Anda di halaman 1dari 2

 

                                                    PENYAKIT SELESEMA BURUNG

 Sejak industri poultri semakin berkembang di negara kita, wabak ini telah merebak dengan
begitu memasuki negara kita, iaitu Avian Influenza atau lebih dikenali oleh orang ramai
sebagai wabak selesema burung. Penyakit ini merebak dan melanda dunia dengan begitu
pantas. Semua virus selesema burung yang diketahui merupakan jenis Influenzavirus A.
Ianya terbahagi kepada dua iaitu, Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) dan Low
Pathogenic Avian Influenza (LPAI). Akan tetapi, di Malaysia, (HPAI) yang lebih sinonim
dengan nama selesema burung disebabkan oleh virus jenis H5 atau H7. Virus jenis H5 dan
H7 ini merupakan penyakit wajib dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Virus
ini mampu menjangkiti pelbagai jenis unggas dan boleh menyebabkan kematian yang tinggi
kepada ternakan khususnya ayam dan itik. Pada masa yang sama, virus ini juga mampu
menjangkiti manusia dan menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Lazimnya, virus selesema burung ini memang terdapat pada usus unggas liar dan tidak
merbahaya. Akan tetapi, virus ini mula menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi
sehingga menjadinvirus yang paling merbahaya yang mampu menyerang manusia. Avian
Influenza ini boleh berjangkit melalui:-
* Air liur
* Lelehan cecair pada hidung
* Najis unggas
* Sentuhan

     Jika burung lain menyentuh pada burung yang telah dijangkiti, virus itu akan terus
merebak ke seluruh kawasan. Ini adalah sukar dibendung kerana terdapat beberapa unggas
liar yang berhijrah dari satu negara ke negara yang lain. Ianya juga boleh merebak melalui
makanan, air dan peralatan yang tercemar. Kelebihan virus ini adalah mampu hidup dengan
lama di dalam udara sejuk. Tempoh pengeraman virus ini juga adalah antara tiga hingga lima
hari.  Tanda-tanda penyakit selesema burung ini dapat dikesan dengan cepat. Antara tanda-
tandanya ialah:-

*Ternakan kelihatan murung


*Kurang selera makan
*Batuk
*Bersin
*Lelehan air dari hidung
*Pada bahagian kepala, balung, pial kelihatan bengkak

        Dalam kes yang paling teruk, ternakan akan mati secara mengejut. Penyakit ini diketahui
dapat berjangkit pada manusia disebabkan beberapa kes jangkitan telah dikesan berlaku sejak
1997 di Cambodia, Indonesia, Vietnam, Hong Kong dan China. Manusia terjangkit dengan
penyakit ini disebabkan menyentuh hidupan liar dan memakai pakaian yang telah tercemar.
Jika manusia terkena virus ini, terdapat beberapa tanda yang dapat dikesan. Antaranya ialah:-

*Sakit sendi
*Sakit tekak
*Najis berdarah
*Demam

     Sehingga kini, masih belum ada lagi penawar yang dapat mengubati unggas yang terkena
virus selesema burung ini.Apa yang dapat dilakukan hanyalah melupuskan keseluruhan
ternakan, walaupun hanya seekor yang terjangkiti virus ini. Jika hal ini terus berlaku, ini akan
menjatuhkan ekonomi negara dan ekonomi para penternak serta penjual ayam runcit.
Sekiranya kita mendengar khabar angin tentang virus ini, kita tidak sewajarnya memulaukan
untuk tidak memakan ayam. Apa yang kita mampu lakukan ialah:-

* Pastikan ayam dimasak dengan sepenuhnya


* Elakkan makan telur separuh masak
* Basuh tangan dengan sabun antibakteria selepas menyentuh daging mentah

Sumber
# www.jpvpk.gov.my
# ms.m.wikipedia.org
# www.myhealth.gov.my
# www.dettol.com.my

Anda mungkin juga menyukai