Anda di halaman 1dari 2

BIMBINGAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0 (PTTS 2.

0) 2023/2024

Aspek 1
Pengurusan PTTS 2.0

1.1 Kertas Cadangan Pelaksanaan


Kertas cadangan mengandungi tajuk, objektif, jawatankuasa, perancangan 4 minggu. Fasa
Penyesuaian ( 2 ). Fasa Kesediaan ( 2 ).

1.2 Jawatankuasa Induk/Kerja


Jawatankuasa terdiri daripada Pentadbir/ (Guru Besar), setiausaha dan AJK melibatkan semua guru tahun
satu.

1.3 Taklimat PTTS 2.0


Guru Besar atau pentadbir menyampaikan taklimat PTTS 2.0 kepada semua guru.

1.4 Pelaksanaan Aktiviti Pendaftaran


Mengandungi AJK, persediaan yang terancang, taklimat mengenai PTTS 2.0 diberikan kepada ibu bapa/
penjaga.

1.5 Perancangan Aktiviti Semasa Minggu Orientasi


Aktiviti Minggu Orientasi (Minggu 1, 2, 3 dan 4) dirancang dan dilaksanakan

Aspek 2

Pengajaran dan Pembelajaran Guru Tahun Satu

2.1 Memahami Objektif Program Transisi


Memahami tujuan program dan pelaksanaan aktiviti transisi

2.2 Memahami Budaya dan Kurikulum Prasekolah


Ada kesinambungan aktiviti prasekolah dan mengetahui pengetahuan sedia ada murid

2.3 Kesediaan Memahami Perbezaan Murid


Mengetahui mengenai tahap perbezaan murid, potensi, kekuatan dan apa yang belum dikuasai

2.4 Penerapan Komponen PTTS 2.0 dan DSKP


Pengajaran dan pembelajaran dirancang secara bertema (meliputi semua tunjang) mengandungi elemen
dalam DSKP. Penerapan unsur kemahiran berfikir/ penyelesaian masalah

2.5 Personaliti dan Penampilan Guru


Penampilan keseluruhan perwatakan guru yang beretika, ceria dan mesra
Aspek 3

Kesediaan Murid Tahun Satu

3.1 Penyesuaian Diri


Murid dapat menunjukkan minat datang ke sekolah, dapat menguruskan diri sendiri, dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, dapat mematuhi peraturan kelas, dapat berinteraksi
dengan guru/ rakan, dapat melaksanakan tugasan secara berdikari dan dapat menjaga kebersihan diri.

3.2 Penguasaan Kemahiran


Murid dapat menguasai kemahiran pranombor, prabacaan dan pratulis.

3.3 Sikap Dalam Pembelajaran


Murid dapat menunjuk minat dalam pembelajaran, dapat menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan
tugasan, dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan dapat memberi perhatian yang baik.

3.4 Pemupukan Nilai Murni


Murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai-nilai murni.

3.5 Perkembangan Kognitif


Murid dapat mengenal dan menyebut huruf, dapat memegang pensil dengan cara yang betul,
dapat menulis huruf, dapat membaca perkataan, dapat membaca frasa, dapat membaca ayat
mudah, dapat mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 20, dapat menulis nombor, dapat
memadankan angka dengan nama nombor, dapat menyelesaikan operasi tambah dalam
lingkungan 18, dapat mengecam, membeza dan mengelas seperti warna, bentuk dan objek.

Aspek 4

4. Pengurusan Bilik Darjah

4.1 Lokasi dan Keceriaan Bilik Darjah


Kedudukan bilik darjah yang sesuai, bersih dan selamat

4.2 Keceriaan Bilik Darjah


Suasana bilik darjah yang ceria dan menarik serta dapat menggalakkan suasana pembelajaran yang
kondusif

4.3 Pemilihan dan Susunan Perabot


Saiz dan bilangan kerusi meja yang mencukupi. Pemilihan dan susun atur perabot yang sesuai.

4.4 Penggunaan Ruang dan Pusat Pembelajaran


Mempunyai ruang dan sudut pembelajaran yang berfungsi dengan baik.

4.5 Hasil Kerja Murid


Hasil kerja murid didokumentasikan dan juga dipamerkan diruang atau pusat pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai