Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BATU MUDA Kod Sekolah: WEA0234

ASMA ATYQAH BT YASIN


1. Nama Guru
14 LANGKAH CEMERLANG
2. Judul DALAM PENGURUSAN MASA 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini menerangkan tentang kepentingan pengurusan masa yang efektif dan sistematik dalam
kehidupan. Pengurusan waktu merupakan aspek penting dalam mencapai sebarang matlamat
dalam kehidupan kerana waktu itu diibaratkan seperti emas. Setiap individu memiliki masa yang
sama, namun tidak semua individu mempunyai masa yang berkualiti. Aforisme itu bertetapan
kerana setiap individu tidak sama dalam merancang masa yang berkualiti. Pengarang
menyenaraikan 14 langkah untuk menuju pengurusan waktu yang cemerlang seperti analisa
penyusunan waktu, kemampuan mengurus waktu, penghalang menguruskan waktu yang
berkualiti memanfaatkan waktu istirahat dan sebagainya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pembaca dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin yakni pengisian secara sistematik
dan efektif. Pengurusan masa yang mestilah berdasarkan kemampuan kita dalam mengendalikan
sesuatu perkara tersebut. Kita dapat mempelajari cara menyusun keutamaan dan menjaga
keseluruhan waktu dengan mengatasi kelewatan serta menjadi garis mula untuk kita melakukan
perubahan untuk kehidupan yang tersusun rapi dan lebih mencapai tujuan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru dapat menekankan kepada murid-murid tentang kepentingan masa yang berkualiti. Murid-
murid dapat diajar tentang cara menguruskan masa dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Masa juga dapat diisi dengan aktiviti pembelajaran dan kerohanian.Ketetapan masa juga dapat
ditekankan kepada murid -murid kerana masa remaja merupakan titik mula untuk kita bertindak
dalam menentukan hala tuju kehidupan atau masa yang tepat untuk meneroka sesuatu perkara
yang memberikan kebaikan kepada kita kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..........ATYQAH........... .....................................................
(ASMA ATYQAH BT YASIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai