Anda di halaman 1dari 1

Catatan: Pengalaman Melawat ke Muzium Padi

Susun perenggan menjadi satu karangan yang betul. Kemudian, tulis karangan ini dalam
buku karangan kamu.

19 November 2022, Sabtu.

_______: Kami berangkat pulang ke sekolah setelah makan tengah hari. Aku telah dapat
menimba pengalaman yang tidak ternilai daripada lawatan ini. Aku berharap agar pihak
sekolah dapat menganjurkan lawatan seperti ini lagi pada masa hadapan.

________: Kami dibahagikan ke dalam kumpulan kecil dan bergerak bersama ahli
kumpulan. Aku ternampak banyak alat bertani yang digunakan oleh petani pada masa
dahulu kala. Aku telah mengambil gambar artifak-artifak yang dipamerkan di muzium
tersebut. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk membuat aktiviti membajak sawah
setelah menonton demonstrasi yang ditunjukkan oleh seorang pegawai di situ. Sebelum
meninggalkan muzium, terdapat juga satu sesi soal jawab yang dibuat oleh Encik
Brandon. Aku telah memenangi sebuah rantai kunci kerana berjaya menjawab soalan
dengan betul.

_______: Bas yang disewa khas oleh pihak sekolah telah tiba di hadapan sekolah. Setiap
murid beratur dengan tertib untuk menaiki bas. Ayah melambai-lambaikan tangan
kepada aku dan kelibat ayah semakin hilang daripada pandangan. Cikgu Soh telah
memberikan taklimat kepada kami tentang peraturan yang perlu dipatuhi di sepanjang
lawatan.

________: Ketika insan lain masih diuliti mimpi indah, aku telah bangkit daripada tidur.
Aku segera bersiap untuk lawatan sambil belajar ke Muzium Padi bersama rakan anjuran
sekolah. Aku begitu teruja sekali kerana inilah julung kalinya aku melawat ke tempat
tersebut. Setelah bersarapan, ayah menghantar aku ke sekolah.

________: Rombongan kami telah tiba di pintu besar Muzium Padi. Seorang pegawai,
Encik Brandon menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Beliau menjemput
kami ke sebuah mesyuarat untuk mendengar taklimat ringkas. Selepas itu, beliau telah
memperkenalkan setiap bahagian dalam muzium itu kepada kami supaya lebih
mengenali tempat tersebut.
________: Kelihatan ramai ibu bapa telah berada di pekarangan sekolah bersama anak
mereka. Ayah menemani aku berkumpul di situ. Suasana bagai bertih digoreng kerana
setiap peserta menantikan lawatan ini buat sekian lama. Kemudian, Cikgu Soh meminta
kami untuk berbaris mengikut kelas. Beliau mengambil kedatangan setiap peserta bagi
memastikan setiap murid telah hadir.

Anda mungkin juga menyukai