Anda di halaman 1dari 6

KAVIPRIYA A/P MANIMARAN (TID180005/17114738/1)

ULASAN ASPEK KESANTUNAN

Bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana bahasa merupakan alat
perantaraan yang digunakan oleh kelompok masyarakat untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Dalam bidang linguistik, kesantunan bahasa termasuk dalam subdisiplin pragmatik. Dalam
video ini, kesantunan berbahasa dikupas dari sudut pandang pragmatik, untuk melihat amalan
kesantunan berbahasa antara ahli-ahli parlimen. Aspek pragmatik dalam penggunaan bahasa
memberi tumpuan kepada tujuan penggunaan bahasa, iaitu kesan yang ingin disampaikan dan
tindakan lanjutan dari kesan itu. Jika seseorang itu menguasai aspek pragmatik dalam
penggunaan bahasa, maka dia boleh menjalankan kehendaknya ke atas sasarannya dengan halus
dan berkesan (Asmah Haji Omar, 2000: 111-113). Oleh itu, yang dimaksudkan penggunaan
bahasa dengan halus adalah dengan menggunakan bahasa yang santun. Dalam kesantunan
Bahasa pemilihan perkataan yang sesuai untuk ditulis dan dituturkan adalah sangat penting untuk
mengekalkan kandungannya. Nada suara dan Bahasa badan yang berlainan memberikan kesan
yang berlainan terhadap orang lain. Hal ini menunjukkan ciri-ciri orang lain yang dapat dinilai
dengan mudah.

Berdasarkan kepentingan kesantunan, saya akan menganalisis aspek kesantunan dan ketaksantun
perbahasan video parlimen dalam laman sosial Youtube dengan menggunakan Teori Kesantunan
oleh Brown dan Levinson (1978 & 1987). Hal ini demikian kerana sebagai anggota parlimen dan
individu yang dihormati, ahli parlimen perlu menjaga kredibiliti dan tidak seharusnya dianggap
sebagai tidak sopan dan tidak berbudi bahasa ketika berbahas. Analisis yang dibuat mendapati
terdapat jenis strategi kesantunan dan jenis strategi ketaksantunan yang digunakan oleh ahli
parlimen dalam perbahasan parlimen dalam laman sosial Youtube.
Penggunaan bahasa santun yang terdapat dalam video

No. Pemilihan Kata Contoh

1. Tidak izinkan Saya tidak izinkan.

2. Kita dengar. Tidak apa. Kita dengar.

3. Silakan Silakan Yang Berhormat Pekan. Kita beri peluang


kepada Yang Berhormat Pekan untuk berucap bagi
pihak Backbenchers. Silakan Yang Berhormat.
Tolong.

4. Terima kasih Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

5. sabar Yang Berhormat Baling sabar. Sabar. Yang Berhormat


Baling duduk. Kita jangan buang masa.

Berdasarkan kamus edisi keempat kesantunan bermaksud kehalusan berbudi bahasa. Kata-kata
lemah-lembut dengan berbudi bahasa yang baik adalah sangat penting dalam percakapan dan
perbahasaan. Terdapat lima penggunaan bahasa santun dalam video perbahasaan Dewan
Parlimen tersebut. Antaranya ialah tidak izinkan, kita dengar, terima kasih, silakan, sabar dan
Yang Berhormat.
Pemilihan kata memainkan peranan penting dalam kesantunan bahasa. Hal ini demikian kerana,
kata-kata yang tepat dan sesuai bukan sahaja akan mencerminkan nilai kesopanan seseorang
malah ia juga akan mengelakkan salah faham dan pertengakaran dalam sesuatu situasi. Apabila
Yang Berhormat Pekan membahas, Yang Berhormat Jelutong mencelah dan hendak memberi
peraturan. Dalam situasi tersebut Yang Berhormat Pekan telah membalas dengan penuh
sopannnya. Contoh ayat yang digunakan oleh beliau ialah ‘Tidak. Tidak. Saya tidak izinkan’.
Kata yang digunakan izin adalah kata yang lembut dan ditutur dalam nada yang rendah. Oleh itu,
‘tidak izinkan’ adalah pemilihan kata yang tepat pada situasi tersebut tanpa menyakitkan hati
pihak di hadapan.

Seterusnya, menghargai pendapat dan percakapan orang lain juga salah satu aspek yang penting
dalam kesantunan bahasa. Hal ini dapat dilihat dalam contoh ayat yang menunjukkan Tuan Yang
dipertua menyatakan ‘Tidak apa. Kita dengar’, ‘Kita kena saksamalah. Sebelah sini kita dengar.
Sebelah sini pun kita kena dengar’ dan ‘Yang Berhormat Baling sabar. Sabar’. Pemilihan kata
santun seperti kita dengarlah, saksama dan sabar jelas menunjukkan pemilihan perbendaharaan
kata yang sesuai untuk menangkan situasi Dewan Parlimen dan juga untuk mewujudkan
persefahaman dalam kalangan menteri-menteri Parlimen. Disamping itu, pemilihan kata
‘silakan’ digunakan oleh Tuan Yang dipertua untuk menjemput seseorang ahli dewan sebelum
memulakan perbahasaan. Jelaslah bahawa pemberian layanan mesra untuk menjemput seseorng
harus dititikberatkan dengan pemilihan kata yang tepat dan sesuai.

Selain itu, kesantunan bahasa boleh juga dilihat dalam kata-kata yang menunjukkan menghargai
atau menyanjung seseorang. Ucapan ‘terima kasih’ biasanya digunakan oleh penutur sebagai
penghargaan atas pemberian atau pertolongan yang diperolehi. Melalui berterima kasih kepada
seseorang ia lebih mencerminkan nilai kesopanan seseorang yang sentiasa berterima kasih dan
menghargai jasa seseorang. Ini dapat dilihat dalam contoh ayat perbahasaan Dewan Parlimen
iaitu ‘Terima kasih Tuan Yang di-Pertua’ oleh Yang Berhormat Jelutong kepada Tuan Yang
dipertua. Apabila situasi parlimen sangat bising dan pihak lain tidak sudi mendengar kepada
Yang Berhormat Jelutong, Tuan Yang dipertua mengambil usaha untuk mentenangkan pihak lain
dan memberi peluang kepadanya. Justeru, Yang berhormat menghargai pertolongan beliau dan
berterima kasih kepadanya.
Dalam perbahasaan di Dewan Parlimen penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai juga
memainkan peranan yang penting. Hal ini demikian kerana, penggunaan panggilan hormat
berdasarkan gelaran dan jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam parlimen haruslah
menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Panggilan hormat juga adalah sebagai
tanda penghormatan kepada seseorang individu. Panggilan berhormat yang digunaknan dalam
perbahasaan ini ialah Yang Berhormat. Gelaran ini merupakan kata ganti nama diri kedua
dimana ia digunakan untuk diri orang kedua semasa bercakap dalam kalangan Menteri ataupun
apabila Tuan Yang dipertua menuju kepada Menteri. Oleh sebab itu, kata panggilan hormat
boleh dilihat sepanjang perbahasaan di Dewan Parlimen. Contoh ayat Tuan Yang dipertua
digunakan dalam video adalah ‘silakan Yang Berhormat Pekan’. Dalam konteks ayat ini pilihan
bentuk kata ganti nama diri yang tepat telah digunakan dengan nada yang rendah dan juga telah
menjaga kesopanan dan kesantunan berbahasa.

Penggunaan bahasa tidak santun yang terdapat dalam video

No. Pemilihan Kata Contoh

1. Tidak payah layanlah Tidak payah layanlah Yang Berhormat Jelutong.


Tidak payah layan.
2. Merapu sahaja Merapu sahaja Jelutong ini, Tuan speaker, dia hendak
ganggu sahaja.
3. Pak turut Tuan speaker dengarlah. Kami bukan pak turut macam
you orang.

4. Menyampah Eloklah, rakyat dekat luar dengar. Eloklah. Rakyat dah


menyampah…

5. Dengarlah Dengarlah! Dengarlah!


Terdapat beberapa penggunaan bahasa tidak santun dalam video Dewan Parlimen. Antaranya
ialah, tidak payah layanlah, merapu sahaja, pak turut, teriak-teriak, menyampah, dan dengarlah.
Perbendaharaan kata yang sesuai mengikut konteks perlu dipilih apabila bercakap ataupun dalam
perbahasaan. Penggunaan perkataan ‘tidak payah layanlah’ tidak santun untuk digunakan kepada
seseorang. Perkataan ini tidak santun kerana ia dianggap sebagai bahasa yang tidak rasmi dan
juga tidak sopan digunakan kepada seseorang ahli Dewan Parlimen yang sedang mengemukakan
pendapatnya. Dalam konteks ini penutur bukan sahaja tidak menghargai pendapat dan
percakapan orang di hadapan malah penutur mempengaruhi ahli Dewan Parlimen yang lain
supaya pendapat mereka tidak dipertengahkan.

Selain daripada itu, dalam video Dewan Parlimen tersebut Yang Berhormat Machang telah
menggunakan perkataan merapu sahaja. Contoh ayat yang digunakan oleh Yang Berhormat
adalah ‘Merapu sahaja Jelutong ini, Tuan speaker, dia hendak ganggu sahaja’. Berdasarkan
kamus edisi keempat merapu bermaksud memunguti barang-barang yang terbuang atau tidak
berguna. Bukan itu sahaja, Yang Berhormat Machang juga telah menggunakan perkataan tidak
santun seperti menyampah. Ayat yang digunakkan oleh beliau ialah ‘Eloklah, rakyat dekat luar
dengar. Eloklah. Rakyat dah menyampah’. Perkataan menyampah adalah tidak santun digunakan
dalam majlis rasmin kerana mengikut kamus edisi keempat manyampah bermaksud berasa benci
terhadap sesuatu atau seseorang. Oleh itu, jelaslah bahawa pemilihan kata oleh penutur untuk
mengkritik pihak pembangkang adalah membawa maksud negatif dan penutur juga tidak
menjaga perasaan orang lain sebelum bercakap.

Seterusnya, pemilihan kata ‘pak turut’. Perkataan ini adalah tidak santun dan tidak sesuai
digunakan dalam sesuatu mesyuarat rasmi. Contoh ayatnya adalah ‘Tuan Yang di-Pertua
dengarlah. Kami bukan pak turut macam you orang’. Yang Berhormat Jelutong mengatakan
bahawa pihak pembangkang di Dewan Parlimen ialah orang yang mengikut sahaja sebarang
arahan atau pendapat orang lain tanpa banyak bersoal. Maka, ungkapan tersebut
merendahrendahkan kebolehan ahli di Dewan Parlimen. Bukan itu sahaja, Yang Berhormat
Jelutong menggunakan suara dan intonasi yang tinggi apabila bercakap.

Akhir sekali, perkataan ‘dengarlah!’ yang disebut beberapa kali oleh Yang Berhormat Jelutong
dengan intonasi yang sangat tinggi bukan sahaja tidak santun malah ia juga menakutkan para
penonton video tersebut. Yang Berhormat seharusnya memberi layanan yang mesra kepada
semua orang dan merendahkan suara untuk meminta ahli Dewan Parlimen mendengar
pendapatnya. Melalui cara ini, dapat mengelakkan pertengkaran, salah faham dan dapat
menyampaikan pendapat dengan mudah kepada semua orang di Dewan Parlimen.

Kesantunan Verbal

Kesantunan verbal merupakan pengucapan bersuara untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan
tindak balas terhadap sesuatu isu dan persoalan lantas memperlihatkan identity seseorang
(Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusof, 2009). Kesantunan verbal boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu komunikasi lisan, Bahasa sapaan dan kata panggilan.

Kesimpulannya, aspek kesantunan sewajarnya ada dalam setiap diri masyarakat dan seharusnya
diaplikasikan dengan baik dalam berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Pemilihan
bahasa dan nada intonasi dalam mengeluarkan perkataan amatlah penting untuk diamati kerana
memberi kesan yang besar pada akhirnya, begitu juga dengan kesantunan tindakan dan
perbuatan. Dengan itu, perbahasan parlimen merupakan suatu urusan yang rasmi dan formal.
Tetapi terdapat juga kurang kesantunan berbahasa di dalam dewan perbahasan parlimen. Apabila
didalam parlimen menggunakan kesantunan bahasa yang baik, maka kita dapat mengelakkan
daripada berlakunya konflik, dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan dapat menjadi
contoh yang baik untuk negara dan bangsa. Oleh itu, kesantunan dalam bebahasa amatlah
penting dalam setiap individu.

Anda mungkin juga menyukai