Anda di halaman 1dari 20

BAB 2 SEJARAH DAN TEORI

PERKEMBANGAN MOTIVASI

Objektif Pembelajaran

Bab ini bertujuan untuk menghuraikan tentang

 Sejarah perkembangan motivasi


 Motivasi dari perspektif fisiologi dan falsafah
 Perkembangan teori motivasi mengikut pandangan
penulis-penulis
 Teori-teori motivasi utama

Pengenalan

Sejarah perkembangan kajian motivasi telah bermula sejak zaman purba


Greeks lagi. Perkembangan kajian motivasi ini dapat dilihat daripada dua
perspektif iaitu perspektif falsafah dan fisiologi. Di antara tokoh-tokoh awal
psikologi yang menyumbang kepada perkembangan kajian motivasi di zaman
Greek adalah seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Ketika ini idea tentang
motivasi bersifat falsafah. Menurut idea Plato motivasi wujud mengikut tiga
tahap utama (tripartite) iaitu tahap primitif, tahap kedua dan tahap tinggi.

Di tahap primitif (appetitive) ini motivasi akan wujud kerana


keperluan-keperluan seperti lapar, dahaga dan seks. Di tahap kedua
(competitive) motivasi wujud kerana aspek-aspek persaingan di dalam
meneruskan kehidupan. Di tahap ini juga manusia akan bermotivasi kerana

15
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
inginkan satu penghormatan, kemulian, menjaga nama baik dan mendapat
sanjungan daripada masyarakat. Di tahap tinggi (calculating) pula motivasi
individu digerakkan kerana aspek-aspek yang melibatkan perhitungan. Ini
bermakna setiap tingkahlaku yang akan dipamerkann perlu ada alasan dan
melibatkan proses pemilihan dan perhitungan.

Aristotle turut menyokong idea Plato yang membahagikan tahap-


tahap motivasi kepada tiga bahagian ini. Namun begitu beliau telah
menggunakan terminologi yang berbeza untuk menerangkan konsep
motivasi. Plato membahagikan tahap motivasi kepada peringkat nutritive
iaitu makanan, sensitif dan rasional. Di peringkat nutritive ini motivasi
individu digerakkan mengikut kehendak hati dan mudah dipengaruhi
(impulsive), tidak berasaskan akal dan fikiran dan kebanyakan desakan yang
wujud di peringkat ini adalah untuk memenuhi desakan keperluan badan
untuk meneruskan kehidupan. Aspek-aspek yang terkandung diperingkat
sensitif juga berkaitan dengan tubuh badan tetapi lebih memfokus kepada
penyelenggaraan keseronokan dan kesakitan. Di peringkat rasional pula ia
lebih berhubungan dengan komponen-komponen yang berkaitan dengan idea,
intelektual dan aspek-aspek yang berhubungan dengan ketuhanan.

Idea tentang motivasi telah berubah kepada perspektif fisiologi


setelah Hippocrates (c470-370 B.C) (dlm Decatanzaro (1999), telah menemui
peranan otak sebagai organ utama intelektual manusia. Anteseden fisiologi
di dalam menerangkan konsep motivasi dapat dilihat daripada beberapa
faktor berikut iaitu peranan saraf motor, tenaga saraf spesifik, impuls saraf
elektrik semulajadi, dan fungsi spesifik yang terdapat di otak (Petri, 1996).

16
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
Seratus tahun kemudian, pandangan terhadap konsep motivasi telah
berubah kepada konsep dualisme. Dualisme ataupun dua jiwa bermaksud
jasad dan akal, bermaksud keghairahan untuk memenuhi kehendak tubuh
badan dan kerasionalan minda/otak (”the passion of the body “ and the
reason of the mind”). Keduanya berada ditahap hirarki yang sama, cuma
perbezaan utama antara keduanya ialah aspek-aspek yang terkandung di jasad
adalah seperti megikut kehendak hati, tidak rasional, kegembiraan, dan
biological.

Sebaliknya aspek-aspek yang terkandung di minda adalah bersifat


rasional, intelek dan kerohanian. Ini bermakna motivasi yang digerakkan
oleh dorongan jasad akan lebih bersifat kenikmatan, kejahatan dan berjiwa
kebinatangan. Sebaliknya motivasi yang digerakkan atas landasan minda
akan lebih bersifat munasabah/(masuk akal), perkara-perkara yang berkaitan
dengan kebaikan dan berperikemanusiaan.

Di era pasca -Renaissance, Renee Descartes ahli falsafah Perancis ini


telah menambah kepada idea dualisme (jasad-minda) ini, dengan cara
membezakan di antara aspek-aspek yang pasif dan aktif di dalam konsep
motivasi. Aspek-aspek yang pasif di dalam konsep motivasi disamakan
dengan konsep jasad (dualisme), sebaliknya aspek-aspek yang aktif di dalam
motivasi disamakan denga konsep minda (dualisme).

Descartes (1596-1650) (dlm, Decatanzaro, (1999) juga cuba


menyesuaikan aspek fisiologi dan kerohanian melalui konsep dualisme.
Beliau juga mempercayai bahawa jasad dan akal yang akan menentukan
tindakan yang diambil oleh individu. Menurutnya lagi keperluan lapar dan
seks adalah ditentukan oleh jasad, sebaliknya kegembiraan dan kemarahan
dikawal oleh minda. Paling menarik lagi Descartes turut mengakui bahawa
17
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
batang pinal dan kelenjar kecil yang terdapat di bahagian pusat otak turut
bertangungjawab mengawal minda dan rohani.

Perkembangan kajian mengenai motivasi tidaklah begitu pesat jika


dibandingkan dengan sub bidang psikologi yang lain seperti psikologi
personaliti, psikologi perkembangan, psikologi sosial, psikologi industri dan
organisasi. Sehingga tahun 1964 masih belum ada satu buku teks yang
berkaitan dengan motivasi diterbitkan (Cofer & Appley). Hampir sedekad
kajian mengenai motivasi seperti tenggelam dan hilang dari perkembangan
ilmu psikologi yang lain. Begitu ramai profesor yang ditemui dalam bidang
psikologi kognitif, persepsi, fisiologi, kesihatan, klinikal, kaunseling,
personaliti, sosial, perkembangan, pendidikan dan industri dan organisasi.
Namun begitu profesor di bidang psikologi motivasi begitu sedikit ditemui
(Reeve, 2001).

Perkembangan kajian motivasi telah diberi nafas baru di sekitar tahun


1952, apabila Universiti Nebraska telah mengadakan simposium motivasi.
Diantara tokoh-tokoh motivasi yang hadir untuk membentangkan kertas kerja
adalah seperti Harry Harlow, Judson Brown dan Hobart Mowrer. Tahun-
tahun berikutnya John Atkinson, Leon Festinger, Abraham Maslow, David
McClelland, James Olds pula meneruskan tradisi ini. Simposium ini
berlangsung dengan jayanya selama 25 tahun, sehingga berlaku perubahan
penting pada tahun 1978 (Benjamin & Jones, 1978).

Era perkembangan kajian motivasi seterusnya dikenali sebagai era


mini-teori, yang berkembang pesat di sekitar tahun 1960 hingga 1970.
Namun begitu masih banyak pengaruh daripada teori-teori utama (grand
theory) contohnya seperti kehendak, naluri dorongan menyerap ke dalam
mini-teori. Diantara mini-teori yang dipilih oleh Reeve, 2001 adalah teori
18
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
motivasi pencapaian, (achievement motivation, Atkinson, 1964), teori atribusi
motivasi pencapaian (attributional theory of achievement motivation
,Weiner,1972), teori kognitif dissonan (cognitive dissonance theory,
Festinger, 1957), motivasi kesan (effectance motivation, White, 1959;
Harter,1978a), teori nilai dan ekspektasi (expectancy x value
theory,Vroom,1964), motivasi intrinsic (intrinsic motivation, Deci, 1975),
teori seting-matlamat (goal - setting theory, Locke, 1968), teori pembelajaran
ketidakupayaan (learned helplessness theory Seligman, 1975), teori bertindak
(Reactance theory, Brehm, 1966), teori kecekapan-diri (self-efficacy theory,
Bandura, 1977), teori skema-diri (self-schemas, Markus, 1977).

Charles Cofer dan Mortimer Appley (1960) cuba mengubah


pandangan terhadap konsep motivasi yang berasaskan prinsip semulajadi,
biologi dan fisiologi, kepada prinsip motivasi pertumbuhan. Idea tentang
motivasi yang pasif seperti individu bermotivasi untuk mengurangkan
tekanan, mencari keseimbangan (homeostasis), memenuhi keperluan telah
bertukar kepada aspeks-aspek pertumbuhan diri. Manusia dikatakan
bermotivasi kerana ingin menuju kepada pertumbuhan diri, penghargaan
kendiri, sifat kreativiti yang tersedia di dalam setiap individu.

Di sekitar tahun 1970, psikologi Zeitgeist (Gardner, 1985) pula cuba


memperkembangkan idea motivasi berasaskan kognitif, kemungkinan akibat
daripada pengaruh revolusi kognitif yang berkembang hebat di tahun ini.
Golongan ini memfokus kepada elemen-elemen seperti perancangan,
matlamat, ekspektasi, kepercayaan, atribusi, insentif dan ganjaran sebagai
penggerak kepada motivasi individu. Mereka juga lebih mengutamakan
aspek-aspek kemanusiaan berbanding mekanikal untuk menerangkan konsep
motivasi (McKeachie, 1976). Di antara buku yang paling popular diterbitkan

19
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
bertajuk Theories of Motivation: From Mechanism to Cognition (Weiner,
1972).

Kemudian wujud pula pergerakan Kemanusiaan yang mengkritik


teori-teori di sekitar tahun 1960an, kerana tidak berhubungan dengan ciri-ciri
kemanusiaan. Golongan ini menentang idea bahawa motivasi adalah hasil
tindakbalas daripada desakan biologi atau dikawal oleh persekitaran dan
masyarakat. Di anatara tokoh yang paling popular di dalam gerakan ini ialah
Abraham Maslow dan Carl Rogers. Mereka membawa idea baru tentang
konsep motivasi, iaitu manusia secara semulajadi adalah aktif, pemikiran
yang fleksibel dan mempunyai pertumbuhan motivasi.

Lama-kelamaan pengkaji motivasi menyedari bahawa persoalan “why


behave” tidak begitu tepat dan menjadi isu utama kerana mereka menyedari
bahawa “to be alive is to be active”. Organisma sentiasa bersifat aktif,
sentiasa bertingkahlaku dan tiada masa bila organisma tidak bertingkah laku.
Ini bermakna tiada keadaan dan masa organisma tidak menunjukkan
“energy” dan “direction”

Sehubungan dengan ini simposium yang diadakan pada tahun 1990


anjuran Universiti Nebraska lebih memfokus kepada isu-isu yang lebih
bertepatan dengan motivasi seperti mitivasi di tempat kerja, sukan,
pendidikan, diet dan sebagainya, berbanding dengan isu-isu yang berkaitan
dengan sikap, nilai, perkembangan emosi, psikologi dan gender, pengaruh
alkoholik yang telah dibentangkan di Simposium Nebraska 1979 (Dienstbier,
1991). Di antara tokoh-tokoh psikologi motivasi yang hadir seperti Mortimer
Appley, Albert Bandura, Edward L. Deci, Douglas Derryberry, Carol Dweck,
Don Tucker, Richard Ryan dan Bernard Weiner. Pendokumentasian isu-isu
yang spesifik berkaitan dengan isu-isu motivasi diterbitkan di dalam jurnal
20
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
jurnal seperti Psychological Review, Psychological Bulletin, Jurnal of
Educational Psychology, Jurnal of Personaliti and Sosial Psychology).

Perkembangan Teori-teori Motivasi Mengikut Pandangan Penulis-


penulis

Reeve (2001) telah membahagikan peringkat perkembangan teori-teori


motivasi kepada empat tahap. Tahap pertama dikenali sebagai teori besar
pertama (the first grand theory) iaitu teori kehendak, teori kedua besar (the
second grand theory) iaitu teori naluri dan teori besar ketiga (the third grand
theory) iaitu teori dorongan. Akhirnya, beliau telah mengutarakan era mini-
teori yang dianggap olehnya lebih praktikal di dalam menyelesaikan masalah
semasa seperti motivasi di tempat kerja, motivasi pendidikan, motivasi sukan
dan sebagainya.

Smith (1998) pula telah membahagikan perkembangan teori motivasi


kepada tujuh bahagian utama iaitu teori naluri, teori dorongan, teori insentif,
teori kekebangkitan optimal, teori hirarki keperluan Maslow, teori kognitif
dan teori psikologi evolusi.

Sebaliknya, Baron (2001) telah memilih teori-teori motivasi yang


dianggap begitu berpengaruh di dalam perkembangan psikologi iaitu, teori
dorongan, teori kekebangkitan, teori ekspektasi dan teori matlamat-seting.
Sternberg (1997) pula telah mengkategorikan perkembangan teori motivasi
berdasarkan kepada tiga pendekatan iaitu pendekatan fisiologi, personaliti
dan kognitif. Diantara teori motivasi yang terkandung di dalam pendekatan
fisiologi ialah teori penyelenggaraan-homeostasis ( homeostatic-regulation
theory), teori proses bertentangan (opponent-process theory) dan teori
21
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
kebangkitan (arousal theory). Teori motivasi yang terkandung di bawah
pendekatan personaliti pula adalah seperti teori keperluan (theory of needs),
teori keperluan pencapaian (need for achievement) dan keperluan hirarki
(hierarchy of needs). Di antara teori-teori motivasi yang terkandung di
bawah pendekatan kognitif adalah seperti motivasi intrinsik-ekstrinsik
(intrinsic-extrinsic motivators), kepelikan (curiosity), penentuan-diri (self-
determination), kecekapan-diri (self-efficacy), matlamat-perancangan (goals
and plans).

Untuk tujuan perbincangan di dalam modul ini, penulis telah memilih


beberapa teori motivasi utama yang dianggap penting untuk menerangkan
tingkahlaku bermotivasi individu. Di antara teori motivasi yang telah dipilih
ialah teori kehendak, naluri, dorongan, insentif dan kekebangkitan.

Teori Motivasi Keperluan (Will)

Menurut Descartes, asas motivasi organisma adalah didorong oleh kehendak


(will). Kehendak adalah inisiatif dan tindakan yang terus dan segera. Ia
melibatkan dua pilihan sama ada untuk bertindak (“to act”) dan apa yang
hendak dilakukan ketika bertindak (“what to do when acting”). Keperluan
badan, keghairahan, keseronokan dan kesakitan akan membentuk dorongan
untuk bertindak dan bertingkahlaku. Kehendak juga merupakan kuasa
kepada minda yang mengawal jasad .
Akhirnya konsep kehendak (will) ini dikenali sebagai “grand theory”
kerana ia beranggapan bahawa semua tingkahlaku manusia bergerak atas
dasar kehendak. Persoalan kepada mengapa kita makan, minum, bermain,
bersaing, rasa takut kepada sesuatu, membaca, jatuh cinta dan sebagainya,
adalah digerakkan oleh “kehendak” . Namun begitu ahli-ahli falsafah

22
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
berpendapat bahawa konsep “kehendak” adalah sesuatu yang misteri dan
sukar untuk menerangkan tingkahlaku bermotivasi, sifatnya terlalu falsafah.
Atas alasan ini, di sekitar tahun 1870an wujud teori naluri (instinct) yang
lebih bersifat fisiologi penerangannya.

Teori Motivasi Naluri (Instinct)

Prinsip asas teori motivasi naluri, telah bermula dengan teori evolusi Charles
Darwin. Darwin berminat untuk mengkaji bagaimana manusia dan haiwan
menggunakan sumber yang ada contohnya motif untuk mengadaptasi dirinya
dengan persekitaran. Menurut beliau tingkahlaku tidak perlu dipelajari ia
akan hadir secara automatik dan mekanistik (Darwin, 1859) contohnya
burung membina sarang, ikan solomon berenang di air terjun yang deras,
ayam mengeram. Jadi hasil semua tingkahlaku ini adalah melalui naluri yang
diturunkan melalui genetik /baka. Di sinilah kelebihan teori naluri
berbanding kehendak (will) kerana ia mampu menerangkan daripada mana
naluri ini hadir iaitu melalui genetic dan keturunan individu.

Namun begitu kelemahan teori kehendak tidak mampu menerangkan


daripada mana kehendak(will) timbul. William James (1890) merupakan
tokoh pertama psikologi yang mempopularkan teori motivasi naluri.
Menurut James terdapat dua jenis naluri iaitu naluri fizikal dan naluri mental.
Naluri fizikal adalah seperti menghisap dan pergerakan, sebaliknya naluri
mental seperti sifat ingin tahu, ketakutan, keramahan dan pergaulan.
Golongan yang menyokong teori ini ialah biopsikologi dan sosiologi
(Strenberg, 1997).

23
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
William McDougall (1908) mendasari naluri manusia secara
semulajadi, iaitu faktor biologi yang mengwujudkan tingkahlaku manusia.
Menurut beliau lagi naluri bersifat kompleks, diturunkan secara warisan dan
ia tidak dipelajari kerana ia berlaku secara outomatik. Di antara teori naluri
yang dinyatakan oleh McDougall (1908) ialah naluri lari, jijik, ingin tahu,
bergaduh, keajaiban diri, keyakinan diri, pembiakan, kemesraan pemerolehan
dan pembinaan. Sehingga tahun 1920 hampir 6000 jenis naluri disenaraikan
(Reeve, 2001).

Selepas perang Dunia kedua teori ini semakin hilang sengatnya. John
Watson (1914) tokoh aliran behaviorisme menyangkal bahawa motivasi
manusia berasaskan naluri semata. Menurut beliau motivasi /tingkahlaku
ditentukan oleh pembelajaran dan pengalaman bukannya secara semulajadi.
Teori naluri juga tidak dapat berkembang dengan pesat kerana tidak mampu
menerangkan tingkahlaku manusia yang semakin kompleks. Teori ini hanya
mampu membuat deskripsi, contohnya, hanya mampu memperihalkan semua
tingkahlaku serperti lapar, pembiakan, kemesraan perhubungan dan lain-lain
lagi sebagai desakan naluri. Bagaimana pula untuk membuat penerangan
kepada persoalan bagaimana dan mengapa sesetengah individu hanya
bergantung kepada satu-satu tingkahlaku yang spesifik.

Bagaimana pula untuk menerangkan mengapa individu bersifat


agresif, mengapa sesetengah individu sanggup menggadaikan nyawa untuk
mencapai kepada sesuatu matlamat, mengapa ada individu yang sanggup
membunuh anaknya sendiri demi kepentingan diri? Adakah ini semua hasil
daripada desakan naluri semata yang bersifat semulajadi dan automatik?
Selepas tahun 1930 teori naluri ini terkubur, namun begitu ia masih berguna
untuk menerangkan tingkahlaku haiwan. Maka teori dorongan (drive) wujud
untuk menggantikan teori naluri.
24
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
Teori Motivasi Dorongan (Drive)

Teori motivasi dorongan telah diperkenalkan oleh Woodworth (1918)(dlm


Reeve, 2001). Prinsip motivasi dorongan bermula dengan asas biologi, iaitu
manusia akan bertingkahlaku (bermotivasi) untuk memenuhi keperluan
badan. Apabila keadaan biologi badan organisma berada dalam
ketidakseimbangan (contohnya, kekurangan makanan dan minuman) maka
akan berlaku keperluan psikologi defisit. Keperluan inilah yang akan
menghasilkan dorongan kepada organisma untuk bertingkahlaku. Apabila
keperluan psikologi defisit ini telah dipenuhi badan akan berada di dalam
keseimbangan (homeostasis). Teori dorongan versi Freud (1915) dan Hull
(1943) berasaskan kepada tiga andaian berikut iaitu:

i. dorongan muncul daripada keperluan-keperluan badan


ii. pengurangan dorongan menghasilkan pembelajaran
iii. dorongan memberikan tenaga kepada tingkahlaku

Sekitar tahun 1950an ujian empirikal telah dijalankan ke atas tiga


andaian di atas. Apa yang menjadi persoalan berikutnya ialah tidak semua
motif wujud untuk memenuhi keperluan biologi. Sebagai contoh mangsa
anorexia tidak makan untuk memenuhi keperluan biologinya. Justeru itu
tentu ada sumber-sumber lain selain keperluan biologi badan yang
menggerakkan individu untuk bertindak (bermotivasi).

Pembelajaran juga tidak akan wujud semata-mata melalui pengalaman


pengurangan dorongan. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa sumber-
sumber motivasi juga wujud daripada luaran (nonphysiological). Sebagai
25
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
contoh seorang individu yang tidak berasa dahaga (berada didalam keadaan
homeostasis) tetapi apabila terhidu, merasa atau terlihat minuman kesukaan
akan terus minum minuman tersebut.

Begitu juga dengan fenomena kenyang kita masih mencari desert atau
makanan ringan yang lain untuk di makan walaupun perut kita telah kenyang.
Teori dorongan ini juga gagal untuk menerangkan tingkahlaku yang tiada
hubungan dengan dorongan seperti meningkatkan keseronokan, contohnya
seperti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hobi Fenomena ini berlaku
kerana wujudnya motivasi insentif (Hull,1952).

Teori Motivasi Insentif (Incentive)

Teori ini wujud pada tahun 1960an akibat daripada kelemahan teori dorongan
untuk menerangkan fenomena motivasi yang tiada hubungan dengan
keperluan biologi. Teori insentif mencadangkan tiga perkara berikut untuk
menerangkan tingkahlaku motivasi iaitu:

i. motivasi digerakkan oleh insentif (cth. wang, ganjaran, pujian,


pengiktirafan) daripada persekitaran.

ii. tahap-tahap (tinggi, rendah, sederhana) motivasi individu


bergantung kepada pengalaman yang telah diperolehi daripada
akibat (konsekuan) tingkahlaku yang telah ditunjukkan sebelum
ini.

iii. gambaran terhadap tahap-tahap motivasi berubah mengikut masa


kerana insentif yang diterima daripada persekitaran juga berubah.
26
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
Teori insentif ini juga dipengaruhi oleh idea hedonism iaitu
organisma akan mendekati keseronokan dan mengelak kesakitan. Teori
insentif ini juga cuba untuk menerangkan mengapa tingkahlaku manusia akan
mendekati keseronokan dan mengelak kesakitan. Fenomena ini berlaku
kerana melalui proses pembelajaran, manusia akan membuat ekspektasi
kepada setiap tingkahlaku yang diambil. Sekiranya akibat (konsekuan)
daripada sesuatu tingkahlaku itu memberikan keseronokan dan
menguntungkan ia akan mengulanginya, sebaliknya jika akibat (konsekuan)
daripada tingkahlaku tersebut mendatangkan kesakitan dan merugikan ia
tidak akan diulangi.

Teori insentif juga beranggapan bahawa motivasi akan wujud


daripada rangsangan luaran yang dianggap sebagai ganjaran yang akan
mempengaruhi tingkahlaku individu (cth, barangan yang mewah, kelulusan
akademik yang dimiliki, wang, pengiktirafan, pujian dan sebagainya).
Mengapa manusia bermotivasi kerana perkara-perkara di atas? Manusia
bermotivasi kerana mereka mempunyai hasrat untuk memperolehi stimulasi
positif (cth. dessert, pakaian), stimulasi ganjaran (cth, ijazah, pujian,
penghargaan) dan stimulasi objek (cth. rumah, kereta mewah) (Petri 1996).
Perkembangan teori motivasi seterusnya ialah teori kekebangkitan (arousal).
Teori Motivasi Kekebangkitan (Arousal)

Penemuan idea mengenai teori motivasi kekebangkitan berasal daripada


kajian neuropsikologi. Ahli-ahli neuropsikologi mendapati sistem
kebangkitan ini dikatakan bermula daripada otak (Moruzzi & Magoun,
1949). Kebangkitan merujuk kepada peningkatan di dalam tahap aktiviti
sistem fisiologi, apabila berada di dalam keadaan kebangkitan yang meninggi
ia berhubungan dengan pengaktifan, berjaga-jaga dan berwaspada (Smith et
27
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
al., 1993; B.D. Smith, 1994) (dlm Smith, 1998). Apabila kita berada di
dalam keadaan kebangkitan, kadar degupan jantung, tekanan darah dan kadar
pernafasan akan meningkat, ketegangan otot juga akan terjadi (Smith, 1998).
Setiap satu kebangkitan juga boleh diukur melalui aktiviti elektrik di otak,
tindakan jantung, ketegangan otot dan juga sistem-sistem organ yang lain
(Bernstein, et.al, 1991).

Menurut, teori kebangkitan ini manusia akan cuba berusaha untuk


berada di tahap kebangkitan optimal (kebangkitan optimal bermaksud tahap
kebangkitan yang dikenakan ke atas individu tidak terlalu tinggi dan tidak
terlalu rendah), kerana di tahap ini organisma akan berada di dalam keadaan
yang paling selesa. Untuk memelihara supaya keadaan ini berterusan,
individu perlu bijak mencari atau mengelak rangsangan-rangsangan yang
diterima daripada persekitaran. Apabila individu berada di bawah tahap
kebangkitan optimal, individu akan mencari rangsangan, sebaliknya apabila
individu berada di atas tahap kebangkitan optimal individu akan mengelak
rangsangan. Sebagai contoh apabila kita rasa terlalu bosan berada di rumah
di hari minggu (kita berada di tahap kebangkitan yang rendah), kita akan
cuba mencari aktiviti-aktiviti seperti keluar bersiar, pergi menonton,
berkelah, berjumpa kawan dan sebagainya (mencari rangsangan daripada
persekitaran). Akhirnya kita rasa puas dan kembali kerumah (kita berada di
tahap kebangkitan optimal). Teori kebangkitan optimal juga mengandaikan
bahawa setiap individu mempunyai keperluan psikologikal untuk mencari
rangsangan, malahan banyak kajian eksperimen menunjukkan bahawa
organisma bertindak aktif untuk mencari rangsangan.

Hukum Yerkes-Dodson (1908), turut menunjukkan hubungan di


antara tahap kebangkitan dengan kecekapan prestasi. Keputusan
menunjukkan bahawa apabila kebangkitan yang terlalu rendah atau terlalu
28
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
tinggi diberikan kepada individu, prestasi yang ditunjukkan adalah rendah.
Sebaliknya apabila kebangkitan sederhana diberikan, tahap prestasi akan
berada di tahap yang optimal. Fenomena teori ini dapat diaplikasikan di
dalam contoh berikut, prestasi peperiksaan anda mungkin akan menjadi teruk
sekiranya anda tidak memperdulikannya langsung ataupun terlalu bimbang.
Cara terbaik adalah anda perlu sentiasa bersedia, berminat dan sentiasa
mengambil berat mengenai mata pelajaran anda.

Aplikasi teori-teori motivasi untuk menerangkan persoalan-persoalan


mengenai motivasi

Setelah kita berkenalan dengan lima teori utama mengenai motivasi, adakah
anda rasa anda boleh menjawap persoalan-persoalan utama yang berkaitan
dengan isu motivasi seperti:

i. Apakah yang memulakan sesuatu tingkahlaku?


ii. Dari manakah kemahuan datang ?
iii. Bagaimanakah untuk mengekalkan tingkahlaku?
iv. Mengapa sesetengah tingkahlaku mencapai matlamat dan
setengahnya tidak?
v. Apakah yang menentukan kehebatan tingkahlaku?
vi. Mengapa individu bertingkahlaku berbeza walaupun pada
situasi yang sama?
vii. Mengapa tingkahlaku terhenti?
viii. Apakah perbezaan motivasi di antara individu dan bagaimana
perbezaan ini timbul?

29
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
Kefahaman kita mengenai teori-teori motivasi di atas dapat memberi
kita sedikit gambaran untuk menjawab persoalan “Apakah yang
menyebabkan organisma bertingkahlaku (bermotivasi) ? Jika dirujuk
semula kepada teori-teori motivasi terdapat pelbagai faktor (sumber) yang
boleh menyumbang kepada motivasi individu. Jika kita ambil pandangan
teori motivasi dorongan, sumber utama yang menggerakkan motivasi
individu adalah faktor fisiologi, manakala teori motivasi insentif pula
mengutamakan aspek persekitaran sebagai sumber kepada motivasi individu.

Berlainan pula dengan teori motivasi kebangkitan, yang


mengenengahkan peranan otak sebagai sumber utama kepada motivasi.
Mungkin tidak lengkap penerangan kita mengenai tingkahlaku bermotivasi
individu dengan hanya sekadar memilih satu teori motivasi untuk
menerangkannya. Ini kerana motivasi kompleks sifatnya dan pelbagai.
Sebagai contoh, sekiranya kita diminta untuk menerangkan fenomena ini.
“Mengapakah anda sanggup untuk belajar hingga ke peringkat merana gading
walaupun anda telah mempunyai pekerjaan yang tetap?”

Kemungkinan setiap individu mempunyai motifnya yang tersendiri


dan sudah tentunya berbeza dengan individu yang lain. Pelbagai jawapan
yang akan kita perolehi daripada fenomena di atas. Mungkin motif anda
untuk meneruskan pengajian di peringkat menara gading kerana ingin
meningkatkan penghargaan kendiri, untuk mendapatkan ijazah dan kerja
yang lebih baik, atau untuk mencapai matlamat diri. Kemungkinan juga
motif anda untuk ke menara gading mencangkupi kesemua di atas, cuma
yang membezakannya adalah darjah motif tersebut.

Sehubungan dengan ini untuk menerangkan fenomena mengapa


manusia bertingkahlaku (bermotivasi) perlu mengambil kira semua teori yang
30
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
diterangkan di atas. Penggunaan pelbagai teori motivasi lebih memudahkan
kita untuk mencari formula yang lebih berkesan untuk meningkatkan
motivasi individu. Namun begitu pengetahuan kita tentang teori motivasi
sahaja tidak begitu lengkap dan berkesan untuk menerangkan tingkahlaku
bermotivasi individu. Menurut Reeve (2001 ) jiwa dan nadi kepada kajian
motivasi ialah agen-agen motivasi seperti keperluan, kognisi, emosi dan
peristiwa luaran (motivasi ektrinsik). Ini adalah kerana agen-agen inilah
yang merupakan sumber utama yang memberikan tenaga dan arah kepada
tingkah laku langsung manusia untuk bertindak balas dengan persekitaran
yang begitu kompleks ini. Sebaliknya peranan teori hanya untuk
memberitahu, bagaimanakah agen-agen (sumber) motivasi ini menghasilkan
(produce) tenaga dan arah kepada tingkah laku. Oleh itu bab yang berikutnya
akan membincangkan bagaimanakah agen-agen (sumber-sumber) motivasi
ini (iaitu keperluan, kognitif, emosi dan persekitaran) membantu
mempertingkatkan tingkahlaku bermotivasi individu.

31
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
Soalan Latihan

1. Senaraikan teori-teori utama motivasi ?

2. Apakah perbezaan perkembangan kajian motivasi di zaman purba Greek


berbanding masa kini?

3. Berikan perbezaan di antara teori motivasi keperluan dengan teori


motivasi insentif?

4. Apakah yang anda faham dengan hukum Yerkes-Dodson (1908), dan ia


tergolong di bawah teori motivasi yang mana?

5. Sejauhmanakah teori-teori motivasi mampu menerangkan persoalan-


persolan utama motivasi?

6. Pilih dua persoalan utama yang berkaitan dengan isu motivasi di muka
surat 29 dan 30 dan bincangkan dalam konteks teori motivasi?

32
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
Bahan Rujukan

Decatanzaro, D.A. (1999) Motivation and Emotion: Evolutionary,


Physiological, Developmental and Sosial Perspectives, Prentice Hall:
New Jersey.

Kalat James W, (1996). Introduction to psychology. Brooks Cole


Publishing Company:USA.

Morris, C. and Maisto, A. (2002) Psychology an introduction (11 ed)


Prentice Hall:USA

Petri H.L. (1996) Motivation: theory, research and applications (4 ed.)


Brooks/Cole Publishing Company: USA.

Reeve, J. (2001) Understanding Motivation and Emotion (3 ed) Harcourt.


Inc:USA.

Sternberg Robert J, (1997). Pathways to psychology. Harcourt Brace


College Publishers: USA

33
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM
34
FATIMAH WATI HALIM
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,UKM

Anda mungkin juga menyukai