Anda di halaman 1dari 2

Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi

ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan

langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah

kegiatan rasuah ini.

Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini

adalah kelemahan peribadi seseorang induvidu. Kelemahan

peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama

dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak

menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup

mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan

kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang

bakal diterima kelak.

Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan

organisasi juga merupakan faktor utama berlakunya rasuah.

Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang

penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini

akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa

dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja

merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk

mengatasi gejala rasuah ini seperti memperkuatkuasakan

undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal


rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah.

Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar

mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari.

Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya

aktiviti rasuah ini.

Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala

rasuah sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang

bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar

membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan

amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal

tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan

pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam,

Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu

berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej

negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan

ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah.

Anda mungkin juga menyukai