakan masuk *
Perarakan
masuk Mengumumkan perarakan masuk Encik Mazlan bin Awi bersama-sama Timbalan-Timbalan Pengarah ZAMHARI
Sektor, BPK.

Hadirin mohon berdiri.

2:46 pm Mohon hadirin terus berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku HARYANI
Lagu Negaraku
* Nyanyian Lagu Negaraku *

Hadirin dipersilakan duduk.

Melayang serindit di atas permatang ZAMHARI


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

1
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang Berusaha
Tuan Haji Azman bin Haji Adnan
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum yang hadir bersama-sama secara dalam talian

Yang Berusaha
Puan Nooraini binti Kamaruddin
Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

Yang Berusaha
Puan Fazlinah binti Said
Timbalan Pengarah Sektor Sains Sosial

Yang Berusaha
Puan Hajah Nor’Aidah binti Nordin
Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik

Yang Diraikan,
Encik Mazlan bin Awi
Ketua Penolong Pengarah
Unit Matematik Asas
Sektor Sains dan Matematik

Timbalan-Timbalan Pengarah Sektor BPK

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan

Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan warga BPK yang dihormati sekalian.


2
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
HARYANI
Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si panglipurlara
Hadir tuan meriah terasa
Kami menyambut penuh gembira

Selamat datang ke MAJLIS PERSARAAN ENCIK MAZLAN BIN AWI: SEBUAH PERJALANAN.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-
NYA dapat kita berkumpul dalam majlis yang diadakan pada hari yang mulia ini.

2:48 pm Para hadirin yang dihormati sekalian, ZAMHARI


Bacaan doa
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Encik Mohd Osmira bin Mohid. Dipersilakan.

* Bacaan Doa *

Aamiin Aamiin ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Encik Mohd Osmira bin Mohid atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada hari ini akan diberkati.

2:50 pm Hadirin yang dihormati sekalian, HARYANI


Ucapan
Pengarah BPK Untuk makluman semua, Encik Mazlan bin Awi akan bersara pada 18 April 2022. Walau bagaimanapun, majlis
diadakan pada hari ini setelah mendapat persetujuan semua pihak selain mengambil kira keberadaan rakan-
rakan pegawai di pejabat kerana pastinya mereka ingin turut bersama-sama dalam majlis bersejarah ini.

Duduk sekawan gadis jelita


Buat santapan untuk pahlawan
Tampillah puan kami meminta
Madah ucapan kata aluan
3
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)

Majlis pada petang ini diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Fazlinah binti Said, Timbalan
Pengarah Sektor Sains Sosial untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Fazlinah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi,

3:00 pm Hadirin sekalian, HARYANI


Tayangan video Sebelum kita mendengar ucapan persaraan Encik Mazlan bin Awi, marilah kita bersama-sama menyaksikan
Sebuah tayangan video yang bertajuk ‘Sebuah Perjalanan: Mazlan Awi’. Dipersilakan.
Perjalanan:
Mazlan Awi Demikianlah tadi tayangan video yang memaparkan perjalanan Encik Mazlan bin Awi sejak beliau di bangku
persekolahan sehingga bakal menamatkan perkhidmatan pada 18 April 2022 ini.

3:05 pm Hadirin yang dihormati, ZAMHARI


Ucapan
persaraan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Encik Mazlan bin Awi, Ketua Penolong Pengarah Unit
Matematik Asas, Sektor Sains dan Matematik untuk menyampaikan ucapan persaraan. Dipersilakan.

* Ucapan persaraan *

Subur menghijau pohon semalu


Tumbuh mekar di hujung desa
Sebak di dada pilu di kalbu
Sejuta kenangan segunung jasa

4
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mazlan bin Awi atas ucapan persaraan yang telah
disampaikan sebentar tadi. Semoga kita juga beroleh manfaat daripada ucapan dan pesanan beliau.

3:20 pm Hadirin sekalian, HARYANI


Tayangan video Seterusnya, marilah kita menyaksikan tayangan video pernghargaan khas buat Encik Mazlan bin Awi.
penghargaan
dan Deklamasi Terima kasih atas tayangan video yang amat bermakna sebentar tadi. Semoga video itu tadi dapat menjadi
Sajak ingatan dan kenangan buat Encik Mazlan.

Seterusnya, dijemput Encik Mazlan mengambil tempat di singgahsana yang telah disediakan khas untuk
menghayati deklamasi puisi yang akan dipersembahkan oleh Pn Noraida binti Md Idrus dan En Kasdi bin
Kamin bertajuk Guru Oh Guru, karya asal oleh Usman Awang.

Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang penuh penghayatan khas buat En Mazlan.

3:30 pm Hadirin yang dihormati, ZAMHARI


Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata.
cenderamata
dan Sijil Dipersilakan: (semak sektor mana yang akan menyampaikan cenderamata)
Penghargaan
1. Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik
2. Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum (dijemput wakil)
3. Timbalan Pengarah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi (dijemput wakil)
4. Timbalan Pengarah Sektor Bahasa dan Kesusasteraan
5. Timbalan Pengarah Sektor Sains Sosial
6. Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas
7. Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan Kesihatan (dijemput wakil)
8. Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah
9. Ketua Sektor Khidmat Pengurusan
5
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Seterusnya, majlis menjemput Puan Fazlinah binti Said, Timbalan Pengarah Sektor Sains Sosial untuk HARYANI
menyampaikan Sijil Penghargaan dan Sijil Premium BSN atas khidmat bakti selama hampir 37 tahun.

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderamata dan sijil penghargaan sebentar tadi.

3.40 pm Hadirin sekalian, HARYANI


Sesi Seterusnya, majlis diteruskan dengan menjemput Encik Mazlan bin Awi dengan diiringi Timbalan Pengarah
menandatangani Sektor Sains Sosial dan Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik untuk menandatangani Buku
Buku Persaraan Persaraan dan Lampiran D sebagai perakuan meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

Dipersilakan.

Encik Mazlan boleh menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat rakan-rakan yang masih berkhidmat
sebagai panduan untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.

3:45 pm Seterusnya dijemput Encik Mazlan bin Awi ke tengah pentas untuk sesi bergambar. HARYANI
Sesi bergambar
Dipersilakan Timbalan-Timbalan Pengarah Sektor dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan tampil ke pentas
untuk sesi bergambar.

Dipersilakan warga Sektor Sains dan Matematik tampil ke pentas untuk sesi bergambar.

Terima kasih diucapkan.


3:50 pm Seterusnya, majlis menjemput Encik Mazlan bin Awi diiringi oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Sektor dan ZAMHARI
Sesi Clock Out Ketua Sektor Khidmat Pengurusan untuk sesi clock out dan seterusnya bergerak ke lobi E9 untuk sesi lambaian
perpisahan.

(Pantun-pantun akan dibacakan semasa sesi clock out dan lambaian perpisahan)
Sementara kita sama-sama menyaksikan sesi clock dan lambaian perpisahan, terimalah pantun-pantun ini ZAMHARI
khas buat Encik Mazlan bin Awi, sekaligus menutup majlis kita pada petang yang mulia ini.

6
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)
Harum semerbak si bunga melur, HARYANI
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Amat ketara pucuk siantan,


Rasa segar tepian titi; ZAMHARI
Selamat bersara ufuk ingatan,
Mekar jasa di taman bakti.

Pahat papan serupa dulu,


Bawah kain daun cermai; HARYANI
Rehatlah tuan di dunia baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Tinggi sungguh pohon kuini, ZAMHARI


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung HARYANI


Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Usai sesi lambaian perpisahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini. ZAMHARI
Terima kasih kepada warga BPK atas kesudian hadir secara bersemuka dan secara dalam talian bagi
memeriahkan majlis persaraan Encik Mazlan bin Awi pada hari ini.

Sekian.
Wabilla….
4:00 pm Bersurai
7
Majlis Persaraan Encik Mazlan bin Awi
15 April 2022 (Jumaat)

Anda mungkin juga menyukai