Anda di halaman 1dari 27

BUKU PROGRAM

KOLOKIUM
GEOGRAPHY ENVIROMENT COLLOQUIUM
KATA ALU-ALUAN

PENGARAH KOLOKIUM MUHAMMAD HANIF BIN SHARUL SHAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan kurnia-Nya jua, kita dapat meneruskan
tradisi pada tahun ini dengan mengadakan program Kolokium Mengenai Isu Global dan
Cabaran Alam Sekitar dari Perspektif Geografi. Menurut saya dengan wujudnya majlis ilmu
seperti ini kita perlulah memanfaatkannya bagi mempelajari kemahiran dan pengetahuan
dalam bidang geografi. Bagi maklumat semua majlis Kolokium tahunan Jabatan Geografi ini
merupakan salah satu kursus yang wajib di ambil oleh semua pelajar Jabatan Geografi.
Kursus ini adalah bertujuan untuk mengutarakan isu-isu global dan cabaran alam sekitar
dari perspektif geografi. Kolokium tahunan ini merupakan satu platform yang dapat
digunakan untuk berkongsi dan menyebarluaskan hasil-hasil kajian yang telah
dilaksanakan oleh pelajar Jabatan Geografi. Selain daripada itu, kolokium ini juga adalah
bertujuan untuk membincangkan kewujudan isu alam sekitar global yang memberi kesan
kepada masyarakat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Isu-isu ini boleh
dikategorikan dalam pelbagai bentuk termasuk kesan kepada alam sekitar global dan
kesejahteraan manusia. Disamping itu, bagi kepentingan wujudnya kolokium ini adalah
untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu alam sekitar global yang dapat menjejaskan
masyarakat, dimensi alam sekitar semula jadi dan kepentingannya sebagai disiplin yang
boleh menyumbang kepada fahaman yang lebih baik terhadap senario tertentu. Akhir kata,
saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta kolokium terutama kepada doktor
penasihat dan semua pensyarah dalam jabatan geografi kerana dapat membimbing para
pelajar Jabatan Geografi dalam mengembangkan ilmu dalam bidang kajian mereka. Diharap
semua pelajar dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam membentang kajian yang
telah dikaji dengan sebaik mungkin pada hari ini kerana komitmen yang dizahirkan akan
menyerlahkan kecemerlangan anda khususnya dalam bidang geografi.
Sekian.
Wabillahi Taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SEKALUNG PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada:

Profesor Madya Dr. Firuza Begham Binti Mustafa


Timbalan Dekan (Ijazah Dasar),
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,

Profesor Dr. Norhaslina Binti Hassan


Ketua Jabatan Geografi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya

Para pensyarah dan pelajar Jabatan Geografi


serta

Semua yang terlibat secara langsung dan tidak


langsung dalam menjayakan

“Kolokium: Isu Global dan Cabaran Alam


Sekitar dari Perspektif Geografi"
OBJEKTIF KOLOKIUM

Mengenal pasti dimensi geografi dan alam


sekitar dalam kejadian dan perilaku isu
alam sekitar secara global.

Mengkaji isu alam sekitar global yang


paling bererti pada penduduk bumi.

Menjelaskan perhubungan di antara isu


manusia dan alam sekitar secara global,
vulnerabiliti penduduk dan kesan kepada
ketegangan dan konflik.

Menilai pentingnya kerjasama


antarabangsa dan serantau dalam
menangani isu alam sekitar global.
CARTA ORGANISASI
KETUA BIRO
BIRO PROTOKOL DAN PROGRAM

BIRO MULTIMEDIA

BIRO TEKNIKAL

BIRO PUBLISITI DAN HEBAHAN

BIRO PENERBITAN

BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

ATURCARA PROGRAM

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN DAN


TAJUK PEMBENTANGAN

KUMPULAN 1 : COVID-19: PENGARUH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN


TERHADAP TINGKAH LAKU MAHASISWA DI MALAYSIA

KUMPULAN 2 : KESANGGUPAN PELANCONG UNTUK MELANCONG


SELEPAS PANDEMIK COVID-19

PENGARUH MEDIA SOSIAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI


KUMPULAN 3 : AKTIVITI PELANCONGAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
DI MALAYSIA

KUMPULAN 4 : KAJIAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN


MASYARAKAT TERHADAP BIDANG ILMU GEOGRAFI

KUMPULAN 5 : KENAIKAN HARGA BARANG: REALITI ATAU FANTASI?


KUMPULAN 6 : MOTIVASI PENDAKI MEMPENGARUHI PENINGKATAN
SEKTOR PELANCONGAN MENDAKI

ISU SOSIOEKONOMI DAN POLITIK DALAM KALANGAN


KUMPULAN 7 :
RAKYAT MALAYSIA AKIBAT KRISIS GEOPOLITIK GLOBAL

KUMPULAN 8 : KAJIAN JENIS-JENIS PELANCONG MAKANAN DI MALAYSIA


KUMPULAN 9 : POLITIK BELIA: TANGGUNGJAWAB ATAU KEBEBASAN?

KUMPULAN 10 : MASYARAKAT PPR DAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN

KUMPULAN 11 : KEHIDUPAN TANPA AIR BERSIH


KUMPULAN 12 : GAYA HIDUP DI BANDAR:


KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN?

KUMPULAN 13 : AMALAN PELANCONG BELIA TERHADAP


EKOPELANCONGAN DI MALAYSIA

KUMPULAN 14 : HIDUP TANPA WANG TUNAI :


MUSTAHIL ATAU TIDAK?

KUMPULAN 15 : E-SISA PASCA BANJIR DI KAMPUNG


ULU GALI RAUB, PAHANG.

ABSTRAK KAJIAN SETIAP


KUMPULAN

KUMPULAN 1:

Aktiviti pembelajaran telah berubah sejak pandemik Covid-19. Hal ini demikian sekaligus
telah mempengaruhi tingkah laku dan gaya pemikiran mahasiswa daripada aspek kreativiti
serta kebolehan mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tingkah laku
mahasiswa pada peringkat pengajian tinggi semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dalam talian semasa pandemik Covid-19. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu
dan masalah yang dihadapi ketika PdP semasa pandemik Covid-19, untuk mengkaji
perubahan tingkah laku mahasiswa dalam PdP dan untuk menghuraikan langkah-langkah
untuk mengatasi masalah mahasiswa semasa pembelajaran dalam talian. Responden yang
terlibat dalam kajian ini adalah mahasiswa-mahasiswa di peringkat pengajian tinggi di seluruh
Malaysia. Kaedah soal selidik dan temu bual akan digunakan dalam kajian ini secara langsung
dan tidak langsung untuk mendapatkan maklum balas yang berbeza dan jelas. Seramai 150
orang responden akan diambil daripada borang soal selidik dan 15 orang responden bagi
kaedah temu bual. Hasil yang dijalankan akan dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) untuk melihat hubungan atau korelasi berdasarkan
latar belakang responden dengan masalah yang dihadapi. Berdasarkan kajian yang akan
dijalankan, mahasiswa akan menyedari perubahan tingkah laku mereka sebelum dan selepas
pandemik Covid-19, mengetahui masalah yang sering berlaku kepada mahasiswa dan
sekaligus mengatasinya. Implikasi yang akan berlaku adalah perubahan tingkah laku
mahasiswa menjadi ‘introvert’ yang memendam rasa pada dirinya sendiri, kehilangan
keyakinan dan tidak suka bergaul dalam sesuatu kelompok. Oleh itu, pentadbiran institusi
pengajian tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi akan lebih peka dan berusaha untuk
membantu mahasiswa yang bermasalah dalam pembelajaran dalam talian.

KUMPULAN 2:
Pelancongan merupakan sektor yang terbesar dan paling pelbagai di dunia industri.
Kebanyakkan negara juga bergantung kepada industri dinamik ini sebagai sumber utama
untuk menjana pendapatan, sumber pekerjaan, pertumbuhan sektor swasta dan
pembangunan infrastruktur. Namun, pada hujung tahun 2019 dunia mula digemparkan

dengan penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan banyak sektor termasuklah sektor
pelancongan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis destinasi
pelancongan yang hendak dikunjungi oleh pelancong selepas pandemik Covid-19 dan
juga untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesanggupan pelancong untuk
pergi melancong selepas pandemik Covid-19. Dalam kajian ini, para pengkaji
mengumpulkan maklumat melalui soal selidik dengan menggunakan “google form”
disebarkan secara rawak kepada para responden di seluruh Malaysia. Melalui soal selidik
tersebut, maklumat yang diperolehi ialah ramalan tempoh responden mula merancang
untuk melancong ke destinasi-destinasi pelancongan telah disenarai dalam borang soal
selidik yang dikategorikan kepada beberapa jenis sebagai ramalan destinasi pilihan para
responden untuk melancong selepas covid-19. Dapatan daripada kajian ini, para
responden kebanyakannya sudah merancang melancong ke destinasi pelancongan
tertentu dengan memastikan destinasi pelancongan tersebut selamat, mematuhi SOP
penularan wabak covid-19, kadar vaksinasi, persediaan pengangkutan pada kadar yang
stabil dan tinggi. Akhir sekali, sektor pelancongan kini dilihat semakin pulih seiring
dengan pengurangan kadar penularan covid-19 terkini. Namun, kesukaran untuk
memulihkan sektor pelancongan masih tinggi jika tiada galakkan daripada pihak
pengusaha, kerajaan juga pihak-pihak terlibat. Justeru, pelbagai pihak seharusnya
memainkan peranan untuk memulihkan sektor pelancongan agar pertumbuhan semula
sektor ekonomi juga dapat dipertingkatkan serta dapat kembali susun atur sektor
ekonomi negara.
KUMPULAN 3:
Kajian ini adalah mengenai pengaruh media sosial dalam membuat keputusan bagi aktiviti
pelancongan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Terdapat dua objektif yang digunakan
iaitu mengenal pasti jenis aplikasi media sosial yang digunakan dalam membuat keputusan
dan kegunaan media sosial sebelum, semasa dan selepas bagi aktiviti pelancongan dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Objektif ini dipilih kerana berdasarkan perkembangan
teknologi dalam media sosial telah mendorong masyarakat menjadikan media sosial sebagai
tempat rujukan dan kebergantungan dalam membuat keputusan bagi aktiviti pelancongan.
Selain itu, kajian ini adalah bersifat umum tidak terhad kepada sesuatu kawasan dan meliputi
seluruh kawasan di Malaysia. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan bagi menyiapkan kajian
ini adalah melalui penyebaran borang soal selidik kepada 112 orang responden iaitu 58 orang
lelaki dan 154 orang perempuan dan menggunakan kaedah analisis data serta kaedah
rujukan. Dapatan telah menunjukkan jenis aplikasi yang paling kerap digunakan oleh
masyarakat adalah Whatsapp, Instagram dan Facebook dalam membuat keputusan dalam
aktiviti pelancongan. Manakala dapatan bagi kegunaan media sosial sebelum dan semasa
pelancongan adalah sangat tinggi digunakan oleh masyarakat berbanding dengan kegunaan
media sosial selepas melancong adalah lebih rendah. Kesimpulannya, daripada kajian ini
dapat mengetahui aplikasi media sosial yang kerap digunakan oleh masyarakat dan
kegunaanya dalam aktiviti pelancongan. Oleh itu, kajian ini adalah penting dalam
meningkatkan penggunaan media sosial seiring dengan pembangunan dalam pelancongan.

KUMPULAN 4:
Bidang geografi merupakan satu bidang yang mengkaji tentang ciri-ciri fizikal bumi dan
atmosferanya. Selain itu, disiplin ilmu geografi ini juga turut mengkaji tingkah laku
manusia dalam mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Secara

umumnya, ilmu geografi ini boleh dikatakan sebagai bidang yang mengkaji proses fizikal
alam sekitar dan juga kebergantungan manusia terhadap alam sekitar. Di negara kita,
ilmu geografi ini telah diperkenalkan sebagai mata pelajaran di peringkat sekolah rendah
dan peringkat sekolah menengah. Selain itu, bidang ilmu geografi ini juga turut
diperkenalkan dan ditawarkan dalam institusi pengajian tinggi di negara kita seperti di
UM, UKM, USM dan universiti-universiti lain tidak kira universiti awam atau swasta.
Namun begitu, ilmu geografi ini semakin kurang mendapat tempat di hati masyarakat
terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi. Keadaan ini berlaku disebabkan
wujudnya persaingan yang kuat antara kursus dalam bidang geografi dengan kursus-
kursus lain yang dianggap lebih menarik. Sebagai contoh, kursus dalam bidang geografi
terpaksa bersaing dengan kursus kejuruteraan, fizik, kimia, dan biologi yang dianggap
lebih menjamin masa hadapan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan bidang ilmu geografi dan kemampuan bidang
ilmu geografi untuk bersaing dengan bidang-bidang ilmu yang lain agar ianya dapat
dipupuk dalam minda dan hati masyarakat.
KUMPULAN 5:
Isu kenaikan harga barangan merupakan satu isu yang hangat di perkatakan dan dirasakan
oleh rakyat Malaysia semenjak pandemik Covid-19 berlaku. Secara kasarnya pandemik Covid-
19 menyebabkan harga barangan naik dan menjejaskan rakyat di negara ini. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti punca kenaikan harga barangan dan kesan
kenaikan harga barangan kepada rakyat Malaysia. Seramai 100 orang responden daripada
warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas telah terlibat dalam kajian ini. Satu set
soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 35 item serta
menggunakan pengukuran skala likert dan data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian
dijangka akan menunjukkan bahawa punca kenaikan harga barangan mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kesan yang dialami oleh rakyat Malaysia. Kesan yang dialami ini
dijangka akan memberikan kesan terhadap kehidupan rakyat Malaysia yang di mana ianya
mengubah gaya kehidupan dan perbelanjaan seharian mereka. Pengkaji juga menjangkakan
bahawa kenaikan barangan ini akan sentiasa ada berikutan jumlah permintaan yang tinggi
terhadap sesuatu barangan dan kuantitinya yang semakin sedikit. Ini seterusnya
menunjukkan bahawa kenaikan harga barangan ini merupakan satu realiti dalam perniagaan
dan bukannya fantasi.

KUMPULAN 6:
Hiking atau mendaki merupakan satu aktiviti pelancongan yang dijalankan bertujuan
untuk rekreasi, kecergasan fizikal, dan kesihatan. Walaubagaimanapun aktiviti ini
bukanlah aktiviti yang amat digemari oleh semua individu kerana motivasi awal
seseorang pendaki akan mempengaruhi tindakan mereka. Oleh itu, aktiviti mendaki

merupakan jenis pelancongan yang berbeza kerana melibatkan pelbagai cabaran. Situasi
tersebut telah mendorong pengkaji untuk mengenal pasti profil pendaki di Malaysia dan
untuk mengkaji motivasi yang mempengaruhi pendaki melakukan aktiviti mendaki. Bagi
metodologi kajian, pengkaji menggunakan satu set borang soal selidik yang dibentuk
secara Close-ended sebagai platform untuk mendapatkan data. Manakala bagi analisis
pula pengkaji menerapkan analisis statistik deskriptif dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS). Kesimpulannya, bagi hasil kajian kami
mendapati bahawa minat pendaki adalah majoritinya di kalangan penduduk bandar yang
berumur 29 tahun ke bawah. Manakala motivasi utama mereka adalah bertepatan
dengan jangkaan hasil pengkaji iaitu berkait dengan ketenangan iaitu keluar daripada
kesibukan hidup bagi mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Bagi jangkaan
implikasi yang dapat pengkaji katakan bahawa kajian ini semestinya dapat membantu
kerajaan dalam merancang pelan pembangunan pelancongan alam semula jadi dan
memperbanyakkan kempen terutama aktiviti pendakian kerana dengan adanya tarikan
yang lebih banyak sudah semestinya akan mempengaruhi motivasi pendaki dan secara
tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi sektor pelancongan mendaki di Malaysia.
KUMPULAN 7:
Kerakusan sesetengah kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat misalnya boleh
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan penduduk dunia secara langsung
dan tidak langsung. Bahkan rakyat Malaysia juga turut terkesan dari segi sosio-ekonomi dan
politik akibat krisis global. Oleh itu, kajian ini memfokuskan tentang isu sosio-ekonomi dan
politik dalam kalangan rakyat Malaysia akibat krisis geopolitik global. Antara objektif yang
ingin dicapai melalui kajian ini adalah mengenal pasti isu sosial, ekonomi dan politik yang
diutamakan oleh rakyat Malaysia terutamanya ketika menghadapi krisis global. Metodologi
yang diaplikasikan bagi mencapai objektif adalah melalui kutipan data soal selidik seperti
Google Form yang disebarkan kepada 140 orang responden berdasarkan Kaedah Skala Likert.
Data sekunder pula diperoleh menerusi kaedah rujukan seperti kajian-kajian lepas bagi
membantu dalam pemahaman kajian. Malah, perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) dan aplikasi Arcmap 10.8 telah digunakan bagi menjalani analisis statistik
seperti ujian Khi Kuasa Dua dan analisis interpolasi spasial bagi menentukan hubungkait dan
nilai lokasi-lokasi yang datanya tidak tersedia. Kajian menjangkakan dapatan yang pelbagai
berdasarkan latar belakang responden terhadap isu sosial, ekonomi dan politik yang
diutamakan oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis global. Harapan pengkaji adalah
bagi membolehkan rakyat Malaysia lebih memandang serius terhadap krisis global dan
menilai sendiri keutamaan mereka. Kajian mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil
kira isu-isu yang tercetus dalam kalangan rakyat dan mengambil langkah sewajarnya bagi
mengatasi isu yang timbul daripada ketegangan geopolitik global.

KUMPULAN 8:
Makanan merupakan salah satu aspek penting bagi pelancong makanan memilih
sesuatu destinasi untuk melancong. Pengetahuan mengenai keutamaan makanan
pelancong adalah sangat penting kerana ia dapat mendorong pelancong untuk memilih
destinasi tertentu dan menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada mereka

kembali, yang akhirnya membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.


Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perhubungan maklumat
demografi pelancong makanan dengan jenis-jenis pelancong makanan dan mengkaji ciri-
ciri perjalanan pelancong makanan yang terdapat di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji
menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedar
melalui “google form” secara rawak kepada orang ramai yang merupakan warganegara
Malaysia. Hasil kajian yang diperoleh pula akan dianalisis menggunakan perisian
“Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS), kaedah analisis diskriptif, dan analisis
ujian Khi Kuasa Dua. Dengan kajian ini dapat memperlihatkan corak dan tingkah laku
pelancong makanan di Malaysia, negeri yang menjadi tumpuan pelancong makanan, dan
sejauh mana daya tarikan makanan tempatan dapat menarik pelancong makanan untuk
datang ke kawasan tersebut. Melalui kajian ini turut memberikan implikasi yang positif
kepada setiap negeri dalam Malaysia untuk meningkatkan kesedaran, perasaan bangga
terhadap budaya makanan tempatan yang mampu menjadi daya tarikan pelancong dari
pelbagai negeri serata Malaysia. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah
berganding bahu untuk memperkenalkan lagi keunikan budaya makanan tempatan yang
terdapat di setiap negeri di dalam Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong
makanan dalam Malaysia serta pelancong makanan antarabangsa.
KUMPULAN 9:
Penurunan had umur mengundi pada tahun 2019 telah memberikan nafas baharu dalam
arena politik Malaysia. Keadaan ini secara tidak langsung membawa kepada penglibatan
golongan belia dalam memilih peneraju pemerintahan negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan
bagi mengenal pasti persepsi pengundi muda berkenaan penurunan had umur mengundi,
tahap ketersediaan golongan belia dalam melibatkan diri dalam politik negara serta
menganalisis faktor tarikan yang menggalakkan penglibatan belia dalam politik. Kesemua
objektif tersebut dicapai dengan menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan sumber
primer. Cerapan dilakukan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 100 orang
pelajar di Universiti Malaya yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun. Dapatan kajian
kemudiannya dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
melalui kaedah Khi Kuasa Dua. Jangkaan awal bagi kajian ini ialah golongan belia mempunyai
persepsi positif terhadap penurunan had umur mengundi. Mereka bersedia untuk
menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara untuk turun mengundi. Namun, golongan
belia perlu diberikan masa dan kebebasan sama ada untuk terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam politik negara. Faktor tarikan yang menjadikan belia berminat dalam
politik ialah isu-isu semasa yang bertunjangkan kepentingan belia serta aspirasi parti dan
calon yang bertanding. Kajian ini jelas akan memberi satu gambaran berkenaan dengan
ketersediaan pengundi muda kepada parti politik di Malaysia serta pihak berwajib seperti
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Satu kajian yang melibatkan keseluruhan Institut Pengajian
Tinggi (IPT) di Malaysia perlu dilakukan dalam meramal sinerio politik menjelang Pilihan Raya
Umum (PRU) ke-15.

KUMPULAN 10:
Kehidupan di bandar besar tidak semudah yang disangka oleh segelintir masyarakat
lebih-lebih lagi golongan B40 yang kadang kalanya mempunyai masalah kewangan yang
terpaksa tinggal di perumahan kos rendah. Keadaan ini menggambarkan bahawa secara
tidak langsung akan mempengaruhi kesejahteraan kesihatan penduduk bandar akibat

tekanan hidup yang dilalui sehari-hari. Oleh itu, kajian ini untuk mengkaji tentang
kesejahteraan kesihatan terhadap masyarakat yang tinggal di Program Perumahan
Rakyat (PPR) Kerinchi. Kajian ini dilakukan ke atas penduduk yang tinggal di PPR Kerinchi
terutama yang tinggal di Blok A dan B dengan memberi 40 set soalan soal selidik untuk
dijawab oleh 40 buah rumah di Blok A dan B. Soal selidik mempunyai beberapa soalan
berkaitan objektif yang ingin dicapai oleh para pengkaji, antaranya adalah berkaitan
dengan alam sekitar pembangunan PPR, risiko alam sekitar pembangunan terhadap
kesejahteraan kesihatan penduduk dan langkah yang telah diadaptasi oleh penduduk
PPR terhadap penyakit berjangkit di kawasan tersebut. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji
dapat tahap pengetahuan dan tahap persetujuan daripada penduduk tentang alam
sekitar pembangunan di PPR dan secara tidak langsung mengetahui risiko alam sekitar
pembangunan kesejahteraan penduduk. Bukan itu sahaja, pengkaji dapat mengetahui
tentang langkah apa yang dilaksanakan oleh penduduk setempat bagi memutuskan
rantaian penyakit-berjangkit di PPR. Diharapkan kajian ini dapat membuka mata pelbagai
pihak bagi menangani isu ini dengan merancang langkah yang perlu diambil tindakan
segera oleh pihak berwajib daripada keadaan ini terus berlarutan yang akan memberi
kesan buruk terhadap kesejahteraan kesihatan penduduk golongan B40 yang tinggal di
PPR. Akhirnya diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada
pengkaji lain pada masa akan datang.
KUMPULAN 11:
Kajian ini merupakan satu kajian kes berkaitan dengan pencemaran sungai yang sering
menjadi perbualan atau topik hangat masyarakat sehingga kini. Masalah pencemaran sungai
sememangnya akan menjejaskan kualiti hidup masyarakat kerana air mempunyai fungsi yang
sangat penting kerana semua kehidupan bukan sahaja kepada manusia malah kepada
haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Ini disebabkan tahap kesedaran masyarakat kita dalam
memelihara sungai masih berada di takuk yang rendah dan tidak peka akan masalah
pencemaran sungai yang sering terjadi pada masa kini. Justeru itu, objektif kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran
sungai di Kg Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. Selain itu, adalah untuk mengkaji kesan negatif
pencemaran sungai yang tercemar kepada manusia dan alam sekitar fizikal serta langkah-
langkah yang perlu diambil oleh masyarakat bagi mengurangkan masalah pencemaran
sungai. Kaedah kajian dilakukan secara soal selidik melalui google form yang akan diedarkan
secara umum kepada 10% penduduk bagi mewakili penduduk yang berada di Kg Pasir Parit,
Pasir Mas, Kelantan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah pencemaran sungai
dapat dikurangkan melalui tahap kesedaran masyarakat yang tinggi dalam memelihara
sungai. Oleh itu, melalui kajian yang dijalankan ini diharapkan mampu membuka mata
masyarakat untuk tidak memandang rendah terhadap masalah alam sekitar ini. Pengkaji juga
berharap masyarakat perlu sedar akan kepentingan sungai dalam memastikan kemampanan
sumber air terjaga seiring dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) yang keenam iaitu
"Clean Water and Sanitation" mampu dicapai.

KUMPULAN 12:

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti langkah penyesuaian pelajar di Universiti


Malaya dalam meneruskan kehidupan di bandar yang sentiasa berkembang serta

mengetahui gaya hidup pelajar. Objektif dalam kajian ini adalah (i) untuk mengenalpasti
konsep pembangunan alam sekitar bandar (ii) untuk mengetahui risiko alam sekitar
bandar terhadap gaya hidup pelajar Universiti Malaya (iii) untuk mengkaji langkah-
langkah adaptasi pelajar Universiti Malaya bagi meneruskan kehidupan di bandar. Metod
yang digunakan bagi mencapai matlamat kajian ini adalah bagi mendapatkan data
primer iaitu ia merupakan kajian lepas berkenaan dengan alam sekitar bandar, pengkaji
mencari kajian-kajian tersebut di atas talian yang sesuai untuk digunakan. Seterusnya,
pengkaji juga menggunakan metod borang soal selidik dan temu bual pada pelajar
Universiti Malaya bagi mendapatkan data sekunder. Daripada kajian ini, pengkaji
berharap kajian ini dapat membantu dan membuka mata pelbagai pihak dalam
membantu masalah kewangan atau kehidupan pelajar terutamanya di kawasan yang kos
sara hidup tinggi.
KUMPULAN 13:
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana amalan pelancongan belia
terhadap ekopelancongan di Malaysia terutamanya sebelum dan semasa era peralihan ke
endemik ini. Objektif bagi kajian kali ini adalah untuk mengenal pasti jenis destinasi
ekopelancongan yang dikunjungi oleh pelancong belia dan juga untuk mengenal pasti faktor
pelancong belia untuk mengunjungi destinasi ekopelancongan. Selain itu, kajian ini dijalankan
dengan menggunakan kaedah pengumpulan data secara primer dan sekunder. Bagi kaedah
primer, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada 133 orang responden. Manakala,
bagi kaedah sekunder pula, pengkaji menggunakan data secara terbuka iaitu melalui sumber
internet, buku dan artikel. Pengkaji juga menggunakan merujuk Pelan Ekopelancongan
Kebangsaan 2016-2025 untuk melengkapkan lagi kajian kali ini. Analisis data pula, pengkaji
menggunakan aplikasi Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk memproses data.
Jangkaan keputusan bagi kajian ini adalah pengkaji berharap objektif kajian adalah dapat
dicapai dengan sempurna. Pengkaji juga berharap amalan pelancongan belia terhadap
ekopelancongan di negara kita ini terus berkembang dan diperkembangkan lagi sehingga ke
peringkat antarabangsa. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk penambahbaikan
pelancongan ekopelancongan di negara kita adalah supaya ekopelancongan negara kita
berada pada tahap yang setaraf dengan pelancongan yang lain. Secara konklusinya, daripada
kajian ini, kami berharap kajian ini dapat dijadikan rujukan bagi pengkaji-pengkaji yang ingin
melakukan kajian dalam ekopelancongan di negara kita. Pengkaji juga berharap kajian ini
dapat menjadi sebahagian rujukan bagi pelan ekopelancongan kebangsaan pada sesi yang
seterusnya.

KUMPULAN 14:
Pada zaman yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, aktiviti pembayaran tanpa
tunai merupakan suatu trend baru di mana ianya dijangka akan membawa komuniti ke arah negara
yang lebih maju dari segi penggunaan wang atas talian. Ia berjaya menghentikan penggunaan wang
tunai sebagai suatu mekanisme pertukaran perkhidmatan dan barangan dengan hanya

membenarkan pembayaran dilakukan secara digital ketika melakukan transaksi pelbagai barangan
atau servis. Oleh itu, kita perlu menilai dan mengkaji dengan lebih mendalam akan fungsi aplikasi
pembayaran digital ini terhadap peranan wang tunai pada masa kini. Objektif kajian ini adalah
untuk mengetahui kepelbagaian kaedah pembayaran tanpa tunai dan mengkaji persepsi
masyarakat bandar dan luar bandar terhadap pembayaran tanpa tunai. Objektif seterusnya ialah
dengan menganalisis kebaikan dan keburukan kaedah pembayaran tanpa tunai. Metodologi kajian
ini adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif iaitu
soal selidik yang mensasarkan responden seramai 40 orang dengan menggunakan google form
manakala kaedah kualitatif pula adalah temu bual seramai empat orang responden iaitu dua
responden yang berada di kawasan bandar dan dua orang lagi responden di luar bandar. Melalui
kajian ini, pengkaji boleh meramalkan kawasan mana yang lebih cenderung menggunakan e-
dompet di antara kawasan bandar dan luar bandar. Seterusnya, persepsi masyarakat tentang
penggunaan e-dompet dalam kehidupan seharian, pengkaji boleh menganalisis kawasan mana
yang berpotensi menjadi kawasan pembayaran tanpa tunai secara keseluruhannya. Jangkaan
implikasi adalah pengkaji dapat memperolehi pandangan masyarakat di kawasan bandar dan luar
bandar tentang penggunaan e-dompet ini. Selain itu, pengkaji boleh mengetahui dengan lebih
mendalam akan kepelbagaian kaedah pembayaran wang tunai yang terdapat di Malaysia. Pengkaji
juga berharap pelaksanaan sistem transaksi tanpa tunai ini membolehkan pihak berkepentingan
untuk mengkaji lagi sistem mereka agar ianya lebih efisien sekali gus mengurangkan
kebergantungan terhadap wang kertas dalam perbelanjaan seharian dan menambah baik
perlindungan sistem dari segi privasi para pengguna.
KUMPULAN 15:
E-sisa merupakan sisa yang semakin meningkat pada masa ini kerana masyarakat
sekarang terlalu bergantung kepada peralatan elektronik dalam kehidupan harian mereka.
Tajuk kajian ialah E-Sisa Pasca Banjir di Kampung Ulu Gali Raub, Pahang. Objektifnya adalah
untuk mengenal pasti tahap pengetahuan penduduk mengenai e-sisa dan untuk menganalisis
kaedah yang digunakan oleh penduduk dalam menguruskan e-sisa pasca banjir. Selain itu,
kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan apabila e-sisa tidak diuruskan dengan cara
yang betul. Kajian ini dijalankan di kawasan Kampung Ulu Gali, 27600 Raub, Pahang.
Seterusnya, metode kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah pengedaran
borang soal selidik kepada 40 orang responden yang tinggal di kampung ini. Bagi
mengukuhkan lagi data yang diperolehi, kaedah temu bual juga digunakan semasa
pengedaran borang soal selidik dilakukan. Kemudian, hasil daripada data soal selidik akan
dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian yang dijangkakan adalah penduduk ini
mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana disebabkan oleh penggunaan media massa
dan media cetak yang semakin meningkat. Media massa akan membolehkan para penduduk
yang tinggal di kampung ini untuk mendapatkan informasi berkaitan dengan e-sisa dengan
lebih mudah. Dijangkakan juga antara kaedah utama yang dilakukan oleh penduduk
kampung ini untuk mengurus e-sisa pasca banjir adalah membuang e-sisa tersebut ke dalam
tong sampah biasa dan mengantarnya ke pusat kitar semula yang berdekatan. Hasil kajian ini
perlu diambil berat oleh pihak berkaitan agar pembuangan e-sisa pasca banjir yang teratur di
kampung ini akan bertambah baik lagi dengan menyediakan beberapa kemudahan baru.

PANTUN MENCAPAI KEJAYAAN


Pasang lilin atas pelantar,


Berbalam cahaya bagaikan pelita,
Kalau kita rajin belajar,
Pasti berjaya mencapai cita.

Daun tebu si daun palas,


Buat pengganti daun bidara,
Menuntut ilmu janganlah malas,
Kelak rugi hidup sengsara.

Bawa belayar si buah sukun,


Singgah sebentar di Pulau Mutiara,
Ketika belajar haruslah tekun,
Guru sayang keluarga gembira.

Pergi ke Pekan membeli suasa,


Buat hiasan majlis keramaian,
Ilmu bagaikan seluas angkasa,
Terokailah ia demi kejayaan.

CATATAN

Anda mungkin juga menyukai