Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PPKI SMK TANSAU

Tajuk Projek:
Pembuatan Play-Doh Menggunakan Tepung

Guru Pembimbing
Cikgu Willey Taluan

1. Kelas Gigih
2. Kelas Bijak

Tempoh masa projek:

03. 07 .2020 – 17. 07 .2020

MATA STANDARD STANDARD STANDARD


PELAJARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN PRESTASI
Matematik Sukatan unit Murid boleh: Pada akhir
gram dan 1. Mengenal unit pembelajaran murid
mililiter gram dan dapat:
mililiter 1. Membezakan
2. Murid boleh unit gram dan
menganggar mililiter
sukatan gram 2. Mengetahui
dan mililiter sukatan unit
3. Memahami gram dan
penggunaan unit mililiter
gram dan 3. Menganggar
mililiter sukatan
menggunakan
sudu dan bekas
PENGENALAN

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) merupakan satu kaedah pengajaran


dan pembelajaran yang mana pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui tugasan atau projek yang diberikan dalam satu tempoh yang
telah ditetapkan. 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid Program


Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tansau telah diberikan tugasan berkaitan
pembelajaran berasaskan projek. Murid PPKI diberikan tugasan mengikut
kemampuan pelajar itu sendiri. Setiap murid akan dibimbing oleh guru  untuk
memastikan projek yang dilaksanakan berjalan lancar. 

ARAHAN:

1. Berdasarkan tajuk yang telah diberikan, pelajar hendaklah menghasilkan


projek Play-Doh menggunakan tepung dengan dibimbing oleh ibu bapa, abang atau
kakak. 

2. Para pelajar juga hendaklah menyiapkan sebuah buku skrap sebagai laporan
pelaksanaan projek ini. Buku skrap tersebut mestilah mempunyai 8 hingga 10
muka surat dan kandungan buku skrap adalah seperti berikut:

a. Muka depan (Tajuk, Nama Pelajar, Kelas, Tarikh pelaksanaan) 


b. Senarai isi kandungan
c. Senarai bahan-bahan/peralatan yang diperlukan 
d. Langkah-langkah/cara membuat play-doh
e. Gambar hasil play-doh yang sudah selesai.
f. Nilai murni/pengajaran (sekurang-kurangnya dua) 
g. Penghargaan

Buku skrap yang dihasilkan mestilah ditulis tangan dan bukan ditaip. Gunakan
alat tulis (pensil, pen, kertas, pensil warna, gam dan sebagainya) yang ada di
rumah dan tambah kreativiti dengan menggunakan apa sahaja yang sesuai (daun,
bunga, keratan akhbar, riben dan sebagainya).

3. Markah penilaian (PBD) akan diambil kira dan buku skrap tersebut hendaklah
dihantar kepada guru pembimbing masing-masing pada 30.11. 2020 dalam
bentuk gambar/video melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram sebagai bukti
pelajar telah menyiapkan projek ini. 

4. Pelajar juga hendaklah menghantar buku skrap tersebut kepada guru


pembimbing apabila sekolah dibuka semula. 
Project Based Learning
Matematik Kelas Gigih
PPKI SMK Tansau Penampang
Pembuatan Play-Doh Menggunakan Tepung

Video Pembuatan
 https://www.youtube.com/watch?v=NnhIaXK3DdY

Bahan-bahan
 Tepung gandum
 Minyak masak @minyak zaitun
 Garam
 Air
 Pewarna makanan

Cara-cara
 Masukkan satu sudu minyak masak dan gaulkan di dalam bekas
 Masukkan 2 sudu tepung
 Masukkan secubit garam
 Masukkan 1 sudu air
 Gaulkan campuran sehingga sebati dan titiskan 2 titis pewarna
makanan
 Ulang langkah di atas menggunakan pewarna yang berlainan

Laporan
 Salin semula langkah penghasilan dan lekatkan gambar-gambar
anda sedang menyiapkan Play-Doh
 Sertakan juga gambar hasil akhir Play-Doh anda
 Digalakkan jika boleh untuk menggunakan 5 warna berasingan
untuk Play-Doh anda
Contoh hasil kerja murid yang telah menyiapkan PBL

Azmarul Kelas Gigih

Vince Kelas Gigih

Anda mungkin juga menyukai