Anda di halaman 1dari 11

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SIDANG AKADEMIK 2022/2023 (SEMESTER 3)

HGG 355 : ANALISIS WILAYAH DAN SETEMPAT

TAJUK ESEI NOMBOR 3: DENGAN MERUJUK NEGERI SABAH, BINCANGKAN


PERANAN MODAL ASING DAN TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN
LANDSKAP INDUSTRI DI NEGERI TERSEBUT

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AZLEEN NASUHA BT MOHD ROSLI (151328)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. NOORIAH BT YUSOF

TARIKH PENGHANTARAN: 25 DISEMBER 2022

1.0 PENGENALAN
Dasar Malaysia sejak strategi perindustrian diperkenalkan sentiasa mengalu-alukan
pelaburan dalam sektor perindustrian pembuatan terutamanya pelaburan asing. Selepas lebih
tiga dekad industrialisasi, ternyata Malaysia telah menjadi antara destinasi pelaburan utama
dunia . Modal asing terus menjadi komponen penting dalam strategi pembangunan dalam
membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan wilayah di negara ini. Kemasukan modal
asing ke Malaysia dipengaruhi oleh daya tarikan Akta Galakan Pelaburan dan Zon
Perdagangan Bebas yang meluas, di samping dasar kerajaan dan suasana politik yang stabil
serta infrastruktur yang baik telah menarik pelaburan asing secara besar-besaran sejak
penghujung dekad 1980 an (Anuwar & Rasiah 1996). Pelaburan asing mula menunjukkan
peningkatan sejak akhir tahun 1980-an dan terus mendominasi sektor perindustrian pembuatan
di Malaysia. Menurut Jomo dan Kiong (2001) kemasukan modal asing adalah penting untuk
pertumbuhan ekonomi Malaysia bukan sahaja kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar tetapi juga kepada perubahan struktur ekonomi Malaysia iaitu daripada pengeluar sektor
utama (primer) kepada perindustrian yang pesat. Pelaburan modal asing menjadi pelengkap
kepada modal domestik bagi pelaburan kewangan dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara. Pelaburan modal asing dilihat lebih cenderung kepada sektor perindustrian pembuatan.
Hal ini demikian kerana sektor perindustrian pembuatan lebih memberi pulangan keuntungan
yang tinggi berbanding sektor lain. Hal ini dapat dibuktikan semenjak tahun 1980an lagi,
Malaysia telah mengalihkan tumpuan dan lebih mengutamakan sektor pembuatan berbanding
pertanian. Sektor pembuatan sering dikaitkan dengan kemasukan jumlah modal yang besar
serta perkembangan teknologi ke sesebuah kawasan. Justeru itu, sektor pembuatan dilihat
sebagai pemangkin utama kemajuan ekonomi sesebuah wilayah. Sektor pembuatan negeri
Sabah juga turut dilihat mengalami kepesatan dari tahun ke tahun walaupun ia mengalami
sedikit kemerosotan sewaktu Pandemik Covid-19 melanda , tetapi Sabah masih kekal komited
dengan melakukan pelbagai inisiatif pemulihan bagi menarik pelabur asing dan domestik
sehingga Sabah berjaya memperolehi kadar pelaburan yang tinggi dalam pelbagai projek dalam
sektor industri pembuatan.

2.0 PERANAN MODAL ASING DAN TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN


SEKTOR INDUSTRI PEMBUATAN DI NEGERI SABAH.

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil
serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar
kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah
yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan
peranannya telah mula berubah dan bertambah. Hal ini demikian kerana, perkembangan sektor
perindustrian di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi
bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Oleh itu, perkembangan ini telah telah
membawa kepada penglibatan pelabur asing dan juga domestik dalam sektor perindustrian
pembuatan . Hal ini dapat dibuktikan melalui pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua
Menteri Sabah iaitu Datuk Hajiji Noor di mana beliau telah menyatakan bahawa Sabah telah
menerima jumlah pelaburan ketiga terbesar di Malaysia. Oleh itu, di bahagian ini akan
membincangkan tentang antara modal asing dan juga tempatan, yang manakah lebih
memainkan peranan dalam pembangunan industri?.

Jadual 1 : Nilai pelaburan yang diluluskan mengikut industri, Sabah, 2019.


Sumber : Laporan Sosioekonomi Sabah, 2019.

Menurut penelitian yang telah dilakukan pada laporan sosioekonomi bagi Negeri Sabah
pada tahun 2019, peranan modal asing lebih memainkan peranan berbanding modal domestik
atau tempatan dalam pembangunan industri. Hal ini dapat dibuktikan melalui jadual nilai

pelaburan yang diluluskan mengikut industri di Sabah pada tahun 2019 di mana jadual di atas
telah menunjukkan nilai pelaburan asing lebih mencatat nilai yang tinggi berbanding pelaburan
domestik bagi setiap sektor industri iaitu menunjukkan jumlah sebanyak RM 4, 853.0 juta dan
bagi pelaburan domestik pula hanya mencatat RM 1,603.2 juta. Nilai tersebut menunjukkan
bahawa Sabah lebih berjaya dan komited menarik pelabur asing untuk melabur di negeri
tersebut. Seterusnya, Negeri Sabah kekal komited dalam menarik modal asing dan juga
tempatan di mana nilai pelaburan bagi negeri tersebut telah meningkat dengan jayanya dalam
tempoh dua tahun iaitu dari September 2019 sehingga September 2022 di mana dana pelaburan
yang telah diterima dalam negeri tersebut adalah bernilai sebanyak RM 11.9 bilion bagi
pelaburan asing dan RM 942 juta bagi pelaburan domestik. Hal ini menunjukkan bahawa modal
asing masih mendahului dalam pelaburan dan lebih memainkam peranan untuk pembangunan
industri di Sabah berbanding pelaburan domestik. Peranan modal asing cenderung kelihatan
dalam pembangunan industri di Sabah kerana baru-baru ini , Sabah telah menerima pelaburan
yang tinggi dari Korea Selatan dan China yang mencecah sehingga berbilion-bilion ringgit
dalam projek yang berimpak tinggi iaitu melibatkan sektor pembuatan kerajang tembaga dan
sektor pembuatan kaca solar. Hal ini sekaligus telah meletakkan Sabah sebagai penerima
pelaburan asing ketiga terbesar di Malaysia selepas Kedah (RM42.6 bilion) dan Selangor
(RM4.6 bilion) pada separuh pertama tahun ini. Bukan itu sahaja, Sabah juga tetap menerima
pelaburan dalam sektor pembuatan iaitu dalam anggaran RM 4.2 bilion walaupun pada masa
itu negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, pelaburan
domestik juga turut memainkan peranan dan memacu pembangunan ekonomi dan industri
pembuatan di Sabah di mana pada waktu ini, pelaburan domestik khususnya di KKIP telah
menyediakan sebanyak 1,081 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM587 juta. Manakala
, melalui kerjasama dengan Federation of
Malaysia Manufacturing pula telah menarik pelaburan di sektor pembuatan domestik dengan
nilai RM900 juta dan mewujudkan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja,
pelaburan domestik juga turut membawa kepada pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) supaya ia menjadi salah satu pemangkin kepada sektor pembuatan. Sebagai contoh,
penglibatan syarikat atau modal tempatan iaitu Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU serta
syarikat-syarikat swasta seperti Petronas dan Bataras dalam pembangunan IKS banyak
membantu syarikat Bumiputera di Sabah mengembangkan lagi perniagaan mereka. Hal ini
secara automatiknya telah membawa pertumbuhan yang pesat dalam sektor industri
pembuatan.

3.0 PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) DAN PELABURAN MODAL


TEMPATAN(DI) TERTUMPU DALAM SEKTOR INDUSTRI TERTENTU DI SABAH

Sektor perindustrian pembuatan di Sabah ternyata telah memainkan peranan yang


penting dalam pembangunan ekonomi dan kepesatan sektor perindustrian pembuatan di negeri
ini adalah hasil daripada peningkatan pelaburan asing dan domestik di Sabah menjelang tahun
2022. Namun begitu, wujudnya beberapa ciri konsentrasi kedua-dua pelaburan ini dalam sub-
sektor industri dan lokasi pelaburan tertentu yang mana ia telah membawa impak kepada
berlakunya jurang pembangunan yang tidak seimbang di Sabah. Oleh itu, di bahagian ini akan
membincangkan bahawa adakah modal asing dan modal tempatan lebih tertumpu dalam sektor
industri dan lokasi industri tertentu ataupun tidak. Perbincangan ini akan disertakan dengan
data-data yang diperoleh daripada hasil pencarian dan analisis.
Melalui hasil carian dan analisis yang telah dilakukan, modal asing di negeri Sabah
sememangnya lebih tertumpu dalam sektor industri tertentu dan di lokasi industri yang tertentu.
Hal ini demikian kerana tahap permintaan pengguna terhadap sesuatu barang telah
menyebabkan pihak pelabur bijak untuk memilih sektor manakah yang lebih memberi manfaat
kepada mereka untuk masa kini. Oleh itu, berlakunya perbezaan nilai pelaburan asing dalam
setiap sub-sektor industri dan terdapat sub-sektor industri yang lebih menerima nilai pelaburan
yang sangat tinggi. Hal ini dapat dibuktikan melalui nilai pelaburan asing di Sabah di mana
modal asing di Sabah lebih tertumpu dalam sektor industri pembuatan elektrik dan elektronik.
Hal ini demikian kerana subsektor ini merupakan antara penyumbang tertinggi kepada jumlah
keseluruhan eksport negara. Oleh itu, hal inilah yang menyebabkan modal asing lebih tertumpu
dalam sub-sektor industri ini berbanding dengan sub-sektor industri yang lain. Hal ini dapat
dibuktikan apabila negeri Sabah telah menerima jumlah pelaburan asing yang tinggi dalam
sektor pembuatan elektrik dan elektronik di Sabah di mana Kementerian Pembangunan
Perindustrian Sabah (MID) di bawah menterinya, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berjaya
menarik pelaburan dari Korea Selatan dan China bernilai RM6.2 bilion untuk melabur di negeri
ini. Antara projek tersebut melibatkan pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat pelabur dari
Korea Selatan, iaitu SK Nexilis yang melabur sebanyak RM4.2 bilion. SK Nexilis adalah
merupakan pengeluar kerajang tembaga untuk pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV) SKC
dan syarikat ini telah mengumumkan pangkalan pengeluaran pertamanya di luar negara iaitu
berada di Kompleks Perindustrian KKIP, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasi ini menjadi
fokus kepada syarikat modal asing ini kerana ia dilihat strategik oleh sebab Kompleks
Perindustrian KKIP Malaysia, menjadi pilihan yang jelas untuk pelaburan SK Nexilis di rantau

ini kerana ia mempunyai kelebihannya dari segi bekalan kuasa, yang merupakan kunci kepada
pembuatan kerajang tembaga iaitu dengan kewujudan empat loji penjana kuasa bebas (IPP)
yang memberi keyakinan kepada pelabur bahawa gangguan kuasa tenaga elektrik boleh
dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Selain itu, kedudukan KKIP juga terletak hanya
7 km dari Pelabuhan Kontena Sepanggar dan lokasi strategik Pelabuhan Sepangar berpotensi
menjadikan sebagai pusat pemindahan dan logistik di Sabah serta kesemua bandar raya utama
di Asia. Tambahan pula, Malaysia menyediakan bekalan elektrik yang paling stabil dan harga
yang kompetitif di kalangan rakan sejawatannya di Asia Tenggara. Tapak yang dipilih juga
mempunyai infrastruktur yang sangat baik seperti gas dan air serta kebolehcapaian tinggi ke
pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa yang besar yang diperlukan untuk eksport.
Seterusnya, bukan sahaja modal asing yang dilihat tertumpu kepada sub-sektor industri tertentu
tetapi modal tempatan juga turut memberi tumpuan terhadap sub-sektor industri tertentu di
negeri Sabah . Hal ini dapat dilihat melalui nilai pelaburan domestik yang cenderung tinggi
dalam sub-sektor industri tertentu seperti industri pemprosesan makanan dan juga industri
minyak dan gas. Hal ini dapat dibuktikan apabila negeri Sabah baru-baru ini telah menerima
modal daripada syarikat domestik yang bernilai agak tinggi iaitu berjumlah RM19.8 bilion.
Pelaburan yang diterima ini adalah hasil kejayaan daripada Pelan Pembangunan Hala Tuju
Sabah Maju Jaya (HTSMJ) 1.0 (2021-2025). Pelaburan yang diterima baru-baru ini lebih
bertumpu kepada industri minyak dan gas yang berlokasi di Sabah Oil & Gas Industrial Park
(SOGIP) di Sipitang yang diurus oleh agensi kerajaan negeri, Sabah Oil & Gas Development
Corporation Sdn. Bhd. Antara syarikat pelabur domestik yang terlibat dalam industri minyak
dan gas adalah syarikat SOGDC dan Petroventure Energy Sdn Bhd (PESB) di mana satu
perjanjian sublease yang pertama telah ditandatangani oleh SOGDC dan Petroventure Energy
Sdn Bhd (PESB) untuk projek yang pertama iaitu pembinaan loji penyimpanan dan
pemprosesan minyak petroleum yang melibatkan pelaburan bernilai RM6 bilion. PESB
merupakan sebuah syarikat tempatan yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat
2016 dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta. PESB telah merancang untuk membina,
memiliki, mengurus dan mengendalikan Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum
di SOGIP. Seterusnya, modal domestik juga turut bertumpu kepada sub-sektor industri seperti
industri pemprosesan makanan di Sabah. Subsektor pemprosesan makanan ialah industri nilai
ditambah berasaskan produk pertanian dan hortikultur yang semakin membangun dari aspek
kepentingannya kepada ekonomi negara. Pada 2016, Malaysia ialah negara pengeksport bersih
produk makanan dengan nilai RM18.4 bilion, berbanding nilai import produk makanan iaitu
RM17.1 bilion. Terdapat sejumlah 46 projek diluluskan pada 2016 dengan nilai pelaburan

sebanyak RM2.4 bilion , mewujudkan 5,904 peluang pekerjaan, dan didominasi pelaburan
domestik iaitu sebanyak RM1.8 bilion (75%). Salah satu projek yang signifikan ialah projek
baharu oleh syarikat milikan tempatan dengan pelaburan bernilai RM1.3 bilion di mana
syarikat ini mengusahakan penternakan udang secara bersepadu dan pemprosesan udang beku
yang disokong oleh fasiliti R&D di Pitas, Sabah. Syarikat tersebut dikenal pasti sebagai salah
satu syarikat peneraju di bawah ‘EPP 6: Model Penternakan Akuakultur Bersepadu untuk
Menembusi Pasaran Udang Premium (IZAQ)’ dan menyasarkan matlamat untuk menembusi
pasaran udang premium. Projek ini menjanjikan 3,800 peluang pekerjaan. Seterusnya, Sabah
juga turut menerima pelaburan domestik dalam projek penanaman kelapa. Menurut Ketua
Menteri Sabah iaitu Datuk Hajiji Noor, projek penanaman kelapa ini bernilai RM 400 juta di
kawasan seluas 2000 hektar dan bukan sahaja melibatkan projek penanaman kelapa tetapi turut
sama membawa kepada projek pembinaan kilang pemprosesan produk berasaskan kelapa di
Paitan, Sabah di mana melalui projek ini, Sabah telah menerima pelaburan domestik sebanyak
RM 200 juta daripada syarikat Linaco Resources Sdn. Bhd (Linaco) yang merupakan syarikat
tempatan dari Selangor. Secara keseluruhannya, di bahagian ini dapat dilihat bahawa modal
asing dan tempatan sememangnya memfokuskan dan bertumpu kepada sub-sektor industri
yang tertentu di lokasi tertentu terutamanya di Kota Kinabalu,Sabah yang merupakan Taman
Perindustrian yang utama yang menjadi tarikan pelabur luar dan dalam negara.

4.0 SUMBANGAN MODAL ASING DAN TEMPATAN DI NEGERI SABAH

Kemasukan modal asing dan modal tempatan yang banyak di negeri Sabah dapat
membantu membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan wilayah negeri Sabah. Hal ini juga
secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan guna tenaga, nilai eksport dan
juga pembangunan kawasan di Sabah. Salah satu sumbangan modal asing dan tempatan yang
dapat dilihat di negeri Sabah adalah berlakunya peningkatan guna tenaga kerja. Hal ini
demikian kerana pembukaan banyak kilang di Sabah hasil daripada menerima pelaburan yang
tinggi daripada pelabur asing dan tempatan telah menyebabkan tenaga kerja mahir dan tenaga
kerja separuh mahir diperlukan bagi menghasilkan produktiviti. Hal ini dapat dibuktikan
melalui pembangunan Kompleks Perindustrian Tenaga Diperbaharui Sabah Maju Jaya
(SMJREIC) memerlukan seramai 10,000 orang tenaga kerja. Seterusnya, sebanyak 242 kilang
beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan telah mewujudkan 7,963
peluang pekerjaan . Peluang pekerjaan yang banyak dibuka di Sabah ini kesan daripada

kemasukan modal asing di Sabah telah membantu rakyat Sabah untuk mengatasi kemiskinan
mereka .
Seterusnya, kemasukan modal asing dan tempatan di Sabah juga memberi sumbangan
terhadap pembangunan wilayah sabah iaitu dari segi pembangunan kawasan dan infrastruktur
yang lebih baik. Hal ini demikian kerana, demi meningkatkan lagi kemasukan pelabur dari luar
ke Sabah, Kerajaan Negeri Sabah telah mewujudkan empat loji penjana kuasa bebas di Taman
Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah bagi meyakinkan pelabur bahawa dengan wujudnya empat
loji tersebut, tenaga bekalan elektrik tidak akan terganggu lagi. Di samping itu, dengan adanya
modal asing dan juga tempatan telah membawa kepada pembangunan kawasan perindustrian
iaitu Hab halal yang pesat yang sedang dibangunkan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
Sabah (KKIP) iaitu Hab logistik, Hab Biotech , Hab Aeroangkasa, Hab Auto City, Pusat
Latihan Aeroangkasa dan lain-lain lagi. Seterusnya, Sabah juga akan turut terkenal kerana
bakal memiliki kilang berteknologi tinggi hasil daripada pelaburan dari syarikat China di mana
pembukaan kilang pembuatan kaca solar panel di KKIP yang akan dibuka tidak lama lagi.
Pembukaan hab halal dan kilang berteknologi tinggi adalah sumbangan daripada kemasukan
modal asing dan tempatan sehingga Sabah berjaya memiliki dan dikenali sebagai sebuah negeri
yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang agak baik.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam konteks pembangunan industrialisasi Negeri Sabah telah
menunjukkan bahawa syarikat pelabur asing lebih dominan dan lebih memainkan peranan
penting di Sabah dalam sektor perindustrian pembuatan di Sabah dan telah menjadi pelengkap
kepada pelabur tempatan. Namun begitu, kecenderungan pembukaan kilang-kilang oleh
syarikat multinasional atau asing di Sabah boleh membawa kepada ketidakseimbangan
pembangunan wilayah di Sabah. Hal ini demikian kerana pelabur asing dan pelabur tempatan
dilihat hanya bertumpu di sesebuah kawasan sahaja di Sabah dan bukan secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi di Negeri Sabah semakin meningkat kesan
daripada kemasukan modal asing dan tempatan.

BIBLIOGRAFI

Empat loji tenaga yakinkan pelabur terhadap Taman Perindustrian Kota Kinabalu. (11 Januari

2022). DagangNews.com. https://www.dagangnews.com/4-loji-tenaga-yakinkan-

pelabur-terhadap-taman-perindustrian-kota-kinabalu-12063. Diakses pada 7 Disember

2022.

Nooriah, Y. (2013). PELABURAN LANGSUNG ASING DAN PEMBANGUNAN

SEIMBANG DI NCER: SATU ULASAN KRITIS. Www.academia.edu.

https://www.academia.edu/7082369/PELABURAN_LANGSUNG_ASING_DAN_P

EMBANGUNAN_SEIMBANG_DI_NCER_SATU_ULASAN_KRITIS. Diakses

pada 7 Disember 2022.

Kerjasama rapat dengan Persekutuan tingkat pelaburan asing, domestik di Sabah. (n.d.).

Sabah Kini2. https://sabahkini2.com/en/news/3405/kerjasama-rapat-dengan-

persekutuan-tingkat-pelaburan-asing-domestik-di-sabah/view. Diakses pada 7

Disember 2022.

Media Mulia. ( 28 Jun 2022). Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah bawa

pelaburan RM6.2 bilion dari China, Korea. Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/06/kementerian-pembangunan-

perindustrian-sabah-bawa-pelaburan-rm6-2-bilion-dari-china-korea/. Diakses pada 7

Disember 2022.

SEC kini pembekal, pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah. (11 Oktober 2022).

Www.utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/11/sec-

kini-pembekal-pengangkut-gas-asli-domestik-terbesar-di-sabah. Diakses pada 7

Disember 2022.

10

SK Nexilis Announces Its First Overseas Investment in Malaysia. (26 Januari 2021). MIDA |

Malaysian Investment Development Authority. https://www.mida.gov.my/media-

release/sk-nexilis-announces-its-first-overseas-investment-in-malaysia/. Diakses pada

7 Disember 2022.

Warta Oriental. (29 Mac 2022). Sabah dapat pelaburan baharu bernilai RM19.8 bilion. Warta

Oriental. https://wartaoriental.com/2022/03/29/sabah-dapat-pelaburan-baharu-

bernilai-rm19-8-bilion/. Diakses pada 7 Disember 2022.

11

Anda mungkin juga menyukai