Anda di halaman 1dari 17

CONTOH NOTA SERAH

TUGAS:CARA BUAT &


PANDUAN (Format Word & Pdf)
3 Januari, 2023 by Cg Os

CONTOH NOTA SERAH TUGAS:CARA


BUAT & PANDUAN (Format Word &
Pdf)

Contoh nota serah tugas sebagai panduan bagi mereka yang akan bertukar tempat kerja. Bagi
kakitangan kerajaan contoh nota serah tugas penting jika berlaku pertukaran tempat kerja.
Contoh nota serah tugas sebagai bantuan kepada kakitangan baru yang mengambil alih tugas
yang ditinggalkan oleh kakitangan yang bertukar. Contoh nota serah tugas

Garis Panduan Nota serah Tugas Contoh


Garis panduan contoh nota serah tugas adalah seperti berikut:

1.0 TUJUAN

Garis  panduaan  penyediaan  Nota  Serah  Tugas  ini  disediakan  bagi  memberi  panduan untuk
membantu Pihak Pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan agensi-agensi dibawah
termasuk Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah menyediakan Nota Serah Tugas yang
seragam  dan  sesuai  mengikut  format  yang  digunakan  oleh  semua  Kementerian  dan 
Jabatan Kerajaan.

 2.0 LATAR BELAKANG


Pertukaran,  naik  pangkat  dan  penamatan  perkhidmatan  adalah  lumrah  kepada Perkhidmatan
Awam. Setiap pegawai dan kakitangan kerajaan akan melalui proses ini dan ianya adalah 
selaras  dengan  hasrat  kerajaan  untuk  membentuk  kakitangan  yang  berkebolehan disetiap
skim perkhidmatan masing-masing.

Setiap tugas yang ditinggalkan akan diteruskan oleh penganti, proses peralihan tugas dan 
maklumat  ini  kadangkala  menimbulkan  masalah  kerana  butiran  tugas  dan  kerja  belum
selesai dan rujukan yang tidak jelas. Masalah  yang  berlaku  sebelum  ini  adalah  kerana  tiada
contoh nota serah tugas  atau  format  yang seragam yang boleh digunakan di peringkat Jabatan.

Selain itu, terdapat juga pegawai-pegawai yang  bertukar  tidak  menyediakan  Nota  Serah 
Tugas  kerana  garis  panduan  yang  terdapat  di dalam pekeliling tidak dipatuhi.

Didalam konteks Jabatan Pelajaran Perak, perkara ini juga melibatkan pegawai-pegawai
diperingkat Jabatan Pelajaran. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), dan juga Guru-guru disekolah-
sekolah. Setiap proses pertukaran, naik pangkat, atau penamatan perkhidmatan pegawai perlu
disertakan dengan Nota Serah Tugas yang sesuai dan selaras dengan panduan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Malaysia.

 3.0 PUNCA KUASA

3.1 Surat Edaran JPA.193/6/3-4/(20) Bertarikh 19 Julai 1985 Penggunaan Format Nota Serah
Tugas Yang Seragam  Bagi Pegawai-pegawai Yang Terlibat Dengan Pertukaran

3.2Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2004  Panduan Pertukaran Pegawai Awam

4.0 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS

4.1 Penerangan Am

4.1.1 Hanya pegawai-pegawai kumpulan ‘A’ dan ‘B’ sahaja yang perlu mengemukakan Nota
Serah Tugas. Kumpulan ini termasuklah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah
(PPPS), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD),  dan  Pegawai-pegawai 
Guna  Sama  yang  bertugas  di  setiap  peringkat Jabatan Pelajaran Perak.

4.1.2 Tiada had bilangan muka surat yang ditetapkan.

4.1.3 Sebanyak 5 Salinan Nota Serah Tugas yang perlu disediakan, dan salinan-salinan tersebut
perlulah diserahkan dan disimpan oleh pihak-pihak berikut:
 Ketua Perkhidmatan
 Bahagian Pentadbiran atau  Perkhidmatan  di  Kementerian  /  Jabatan  / PPD / Sekolah
Berkenaan
 Ketua Bahagian / Ketua Jabatan iv.Pegawai yang akan mengambilalih tugas, dan
 Simpanan peribadi pegawai yang akan bertukar.
4.1.4 Nota Serah Tugas ini perlulah di’binding’ atau dibukukan.

4.2 Garis Panduan / Format Penyediaan Nota Serah Tugas

4.2.1 Perkara 1 – Surat Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas (Muka Surat – i)

1. Pegawai yang bertukar perlu menyediakan surat dengan menulis:


i.Nama Penuh

ii.Jawatan Yang Disandang

iii.Tempoh Menyandang Jawatan

iv.Menandatangani Surat

2. Nota Serah Tugas yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan / Ketua
Sektor / Ketua Unit / Pengetua / Guru Besar untuk disemak.
3. Ketua Jabatan  /  Ketua  Sektor  /  Ketua  Unit  /  Pengetua  /  Guru  Besar kemudian 
perlu  memanjangkan  Nota  Serah  Tugas  berkenaan  kepada Bahagian Pentadbiran
Kementerian / Jabatan / Sekolah.
4. Nota Serah  Tugas  ini  seterusnya  diserahkan  kepada  Pegawai  yang mengambilalih 
jawatan  tersebut  dan  Pegawai  berkenaan  hendaklah menandatangani Surat Akuan
Terima Nota Serah Tugas.
4.2.2 Perkara 2 – Senarai Tugas Jawatan (Muka Surat – ii) Pegawai  yang  bertukar  perlu 
menyenaraikan  tugas-tugas  sepertimana  yang tercatat di dalam senarai tugas rasmi jawatan.
Sekiranya pegawai yang dilantik mengisi mana-mana jawatan melalui jawatan yang dipegangnya
maka jawatan yang berkenaan perlu juga dicatatkan.

4.2.3 Perkara 3 – Kedudukan Terakhir Tugas-tugas Belum Selesai (Muka Surat – iii) Terdapat 5
ruangan mengenai tugas-tugas yang belum selesai perlu disediakan:

1. Tugas-tugas Yang Belum Selesai Pegawai yang bertukar perlu menyenaraikan semua
tugas-tugas yang belum selesai semasa pegawai meninggalkan jawatan.
2. Kedudukan Sekarang Pegawai perlu melaporkan kedudukan terkini bagi tugas-tugas yang
belum selesai seperti yang dinyatakan.
3. Tindakan Susulan Pegawai yang  akan  bertukar  perlu  memaklumkan  kepada  Pegawai 
yang akan mengambilalih tugas mengenai tindakan lanjut atau tindakan susulan yang
diperlukan bagi tugas-tugas yang belum diselesaikan.
4. Rujukan Fail, Pegawai, Jabatan Yang Berkaitan Pegawai yang  akan  bertukar  perlu 
mencatatkan  maklumat-maklumat berkenaan no rujukan fail, nama pegawai dan
Kementerian / Jabatan yang berkaitan  dengan  tugas  yang  perlu  dirujuk  oleh  pegawai 
yang mengambilalih  tugas  sekiranya  timbul  masalah  berhubung  dengan  tugas-tugas
yang belum diselesaikan.
5. Catatan Pegawai yang  akan  bertukar  boleh  mencatatkan  maklumat-maklumat
tambahan  yang  difikirkan  perlu  diketahui  oleh  pegawai  yang  akan mengambilalih 
tugas  supaya  perjalanan  kerja  yang  ditinggalkan  tidak terjejas.
4.2.4 Perkara 4 – Senarai Harta Benda / Peralatan Pejabat(Muka Surat – iv) Pegawai  yang  akan 
bertukar  perlu  menyenaraikan  semua  harta  benda  / peralatan  pejabat  /  asset  hak  milik 
kerajaan  yang  diberikan  kepada  pegawai semasa menjawat jawatan terakhir.

4.2.5 Perkara 5 – Kedudukan Kewangan / Akaun dan Lain-lain (Muka Surat – v) Ruangan  ini  / 
Perkara  ini  hanya  perlu  disediakan  oleh  pegawai-pegawai  yang menguruskan  perkara-
perkara  yang  berkaitan  dengan  urusan  kewangan  dan akaun.  Maklumat-maklumat  yang 
perlu  dimasukkan  merupakan  laporan kedudukan kewangan semasa pegawai yang akan
meninggalkan tugas.

4.2.6 Perkara 6 – Fail Meja (Muka Surat – vi) Fail Meja perlu disertakan sebagai sebahagian
daripada Nota Serah Tugas dan dirujuk sebagai Lampiran ‘A’1 Salinan  Fail  Meja  hanya  perlu 
diserahkan  kepada  Pegawai  yang  akan mengambilalih  tugas  dan  Bahagian  Pentadbiran  / 
Perkhidmatan  Jabatan  / Sekolah berkenaan sekiranya salinan tersebut tidak pernah diserahkan
sebelum ini.

4.2.7 Perkara 7 – Manual Prosedur Kerja  (Muka Surat – vii) Manual  Prosedur  Kerja  perlu 
disertakan  sebagai  sebahagian  daripada  Nota Serah Tugas dan dirujuk sebagai Lampiran ‘A’2
Salinan  Manual  Prosedur  Kerja  hanya  perlu  diserahkan  kepada  Pegawai  yang akan
mengambilalih tugas dan Bahagian Pentadbiran / Perkhidmatan Jabatan / Sekolah berkenaan
sekiranya salinan tersebut tidak pernah diserahkan sebelum ini.

4.2.8 Perkara 8 – Lain-lain Hal (Muka Surat – viii) Pegawai yang akan bertukar boleh
mencatatkan sebarang maklumat tambahan atau  maklumat  am  berhubung  dengan  kerja  dan 
jawatan  yang  disandang. Catatan-catatan  ini  hendaklah  berupa  maklumat  yang boleh 
membantu  dan dapat dijadikan garis panduan kepada pegawai yang akan mengambilalih tugas.

5.0 PENUTUP  Garis panduan ini akan menetapkan format dan aliran norma-norma kerja yang
perlu disediakan oleh seseorang pegawai yang akan bertukar sesuai dengan konteks Jabatan
Pelajaran Perak. Nota Serah Tugas yang disediakan nanti diharap membantu kelinciran peralihan
tugas supaya mutu kerja pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Perak sentiasa berkualiti.

 
Contoh Mukasurat Pertama & Kedua Nota
Serah Tugas
Contoh Nota Serah Tugas
Contoh nota serah tugas adalah seperti dibawah. Anda boleh salin contoh nota serah tugas dan
paste di notepad kemudian terus copy balik contoh nota serah tugas dan paste di microsoft word.
Ubah sedikit mengikut keperluan. Contoh nota serah tugas :

NOTA SERAH TUGAS


 

NAMA                               : NURUL HANIM BINTI ISMAIL

1. KP :
2. FAIL PERIBADI :
 

KANDUNGAN
 

PERKARA
MUKA SURAT
1.         Surat Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah
Tugas                              3
2. Senarai Tugas Jawatan 4
3.         Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum
Selesai                              5
4. Senarai Hartabenda/Peralatan Pejabat 6
5. Kedudukan Kewangan/Akaun dan Lain-Lain 7
6. Fail Meja 8-10
7. Manual Prosedur Kerja 11
8. Lampiran Senarai Serahan Tugas 12
 

1.SURAT PENYERAHAN DAN AKUAN TERIMA NOTA SERAH TUGAS

(a)       Adalah saya Nurul Hanim binti Ismail  yang  memegang  jawatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan  di SMK Bawang Assan, Sibu dari tarikh 7 Februari 2017 hingga 15 Oktober 2017
bersama-sama ini menyerahkan Nota Serah Tugas sepertimana diarahkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam melalui surat Bil. JPA. 193/6/3-4 (20) bertarikh 19 Julai 1985. Disertakan
juga bersama-sama ini Fail Meja/Manual Prosedur Kerja *

Diserahkan oleh:                                            Disemak oleh:

Tandatangan:                                                 Tandatangan:

Nama:                                                            Nama:

(Pegawai yang akan bertukar)                         (Ketua Bahagian/Unit/)*

(b)       Adalah  saya Hipnee bin Piee yang mengambil alih tugas jawatan Penolong Kanan
Pentadbiran di SMK Bawang Assan, Sibu mengaku telah menerima satu (1) salinan Nota Serah
Tugas dan Fail Meja/Manual Prosedur Kerja.*

Tandatangan:                                                  Tandatangan:

 
Nama:                                                             Nama:

(Pegawai yang akan mengambil alih tugas)                    (Pengetua)

*  Potong mana yang tidak berkaitan

2.Senarai Tugas Jawatan

1. Guru mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 Sains & 5 Sains


2. Ketua Panitia Kimia
 Guru mata pelajaran Sains Tingkatan 1A, 3B dan 3C
1. Penyelaras Program Dual Language Programme (DLP)
2. Penyelaras Program Inovasi & Kajian Tindakan Sekolah
3. Pentaksir Mata Pelajaran Sains PT3
 Penolong guru tingkatan 3C
 Guru rumah sukan Hijau
1. Guru penasihat Kadet Polis
2. Ketua guru penasihat Kelab Komputer
3. Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan
 Setiausaha Panitia Sains
 

3.Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Selesai

Rujukan
Tugas-
Fail,
Tugas
Kedudukan Tindakan SusulanYang Pegawai
Yang Catatan
Sekarang Diperlukan Jabatan
Belum
Yang
Selesai
Berkaitan
Belum
Merekodkan kehadiran
Laporan direkodkan.
pelajar DLP semasa hari Softcopy laporan
kehadiran Belum tamat Fail DLP,
terakhir persekolahan (24 ada dalam
kelas DLP sesi Pen. Kanan
Nov. 2017) & komputer di
bulan persekolahan Pentadbiran
menghantar softcopy kepad bilik PKP
November bulan
a PPD melalui emel.
November.

Sijil LDP 7
Satu salinan sijil
hari belum
LDP 7 hari
dijana
SU LDP yang baharu perlu perlu
kerana
menjana sijil LDP 7 hari dimasukkan
menunggu Fail SU
Janaan untuk semua guru melalui dalam fail
proses LDP, Pn.
Sijil LDP modul SU LDP dalam peribadi &
kemaskini Chiam Ai
7 hari laman e-SPL KPM apabila direkodkan
terakhir Hau
semua kursus telah dalam Buku
dalam e-
dikemaskini. Rekod
SPLKPM di
Perkhidmatan
peringkat
Kerajaan.
PPD

Sukatan Laporan KSSM


Buku teks
mata & hasil kerja
Menghabiskan sukatan Sains Ting.
pelajaran Bab 9, projek pelajar
pelajaran Sains tingkatan 1 1, En.
Sains subtopik 9.2 telah dihantar
bagi subtopik 9.3-9.6 Sembi ak
Tingkatan dan
Lawen
1A dilengkapkan.

4.Senarai Harta benda / Peralatan Pejabat

Bil Tugas / Jawatan Harta benda / Peralatan Catatan


i)                Fail rekod
mengajar

ii)              Buku teks Kimia


Ting. 4

iii)            Buku teks Kimia


Guru mata pelajaran Kimia Ting. 5
1
Ting. 4,5
iv)             Buku amali Kimia
Ting. 4

v)               Fail PEKA Kimia

i)                Fail rekod


mengajar
ii)              Fail induk panitia
Kimia

iii)            Fail sokongan


2 Ketua Panitia Kimia panitia Kimia

iv)             Fail PEKA Panitia


Kimia

 
i)                Fail rekod
mengajar
ii)              Buku teks Sains
Tingkatan 1

iii)            Buku teks Science


Form 1 KSSM

iv)             Buku teks Sains


Ting. 2
Guru mata pelajaran Sains
3 v)               Buku teks Sains
1A, 3B, 3C
Ting. 3

vi)             Fail Sains Ting. 1

vii)           Fail Sains Ting. 3

viii)         Fail guru PBS

4 Penyelaras DLP i)                Fail DLP PKP

i)                Fail LDP 1


ii)              Fail LDP 2

iii)            Fail LDP 3 Pn. Chiam Ai


5 Setiausaha LDP
Hau
 

i)                Fail laporan En. Daniel


6 Penyelaras Inovasi Sekolah
inovasi Simon

Ketua Guru Penasihat Kelab i)                Fail Kelab Pn. Alicia Teng
7
Komputer Komputer Wei Yi
 

5.Kedudukan Kewangan/Akaun dan Lain-Lain

(Hanya perlu disediakan oleh pegawai-pegawai yang berkaitan sahaja)

TIDAK BERKENAAN –

6.Fail Meja

Bil Tugas Senarai tanggungjawab

1.     Merancang pengajaran dan pembelajaran


mengikut sukatan pelajaran.
2.     Menyediakan persediaan mengajar

3.     Mengendalikan pengajaran dan


pembelajaran dengan berkesan.

4.     Membimbing pelajar memperolehi ilmu


Guru mata pelajaran Kimia dan menguasai kemahiran serta mengamalkan
Tingkatan 4 Sains & 5 Sains nilai-nilai murni dan sikap yang positif.
1
  5.     Membuat penilaian dan tindaksusul.

6.     Menjalankan inovasi

7.     Mengendalikan kelas bimbingan & kelas


tambahan

2 Ketua Panitia Kimia 1.      Menyediakan Rancangan Pengajaran


  Tahunan.
2.      Merancang dan menyelaraskan strategi
program peningkatan akademik.
3.      Mengurus dan mengemaskini fail panitia.

4.      Menyediakan Pelan Operasi, Pelan


Taktikal dan Pelan Strategik bagi panitia Kimia.

5.      Menyelaras dan menyemak penyediaan


soalan ujian dan skema pemarkahan.

6.      Mengemaskini moderator mata pelajaran.

1.     Merancang pengajaran dan pembelajaran


mengikut sukatan pelajaran.
2.     Menyediakan persediaan mengajar

3.     Mengendalikan pengajaran dan


pembelajaran dengan berkesan.

4.     Membimbing pelajar memperolehi ilmu


dan menguasai kemahiran serta mengamalkan
nilai-nilai murni dan sikap yang positif.
Guru mata pelajaran Sains
Tingkatan 1A, 3B dan 3C 5.     Membuat penilaian dan tindaksusul.
3  
6.     Mengendalikan kelas tambahan, kelas
bimbingan & kelas pecutan

7.     Melengkapkan pelaporan PBS dan KSSM

8.     Membimbing pelajar menjalankan amali &


kerja projek serta merekodkannya

4 Penyelaras Program Dual 1.     Menguruskan dan mengemaskini Fail DLP


Language Programme (DLP) dari semasa ke semasa
  2.     Merekodkan program-program DLP yang
dijalankan di peringkat sekolah

3.     Melaporkan status tagging murid DLP


pada setiap hari Jumaat

4.     Melaporkan rekod kehadiran murid DLP


pada setiap hujung bulan

5.     Melaporkan keputusan ujian / peperiksaan


murid DLP setiap kali tamat ujian / peperiksaan

1.     Merancang projek inovasi tahunan sekolah


2.     Mengumpulkan laporan projek inovasi
guru pada setiap tahun.
Penyelaras Program Inovasi &
Kajian Tindakan Sekolah
5 3.     Membimbing guru-guru lain dalam
 
melaksanakan projek inovasi / kajian tindakan

1.     Menghadiri mesyuarat penyelarasan


penskoran di peringkat PPD
Pentaksir Mata Pelajaran Sains 2.     Menyemak skrip jawapan calon PT3
PT3
6   3.     membuat moderasi penskoran

7 Penolong guru tingkatan 3C Membantu guru tingkatan untuk:


  i)        Merekod kedatangan pelajar.

ii)      Memantau kerja pembersihan &


keceriaan kelas pada awal pagi.

iii)    Menyimpan data pelajar.


iv)     Memantau perkembangan akademik
pelajar dalam semua mata pelajaran

v)       Melibatkan pelajar dalam menghiaskan


bilik darjah.

vi)     Memantau rekod kehadiran pelajar


semasa P&P serta rekod keberadaan guru dalam
kelas (borang MMI)

i)      Membantu pemilihan pelajar untuk


menyertai pertandingan sukan di peringkat
sekolah..
8 Guru rumah sukan Hijau ii)    Membantu ketua rumah sukan mengurus &
memantau pelajar semasa KOARRS

i)      Mengadakan sesi perjumpaan


ii)    Memberikan ilmu pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek badan beruniform
seperti kawad kaki dan sebagainya.

9 Guru penasihat Kadet Polis iii)  Menyediakan Perancangan Strategik,


Taktikal & Operasi Kadet Polis

10 Ketua guru penasihat Kelab i)      Mengadakan sesi perjumpaan


Komputer ii)    Memberikan ilmu pengetahun dan
pendedahan mengenai kemahiran asas dalam
komputer dan aplikasi perisian komputer.

iii)  Membuat perancangan tahunan aktiviti


Kelab Komputer

iv)   Menyediakan Perancangan Strategik,


Taktikal & Operasi Kelab Komputer
 

1.   Membuat perancangan tahunan LDP.


2.   Menyelaras dan mengemaskini fail
pengurusan LDP dari semasa ke semasa.

3.   Menyelaras & mengemaskini laman


sesawang e-SPL KPM

4.   Menghadiri mesyuarat pengurusan LDP di


Setiausaha Latihan Dalam peringkat PPD dan menghantar maklumat yang
11 diperlukan.
Perkhidmatan

5.   Memberi taklimat kepada guru-guru


berkaitan aplikasi e-SPL KPM dan cara-cara
mendaftar kehadiran kursus luar (KKL)
dan book review.

1.     Menulis minit mesyuarat Panitia Sains


sebanyak 4 kali setahun
2.     Menulis rekod perjumpaan kecil Panitia
12 Setiausaha Panitia Sains Sains

7.Manual Prosedur Kerja

-Rujuk Buku Panduan Staf – contoh nota serah tugas

LAMPIRAN SENARAI SERAHAN TUGAS

Bil Bahan / Peralatan Penerima Tanda tangan


1 Buku teks Kimia Ting. 4,5 Nur Atiqah

2 Buku teks Sains Ting. 1,2,3 Yii Hea Lang

Hipnee bin Piee


3 Fail rekod mengajar
(PKP)

4 Fail Panitia Kimia Nur Atiqah

5 Fail Latihan Dalam Perkhidmatan Chiam Ai Hau

6 Fail Dual Language Programme Lau Ie Liing

7 Fail Sains Ting. 1,3 Yii Hea Lang

Hipnee bin Piee


8 Fail PBS Sains
(PKP)

9 Fail PEKA Kimia Nur Atiqah

Laporan Projek Inovasi & Kajian


10 Daniel Simon
Tindakan

Muat Turun Contoh Nota Serah Tugas


Contoh Nota Serah Tugas (Format PDF)

Contoh Nota Serah Tugas (Format Word)

Artikel Lain : Cara Buat Tanda Tangan Dalam Email
CategoriesCONTOH NOTA SERAH TUGASTagsCARA BUAT & PANDUAN NOTA
SERAH TUGAS (Format Word & Pdf), CONTOH NOTA SERAH TUGAS, GARIS
PANDUAN PENYEDIAAN NOTA SERAH TUGAS, Muat Turun Contoh Nota Serah
Tugas, NOTA SERAH TUGAS GURU / CIKGU
Cara Buat Tanda Tangan Dalam Email /Surat (Word) Senang & Mudah Jer
CARA MOHON ePENAWARAN:BIASISWA KPM JPA (epenawaran.moe.gov.my)

Cg Os
Leave a Comment

Comment

Name EmailWebsite

Simpan nama, emel, dan laman web saya dalam pelayar ini apabila saya
mengulas pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai