Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

PROGRAM GEOGRAFI

TAHUN: 2022/2023

SEMESTER: 2

AG10403 PENGENALAN KEPADA GIS DAN


REMOTE SENSING

Tajuk Tugasan : Komponen-komponen GIS dan


Remote Sensing

NAMA : ANASTASIA DAISSIL

NO. MATRIK : BA22160756

PENSYARAH : DR. ANG KEAN HUA

TARIKH : 30 APRIL 2023


ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


1. Pengenalan 1
2. Latar Belakang GIS dan Remote Sensing 2
3. Tinjauan Literatur 3
4. Metedologi Penyelidikan 4
5. Analisis dan Perbincangan: Komponen-Komponen GIS dan Remote 5-10
Sensing
6. Kesimpulan 11
7. Rujukan 12-14
PENGENALAN

GIS (Geographic Information System) bermaksud Sistem Maklumat Geografi. Sistem ini
adalah sistem komputer khas yang boleh menyimpan, menganalisis, memapar dan
memanipulasikan data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data). Menurut Elanor
Daniella (2020), GIS adalah sebuah platform yang membantu pengguna untuk mengumpul,
menyusun dan menyelidik data. Sistem ini juga mengintegrasikan banyak jenis data. Ia
menganalisis lokasi spasial dan mengatur lapisan maklumat ke dalam visualisasi
menggunakan peta dan paparan 3D. Dengan kemampuan yang unik ini, Gis dapat membantu
pengguna dalam membuat keputusan yang lebih bijak melalui terjemahan data dengan lebih
mendalam seperti corak,hubungan dan situasi. Hasil akhir analisis boleh berupa maklumat
yang diutamakan. Salah satu keunggulan sistem GIS berbanding sistem komputer yang lain
adalah kemampuan GIS untuk menyatakan maklumat dengan mengabungkan pangkalan data
teks atau atribute dan pangkalan data berbentuk reruang. Keupayaannya ini memberi
keuntungan pada sistem GIS dalam mengambarkan maklumat yang lebih baik, terperinci
kepada pengguna dan mudah untuk difahami.

Remote Sensing pula atau dalam bahasa melayu Satelit Penderiaan Jauh adalah satu
proses untuk mengesan, memantau atau mendapatkan ciri-ciri fizikal sesuatu kawasan tanpa
perlu bersentuhan secara fizikal dengan objek ataupun tanpa perlu berada di situ. Ia
membolehkan pengguna untuk menangkap, menggambarkan dan menganalisis objek dan ciri-
ciri di permukaan bumi. Dengan memgumpul imejan, pengguna boleh mengklasifikasikannya
ke dalam tutupan tanah dan membuat analisis yang berlainan. Menurut Kiefer dan Lillesan
(1998), satelit penderiaan jauh merupakan suatu seni dan ilmu untuk mendapatkan maklumat
tentang sesuatu objek, daerah mahupun fenomena melalui analisis data yang diperoleh
dengan suatu alat tanpa sentuhan fizikal secara langsung dengan objek dan fenomena yang
dikaji. Mengikut Curran (1985) pula, Remote sensing, adalah penggunaan sensor radiasi
elektromagnet untuk merakam gambar persekitaran bumi yang dapat diinterpretasikan
sehingga menghasilkan maklumat yang berguna.

1
LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN

Sistem Maklumat Geografi

Sebelum tahun 1940-an analisis geografi dilakukan dengan menindih (overlay)


pelbagai jenis peta pada suatu kawasan tertentu. Seterusnya sekitar tahun 1950-an sistem
digital telah dibangunkan untuk melakukan analisis dalam menyelesaikan masalah spatial.
Sehingga saat ini, pelbagai peranan Sistem Maklumat Geografi telah dikembangkan bagi
menangani pelbagai aspek masalah yang berkaitan dengan ruang. Perkembangan dalam
bidang teknologi komputer telah membawa manfaat yang sangat besar dalam penyebaran
maklumat. Contohnya, dengan kewujudan internet, pengguna boleh melihat tempat-tempat
yang menarik dan indah di seluruh pelusuk dunia apabila paparannya memanfaatkan Sistem
Maklumat Geografi. Sistem Maklumat Geografi adalah sebahagian daripada sistem maklumat
yang digunakan untuk data geografi atau alat pangkalan data untuk menganalisis dan
pemetaan perkara yang wujud dan berlaku di permukaan bumi. Sistem Maklumat Geografi
mula dikenali pada tahun 1950-an. Pada mulanya, penyelidikan dalam bidang GIS hanya
terhad kepada penyelidik dalam bidang pengangkutan, meteorologi dan botani. Mereka mula
mencipta peta-peta yang bersifat automatik dan cuba membentangkannya sehingga
penggunaan GIS semakin meningkat sehingga kini.

Satelit Penderiaan Jauh

Satelit penderiaan jauh ataupun lebih dikenali sebagai Remote Sensing adalah salah
satu daripada teknologi yang paling tua di dunia dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun
yang lalu. Satelit penderiaan jauh ini telah berkembang selama beberapa dekad terakhir dari
sebuah aplikasi sehingga menjadi satu teknologi yang banyak mempengaruhi pelbagai aspek
penyelidikan di bumi dan planet. Sistem penderiaan jauh oleh satelit menyediakan data
kritikal seperti ramalan cuaca, peramalan, pertanian, penerokaan sumber asli dan pemantauan
alam sekitar. Pengimejan mula wujud sejak kamera bawaan rocket pada awal 1890-an,
manakala satelit penderiaan jauh dari angkasa bermula seiring Perang Dunia II dan
perkembangan teknologi roket. Perkembangan satelit meteorologi pada awal 1980-an telah
membawa penyelidikan tentang imjean atmosfera dan kehadiran objek angkasa
menunjukkan potensi untuk menyediakan kamera mengorbit maklumat tentang permukaan
bumi. Sehingga saat ini, teknologi penderiaan jauh yang semakin maju telah digunakan
secara meluas di seluruh dunia. Penggunaan teknologi ini telah membawa banyak faedah
kepada negara maju yang mahir dalam memproses maklumat dan menguasai teknologi ini.

2
TINJAUAN LITERATUR

Jurnal yang bertajuk “Sistem Informasi Geografi” yang ditulis oleh seorang pensyarah
universiti iaitu Dr. Ang Kean Hua pada tahun 2015 adalah sebuah jurnal yang menerangkan
tentang maksud Gis secara lebih terperinci iaitu GIS atau dalam bahasa melayu Sistem
Maklumat Geografi merujuk kepada satu sistem yang mampu menangkap, menyimpan,
mengintegrasi, memanipulasi, menganalisis dan memaparkan data spatial. Selain itu dalam
jurnal ini, penulis telah membincangkan tentang perkembangan sejarah GIS yang telah
digambarkan melalui Cappock dan Rhind pada tahun 1991 berdasarkan rujukan jurnal yang
telah dilakukan oleh penulis. Dalam Jurnal ini juga penulis telah mengemukakan beberapa
komponen-komponen GIS bagi memudahkan pembaca untuk lebih memahami komponen-
komponen yang terdapat dalam sistem ini.

Seterusnya jurnal yang bertajuk “Pengenalan Penginderaan Jauh” yang ditulis oleh
Arhatin. Risti pada tahun 2010. Jurnal ini menerangkan sedikit tentang latar belakang sistem
penderiaan jauh atau dalam Bahasa Inggerisnya Remote Sensing. Remote sensing adalah
salah satu teknologi yang paling tua di dunia dan telah digunakan selama berabad-abad yang
lalu.. Penulis jurnal ini telah mengemukakan bahawa teknologi ini telah digunakan secara
meluas dengan pelbagai pembaharuan yang semakin maju sehingga membolehkan pengguna
melihat bukan sahaja keluasan sesuatu kawasan tetapi juga ke tahap yang lebih terperinci.
Teknologi remote sensing merupakan teknologi yang mengunakan satelit untuk merakam
gambar manusia di bumi dan sebarang aktiviti alam. Ia mula diperkenalkan di Amerika
Syarikat untuk tujuan ketenteraan terutama sekali semasa peperangan. Dalam jurnal ini
pembaca dapat mengetahui komponen-komponen penting yang terdapat dalam teknologi ini
seperti objek, atmosfera dan sebagainya.

3
METEDOLOGI PENYELIDIKAN

Terdapat 2 metedologi yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu:

Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan digunakan untuk mengumpulkan data-data tertulis yang bersifat


primer iaitu daripada buku dan sumber-sumber yang bersifat sekunder seperti jurnal.

Kaedah Analisis Kandungan

Kaedah analisis digunakan untuk melakukan tinjauan secara ayat demi ayat,
berdasarkan pemahaman dalam ayat tersebut.

4
ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Komponen-komponen Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Sistem maklumat geografi (GIS) terdiri daripada enam komponen asas iaitu perkakas
(Hardware), perisian (Software), data (Data), manusia (People), prosedur (Procedure) dan
rangkaian (Network) seperti gambar yang ditunjukkan dalam rajah 1. Setiap komponen ini
adalah penting untuk menjalankan GIS dalam Sesuatu bidang.

Rajah 1: Komponen-Komponen GIS

(Sumber: OneStopGIS.com Official Portal (2023) )

Perkakasan (Hardware) merupakan kandungan sistem komputer yang menjalankan perisian


GIS. Pengimbas dan digitizer ialah hardware untuk menukar imej kepada sistem digital dan
menvektorkan objek peta. Pencetak dan plotter adalah merupakan peranti keluaran GIS.
Dalam rajah 2 dibawah kita dapat lihat beberapa hardware yang biasanya digunakan dalam
GIS.

Rajah 2: Hardware GIS (Komputer, Plotter, Pengimbas, Digitizer dan Mesin Pencetak)

(Sumber: ResearchGate.com Official Portal (2023) )

5
Peranti sistem komputer untuk perkakas (hardware) Gis mempunyai 4 komponen iaitu:

Central Processing Unit (CPU) yang menjalankan program komputer dan mengawal operasi
semua komponen. CPU biasanya digunakan untuk komputer peribadi (PC) atau stesen kerja
pada rangkaian komputer. Komponen hardware yang seterusnya adalah Memori Utama.
Memori utama merupakan bahagian paling penting dalam komputer, semua data dan program
berada dalam memori utama untuk capaian yang lebih pantas. GIS yang berasaskan PC
memerlukan sekurang-kurangnya 64MB memori manakala bagi perisian ArcGis pula
memerlukan sekurang-kurangnya 1GB memori utama. Komponen yang ketiga dalam
hardware adalah Memori Tambahan. Memori tambahan ini digunakan secara kekal atau
separa kekal dengan capaian yang lebih rendah daripada memori utama. Memori tambahan
ini juga dikenali sebagai media storan data seperti harddisk (cakera keras), disket (cakera
liut), pita magnetik atau cakera padat optik (CDROM). Untuk komponen hardware yang
terakhir adalah Peranti Input dan Output. Peranti input ini terdiri daripada papan kekunci,
tetikus, pendigitalan, pengimbas, kamera digital dan stesen kerja fotogrametri digital. Untuk
peranti output pula terdiri daripada monitor warna, pencetak, plotter, warna, perakam filem
dan sebagainya.

Komponen GIS yang seterusnya adalah perisian (Software). Software untuk


menjalankan GIS terdiri daripada sistem pengendalian, pengkompil dan program aplikasi.
Sistem pengendalian (Operating System) akan mengawal semua operasi program, juga
menghubungkan peranti perkakasan ke program aplikasi. Untuk komputer peribadi,
WINDOWS adalah salah satu sistem pengendalian yang paling banyak digunakan. Untuk
stesen kerja pula, VMS dan UNIX ialah sistem pengendalian yang dominan. Seterusnya
pengkompil, pengkompil berfungsi untuk menterjamah program yang ditulis dalam Bahasa
komputer ke dalam kod mesin supaya CPU dapat menjalankan program yang mesti
dilaksanakan. Pengkompil yang biasanya digunakan ialah BASIC, FORTRAN dan
sebagainya. Untuk program aplikasi pula, perisian GIS dilengkapi dengan fungsi dan alatan
untuk menyimpan, menganalisi dan memaparkan maklumat geografi. Antara perisian GIS
yang sering digunakan adalah ArcView, ArcGis, GRASS, Mapinfo dan Mapwindow.
Sesetengah daripada perisian GIS adalah “sumber terbuka” yang bermaksud boleh digunakan
oleh sesiapa sahaja tanpa membayar dan ada juga yang perlu membayar. GRASS merupakan

6
perisian terbuka yang telah dibangun berasaskan LINUX dan MapWindow yang berasaskan
Microsoft setakat ini.

Komponen GIS yang ketiga adalah Data, secara dasarnya maklumat yang berkaitan
kedudukan, lokasi dan tempat, adalah antara data yang penting dalam GIS. Data merupakan
salah satu komponen GIS yang paling mahal serta memerlukan masa yang Panjang untuk
memperolehinya. Data telah dilabelkan sebagai data spatial atau data geospatial dan terdapat
juga data yang berkaitan dengan persekitaran atau tempat atau kedudukan yang disebut
sebagai atribute. Gabungan kedua-dua data ini menjadikan GIS lebih berkesan dengan
membenarkan kita mengetahui tempat sesuatu wilayah itu dan apa yang terdapat di Kawasan
tersebut.

Komponen GIS yang keempat adalah manusia atau orang (People). Orang ini adalah
pengguna GIS yang bermula daripada juruteknik yang mereka bentuk dan menyelenggara
sistem kepada pengguna sistem. Kemahiran operator sangat menentukan keberkesanan input
data, pembaikan data, manipulasi data mengikut objektif projek dan paparan hasil kerja GIS.
Dalam operasi GIS, orang yang mengendalikannya boleh dibahagikan kepada juruteknik,
pengendali dan pengaturcara. Orang ini adalah termasuk orang yang memperoleh data, boleh
memasukkan data dengan baik serta boleh memproses dan memasukkan data dalam bentuk
yang sesuai. Disamping itu, mereka juga dapat melakukan banyak perkara dalam GIS.

Komponen yang kelima adalah prosedur (Procedure), prosedur ini adalah satu proses
atau pendekatan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan GIS. Terdapat
banyak teknik yang digunakan untuk menjana peta dan penggunaannya yang berterusan bagi
sesuatu objek. Penjanaan peta boleh dicapai secara automatik dengan cara membuat data
vektor daripada raster atau boleh juga dilakukan secara manual dengan menggunakan jahitan
imej. Sumber peta digital boleh didapati daripada tinjauan ataupun melalui imejan satelit.

Akhir sekali adalah komponen rangkaian (Network). Rangkaian membolehkan


komunikasi pantas dan membenarkan kita untuk berkongsi maklumat digital. Internet telah
terbukit sangat popular sebagai kenderaan untuk menyampaikan aplikasi GIS.

7
Komponen-komponen Satelit Penderiaan Jauh

Berdasarkan kajian kepustakaan yang dilakukan, satelit penderiaan jauh (Remote


Sensing) ini terdiri daripada enam komponen iaitu sumber tenaga, atmosfera, objek, wahana
dan sensor, perolehan data dan pengguna data.

Sumber tenaga utama dalam penderiaan jauh ialah sinaran elektromagnet. Gelombang
elektromagnet adalah satu bentuk tenaga yang hanya boleh diperhatikan melalui interaksinya
dengan objek. Bentuk tenaga ini dikenali sebagai sinar-X, cahaya tampak, inframerah dan
gelombang mikro. Menurut Samsul Arifin (2014) dalam satelit penderiaan jauh terdapat dua
sumber tenaga yang dikenali sebagai penderiaan jauh aktif dan penderiaan jauh pasif seperti
yang ditunjukkan dalam rajah 3 dan 4 di bawah. Penderiaan jauh aktif ialah penderiaan jauh
yang menggunakan tenaga buatan dalam rakamannya. Ini berdasarkan rakaman objek pada
waktu malam memerlukan tenaga. Proses merekod objek adalah melalui pantulan tenaga
buatan yang dikenali sebagai tenaga nadi yang dipancarkan oleh alat berkelajuan tinggi, yang
dipantulkan oleh objek kerana apabila satah bergerak, tenaga nadi yang dipantulkan oleh
objek direkodkan. Penderiaan jauh pasif pula adalah penderiaan jauh yang mengunakan
tenaga suria dengan merakam tenaga yang dipantulkan dan direkod iaitu sistem
fotografi,terma, gelombang mikro dan satelit.

Rajah 3: Penderiaan Jauh Aktif Rajah 4: Penderiaan Jauh Pasif

8
(Sumber: Tutorial SAGA GIS.com Official Portal (2016) )

Seterusnya komponen Atmosfera, atmosfera mempengaruhi tenaga elektromagnet


yang bersifat selektif terhadap gelombang panjang, oleh itu timbullah istilah “jendela
atmosfera” yang merupakan sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang boleh sampai
ke permukaan bumi. Jendela atmosfera yang biasa digunakan dalam penderiaan jauh ialah
spektrum tampak yang mempunyai panjang gelombang 0.4 mikrometer hingga 0.7
mikrometer (Risti E. Arhatin,2010). Spektrum elektromagnet adalah spektrum yang sangat
luas dan hanya boleh digunakan dalam penderiaan jauh sahaja kerana atmosfera dikatakan
selektif gelombang panjang. Ini kerana sesetengah gelombang elektromagnet mengalami
rintangan yang disebabkan oleh partikel-partikel yang terdapat di ruang atmosfera seperti
habuk, wap air dan gas. Proses perencatan akan berlaku dalam bentuk serapan, pantulan dan
serakan.

Rajah 5: Interaksi antara tenaga elektromagnet dan Atmosfera

(Sumber: HGF 223 Cuaca dan Iklim.com Official Portal (2023) )

Komponen yang ketiga adalah Objek, objek merupakan benda atau media yang akan
dipantulkan oleh gelombang elektromagnet. Jika tenaga elektromagnet mencecah sesuatu
rupa di permukaan bumi, maka terdapat tiga kemungkinan yang akan berlaku iaitu ia akan
dipantulkan, diserap dan dipancarkan . Objek yang boleh digambar pada foto udara adalah
terhad kepada objek yang boleh dilihat. Walaupun demikian, terdapat objek yang tidak
kelihatan tetapi boleh ditafsir berdasarkan objek yang kelihatan. Sebagai contoh, jenis batuan
boleh ditafsirkan secara topografi, pada aliran dan tumbuh-tumbuhan tutup bumi. Setiap
objek mempunyai ciri-ciri dalam memantulkan dan menghantar tenaga kepada sensor. Objek
penderiaan jauh ini boleh berbentuk objek seperti air, tanah, bangunan dan tumbuh-tumbuhan
atau fenomena atmosfera di permukaan bumi.

9
Komponen yang keempat adalah wahana dan sensor, wahana adalah kenderaan yang
digunakan untuk menyimpan alat rakaman. Merakam objek di permukaan bumi boleh
dilakukan di angkasa lepas mahupun di luar angkasa. Antara kenderaan yang digunakan
dalam penderiaan jauh adalah seperti belon udara panas, kapal terbang dan satelit. Setiap
jenis kenderaan ini mempunyai butiran objek yang berbeza. Kapal terbang mempunyai
butiran objek yang boleh dipertingkatkan secara berterusan kerana kapal terbang boleh
terbang pada ketinggian yang berbeza, manakala satelit mempunyai butiran objek yang
bergantung pada piksel kerana ketinggian kenderaan satelit telah ditentukan. Untuk alat
sensor pula, sensor adalah alat yang berfungsi untuk menerima tenaga yang dipantulkan dan
dipancarkan yang direkod oleh pengesan. Sensor sistem penderiaan jauh dapat dikelaskan
kepada dua iaitu sensor fotografi dan sensor elektirk. Sensor yang digunakan dalam sensor
fotografi adalah kamera. Cara sensor ini berfungsi adalah berdasarkan pantulan tenaga
daripada objek, manakala pengesan adalah filem yang disalut dengan unsur kimia. Seterusnya
adalah sensor elektrik, sensor elektrik ini digunakan khas untuk penderiaan jauh bukan
fotografi. Sensor ini berfungsi berdasarkan pancaran elektirk yang dipancarkan atau
dipantulkan oleh objek yang didaftarkan dalam pengesan. Pengesan sensor ini pula
berdasarkan pita magnetik.

Komponen yang kelima adalah perolehan data, data penderiaan jauh ini boleh
diperolehi melalui dua cara iaitu dengan kaedah manual dan digital. Kaedah manual
dilakukan dengan cara tafsiran visual. Manakala kaedah digital pula adalah menggunakan
komputer. Gambar udara biasanya ditafsirkan secara manual.

Akhir sekali adalah komponen pengguna data, pengguna data adalah orang atau
institusi yang menggunakan data penderiaan jauh. Data penderiaan jauh boleh digunakan
dalam pelbagai bidang. Data penderiaan jauh yang terperinci dan boleh dipercayai sangat
diperlukan oleh pengguna data.

10
KESIMPULAN

GIS ialah satu teknologi yang boleh memproses dan mengintegrasikan pelbagai
maklumat berkaitan dalam satu kajian. Ini kerana teknologi GIS bukan sahaja boleh
memaparkan peta asas, tetapi juga mengintegrasikan maklumat berkaitan, bagi memodelkan
dan meramalkan apa yang akan berlaku di lokasi geografi yang dimaksudkan. Remote
sensing pula adalah suatu teknologi atau ilmu untuk mencapai maklumat atau fenomena alam
melalui pernilaian dan analisis maklumat yang diperoleh daripada rakaman, kawasan atau
fenomena yang dikaji.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa setiap komponen yang terdapat


dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Satelit Penderiaan Jauh (Remote Sensing)
sangat penting bagi menbantu GIS dan Remote Sensing untuk berfungsi dengan baik. Jika
terdapat beberapa komponen yang hilang atau tidak mencukupi, GIS dan Remote Sensing
tidak akan dapat beroperasi dengan baik.

11
RUJUKAN

Anang Tri Nugroho, Dwi Prabowo, John Palapa, Hilmi Ardiansyah. (2002). Pengenalan GIS,
GPS dan Remote Sensing [pdf]. //www.pdfdrive.com/modul-pengenalan-gis-gps dan
remote-sensing-e57957927 diakses pada 19 April 2023.

Ang Kean Hua. (2015). Sistem Informasi Geografi (GIS): Pengenalan kepada perspektif
Komputer [pdf]. http://journalarticle.ukm.my/8885/1/3ok.geografia-jan15
angkeanhua-edam.pdf diakses pada 19 April 2023.

Ayuskymapglobal. (2014). Apa itu 'Remote Sensing'?.


https://ayuskymapglobal.wordpress.com/2014/03/07/apa-itu-remote-sensing-2/
diakses ada 21 April 2023.

Deepublish Store. (2023). Penginderaan Jauh: Pengertian, Komponen, Manfaat.


https://deepublishstore.com/blog/materi/penginderaan-jauh/ diakses pada 21 April
2023.

Eleanor Daniella Lokman. (2020). Apakah Remote Sensing dan Apakah Gis? [pdf].
https://www.researchgate.net/publication/349097948_APAKAH_REMOTE_SENSI
G_DAN_APAKAH_GIS diakses pada 20 April 2023.

12
GISGeography. (2023). What is Remote Sensing? The Definitive Guide - GIS Geography.

https://gisgeography.com/remote-sensing-earth-observation-guide/ diakses pada 21

April 2023.

Gotogis.com. (2023). Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS).


http://www.gotogis.com/introgis2.htm diakses pada 21 April 2023.

Habibi, M. (2022). Definisi, Komponen dan Manfaat Remote Sensing. TechnoGIS.


https://www.technogis.co.id/definisi-komponen-dan-manfaat-remote-sensing/ diakses
pada 21 April 2023.

Lili Somantari. (2011). Teknologi Penginderaan Jauh (Remote Sensing) [pdf].


http://file.upi.edu/Direktori/FPIPS/JUR._PEND._GEOGRAFI/132314541
LILI_SOMANTRI/makalah_Guru.pdf diakses pada 19 April 2023

Materiedukasi.com. (2017). Pengertian dan Komponen-Komponen dalam Sistem


Penginderaan Jauh atau Remote Sensing.
https://www.materiedukasi.com/2017/07/pengertian-dan-komponen-komponen
dalam-sistem-penginderaan-jauh-atau-remote-sensing.html diakses pada 21 April
2023.

Portal Rasmi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi. (2020). Satelit Penderiaan Jauh
(Remote Sensing). from https://www.mosti.gov.my/perkongsian-maklumat/satelit
penderiaan-jauh-remote-sensing/ diakses pada 21 April 2023.

Risti E. Arhatin. (2010). Pengenalan Penginderaan Jauh [pdf].


https://dokumen.tips/documents/modul-pengenalan-penginderaan-jarak jauh.html?
page=1 diakses pada 18 April 2023

13
Samsul Arifin. (2014). Kajian Kriteria Standar Pengolahan Klasifikasi Visual Berdasarkan
Data Inderaja Multispektral Untuk Informasi Spasial Penutup Lahan [pdf].
https://docplayer.info/30235868-Kajian-kriteria-standar-pengolahan-klasifikasi visual
berbasis-data-inderaja-multispektral-untuk-informasi-spasial-penutup lahan.html
diakses pada 18 April 2023.

U.S. Geological Survey. (n.d.). USGS.gov. (2023).What is a geographic information system


(GIS)?. https://www.usgs.gov/faqs/what-geographic-information-system-gis diakses
pada 21 April 2023.

14

Anda mungkin juga menyukai