Anda di halaman 1dari 14

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN MOTIVASI

Objektif Pembelajaran

Bab ini bertujuan untuk menghuraikan tentang

Definisi kepada motivasi


Persoalan-persoalan utama mengenai motivasi
Hirarki sumber utama motivasi
Konstruk-konstruk utama motivasi
Ekspresi kepada motivasi

Pengenalan

Konsep motivasi adalah merupakan satu isu yang menarik tetapi begitu
kompleks untuk menerangkannya. Isu ini sering diperdebatkan malahan
dialami oleh setiap makhluk Allah di muka bumi ini. Isu motivasi ini bukan
hanya menarik minat para sarjana dan ilmuan psikologi malahan semua
golongan lapisan masyarakat. Melalui dada-dada akhbar, majalah, radio,
televisyen malahan apabila melayari internet pelbagai fenomena motivasi
sering ditemui. Pakar-pakar motivasi juga tumbuh seperti cendawan, begitu
ghairah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memotivasikan individu.
Kelompok individu yang sering dijamukan dengan program-program
motivasi adalah seperti golongan pelajar dan pekerja yang mempunyai
prestasi pelajaran yang kurang cemerlang dan prestasi kerja yang kurang
memuaskan hati majikan masing-masing.

FATIMAH WATI HALIM 1


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Persoalannya mengapa isu motivasi ini menjadi begitu penting dan
amat menarik minat individu untuk memperkatakan mengenainya, bukan
sahaja di kalangan ilmuan yang mengkhusus di dalam pengkajian psikologi
malahan di luar bidang ini juga turut menggelar diri mereka “pakar
motivasi”. Kajian mengenai motivasi menjadi begitu penting di dalam
bidang psikologi kerana ia mampu menerangkan fenomena tingkahlaku
organisma secara lebih saintifik. Melalui teori motivasi juga kita mampu
mencari jawapan kepada persoalan-persoalan khusus yang terkandung di
bawah persolan umum ini iaitu, “Apakah yang menyebabkan organisma
bertingkahlaku”? Di antara persoalan-persoalan khusus yang terkandung
di bawah persoalan apakah yang menyebabkan organisma bertingkahlaku
ialah seperti berikut:

1. Apakah yang memulakan sesuatu tingkahlaku?


2. Dari manakah kemahuan datang ?
3. Bagaimanakah mengekalkan tingkahlaku?
4. Mengapa sesetengah tingkahlaku mencapai matlamat manakala
setengahnya tidak?
5. Apakah yang menentukan kehebatan tingkahlaku?
6. Mengapa individu bertingkahlaku berbeza walaupun pada situasi
yang sama?
7. Mengapa tingkahlaku terhenti?
8. Apakah perbezaan motivasi di antara individu dan bagaimana
perbezaan ini timbul?
Persoalan yang berikutnya menjadi minat utama pengkaji-pengkaji di
dalam bidang ini ini ialah “Mengapakah tingkahlaku mempunyai
keamatan yang berbeza?”(Persoalan ini akan terjawab dalam Modul 12)
Contohnya mengapa sesetengah kita sabar meneruskan motivasinya dalam
jangka masa yang begitu lama dan sebaliknya sesetengah kita kecundang.

FATIMAH WATI HALIM 2


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Ada sesetengah individu yang sanggup berkorban nyawa untuk mencapai
sesuatu yang dingininya dan ada pula yang hanya berserah kepada takdir.
Persoalan-persoalan ini akan terjawab nanti apabila kita telah memahami
teori-teori motivasi.

Di dalam kehidupan kita seharian pun kita boleh rasai apa yang
dikatakan motivasi. Ada hari-hari tertentu kita rasa amat bertenaga untuk
melakukan sesuatu aktiviti, adakalanya kita terlalu malas untuk melakukan
apa-apa pun aktiviti sehingga ke tahap mengurungkan diri. Bagi golongan
pekerja dan pelajar pula ada yang sanggup untuk ponteng kerja dan
sekolah. Mengapa sesetengah kita sabar untuk meneruskan perjuangan
dalam jangkamasa yang panjang dan sebaliknya sesetengah kita kecundang
di separuh jalan ? Mengapa sesetengah kita mengambil tindakan untuk
memenuhi kehendak dan kemahuannya manakala sesetengah tidak?
Mengapakah pula ada sesetengah kita hingga sanggup menggadaikan nyawa
untuk mencapai sesuatu yang dicitakan, walaupun kadang-kadang
tindakannya itu tidak rasional langsung dan tidak dapat diterima akal seorang
insan yang normal? Sejauhmanakah intensif dan persistennya tindakan yang
kita ambil untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan? dan dalam
arah manakah tindakan yang perlu kita ambil dan apakah yang menarik dan
menangkis kita untuk melakukan tindakan tersebut? Semua persoalan ini
akan terjawab melalui kajian mengenai motivasi.

FATIMAH WATI HALIM 3


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Apa itu motivasi?

Adalah lebih mudah untuk kita memahami konsep motivasi ini apabila kita
memberikan definisinya terlebih dahulu. Konsep motivasi berasal daripada
bahasa Latin iaitu “movere” atau “move” di dalam bahasa Inggeris yang
membawa maksud “bergerak”. Namun begitu, pelbagai definisi telah
diujarkan oleh pengkaji-pengkaji mengenai konsep motivasi di antaranya,
Strenberg (1997) motivasi adalah satu bentuk dorongan, bisikan hati,
keinginan atau hasrat yang teramat sangat yang menyebabkan individu
bertingkahlaku.

Plotnik (1998) pula merujuk motivasi sebagai faktor fisiologikal dan


psikologikal yang menyebabkan individu bertindak/bertingkahlaku di dalam
cara yang spesifik dan pada masa-masa tertentu. Kalat (1999) pula
mendefinisikan motivasi adalah datang dari dalaman yang bergerak secara
terus untuk menggerakkan individu. Manakala Moriss & Maisto (1999),
mengatakan motivasi adalah satu bentuk arahan yang datang dari dalam diri
individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu
yang akhirnya membangkitkan organisma untuk menuju kepada sesuatu
matlamat.

Maka, kesimpulannya motivasi adalah satu bentuk desakan daripada


dalaman individu yang akan membangkitkan dan menggerakkan tingkahlaku
individu kepada sesuatu matlamat. Manakala peristiwa luaran pula akan
bertindak sebagai “insentif” untuk mengawal keamatan (intensity)
tingkahlaku tersebut.

FATIMAH WATI HALIM 4


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Persoalan-persoalan utama di dalam kajian motivasi ?

Menurut Reeve (2001) di dalam kajian mengenai motivasi terdapat dua


persoalan utama yang menarik minat pengkaji-pengkaji di bidang ini iaitu
“Apakah yang menyebabkan organisma bertingkah laku ?” dan
“Mengapakah tingkahlaku organisma mempunyai keamatan (intensity)
yang berbeza?” Menurut perspektif motivasi organisma akan bertingkah
laku apabila wujudnya tenaga (energy) di dalam diri dan adanya arahtuju
(direction) untuk individu bertingkahlaku menuju ke arah pencapaian
matlamat.

Oleh yang sedemikian tiga elemen ini iaitu tenaga (energy),


arahtuju (direction) dan matlamat (goal) merupakan penyebab (causes)
utama untuk organisma bertingkahlaku. Sebaliknya tingkahlaku yang di
pamerkan oleh organisma mempunyai keamatan (intensity) yang berbeza
kerana ia bergantung kepada motif dalaman (internal motive) dan peristiwa
luaran (external event). Motif dalaman adalah seperti kehendak (needs),
kognitif (cognitive) dan emosi (emotion) manakala peristiwa luaran adalah
seperti rangsangan daripada persekitaran (environmental stimuli) dan kontek
sosial (sosial contexts). Rajah 1 menunjukkan hirarki sumber motif dengan
lebih jelas lagi

FATIMAH WATI HALIM 5


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
MOTIVASI

MOTIF DALAMAN PERISTIWA LUARAN

KEPERLUAN KOGNITIF EMOSI

Rajah 1: Hirarki Sumber Motivasi

Merujuk kepada rajah 1 di atas sumber-sumber yang menjadi penentu


untuk menggerakkan individu bertingkahlaku (bermotivasi) ialah ditentukan
oleh motif dalaman dan peristiwa luaran. Motif adalah pengalaman dalaman
yang memberikan tenaga kepada individu untuk mendekati-mengelak
kepada sesuatu tingkahlaku. Untuk tujuan perbincangan di dalam modul ini
hanya tiga motif utama yang akan dibincangkan iaitu keperluan, kognitif dan
emosi. Peristiwa luaran pula adalah insentif daripada persekitaran yang akan
menarik atau menolak individu daripada kekal atau tidak kekal kepada
sesuatu tingkahlaku. Peristiwa luaran di dalam bab ini akan difokuskan
kepada peranan motivasi ektrinsik di dalam meningkatkan tingkahlaku
bermotivasi

FATIMAH WATI HALIM 6


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Konsep-konsep Hirarki Sumber Motivasi

Motif dalaman
Motif dalaman adalah merujuk kepada pengalaman dalaman yang berkaitan
dengan matlamat atau tujuan untuk memenuhi keperluan, kognitif dan emosi
individu.

Keperluan
Keperluan adalah merujuk kepada kekurangan fisiologi dan psikologi yang
amat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan, pertumbuhan dan
kesejahteraan hidup individu. Lapar dan dahaga adalah di antara contoh
kekurangan fisiologi yang akan menggerakkan individu untuk mencari
makanan dan air. Manakala keperluan psikologi pula adalah seperti
kecekapan diri, perhubungan, rasa dipunyai, keazaman diri, kuasa dan
kecenderungan ke arah kesempurnaan diri. Sehubungan dengan itu
keperluan akan menjanakan kehendak, dorongan dan darjah keberusahaan
individu untuk memotivasikan individu kepada apa sahaja bentuk tingkah
laku. Walau bagaimanapun keperluan individu adalah berbeza bergantung
kepada tafsiran dan pemikiran masing-masing.

Kognitif
Kognitif adalah merujuk kepada peristiwa mental yang spesifik seperti
kepercayaan, ekspektasi dan mengorganisasi stuktur-struktur kepercayaan
seperti konsep-diri. Kognitif berperanan sebagai sumber motivasi secara
relatif melalui bagaimana cara individu berfikir. Sebagai contoh seorang
pelajar atau ahli sukan, perlu ada rancangan (plan) dan matlamat(goal)
untuk mencapai kejayaan di dalam kerjaya mereka. Mereka juga harus
mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan diri dan ekspektasi

FATIMAH WATI HALIM 7


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
untuk berjaya ataupun gagal. Di dalam modul ini akan dibincangkan
bagaimana keperluan kognitif seperti rancangan dan matlamat, ekspektasi,
atribusi, nilai dan diri boleh berperanan sebagai sumber motivasi untuk
menggerakkan individu bertingkahlaku kepada sesuatu matlamat.

Emosi
Emosi berperanan mengorganisasi aspek-aspek yang berkaitan dengan
pengalaman seperti perasaan (tindakbalas subjektif), perubahan fisiologi
(contohnya seperti degupan jantung yang kuat apabila berada di dalam emosi
takut) dan ekspresi (seperti lari). Keperluan emosi di dalam kontek sumber
motivasi adalah sejenis motif. Dengan lain perkataan kebanyakan motivasi
individu digerakkan oleh keadaan emosi. Sekiranya individu itu berada di
dalam situasi emosi positif (gembira, suka, sayang, optimis, patuh) ekspresi
tingkahlaku akan lebih bermotivasi, tingkahlaku sebaliknya akan berlaku jika
dia berada di dalam emosi negatif (takut, sedih, kecewa, terhina, marah).

Peristiwa Luaran
Peristiwa luaran berperanan sebagai insentif dan konsekuan, untuk
menyediakan tenaga(energy) dan arahtuju(direction) kepada tingkahlaku. Di
antara bentuk-bentuk insentif adalah seperti wang, hadiah, pengiktirafan,
pujian dan sebagainya. Sebagai contoh penawaran upah yang tinggi
terhadap sesuatu tugas yang sukar akan membuatkan individu lebih bertenaga
/(bermotivasi) untuk menyiapkan tugas tersebut di dalam jangkamasa yang
ditetapkan.

FATIMAH WATI HALIM 8


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Pengiktirafan daripada masyarakat terhadap ahli-ahli sukan akan
membuatkan mereka berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk
menjadi juara. Konsekuan/(akibat) pula adalah hasil/pengalaman yang
diterima oleh individu daripada tindakbalas sesuatu tingkahlaku. Sekiranya
konsekuan/akibat yang diterima daripada sesuatu tingkahlaku itu memberi
keseronokan maka tingkahlaku itu akan diteruskan dan sebaliknya, jika
tingkahlaku itu memberi kesakitan maka tingkahlaku itu akan ditinggalkan.

Daripada perspektif yang lebih luas peristiwa luaran juga termasuk


aspek-aspek yang berkaitan dengan konteks persekitaran, situasi sosial,
cuaca (contohnya persekitaran bilik, keluarga, tempat kerja) dan desakan
sosial (cth: budaya, nilai, norma dan agama). Di dalam modul ini akan
dibincangkan bagaimana insentif, konsekuan/akibat dan kontek sosial
berperanan sebagai sumber motivasi terhadap analisis tingkahlaku individu.

Selain daripada sumber-sumber motivasi, terdapat juga beberapa


konstruk utama yang tidak dapat dipisahkan apabila menerangkan teori-teori
motivasi. Konstruk-konstruk tersebut akan dijelaskan dengan lanjut di
bawah:

Konstruk-konstruk Utama Motivasi

Tenaga
Semua tindakan bermula dengan tenaga

Keturunan
Motivasi individu juga dikaitkan dengan faktor genetik seperti keupayaan
otak untuk mengaktifkan tingkahlaku

FATIMAH WATI HALIM 9


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Pembelajaran
Tahap motivasi individu juga dikatakan berhubungan denga proses
pembelajaran individu (modeling) dan insentif yang diterima daripada
konsekuan sesuatu tingkahlaku yang di pamerkan.

Interaksi Sosial
Motivasi akan kekal sekiranya ada sokongan dan perhargaaan serta
pengiktirafan daripada masyarakat sekeliling

Kognitif
Elemen-elemen kognitif seperti pemprosesan maklumat, pemikiran,
kepercayaan, persepsi dan interpretasi juga boleh mempengaruhi tahap
motivasi individu. (contohnya ada segolongan manusia yang sanggup
berpuasa (mengikut kepercayaan agama masing-masing) demi
mempertahankan kepercayaannya terhadap agama.

Hemeostasis
Merujuk kepada proses di dalam tubuh badan kita untuk mengekalkan
keseimbangan fisiologi. Individu akan bermotivasi untuk memenuhi
keperluan fisiologi sehingga ke tahap keseimbangan (homeostasis) semata-
mata untuk berada di dalam keselesaan.

Hedonisme
Hedonisme adalah satu konsep mengenai keinginan untuk mendekati
keseronokan dan mengelak kesakitan. Individu dikatakan akan mengekalkan
motivasinya apabila tingkahlaku yang dihasilkan memberi keseronokan dan
sebaliknya tingkahlaku yang dihasilkan memberi kesakitan akan
mengakibatkan motivasinya menurun.

FATIMAH WATI HALIM 10


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Ekspresi Motivasi

Sebagai tambahan kepada dua persoalan utama mengenai kajian motivasi, isu
seterusnya yang menjadi tanda soal ialah “Bagaimanakah anda boleh
membezakan individu yang bermotivasi dengan yang tidak bermotivasi”?
Atau dengan lain perkataan sekiranya anda melihat tingkahlaku dua individu,
bagaimana anda tahu bahawa individu A adalah lebih bermotivasi daripada
individu B?.

Di antara teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengukur ekspresi


motivasi ialah dengan membuat pemerhatian terhadap manifestasi
tingkahlaku, perubahan fisiologi badan dan lapor-diri . Menurut kajian yang
dijalankan oleh Atkinson &Birch, (1970, 1978);Bolles, (1975); Ekman &
Frisen, (1975) (dalam Reeve 2001) ekspresi motivasi melalui tingkahlaku
boleh diperhatikan melalui usaha dan ikhtiar, pendaman, tidak mudah putus
asa, pilihan, kebarangkalian tindakbalas, ekspresi wajah dan bahasa badan.

Usaha dan ikhtiar


Tingkahlaku yang dipamerkan oleh individu yang bermotivasi ialah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan. Usaha dan ikhtiar ini akan melibatkan jangkamasa, tenaga, wang
ringgit dan kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan kesejahteraan
hidupnya semata-mata untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

Pendaman
Pendaman ialah kelewatan individu menerima pendedahan terhadap
gerakbalas yang diterima daripada rangsangan persekitaran. Semakin
singkat masa yang diambil untuk memberikan gerakbalas terhadap sesuatu

FATIMAH WATI HALIM 11


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
rangsangan yang diterima daripada persekitaran, maka ini menunjukkan
tingkahlaku individu tersebut bermotivasi.

Sikap Tidak Mudah Putus asa


Sikap tidak mudah putusasa boleh menjadi ukuran kepada tingkahlaku
bermotivasi individu. Tidak mudah berputus asa bermaksud individu
tersebut telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, berkali-kali, dan
mengambil jangkamasa yang begitu panjang untuk menyelesaikan sesuatu
tugas.

Pilihan
Pilihan atau perkara yang paling disukai juga menunjukkan tingkahlaku
bermotivasi. Setiap individu akan meletakkan pilihan pertama kepada
aktiviti yang paling disukainya dan sudah tentulah aktiviti tersebut juga
merupakan aktiviti yang paling memberikannya motivasi.

Kebarangkalian tindakbalas
Kebarangkalian tindakbalas adalah merujuk kepada bilangan kekerapan
gerakbalas yang diberikan terhadap sesuatu tingkahlaku. Semakin kerap
gerakbalas yang dikenakan ke atas sesuatu aktiviti itu semakin tinggi
motivasinya terhadap aktiviti tersebut.

Seterusnya perbincangan di dalam modul ini akan diteruskan untuk


memperihalkan bagaimanakah sumber-sumber motivasi ini (keperluan,
kognitif, emosi dan peristiwa luaran/motivasi ektrinsik) memberikan tenaga
(energy) dan arahtuju (direction) serta keamatan yang berbeza terhadap
tingkahlaku organisma.

FATIMAH WATI HALIM 12


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Soalan Latihan

1. Berikan definisi kepada motivasi?

2. Apakah dua persoalan utama mengenai kajian motivasi yang menarik


minat pengkaji-pengkaji di dalam bidang ini ?

3. Berikan lima sumber utama motivasi?

4. Huraikan lima konstruk utama motivasi?

5. Apakah yang anda faham dengan ekspresi motivasi. Senaraikan teknik-


teknik yang boleh digunakan untuk mengukur ekspresi motivasi?

FATIMAH WATI HALIM 13


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
Bahan Rujukan

Decatanzaro, D.A. (1999) Motivation and Emotion: Evolutionary,


Physiological, Developmental and Sosial Perspectives, Prentice Hall:
New Jersey.

Kalat James W, (1996). Introduction to psychology. Brooks Cole


Publishing Company:USA.

Morris, C. and Maisto, A. (2002) Psychology an introduction (11 ed)


Prentice Hall:USA

Petri H.L. (1996) Motivation: theory, research and applications (4 ed.)


Brooks/Cole Publishing Company: USA.

Reeve, J. (2001) Understanding Motivation and Emotion (3 ed) Harcourt.


Inc:USA.

Sternberg Robert J, (1997). Pathways to psychology. Harcorrt Brace


College Publishers: USA

FATIMAH WATI HALIM 14


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Anda mungkin juga menyukai