Anda di halaman 1dari 4

1|Page

YWP 307
Kuliah 2
Ekonomi Politik Media dan Demokrasi

Pilihanraya umum ke 12, 2008 memperlihatkan hegemony Barisan Nasional mula


dicabar dengan serius. Kedudukan BN sebagai parti pemerintah tergugat. Antara
isu; Hindraf dan perjuangan hak asasi manusia, isu pilihanraya yang bersih dan adil
yang diperjuangkan oleh pergerakan Bersih.

BN masih menang tetapi majoriti berkurangan. BN hilang beberapa negeri;


Selangor, Perak, Penang, Kedah sementara Kelantan kekal menjadi negeri yang
gagal mereka tawan semenjak 1990.

Kegagalan BN untuk mengekalkan majoriti mereka di parlimen


dipertanggungjawabkan ke bahu PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi dan dalam
tahun 2009 beliau meletak jawatan dan Najib Razak menjadi PM. Najib Razak mula
merangka beberapa polisi yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah negara
maju dan berpendapatan tinggi, atau high income nation dengan.

Pilihanraya ke 13, 2013 - BN tidak lagi satu parti yang berkuasa yang mewakili
majoriti pengundi. Pemerintahan BN Najib Razak sebagai perdana menteri mula
dipertikaikan. Muncul skandal kewangan bertahap global melibatkan 1MDB.

Rejim pemerintah meningkatkan penguasaan mereka dengan memperkenalkan


undang-undang seperti SOSMA yang diluluskan di parlimen dalam tahun 2015.
SOSMA memperlihatkan bagaimana Najib sebagai PM diberikan kuasa yang besar
untuk mengawal negara, menentukan apakah, siapakah yang mengancam
keselamatan negara. Dikenakan ke atas mereka yang mengkritik pemerintah.

Media di Malaysia memperlihatkan trend pengusasaan dan pemusatan pemilikan


yang tinggi di kalangan individu dan syarikat yang berkait rapat dengan parti-parti
politik pemerintah.

Kemunculan media sosial memungkinkan idea alternatif untuk dikembangkan dan


disebarkan dalam masyarakat. Rejim BN di penghujung 2017 memperkenalkan
undang-undang untuk mengawal penyebaran ‘berita palsu’ dalam media sosial dan
media atas talian.

Apakah ini demokrasi? Ini hanyalah satu contoh dalam sebuah negara yang
kononnya mengamalkan demokrasi selama lebih 60 tahun masih lagi
memperlihatkan kecenderungan-kecenderungan sistem pemerintahan yang bersifat
autoritarian. Keadaan inin pandemik di kebanyakan negara membangun dan negara
dunia ketiga.

Contoh: di Afrika, rejim Robert Mugabe, di negara bekas Soviet Union, Kazakhstan
umpamanya dalam perlembagaan dinyatakan yang Kazakhstan mengamalkan
sistem demokrasi. Rejim yang memerintah sejak 1991 hingga sekarang adalah
rejim yang sama.
2|Page

Demokrasi
Definisi
Definisi yang paling popular: Abraham Lincoln, presidan AS ke 16. Demokrasi ialah
“government of the people, by the people, for the people”. Definisi ini agak
simplistik.

Pendekatan pendefinisian demokrasi;


1. Pendekatan constitutional
Fokus terhadap sistem perundangan yang mengawal aktiviti politik dalam sesebuah
negara. Terdapat oligarki, monarki, republic dan beberapa bentuk sistem politik
yang berasaskan perundangan yang berbeza. Dalam konteks demokrasi, boleh
bezakan di antara demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan dan sistem
berpresiden. Masalah: kebanyakan negara-negara yang demokrasi wujud dalam
perlembagaannya secara praktisnya, demokrasi hanya terhad kepada proses
pengundian 5 tahun sekali.
2. Pendekatan substantive
Penekanan terhadap bentuk-bentuk kehidupan dan politik yang digalakkan oleh
sesebuah rejim yang memerintah. Persoalan yang sering ditanya ialah adakah rejim
ini menggalakkan kebajikan masyarakat manusia, menjaga dan menggalakkan
kebebasan individu, menjamin keselamatan, menjaga keadilan sosial dan
memberikan penyelesaian yang aman terhadap konflik yang berlaku dalam
masyarakat. Jika ya, maka ia dikatakan sebagai sebuah rejim yang demokratik
walaupun mungkin dalam perlembagaan dan undang-undangnya ia tidak mendakwa
yang ia adalah satu sistem demokratik.
3. Pendekatan procedural
Fokus: praktis-praktis rejim yang memerintah sebagai penentuan sama ada sistem
itu demokratik ataupun tidak. Tumpuan terhadap: proses-proses berkaitan
pilihanraya dan sama ada pilihanraya itu melibatkan semua individu dan benar-
benar berkesan dan bersih terutama dalam konteks pertukaran rejim yang
memerintah.

4. Pendekatan process-oriented
Mengenal pasti beberapa bidang yang perlu wujud dan mesti sentiasa berkembang
sebelum sesuatu keadaan atau sistem politik tersebut boleh menjadi demokratik.
Bidang-bidang ini sebagaimana yang dibincangkan oleh Robert Dahl ialah;
Effective participation – semua individu mempunyai peluang untuk berbincang dan
mengemukakan pendapat dan pandangan sebelum sesuatu polisi boleh diterima.
Voting equality –setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk mengundi
dan semua undi mesti dilihat sebagai sama.
Enlightened understanding – setiap individu mesti diberikan peluang untuk meneliti
dan memahami polisi-polisi alternatif jika ada.
Control of the agenda – setiap individu mesti diberikan peluang ekslusif untuk
memutuskan apakah yang perlu diletakkan dalam agenda.
Inclusion of adults – semua individu dewasa mempunyai hak untuk mengundi.

Aplikasi idea Dahl ke atas rejim; memperlihatkan kewujudan 6 bentuk institusi


demokrasi. Dalam rejim yang dipanggil oleh Dahl sebagai ‘polyarchal democracy’
ini wujud; pegawai-pegawai yang dipilih dalam pilihanraya, pilihanraya yang bebas
dan berkala, kebebasan bersuara, sumber-sumber maklumat alternatif, autonomi
untuk berpersatuan dan kewarganegaraan yang inklusif.
3|Page

Masalahnya di sini tidak ada rejim pemerintahan yang kekal demokratik sepanjang
masa. Negara-negara Eropah Barat dan Amerika Utara yang telah lama
mengamalkan sistem demokrasi dan sistem mereka juga dikatakan matang tidaklah
kekal demokratik sepanjang masa. USA umpamanya mengamalkan diskriminasi
kaum terutama di negeri-negeri selatan sehinggalah ia dihapuskan dengan Akta
Hak Asasi 1964. Untuk kita menggunakan definisi yang dibincangkan untuk
menyatakan sesebuah rejim itu demokratik sebenarnya agak sukar. Ia bukannya
situasi betul atau tidak.

Demokrasi, pendemokrasian dan media


Media boleh dihujahkan sebagai memainkan peranan penting dalam proses
demokrasi dan pendemokrasian yang berlaku dalam masyarakat. Di negara ini
misalnya dan apabila kita teliti sejarah, dari zaman awal kemerdekaan hinggalah
ke hari ini projek demokrasi dan pendemokrasian ini sering dikesampingkan dan
pembangunan dan peningkatan ekonomi menjadi fokus utama perkembangan
pembangunan dan pemodenan masyarakat.

Menjadi fakta kebanyakan negara di rantau ini semuanya adalah sebahagian dari
sistem kapitalis global. Namun begitu, perkembangan demokrasi tidak sejajar
dengan perkembangan kapitalisme. Autoritarianisme adalah sistem politik dan
pemerintahan yang dominan misalnya di kebanyakan negara ini. Berkaitan dengan
sistem media, walaupun media penting dalam proses demokrasi tetapi di
kebanyakan negara ini sistem media yang wujud kebanyakannya meyokong rejim
yang memerintah. Mengenai rejim sedemikian Gary Rodan (2004) berhujah bahawa
“Authoritarian regimes are characterized by a concentration of power and the
obstruction of serious political competition with, or scrutiny of, that power. The
free flow of ideas and information is therefore an anathema to authoritarian rule.
Almost by definition, authoritarian regimes involve censorship”.

Di lewat tahun 1990an perkembangan ekonomi di rantau ini memperlihatkan


kebanyakan rejim pemerintahan mula dicabar hegemoni mereka. Ini membawa
kepada beberapa bentuk perubahan yang memperlihatkan peningkatan penglibatan
dan kesedaran masyarakat dalam proses demokrasi. Di Malaysia umpamanya,
masyarakat mula memperlihatkan kesedaran mengenai masalah yang diperlihatkan
oleh komunalism dalam sistem politik. Masyarakat juga mula mengkritik kewujudan
polisi dan program pemerintah yang bersifat diskriminatori. Ini semua mula
dipersoalkan dan penentangan masyarakat boleh kita lihat dengan munculnya
kumpulan masyarakat sivil yang memperjuangkan demokrasi dan hak yang sama
rata bagi individu dalam masyarakat.

Namun begitu projek demokrasi dan pendemokrasian di rantau ini kelihatan seperti
perjuangan yang tidak akan berhenti. Penggantian rejim yang tidak bermakna
demokrasi akan terbentuk dan sistem media akan dibebaskan. Di kebanyakan
negara yang mendakwa sistem politiknya adalah demokrasi, sering kali mempunyai
pendekatan yang berbeza ke atas keupayaan individu dan masyarakat untuk
bersuara dan mendapatkan maklumat. Ini ditambah pula dengan undang-undang
dan peraturan yang dikenakan ke atas sistem media dan pemilikan sistem media
yang dipusatkan ke tangan individu dan kumpulan individu yang bersimpati dengan
ideologi rejim yang memerintah menyebabkan media hanya menjadi tidak lebih
4|Page

dari jurucakap rejim tersebut.Terdapat juga kes di mana reformasi sistem politik
membawa kepada pembebasan sistem media dari pengaruh negara. Tetapi
pengaruh negara ini kemudiannya diambil alih oleh pasaran kapitalis yang
mendagangkan maklumat dan sering kali bertindak atas dasar membuat
keuntungan. Kebebasan dari pengaruh negara tidak bermakna juga yang sistem
media adalah bebas dan hanya ditentukan oleh kuasa-kuasa pasaran. Di Indonesia,
Thailand dan di Philippines umpamanya sistem media masih lagi mempunyai kaitan
langsung dengan parti-parti politik.

Dalam iklim ekonomi politik yang telah dan sedang mengalami perubahan seperti
yang berlaku di negara ini bolehkah kita membuat andaian yang kita sedang
menuju ke arah pembentukan satu sistem politik yang lebih demokratik? Adakah
media yang suatu ketika dahulu dimiliki dan dikuasai dan dikawal, sedang dan akan
dibebaskan dari pengaruh-pengaruh negara dan politik? Mungkin soalan yang lebih
tepat di sini ialah, adakah media masih lagi dikawal?

Anda mungkin juga menyukai