Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Abu Si Pengembala Biri – Biri

Nama Sekolah : SJK(C) YUK CHOY

Abu :
(nyanyian)
Saya gembala biri-biri,
Semua dijaga rapi-rapi,
Sudah dibawa makan mari,
Boleh berehat senang hati.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 betul betul betul.


Sudah cukup.
(menguap) tidurlah

Pencerita :
(membisik)
Pssst...apa jadi dengan Abu kawan-kawan.
Nak tahu? Mari kita ikuti kisah Abu Si Pengembala Biri-biri.
Abu adalah seorang pengembala biri-biri yang tinggal di sebuah kampung yang
aman dan damai. Setiap pagi, orang kampung akan bangun awal untuk bekerja. Abu
pula akan membawa biri-birinya untuk meragut rumput di kaki bukit.

Abu :
(bangun dari tidur)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 betul betul betul.
Sudah cukup.
Bosannya. Hari-hari bawa biri-biri ke kaki bukit kemudian bawa balik.
(hurmmmm)

Pencerita :
Abu yang masih muda sudah mula merasa bosan dengan pekerjaannya. Dia
merasakan pekerjaannya tiada apa-apa cabaran. Abu mula memikirkan
bagaimanakah caranya untuk menghilangkan rasa bosan.
Abu :
(nyanyian)
Tolong! tolong! ada serigala di sini,
Tolong! tolong! selamatkan biri-biri.

(jerit)
Tolong!!!

Pencerita :
Abu menjerit sekuat hati. Orang kampung yang mendengar jeritan Abu berlari untuk
membantu. Setibanya orang kampung ditempat Abu, mereka hairan kerana mereka
tidak nampak walau seekor serigala pun. Abu ketawa terbahak bahak.

Abu :

(ketawa)

Saya main main sahaja. Mana ada serigala yang nak makan biri-biri saya. Tak
sangka kamu semua percaya.

(ketawa)

Pencerita :

Orang kampung merasa amat marah dan kecewa kerana ditipu oleh Abu. Mereka
telah menasihati Abu agar tidak mengulangi perbuatannya itu. Abu sedikit pun tidak
merasa bersalah. Sebaliknya dia merasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang
menghiburkan hatinya.
Abu :

(yeay)

Seronoknya hari ini.

(ketawa)

Pencerita :

Pada keesokan harinya, seperti biasa Abu membawa biri-birinya meragut rumput di
kaki bukit. Sekali lagi Abu merasa bosan.

Abu :

Bosannya.

(mendapat idea)

Tolong! tolong! ada serigala di sini,


Tolong! tolong! selamatkan biri-biri.
(jerit)
Tolong!!!

Pencerita :

Orang kampung yang mendengar jeritan Abu tetap bergegas hendak membantu
walaupun mereka pernah ditipu oleh Abu. Setibanya orang kampung ditempat Abu,
mereka hairan kerana mereka tidak nampak walau seekor serigala pun. Mereka
sedar mereka telah ditipu sekali lagi oleh Abu. Abu ketawa terbahak bahak.
Abu :

(ketawa)

Hari-hari berus gigi,

Hahahaha awak semua kena tipu lagi

(ketawa)

Pencerita :

Orang kampung benar benar marah. Mereka terus bergegas meninggalkan Abu dan
biri-birinya. Abu tidak menghiraukan penduduk kampung. Sebaliknya, dia bangga
dapat menghiburkan hatinya untuk hari yang kedua. Dia tidak sedar, perbuatannya
itu hanya akan memakan dirinya.

Selang beberapa minit kemudian, Abu yang sedang gembira bertukar menjadi pucat.
Kali ini dia betul-betul nampak serigala datang menghampiri biri-birinya. Abu
ketakutan lalu menjerit meminta tolong. Abu mengharapkan pertolongan orang
kampung untuk menghalau serigala daripada memakan biri-birinya.

Abu :

(jerit sambil berlari)

Tolong! tolong! ada serigala di sini,


Tolong! tolong! habislah biri-biri saya dimakan serigala.
(jerit)
Tolonglah!!!!
Pencerita :
Biri-biri Abu habis dimakan oleh serigala. Abu merasa amat sedih dengan kejadian
yang menimpa dirinya. Abu hairan mengapa orang kampung tidak membantunya
ketika dia memerlukan pertolongan. Akhirnya barulah Abu sedar kerana sikapnya
yang suka menipu telah menyebabkan orang kampung tidak mempercayainya lagi.
Kawan-kawan, ingat! jangan suka bercakap bohong. Bak kata pepatah kerana pulut
santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai