Anda di halaman 1dari 21

TAJUK TUGASAN: ETIKA PAKAIAN MUSLIM

KOD KURSUS : CTU101


NAMA KURSUS : FUNDAMENTALS OF ISLAM
PROGRAM : SAINS KOMPUTER
KOD PROGRAM : CS110
NO. KUMPULAN : KUMPULAN 3

NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO. PELAJAR

1. NUR ZAIMAH BINTI RAZAK 2022820648

2. WAN AFNAN BINTI MAT DIN 2022836972

3. NURUL AKMALIYA BINTI JAILANI 2022644068

4. SYAHIDATUL AQILAH BINTI MOHD SUPIAN 2022614856

k 3 kali enter)
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ‘AMIRAH BINTI AHMAD SHUKRI

SESI OKTOBER 2022-FEBUARI 2023


Pembelajaran Sepanjang Hayat

Abstrak Pendahuluan Objektif Kajian Kajian Literatur Metodologi Kajian Dapatan Kajian

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 4 3 2 1 8 6 4 2 4 3 2 1 4 3 2 1

Pembelajaran Sepanjang Hayat Komunikasi Bertulis

MARKAH
Perbincangan Kajian Rumusan / Cadangan Rujukan Tepat Rujukan Berautoriti / Sitasi

8 7 6 5 4 3 2 1 4 3 2 1 2 1.5 1 0 2 1.5 1 0.5


/40
Table of Contents
ABSTRAK ........................................................................................................................................... 2
1. PENDAHULUAN ........................................................................................................................... 3
2. OBJEKTIF KAJIAN ...................................................................................................................... 4
3. METODOLOGI KAJIAN .............................................................................................................. 5
4. LITERASI KAJIAN ....................................................................................................................... 6
5. DAPATAN DAN PERBINCANGAN .......................................................................................... 11
6. KESIMPULAN ............................................................................................................................. 18
7. RUJUKAN ..................................................................................................................................... 19

1
ABSTRAK

Dalam meniti arus kemodenan dalam berpakaian yang tidak lepas dari pengaruh gaya hidup ,
tujuan pakaian telah berubah dari semasa ke semasa. Tetapi ia sentiasa melindungi badan
daripada sebarang faktor yang menyebabkan ketidakselesaan kepada pemakai, seperti
menghalang kesan panas dan sejuk.Begitu juga dengan pemakaian seorang muslim yang telah
berkembang menjadi semakin moden namun tidak lepas dari prinsip bahawa pakaian yang
dibenarkan adalah yang menutup aurat dan mengikut syarak. Dalam ajaran islam ia merupakan
fitrah bagi setiap manusia untuk memilih pakaian yang indah dan berhias.Berdasarkan kajian
terdahulu, artikel ini menyiasat etika pemakaian bagi seorang muslim. Literasi kajian adalah
teknik yang digunakan. Ini kerana maklumat tersebut diterima melalui artikel dan rujukan yang
terdapat pada journal journal yang relevan berdasarkan tema. Hasil kajian mendapati beberapa
etika yang perlu dipatuhi oleh seseorang muslim dalam berpakaian.Dapatan kajian ini boleh
dijadikan bahan rujukan bagi seorang muslim dalam hal tertentu. Intipati artikel ini memberi
garis panduan dalam berfesyen kepada muslim dan muslimat di luar sana. Ini kerana Islam
menguasai setiap bidang kewujudan manusia, termasuk aspek ekonomi, politik, dan sosialnya,
yang tidak dapat dinafikan untuk kepentingan manusia.

2
1. PENDAHULUAN

Memahami ajaran agama Islam tentang etika adalah amat penting. Kelakuan atau akhlak yang
baik yang terdapat pada sifat-sifat Tuhan dan Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai
landasan ajaran akhlak. Sedangkan akhlak baik Rasulullah SAW juga disebutkan dalam hadis
Nabi SAW manakala akhlak baik Allah SWT disenaraikan malah tercermin dalam nama-nama
Allah yang baik, yang juga dikenali sebagai Asmaul Husna. Hal ini dikatakan demikian kerana
cara pemakaian mencerminkan keperibadian seseorang. Pakaian melambangkan status,
identiti, atau beberapa nilai yang diambil daripada nilai manusia. Berpakaian lebih dekat
dengan seruan ajaran agama untuk menutup aurat, membawa manusia kepada fitrah dan
pemikiran manusia tulen yang berbeza daripada haiwan.

Menurut agama islam cara berpakaian bagi seorang Muslimah ialah menutup auratnya iaitu
seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan mengikut syariat dengan tujuan ibadah serta
mengharapkan redha Allah.Bagi seorang muslim ialah menutup auratnya dengan menutup dari
pusat hingga ke lutut. Walau bagaimanapun, fesyen timbul daripada tamadun yang berubah
menjadi budaya. Terdapat kepercayaan budaya yang mempengaruhi cara pakaian yang dipakai
dari segi gaya dan fesyen, serta potongan yang meningkatkan keindahan pakaian. Walaupun
terdapat masyarakat yang mementingkan kecantikan daripada akhlak, komponen akhlak dan
kecantikan yang terdapat pada pakaian tidak boleh diabaikan. Kepentingan kecantikan
ditonjolkan terutamanya dalam budaya Barat, dan akibatnya ia telah mengalami perubahan
yang ketara dari tuntutan dan arahan agama.

Walaupun berpakaian tertutup,para wanita Muslimah juga boleh berfesyen yang tetap terlihat
cantik dan elegan . Namun terdapat beberapa trend yang hanya terlihat muslim sahaja tetapi
tidak menepati syarak.Menurut islam juga wanita muslim wajib menutup aurat kerana lelaki
biasanya dirangsang oleh sifat fizikal wanita. Jadi untuk mengubah persepsi mereka sebagai
objek seks Islam mewajibkan wanita menutup aurat walaupun pada hakikatnya lelaki juga
merupakan objek seksual bagi wanita. Di samping itu, wanita akan dihormati dan dihargai lebih
daripada lelaki. Oleh itu,kajian ini akan membincangkan definisi serta tujuan dan cara menutup
aurat mengikut syariat Islam.

3
2. OBJEKTIF KAJIAN

Umumnya, objektif kajian adalah menjurus kepada cadangan penyelidikan secara terperinci
mengenai etika pemakaian muslim. Justeru, penulisan kertas kerja adalah bertujuan untuk :

a) Menyatakan definisi aurat yang berkaitan dengan etika pemakaian muslim.


b) Membincangkan tanggungjawab muslim dalam menutup aurat.
c) Menyenaraikan tujuan menutup aurat dalam kehidupan.
d) Mengenal pasti etika pakaian yang betul dalam kalangan muslim.

4
3. METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kajian perpustakaan melalui analisis


dokumentasi sepenuhnya. Sumber rujukan seperti artikel, jurnal, kitab dan al-Quran. Dokumen
yang digunakan adalah dari sumber rujukan elektronik yang diambil dari laman-laman
sesawang berautoriti seperti Google Scholar.

Manakala sumber rujukan sekunder yang berasaskan laman web seperti laman web
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan laman web Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.

5
4. LITERASI KAJIAN

Etika berasal dari kata Yunani Ethos yang bermaksud nilai-nilai, norma-norma, kaedah-kaedah
dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.

Etika pakaian muslim adalah sangat penting untuk difahami dalam ajaran agama Islam.
Kerana ia dikaitkan dengan keperibadian seseorang. Hal ini demikian kerana pakaian
melambangkan identiti, status dan nilai-nilai kemanusiaan. Ini telah dijelaskan dalam firman
Allah SWT dalam surah al-Ahzab:

َّ َ‫علَ ْي ِه َّن مِن َجلَـ ِبي ِب ِه َّن ۚ ذَلِكَ أَدْن َٰٓى أَن يُ ْع َر ْفنَ فَ ََل يُؤْ ذَيْنَ ۗ َو َكان‬
ُ‫ٱّلل‬ َ َ‫سآٰءِ ٱ ْل ُمؤْ ِمنِينَ يُدْنِين‬ ُّ ‫َيـٰٓأَيُّ َها ٱلنَّ ِب‬
َ ِ‫ى قُل ِّل َ ْز َو ِجكَ َو َبنَاتِكَ َون‬
٥٩ ‫ورا َّرحِ ًۭيما‬ ًۭ ‫غ ُف‬ َ

Maksudnya: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak


perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menutupkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih
mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha
Pengampun Lagi Maha Penyayang.”

(Al-Ahzab 33:59)

Etika berpakaian muslim sangat berkait rapat dengan aurat. Ini kerana etika berpakaian
menurut syarak ialah pakaian mestilah menutup aurat secara sempurna iaitu menutup seluruh
badan wanita kecuali anggota yang dikecualikan seperti muka dan tapak tangan. Imam Nawawi
berkata:

‫ستر العورة واجب‬

Maksudnya: “Menutup aurat adalah wajib”

(al-Majmuk Syarh al-Muhazzab 3/165)

Definisi aurat dari segi bahasa berasal dari perkataan Arab iaitu menerusi kata dasar
aar yang bermaksud “sesuatu yang aib, cela dan dikeji, dan patut disembunyikan, sama ada ia
berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan”(Badawi 1991:539). Mengikut Kamus dewan, aurat
didefinisikan sebagai “bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat atau wajib ditutup menurut
hukum Islam”.(Kamus Dewan 1994: 73).

6
Tujuan berpakaian mengikut etika pemakaian muslim

1. Bagi menutupi aurat kerana ia adalah wajib ke atas setiap muslim seperti yang dijelaskan
oleh Bafadhl al-Hadrami:

َ َ ‫اّل‬
‫ج ا ن ِب جَ ِم يع بدن ه َ ا إ ِ َّّل‬ ْ ‫صَل ت ه َ ا َو عند‬
َ ْ ‫عورة الرجل َو‬
‫اّل مة مَ ا ب َ ين ال س ُّ َّر ة َو الرك ب َ ة والحرة ف ِي‬
‫ا ل ْ َو ْج ه َو ا ل ْ ك َ ف َّ ي ْن َو عند محارمها َم ا ب َ ين ال س ُّ َّر ة َو الرك ب َ ة‬

Maksudnya: “Aurat lelaki dan hamba sahaya ialah antara pusat dan lutut dan
aurat wanita yang merdeka ketika di dalam solat atau ketika terdapat di
sekelilingnya orang yang bukan mahram ialah seluruh anggota badan kecuali
muka dan tapak tangan dan (aurat) ketika bersama mahramnya ialah antara
pusat hingga ke lutut.”

(al-Muqaddimah al-Hadramiyah 1/76)

2. Bagi mengikut peradaban agar kehidupan seseorang dalam sesuatu masyarakat menjadi
tenang kerana bukan semua masyarakat boleh menerima pemakaian yang bertentangan
dengan kebiasaan mereka.
3. Bagi menjaga kesihatan kerana ia dapat melindungi tubuh badan daripada terdedah kepada
ancaman luar yang boleh membawa kemudaratan kepada diri seperti terdedah kepada udara
sejuk yang melampau yang boleh mendatangkan penyakit.
4. Bagi menampakkan keindahan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada dipandang hina dan
diremehkan kerana pakaian melambangkan identiti seseorang. Contohnya, pakaian kemas
akan memberikan keyakinan kepada si pemakai dan orang yang berusan dengannya.

7
Reka bentuk pakaian yang mengikut syarak

1. Pakaian mestilah menutup seluruh badan wanita kecuali tapak tangan dan muka.
Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap muslimah untuk menutupi perhiasannya
daripada golongan ajnabi. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur:

َ ‫ظ َه َر ِم ْن َها ۖ َو ْليَض ِْربْنَ بِ ُخ ُم ِره َِّن‬


‫علَى‬ َ ‫َظنَ فُ ُرو َج ُه َّن َو َّل يُ ْبدِينَ ِزينَت َ ُه َّن ِإ َّّل َما‬ ْ ‫صـ ِر ِه َّن َويَ ْحف‬ َ ‫ضضْنَ مِ ْن أ َ ْب‬ ُ ‫ت يَ ْغ‬ ِ ‫َوقُل ِلِ ْل ُمؤْ ِمنَـ‬
‫ُجيُو ِب ِه َّن ۖ َو َّل يُ ْبدِينَ ِزينَت َ ُه َّن ِإ َّّل ِلبُعُولَتِ ِه َّن أ َ ْو َءابَآٰئِ ِه َّن أ َ ْو َءابَآٰءِ بُعُولَتِ ِه َّن أ َ ْو أ َ ْبنَآٰئِ ِه َّن أ َ ْو أ َ ْبنَآٰءِ بُعُولَتِ ِه َّن أ َ ْو ِإ ْخ َونِ ِه َّن أ َ ْو بَن ِٰٓى‬
۟ ‫ظ َه ُر‬
‫وا‬ ْ ‫ط ْف ِل ٱلَّذِينَ لَ ْم َي‬
ِ ِ ‫ٱلر َجا ِل أ َ ِو ٱل‬ ِ ْ ‫غي ِْر أ ُ ۟ولِى‬
ِ َ‫ٱْل ْر َب ِة ِمن‬ َ َ‫َت أ َ ْي َمـنُ ُه َّن أ َ ِو ٱلتَّـ ِبعِين‬
ْ ‫سآٰئِ ِه َّن أ َ ْو َما َملَك‬
َ ِ‫ِإ ْخ َونِ ِه َّن أ َ ْو َبن ِٰٓى أ َخ ََوتِ ِه َّن أ َ ْو ن‬
ِ َّ ‫سآٰءِ ۖ َو َّل يَض ِْربْنَ بِأ َ ْر ُج ِل ِه َّن ِليُ ْعلَ َم َما يُ ْخ ِفينَ مِ ن ِزينَتِ ِه َّن ۚ َوتُوب ُٰٓو ۟ا إِلَى‬
‫ٱّلل َجمِ يعا أَيُّهَ ٱ ْل ُمؤْ ِمنُونَ لَعَلَّكُ ْم‬ َ ِ‫ت ٱلن‬ ِ ‫ع ْو َر‬ َ ‫علَى‬ َ
٣١ َ‫ت ُ ْف ِلحُون‬

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar


mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan
hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami
mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka
atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau
putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama
Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki
(tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak
yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka
menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar
kamu beruntung.”

(24: 31)

2. Pakaian mestilah tidak menampakkan warna kulit, iaitu pakaian tebal atau tidak terlalu
nipis dan selesa dipakai. Ini kerana ia untuk menjaga kehormatan diri dan mengelakkan
timbul fitnah seterusnya menjatuhkan maruah seseorang muslim. Sabda Rasulullah
SAW:

8
‫ب ا ْل َب َق ِر‬
ِ ‫ار لَ ْم أ َ َرهُ َما قَ ْوم َم َع ُه ْم ِس َياط َكأَذْنَا‬ ِ َّ‫َان مِ ْن أ َ ْه ِل الن‬ ِ ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ص ْنف‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫ّللا‬ ِ َّ ‫ع ْن أ َ ِبي ه َُري َْرة َ قَا َل قَا َل َرسُو ُل‬
َ ‫ّللا‬ َ
َ‫ت ا ْل َما ِئ َل ِة َّل َيدْ ُخ ْلنَ ا ْل َجنَّ َة َو َّل َي ِجدْن‬
ِ ‫س ُه َّن َكأ َ ْس ِن َم ِة ا ْلب ُْخ‬
ُ ‫يَلت َمائ ََِلت ُر ُءو‬ َ ‫ار َيات ُم ِم‬ ِ ‫ع‬ َ ‫ساء َكا ِس َيات‬ َ َّ‫َيض ِْربُونَ ِب َها الن‬
َ ‫اس َو ِن‬
َ ‫ِري َح َها َوإِ َّن ِري َح َها لَيُو َجدُ م ِْن َمس‬
‫ِيرةِ َكذَا َو َكذَا‬
(‫)رواه مسلم‬

Maksudnya: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya itu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka
pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan
yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar
punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan
demikian dan demikian.”

(HR Muslim, Hadis No 3971)

Maksud “perempuan yang berpakaian tetapi telanjang” dalam hadis tersebut menurut
Imam Sayuti ialah perempuan yang memakai pakaian nipis dan menampakkan
bayangan auratnya. Seterusnya, Ibn Taimiyyah (2005) menjelaskan bahawa
perempuan tersebut memakai pakaian menutupi badannya tetapi hakikatnya tidak
berpakaian. Itulah perempuan yang memakai pakaian yang nipis menampakkan warna
kulitnya atau memakai pakaian yang ketat menampakkan tubuh badannya. Hadis lain
yang turut menjelaskan tentang larangan memakai pakaian nipis iaitu:

“Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar
pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga nampak
kulitnya. Kemudian Baginda SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma
sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haid (cukup umurnya), tidak
patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil menunjukkan
muka dan dua tapak tangannya.”

(Abu Daud, 2003)

Manakala maksud “perempuan yang berpakaian tetapi telanjang” yang diterangkan


oleh Sheikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam tafsirnya yang bermaksud:

9
‫ والغرض‬،‫ وّل تخفي عورة‬، ‫ ّلنه ِن يلبسن مَلبس ّل تستر جسدا‬،‫كاسيات في الصورة عاريات في الحقيقة‬
‫ فإذا لم يستر اللباس كان صاحبه عاريا‬، ‫من اللباس الست ُر‬

“Berpakaian namun bertelanjang pada hakikatnya, kerana mereka memakai


pakaian yang tidak menutupi badan dan menyembunyikan aurat, dan tujuan
berpakaian ialah menutupi (aurat), maka sekiranya pakaian itu tidak menutupi
(auratnya) maka si pemakainya dikira bertelanjang.”

(Tafsir Rawai’ul Bayan 2/385)

Imam ash-Syairazi menyebut mengenai memakai pakaian tebal:

‫ف ل َ ْو َن ا ل ْ ب َ ش َ َر ة ِ ِم ْن ث َ ْو ب صَ ف ِيق أ َ ْو ِج ل ْ د أ َ ْو َو َر ق‬ ِ َ ‫ب س َ ت ْ ُر ا ل ْ ع َ ْو َر ة ِ ب ِ َم ا َّل ي‬
ُ ‫ص‬ ُ ‫َو ي َ ِج‬

Maksudnya: “Wajib menutup aurat dengan sesuatu yang tidak menampakkan


warna kulit seperti baju tebal atau kulit atau daun”

(al-Muhazzab fi Fiqh Imam al-Syafie 1/125)

3. Pakaian itu longgar dan tidak terlalu ketat. Hal ini kerana boleh menimbulkan nafsu
syahwat dan fitnah. Oleh itu disyariatkan ke atas wanita muslimah untuk memakai
pakaian yang longgar bagi mengelakkan timbulnya fitnah. Larangan memakai pakaian
ketat dijelaskan dalam hadis Usamah bin Zaid:

Rasulullah SAW memakaikan dia baju Qibti (baju yang disandarkan pada nama
tempat di Mesir) yang tebal, ia pernah dihadiahkan kepada Dihyah al-Kalbi,
maka diberi kepada isterinya, kemudian Rasulullah SAW bertanya: kenapa dia
tidak memakai baju(Qibtiah) tersebut?, lalu dia menjawab, ia telah diberi
kepada isteri. Kemudian Rasulullah bersabda: “Suruhlah isteri kamu lapik di
atas kainnya kerana dikhuatiri menampakkan bentuk tubuh badannya.”

(Ahmad bin Hanbal, 2001)

10
5. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Etika Pemakaian Muslim Yang Betul

Jenis Pakaian

Dalam ajaran islam pakaian atau busana muslimah bukan hanya masalah budaya namun
berpakaian dan berbusana muslimah merupakan sebuah perbuatan yang mana Allah SWT telah
menjanjikan pahala bagi yang memakainya dan mengenakannya secara benar. Namun begitu,
agama islam menetapkan dan menetukan batasan-batasan tertentu kaum lelaki ataupun kaum
perempuan. Khasnya bagi perempuan islam, mereka mempunyai ciri busana tersendiri yang
akan menunjuk kepribadian atau jati dirinya sebagai seorang wanita muslimah. Pakaian juga
merupakan ciri khas orang yang beradab.

Jenis pakaian yang perlu wanita muslimah pakai hendaklah tidak menyerupai pakaian
yang dipakai oleh seorang lelaki. Allah SWT telah mencipta lelaki dan wanita dengan
mempunyai fitrah masing-masing yang sempurna dan sesuai. Reka bentuk fesyen yang terlalu
moden dan berkembang pesat dalam kalangan wanita dan lelaki telah memberi pengaruh dan
kesan yang sangat dasyat kepada gaya hidup pada zaman ini. Sebagai contoh, wanita memakai
pakaian t-shirt yang menyerupai lelaki dan begitu juga dengan seluar wanita yang juga
menyerupai seluar laki. Oleh itu, fitrah ilahi yang membezakan di antara wanita dan lelaki telah
berubah disebabkan realiti pemakaian pada hari ini. Walau bagaimanapun wanita hendaklah
memakai t-shirt yang labuh dan seluar yang longgar. Berdasarkan hadis yang bermaksudnya:
“Allah s.w.t mengharamkan lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki
secara umum dan Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita, dan wanita
memakai pakaian lelaki.” (Abu Daud,2003)

Wanita muslimah haruslah memakai pakaian yang tidak menyerupai pakaian yang
wanita kafir pakai. Asas dalam syariat islam adalah menjauhi daripada menyerupai orang kafir
iaitu Yahudi, Nasrani atau sebagainya. Ianya termasuklah dalam soal ibadah, adat, pakaian dan
etika dalam kehidupan. Hal ini berlaku terhadap perkembangan fesyen dalam era globalisasi.
Budaya dan pemikiran barat juga mempengaruhi fesyen tersebut. Aspek reka bentuk pakaian
yang ditonjolkan oleh budaya dan pemikiran barat terdiri daripada pakaian yang nipis, jarang
dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Oleh hal yang demikian, pemakaian yang
sebegitu adalah dilarang dalam islam sebagai mana diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a:
11
“Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan tersebut.” (Abu
Daud, 2003). Jelaslah, Islam ini mempunyai keperibadian mulia yang dapat dizahirkan dalam
diri manusia sekaligus mengatur kehidupan yang lebih harmoni sesuai dengan fitrah manusia.
Selain itu, dalam hal memakai pakaian menyerupai orang kafir seperti pakaian khas untuk
ibadat, sudah tentu dilarang. Contohnya, pakaian berwarna merah yang dipakai oleh paderi
Buddha atau tudung wanita (Abdul Kareem Zaidan, 2000). Pada zaman ini, pakaian orang kafir
yang menjadi kebiasaannya dan dapat diterima dalam kalangan masyarakat Islam seperti
‘jaket’, ‘tali leher’, ‘seluar jeans’, ‘blouse’ dan sebagainya. Pakaian tersebut tidak dilarang
memakainya kerana sudah lama diterima oleh masyarakat sebagai pakaian yang dipakai umum.
Pakaian yang dilarang ialah pakaian keagamaan mereka.

Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk kemahsyuran atau kemegahan. Terdapat beberapa
pengertian pakaian kemahsyuran menurut islam. Sarjana Islam mengklasifikasikan konsep
syuhrah kepada beberapa kategori. Menurut al-Syaukani (1900), pakaian yang mempunyai
gabungan kepelbagaian warna yang keterlaluan berbanding pakaian yang mempunyai satu
warna sahaja. Kemudian ia juga dikategorikan dari aspek material pembuatan pakaian seperti
sutera, benang emas atau perak. Abdul kareem Zaidan (1993) pula menjelaskan ia dikenali
dengan pakaian yang mempunyai harga yang mahal. Dan akhir sekali pakaian yang dipakai
untuk menarik perhatian orang. Dengan kata lain, tidak memakai pakaian dengan maksud ingin
terkenal. Contohnya, memakai pakaian yang sangat mahal dan istimewa dengan maksud
takabur dan berbangga diri ataupun memakai pakaian yang lusuh untuk menarik perhatian
orang dan supaya disebut tawadhu. Dalam semua urusan agama, muslimah memang sebaiknya
bersikap tengah-tengah. Nabi dan para isterinya pernah memakai pakaian katun, pakaian dari
kapas, pakaian dari kulit, baju kurung dan pakaian lain yang dikenali semua masyarakat. Dalam
konteks ini juga, Nabi SAW. Bersabda “Barangsiapa yang memakai pakaian (yang bertujuan
untuk mengundang) masyhur, maka Allah akan mengenakannya dengan kehinaan pada hari
kiamat, kemudian api dinyalakan pada pakaiannya” (HR.Abu Daud dan Ibn Majah).

Apa yang dimaksudkan di sini ialah jika tujuan memakainya adalah untuk menarik perhatian
dan bertujuan untuk meraih populariti. Adapun jika yang berkenaan memakainya bukan untuk
tujuan itu, lalu menjana populariti hasil pakaian tersebut, maka diharapkan niatnya untuk tidak
melanggarnya dapat bertolak ansur dengan populariti yang dilahirkan.

Menutup aurat merupakan kewajipan setiap orang yang beriman. Hal ini telah menjadi
kesepakatan para ulama’. Bahagian anggota badan yang termasuk aurat yang wajib ditutupi

12
bagi lelaki adalah meliputi anggota badan dari pusat sampai lutut, manakala aurat bagi wanita,
menurut sebahagian besar ulama Imam Malik, Iman Syafi’i, dan Imam Hambali, wanita wajib
menutup seluruh anggota badannya kecuali muka dan telapak tangannya. Firman Allah Ta’ala
dalam surah Al Ahzab ayat 59:

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-


isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.”
Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu.
Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”

Ayat ini jelas menyatakan bahawa wajib menutup semua kecantikan dan perhiasan wanita dan
tidak diperlihatkan kepada lelaki yang bukan mahramnya kecuali yang nampak secara tidak
sengaja, yang mana tidak ada dosa terhadap mereka jika mereka segera menutupnya. Ini
bermakna mereka tidak boleh menunjukkan barang kemas mereka kepada orang yang bukan
mahramnya, melainkan yang tidak boleh menyembunyikannya.

Aksesori Pada Pakaian

Aksesori pakaian adalah penyeri sesuatu penampilan secara keseluruhannya. Pemakaian


aksesori pada pakaian perlulah bersederhana sahaja dan mengikut panduan islam. Pensyariatan
perlaksanaan sesuatu hukum ialah tidak bercanggah dan sesuai dengan fitrah semula jadi
manusia. Perhiasan dengan pelbagai bentuk adalah harus pada asalnya , melainkan terdapat
dalil yang menegahkan (Abdul Kareem Zaidan, 1993).Islam meraikan fitrah wanita yang suka
kepada kecantikan.

Lelaki dan wanita diharuskan memakai pakaian yang berwarna, melainkan terdapat
dalil yang melarangnya. Kepelbagaian pemilihan warna yang tiada batas. Hal ini dilarang oleh
Nabi SAW seperti mana dalam hadis yang menceritakan bahawa Rifa’ah memakai tudung
berwarna hijau tetapi Nabi SAW tidak melarangnya. (al-Bukhari, 2002). Selain itu, Rasulullah
SAW pernah memakai baju berwarna kuning kekuningan (al-bukhari, 2002). Jelaslah
pemilihan pakaian yang berwarna diharuskan dalam Islam sama ada lelaki mahu pun
perempuan. Namun pemilihan warna yang agak keterlaluan tidak digalakkan sebaliknya
bersederhana.

Pemakaian bau wangi-wangian bermaksud sesuatu benda yang mempunyai bauan yang
baik dan boleh dicium. Ianya digunakan oleh manusia untuk menyapu rambut, badan dan muka

13
seperti kasturi “misk”. Umumnya, memakai wangi-wangian bagi wanita adalah harus.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa’I, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksudnya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan lalu ia


melintas suatu majlis (yang ada di dalamnya kaum lelaki ajnabi) agar mereka mencium baunya
maka juga dikirakan berdosa seperti berzina”.

Memakai wangi-wangian bagi wanita adalah harus jika ia tidak dapat dihidu orang lain. Tetapi
pada zaman sekarang kebanyak perfume dihasilkan seolah-olah untuk menarik perhatian orang
dengan pelbagai bau yang menarik sama ada daripada jenis bau yang lembut atau kuat. Jadi,
pemakaian yang sebaliknya adalah sekadar membersihkan diri daripada bau yang tidak
disenangi supaya tidak menimbulkan fitnah.

Kebanyakkan reka bentuk fesyen kontemporari wanita pada zaman sekarang sarat
dengan pelbagai perhiasan manik-manik dan batu permata. Dilarang memakai pemakaian
perhiasan sedemikian kecuali bersifat sederhana. Hal ini bertepatan dengan konsep tabarruj
yang dilarang dalam islam. Pada dasarnya pensyariatan pakaian dalam Islam adalah menutup
aurat bukannya mempamerkan kecantikan. Fenomena dunia fesyen hari ini meggambarkan
bahawa pereka fesyen ingin mengekalkan konsep fesyen mengikut syariat Islam tetapi dalam
masa yang sama mengikut trend masa kini. Islam meraikan fitrah manusia yang sukakan
kecantikan dan perhiasan tetapi perlu diingat ia tidak bercanggah dengan Islam.

Isu Pakaian Muslimah Pada Zaman Sekarang

Setiap wanita telah dikurniakan oleh Allah naluri untuk sentiasa kelihatan cantik dan menawan
dalam setiap penampilan diri. Oleh kerana itu, wanita sentiasa sinonim dengan perkataan
fesyen, gaya, pakaian dan perhiasan atau terdapat juga kajian yang meletakkannya kepada tiga
kriteria iaitu pakaian, perhiasan dan solekan anggota badan sebagai asas penampilan diri.

Pada zaman sekarang, pakaian wanita terdapat pelbagai jenis sama ada daripada sudut
fesyen, warna-warni, corak, jenis, dan lain-lain. Ia tersebar bukan sahaja kaum wanita yang
berada di bandar tetapi di kampung juga. Ini bermaksud, wanita di Malaysia ini secara
khususnya sedang dihadapkan dengan satu fenomena fesyen pakaian yang sangat hebat
berbanding dengan zaman dahulu. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh wujudnya ‘gaya
pakaian yang popular’. Hal sedemikian berlaku kerana ia telah dipromosikan dengan pelbagai

14
medium seperti televisyen, akhbar, majalah, laman sosial dan lain-lain lagi. Selain itu, kaedah
pembelian pakaian dan perhiasan yang sangat mudah kerana ia tidak lagi terhad di alam fizikal
ia itu beli secara langsung di kedai akan tetapi ia juga dapat dibeli secara alam maya ia itu
secara atas talian.

Secara umumnya, Antara wanita yang berani menggunakan pelbagai fesyen pakaian
dan perhiasan yang berada di pasaran adalah para muslimah zaman sekarang. Pakaian bukan
lagi dilihat sebagai sesuatu yang menutup aurat semata-mata, akan tetapi ia juga sebagai satu
elemen fesyen yang melambangkan ‘up to date’ dan status diri. Industri fesyen wanita
muslimah wujud sehingga menyebablan beribu-ribu jenis dan gaya tudung, kain, baju, seluar,
skirt, baju kurung, jubah, kasut, barang kemas, beg dan lain-lain lagi di pasaran. Tambahan lgi,
setiap jenis tersebut ditandai dengan jenama yang pelbagai dan difokuskan kepada pelanggan
yang berbeza seperti ada pakaian untuk orang dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pelbagai
fesyen busana Muslimah yang tampak ranggi, berwarna-warni, up-to-date dan glamor di mana-
mana kerana para muslimah sama ada yang dewasa atau remaja menggunakan pakaian dan
perhiasan dengan gaya ranggi, gaya mewah dan lain-lain lagi. Ada yang memilih untuk
memakai jubah dan bertudung labuh, berjubah moden dan bertudung singkat atau berselendang
sahaja, berbaju kurung dan bertudung labuh, berbaju kurung dan bertudung singkat atau
berselendang, berseluar, berkemeja dan bertudung atau berselendang, berseluar jeans, berbaju
labuh dan berselendang, berbaju kurung dengan sarat hiasan manik eksklusif serta bermacam-
macam lagi (Rashidah et al. 2016). Daripada sudut ilmu psikologi, situasi sedemikian juga
boleh disifatkan sebagai salah satu kaedah wanita memperolehi kesejahteraan emosi dan
kepuasan hidup mereka (Siti Marziah, Nor Bay’ah & Nasrudin 2017).

Seterusnya, segelintir Muslimah yang ghairah berfesyen dan menyalahgunakan


kebebasan dan kepelbagaian fesyen yang ada di pasaran sehingga menimbulkan beberapa
trend dan gaya yang sendiri dalam pemakaian mereka. Pertama, terdapat Muslimah yang
berhijab elok tetapi memakai baju ketat dan seluar ketat atau kain nipis dan ketat. Kedua,
terdapat juga Muslimah yang bertudung elok sehingga menutupi dada tetapi memakai pula baju
kurung atau jubah yang ketat dan nipis sehingga menampakkan susuk badan. Ketiga, ada
segelintir Muslimah yang memakai hijab yang sangat pendek sehingga mendedahkan bahagian
dadanya atau memakai hijab sehingga menampakkan sanggol yang besar dan tinggi di
kepalanya. Keempat, terdapat juga Muslimah yang memakai make-up dan bergincu tebal serta
berkilau yang tentunya menarik minat orang lain melihatnya, walaupun dia memakai pakaian
yang elok dalam menutup auratnya. Kelima, terdapat juga para Muslimah yang memakai

15
perhiasan seperti gelang, cincin, brooch yang amat berkilau dan agak banyak bilangannya
sehingga menarik orang yang melihatnya. Keenam, ada segelintir Muslimah yang
menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga menusuk hidung mereka yang berada di
sekelilingnya. Ketujuh, terdapat Muslimah yang mengenakan baju dan perhiasan yang
mempunyai lambang yang tidak elok seperti gambar salib, tengkorak, taring dan kuku binatang
buas serta gambar-gambar yang mengerikan.

Isu fesyen pemakaian yang dibincangkan ini adalah gambaran sebenar yang ditonjolkan
oleh para Muslimah di malaysia. Namun persoalannya, adakah fesyen yang ditonjolkan oleh
para Muslimah tersebut menepati tuntutan syariat? Kadang kala kepelbagaian fesyen yang
ditampilkan di pasaran mengandungi unsur-unsur tabarruj yang keterlaluan serta bertentangan
daripada etika pemakaian yang ditetapkan dalam islam. Ni’mat Sidqi (1983) mengatakan
bahawa bersolek dan berhias wanita pada hari ini telah melebihi daripada maksud tabarruj.
Betapa banyak jubah dan baju kurung moden yang terlalu ketat dan dapat diperlihatkan bentuk
dan bahagian-bahagian tubuh secara jelas. Walaupun pakaian yang dipakai itu dinamakan
jubah, baju kurung atau tudung, selagimana ia tidak patuh kepada etika pemakaian, maka ia
tidak dibenarkan oleh Allah.

Tabarruj Yang Dibenarkan Dalam Etika Berpakaian Dalam Islam

Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW termasuk menghormati wanita.
Lebih-lebih lagi, orang Islam kurang feminin daripada penganut agama lain. Oleh sebab itu,
bentuk, gaya, dan corak pakaian tidak diendahkan kerana bentuk zahir menunjukkan apa
sahaja yang terdapat di hati dan fikiran mereka. Satu perkara yang sangat tidak digalakkan ialah
Wanita muslimah tidak boleh menjadi wanita Jahiliah kerana perwatakan mereka, kewajipan
agama mereka, dan amalan mereka yang berbeza. Muslimah mempunyai ciri-ciri tersendiri
antaranya cara berpakaian yang berteraskan fitrah wanita dan menghayati sepenuhnya cara
hidup Islam .

Setiap manusia mempunyai fitrah semulajadi untuk kelihatan cantik . Ia bergantung


kepada seseorang bagaimana cara mereka mengawal keinginan semulajadi tersebut supaya
maruah para Wanita akan terpelihara. Agama islam tidak pernah menentang umatnya untuk
kelihatan cantik asalkan mematuhi tuntutan agama. Allah SWT berfirman :

16
Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk)
pakaian menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian berupa takwa
itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda-tanda (limpah kurnia)
Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur).

(Surah al-Araf: 26)

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumahmu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti
yang dilakukan oleh orang Jahiliyah pada zaman dahulu. (Surah al-Ahzab:33)

dan janganlah mereka menampakkan perhiasan tubuh mereka, kecuali yang (biasa) nampak
dari padanya… (Surah al-Nur:31)

Perkataan perhiasan dalam ayat di atas merujuk kepada perhiasan yang digunakan oleh Wanita
untuk berhias seperti contoh perhiasan telinga iaitu anting anting,perhiasan leher iaitu kalung
atau rantai leher,perhiasan dada iaitu belahan dadanya dan perhiasan kaki iaitu betis dan gelang
kaki.

Selain itu, kod pakaian yang ditetapkan tidak membebankan dan sebenarnya sangat
bertepatan dengan keupayaan, logik, dan sifat manusia. Akibatnya, Islam tidak menentukan
apa yang perlu dipakai untuk wanita Islam; asalkan menutup aurat dan tidak menimbulkan
fitnah. Islam amat menitikberatkan kecintaan wanita terhadap kecantikan dan tidak
menghalang di sebalik pakaian yang diwajibkan bagi wanita Islam untuk dipakai. Sebaliknya,
wanita Islam boleh menggunakan kreativiti mereka untuk berinovasi pada pakaian mereka
selagi mereka mematuhi kod pakaian yang ditetapkan.

Kesimpulannya, garis panduan Islam tentang penampilan dan pakaian wanita Islam
adalah untuk kebaikan dan perlindungan mereka daripada diperlekehkan atau dikaitkan dengan
mana-mana aspek maksiat. Pakaian wanita muslimah tidak boleh melampaui dalam perhiasan;
sebaliknya, mereka harus menjaga aurat mereka untuk menegakkan prinsip Syariah kerana
perbuatan tersebut membolehkan mereka memenuhi kriteria untuk berpakaian sederhana.

17
6. KESIMPULAN

Sebagai khalifah di bumi Allah yang berakhlak mulia, umat Islam hendaklah menjaga
tertib pemakaian dengan menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi kaum wanita meliputi
semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan manakala bagi kaum leleaki pula, aurat
mereka bermula dari pusat hingga ke paras lutut mengikut syariat dengan tujuan ibadah serta
mengharapkan keredhaan Allah. Dengan mengenakan busana, umat Islam dapat menunjukkan
keperibadian, peradaban serta budaya setempat. Islam juga mengatur tatacara berpakaian, adab
kesopanan berbusana sebagai etika berpakaian dalam Islam. Selain itu, dengan mengenakan
pakaian, umat Islam dapat menghindarkan diri dari sebarang fitnah dan tohmahan dari pelbagai
pihak. Dengan ini, mereka dapat menjaga kehormatan dan maruah diri. Hal ini membuktikan
bahawa ajaran Islam mengangkat darjat manusia sebagai khalifah Allah melalui etika
pemakaian mengikut syariat Islam.

Di samping itu, Agama Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai oleh
seseorang individu. Namun begitu, Islam telah membuat beberapa garis panduan tentang garis
panduan jenis pemakaian yang dibenarkan oleh syarak. Meniti arus pemodenan peradaban,
fesyen-fesyen di seluruh dunia juga berkembang seiring zaman. Islam tidak pernah
menghalang umatnya dari berfesyen selagi tidak melanggar syariat Islam. Fesyen timbul dari
tamadun yang kemudiannya berupbah kepada budaya yang ketara dari tuntutan agama
sehingga menyebabkan terdapat segelintir individu yang hanya Islam di atas kertas sahaja
tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam seperti yang telah ditetapkan dalam syariat Islam.
Namun begitu, sejak perkembangan gelombang teknologi dan media massa yang semakin
meningkat, semakin banyak pereka fesyen yang mengambil kira aspek aurat wanita beragama
Islam dalam menghasilkan sesebuah busana. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat di
seantero dunia sedar akan kepentingan aspek aurat wanita beragama Islam dalam dunia fesyen
sekaligus dapat meningkatkan darjat kaum hawa.

Sementara itu, aspek reka bentuk dan jenis pakaian juga perlu diketengahkan dalam hal
ini. Antara aspek reka bentuk pakaian yang ditegah dalam Islam ialah busana yang nipis, jarang
dan ketat sehingga menjolok mata dan menampakkan sosok tubuh badan. Pakaian itu bukanlah
bertujuan untuk kemegahan dan kemashyuran. Natijahnya, agama Islam mengajarkan umat
manusia tentang peraturan hidup yang harmoni dan sesuai dengan fitrah manusia agar setiap
umatnya mempunyai sifat berkeperibadian mulia yang dapat diintipatikan dalam diri manusia
melalui etika pemakaian muslim.

18
7. RUJUKAN

Al Quran al Karim (Al-Ahzab 33:59), (An-Nur 24: 31).

Al-Imam Imam Abu Ishaq Ibrahim Al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). Karya


Ulama: AL-MUHAZZAB FI FIQH AL-iMAM AL-SYAFI’I. (n.d.) (‫)المهذب في فقة اْلمام الشافعي‬.

Imam Sa'id Ba'Ishn, Dar al-Minhaj, Bushra al-Karim bi Sharh Masa'il al-Ta'lim, Shafi'i.
“Al-Muqaddimah al-Hadramiyah 1/76”. Diolah oleh Imam Nawawi's al-Minhaj. Tahqiq By
Group of Research Scholars.

Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi, December 3, 2022, Karya Ulama:
“Kitab Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (3/165)”.

Masjid Razaleigh, Gua Musang, Kelantan. (2022) Khutbah Jumaat: Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. “Kewajipan Menutup Aurat Sepanjang Zaman.”
(03/06/2022)

Murtopo, B. A. (2017). ETIKA BERPAKAIAN DALAM ISLAM: TINJAUAN BUSANA


WANITA SESUAI KETENTUAN ISLAM. TAJDID: Jurnal Pemikiran Keislaman Dan
Kemanusiaan, 1(2), 243–251. https://doi.org/10.52266/TADJID.V1I2.48

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-550: PENCERAHAN


KEFAHAMAN ISTILAH KEPALA WANITA SEPERTI BONGGOL UNTA DALAM HADIS.
(n.d.). Retrieved December 3, 2022, from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-
hadith/5092-irsyad-al-hadith-siri-ke-550-pencerahan-kefahaman-istilah-kepala-wanita-
seperti-bonggol-unta-dalam-hadis

Prihatini, T., Kesejahteraan, A., Akk, S. ", & Yogyakarta, ". (t.t.). ETIKA DAN ESTETIKA
BERBUSANA MUSLIMAH (Vol. 4, Issue 2).

Shofian Ahmad (2004) “AURAT KOD PAKAIAN ISLAM”. Utusan Publicatons &
Distributions Sdn Bhd, Terbitan Pertama 2004. (Section 1: Konsep Menutup Aurat Menurut
Islam, Page 2: DEFINISI AURAT).

Sahih Muslim 2128, Abu Hurairah. 37 “The Book of Clothes and Adornment” Book 37,
Hadith 190. Book 24, Hadith 5310.

19
Zanariah Husain, S., Kebangsaan Malaysia MUHAMMAD ADIB SAMSUDIN, U., &
Kebangsaan Malaysia, U. (2021). Konsep Fesyen Menurut Syarak dan Kaitan dengan Tabarruj:
Satu Tinjauan Literatur. Dalam Journal of Contemporary Islamic Law (Vol. 6, Issue 2).

20

Anda mungkin juga menyukai