Anda di halaman 1dari 2

Kemelesetan ekonomi ialah ekonomi yang tidak menentu dan stabil mempengaruhi

kehidupan manusia seharian. Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan dan rakyat untuk
mengatasi kemelesetan ekonomi.

Antara usaha kerajaan dalam mengatasi kemelesetan ekonomi adalah meningkatkan


pengeluaran produk komoditi dan eksport. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila nilai
eksport meningkat, maka hasil pendapatan negara akan meningkat. Tamsilnya, kerajaan boleh
menggunakan teknologi moden dalam penghasilan produk-produk. Oleh dengan hal yang
demikian, produk yang berkualiti dapat dihasilkan dan bukan hanya tertumpu kepada sejenis
komoditi sahaja. Jelaslah peningkatan pengeluaran komoditi dan eksport dapat membantu
dalam mengatasi kemelesetan ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga mengurangkan import barangan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pengimportan barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlakuya
defisit. Sebagai contoh, kerajaan boleh menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga
akan menjadi mahal. Oleh dengan hal yang demikian, rakyat akan kurang memberi barangan
dari luar dan akan lebih banyak membeli barangan tempatan seterusnya meningkatkan hasil
negara. Benarlah bahawa pengurangan import dapat mengatasi kemelesetan ekonomi negara.

Seterusnya, kerajaan juga mengawal mata wang dan aliran pertukaran wang. Hal ini
dikatakan demikian kerana, jika wang yang keluar dari negara melebihi wang yang diterima
masuk, maka akan wujudnya hasil negara defisit. Misalnya, kerajaan boleh mengurangkan
pengambilan buruh asing yang tidak mahir ke dalam negara. Oleh hal yang demikian, wang
tidak akan keluar dari negara dengan kadar yang terlalu tinggi. Jelaslah pengawalan mata wang
dan aliran pertukaran wang dapat mengatasi kemelesetan ekonomi.

Usaha yang dilakukan oleh rakyat untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
adalah membeli barangan tempatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kadar import dan
pengaliran keluar mata wang dapat dikurangkan. Sebagai contoh, rakyat digalakkan untuk
membeli kenderaan tempatan supaya nilai wang yang dikeluarkan hanya berada dalam
lingkungan negara kita. Oleh hal yang demikian, pasaran mata wang tempatan akan
berkembang seterusnya membantu mengurangkan krisis ekonomi yang melanda negara kita.
Tegasnya, rakyat wajarlah membeli barangan tempatan demi mengatasi kemelesetan ekonomi.

Selanjutnya, rakyat juga tidak sepatutnya menabung di luar negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana, wang yang disimpan merupakan sumber modal bank. Buktinya, jika
rakyat menyimpan wang di bank luar negara, maka bank-bank tempatan akan kekurangan
modal. Oleh hal yang demikian, bank-bank tempatan terpaksa meminjam dengan bank asing
dengan kadar faedah yang tinggi. Ringkasnya, rakyat mestilah mengutamakan penabungan
wang di bank tempatan agar dapat mengatasi kemelesetan ekonomi.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha untuk mengatasi masalah kemelesetan


ekonomi. Oleh dengan hal yang demikian, kerajaan dan rakyat mestilah bekerjasama dalam
memastikan ekonomi negara kembali maju.

Anda mungkin juga menyukai