Anda di halaman 1dari 2

PIAMA: ANGIN & MUSIM

BULAN SYAMSI TARIKH (19 – 23) BULAN PIAMA CIRI-CIRI ANGIN

1) Hamal Mac 5 Bunyi guruh pesan dari arah barat menandakan musim barat (musim hujan) bakal tiba
kemarau Pada akhir bulan, orang kuala/laut bersedia mengangkat belat
Jika dari arah berikut, maka :
Barat Laut : hujan lebat, angin kencang, ribut di laut
Barat tepat : hujan banyak, angin kurang
Barat Daya : kurang hujan
2) Thaur April 6 Angin barat mula bertiup kasar
kemarau Ribut di laut
Ikan di tengah laut berlari ke pesisir pantai
3) Jauza’ Mei 7 Ribut kuat dari arah barat
pancaroba Angin barat tua membawa bersama ribut tenang sekali dalam 5-6 hari
Alun barat di laut berselang-seli dengan angin utara merosakkan sarang udang kara di dasar
Awan-awan bergambar menandakan ribut di laut
Ombak di laut ada 7 alun besar
4) Saratan Jun 8 Selatan anak keli / anak puyu
Selatan/Jawa Angin di laut bertiup kencang dari arah selatan
Ribut di laut bersama guruh tenggara sehingga 15 x sekali hantar
Ombak di laut ada 8 alun besar
5) Asad Julai 9 Angin utara bergerak pada hujung bulan
Selatan/Jawa Sembang utara & selatan bertiup silih ganti
Angin selatan durian bertiup memasakkan buah durian / buah kayu kecil
Ribut di laut bersama ombak beralun 9
6) Sunbulah Ogos 10 Ribut masih kuat di laut dibawa oleh angin barat laut
Selatan/Jawa
7) Mizan September 11 Burung balai berbunyi menandakan masih dalam piama barat
Selatan/Jawa Ribut di laut
8) Aqrab Oktober 12 Pertukaran musim barat ke timur
pancaroba Angin timur berselang-seli angin barat
Sesekali angin kencang bertiup kuat dari timur (timur melugas) menerbangkan kain / daun
Masa menurunkan belat ke laut
Ribut reda dan laut tenang (sedikit gelora)
9) Qaus November 1 Musim utara
Utara/gelora/tutup Burung berek terbang dari utara ke selatan menandakan musim timur tiba
kuala/kelambu/ Sebelum angin bertukar arah, berlaku sembang timur & barat
PIAMA: ANGIN & MUSIM

burung enggang Jika angin timur menang, maka bermula piama 1


Hujan turun hingga 44 hari tanpa henti hingga memasuki piama 2 menghantar musim barat
pulang
Nelayan menurunkan belat ke laut walau laut masih bergelora
Ribut dari laut mengejar air masuk hingga ke pintu kuala lantas bertembung dengan air yang
mendadak dari hulu (air jaur)
Tuntung di tebing sungai yg berhampiran kuala juga mudik utk bertelur (mengorek tanah)
tetapi tersapau di teluk kerana tidak mampu mencanggah air jaur yang kuat dari hulu. Tuntung
yang tidak rapat di tebing akan tercungap-cungap dibawa arus ke laut, tetapi akan mudik
semula bila surut bah, menandakan masuknya piama-Sa
Berlaku bah/banjir penghabisan (bah menyapu pantai/bah menyapu lautan/bah menghanyut
bunga padi)
Alun yang disebabkan oleh ribut mengulingkan tanah di dasar laut membentuk bebola sebesar
buah kelapa yang dikupas terapung di tepi pantai (buah Melaka)
10) Jadi Disember 2 Angin timur bertiup kencang hingga piama 5
Utara/gelora/tutup Jika angin kencang baik, buah kayu pada piama 9 & 10 akan menjadi
kuala/kelambu/ Tuntung bertelur di pantai sungai. Setelah kambus dengan pasir, berenang semula ke laut
burung enggang Masa menurunkan belat ke laut kerana ikan besar spt tenggiri & siakap sedang galak
11) Daluk Januari 3 Angin timur bertiup
Utara/gelora/tutup Masa menurunkan belat ke laut
kuala/kelambu/
burung enggang
12) Hut Februari 4 Angin timur melugas (bertiup semakin keras)
kemarau Beritup angin A’asif (putting beliung)
Angin menghanyutkan perahu nelayan berbatu-batu di laut
Di tepi pantai berair tenang, di tengah laut berombak besar
Masa menurunkan belat ke laut

Anda mungkin juga menyukai