Anda di halaman 1dari 7

Sawit atau nama saintifiknya Elaeis Guineesis sebenarnya berasal dari Afrika Selatan.

Pada tahun 1848, empat anak benih tanaman sawit telah dibawa dari Afrika dan ditanam di

Taman Botani Bogor, Indonesia. Pada tahun 1880-an, benih ini kemudiannya telah dibawa ke

Deli, Sumatera untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Pada tahun 1911, benih ini

kemudiannya dibawa ke Rantau Panjang, Kuala Selangor, juga untuk dijadikan tanaman

hiasan.

Sejarah awal industri sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917, apabila benih

kelapa sawit Dura (tempurung tebal) dari Rantau Panjang, Selangor mula ditanam di Ladang

Tenmaran, Kuala Selangor. Dengan melakukan beberapa kaedah penyelidikan dan

memahami pewarisan bentuk buah kelapa sawit, penanaman komersial daripada baka Dura

kepada baka kacukan Dura x Pisifiera (DxP) mula dijalankan. Buah Pisifera adalah buah

sawit yang tidak mempunyai tempurung, dan dikenali sebagai buah mandul betina iaitu

bunga betina yang sepatutnya berkembang menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum

matang. Baka kacukan DxP menghasilkan buah tanera (kelapa sawit yang mempunyai

tempurung nipis). Pokok kelapa sawit yang menggunakan baka jenis DxP adalah lebih rendah

dan tandannya sangat besar. Banyak kelebihannya apabila baka jenis DxP ini ditanam.

Pertama, disebabkan ia rendah daripada baka Dura, ia memudahkan pekerja ladang untuk

memetik buah kelapa sawit. Kedua, lebih banyak pokok kelapa sawit dapat ditanam dalam

satu hektar tanah kerana sifat pokok itu yang lebih rendah dan yang ketiga, kerana sifat

tempurungnya yang nipis, maka ia menghasilkan minyak yang banyak. Kini, jika kita tinjau

ladang kelapa sawit yang terdapat di Malaysia, kebanyakannya telah di dominasi dengan

pokok kelapa sawit jenis DxP.

Penanaman Sawit Di Malaysia


Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan

untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an,

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk

diteroka dan dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat

memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan

kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan

produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi

yang bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian

Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar

pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

(FELDA) pula ditubuhkan untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala

Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi

tumpuan yang lebih besar dalam usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D)

seterusnya meningkatkan pengeluaran. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula

memainkan peranan penting dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan faedah dan

penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia.

PERKEMBANGAN TANAMAN KELAPA SAWIT DI SELANGOR

Kajian mengenai tanaman kelapa sawit ini memfokuskan kepada keluasan tanaman

yang diusahakan oleh masyarakat Selangor bermula pada tahun 1965 sehingga tahun 1967.

Pada tahun 1965 sejumlah 61,919 ekar tanah yang diusahakan untuk penanaman kelapa

sawit. Dimana ia terbahagi kepada beberapa pihak yang mengusahakannya, antaranya adalah

oleh pekebun-pekebun besar iaitu seluas 58,790 ekar. Selain itu pekebun-pekebun kecil juga

telah mengusahakan penanaman kelapa sawit iaitu seluas 1,132 ekar. Pada tahun 1965 juga

rancangan tanah persekutuan juga turut direkodkan telah mengusahakan seluas 1,996 ekar

tanah untuk penanaman kelapa sawit.


Dalam tempoh setahun iaitu antara hujung tahun 1965 hingga hujung tahun 1966 tanaman ini

telah bertambah meluas dari satu masa ke masa. Lebih kurang 16,094 ekar tanaman baru

telah diusahakan. 11,892 ekar telah ditanam di ladang-ladang besar di daerah kelang, kuala

Langat dan kuala Selangor. Seluas 2,199 ekar telah di tanam oleh pekebun kecil di daerah

kuala Langat dan Kelang. Perkembangan tanaman kelapa sawit pada tahun 1965 berbanding

tahun 1966 menunjukkan pertambahan yang besar. Hal ini menunjukkan bagaimana

pesatnya kemajuan tanaman kelapa sawit dalam tahun 1966. Di samping itu 698 ekar telah

ditebang di kebun besar terutamanya di ladang Jugra land & Carey Ltd dan North Hammock

di daerah kelang dan di ladang Tumbok,kuala Langat untuk ditanam semula dengan kelapa

sawit.

Harga pasaran dalam tahun 1966 adalah seperti berikut,

KELAS Suku tahun 1 Suku tahun 2 Suku tahun 3 Suku tahun 4

Minyak merah $612-(P.S ham) $547-(P.S ham) $595-(P.S ham) $545-(P.S ham)

( 1 ton) $520-(Dengkil) $538-(Dengkil)

Minyak isi $400-(P.S ham) $332-(P.S ham) $385-(P.S ham) $345-(P.S ham)

( 1 ton) 317.5-(Dengkil)

Bancian kilang kelapa sawit

Pada tahun 1966 terdapat 15 klang kelapa sawit dalam negeri Selangor. Antaranya

yang terletak di daerah kuala Langat iaitu kilang sungai sedu, Dusun durian, Gadong,

Tumbok, Fermanegh, dan teluk Merbau. Kilang tersebut mampu memproses antara 6 hingga

7 ton kelapa sawit dalam masa satu jam. Selain itu ada diantara kilang-kilang ini menerima

hasil dari pekebun-pekebun kecil di daerah tersebut. Di daerah Kelang pula terdapat 2 buah
kilang iaitu Highlands dan Bukit Rajah. Walau bagaimanapun tiada data yang tepat yang

diberikan tentang jumlah yang mampu diproses dalam masa sejam.

Manakala di Ulu Langat pula, terdapat 2 buah kilang iaitu Dengkil Oil Palm dan Lee

Chin Cheng Plantation dimana kilang tersebut mampu memproses antara 5 hingga 7 ton

dalam masa sejam. Di kuala Selangor pula terdapat 4 buah kilang iaitu kilang Raja Musa,

Tanamaran, River side dan bukit mertajam. Kemampuan memproses juga di sembunyikan

dan tidak dapat dinyatakan dalam rekod yang disediakan. Akhir sekali adalah di Kuala

lumpur iaitu kilang Elmina yang mampu untuk memproses 5 ton dalam masa sejam.

pengeluaran benih kelapa sawit

pada tahun 1966 terdapat beberapa pengeluar atau pembekal benih kelapa sawit.

Antaranya adalah jabatan pertanian yang telah menjual sebanyak 55 benih kelapa sawit.

Benih yang dihasilkan oleh jabatan pertanian tidak mendapat sambutan dari pekebun. Hal in

adalah disebabkan oleh pekebun lebih berminat untuk mendapatkan benih dari Hiew soo Lin

Nursery, sebanyak 68,327 benih kelapa sawit telah dijual. Selain itu, Rim Nursery juga telah

menjual sebanyak 28,576 benih sawit dan menjadikan keseluruhan benih sawit yang dijual

adalah sebanyak 97,958 benih sawit.

Sejumlah 4,600 pokok benih telah dikeluarkan percuma kepada ahli-ahli persatuan

peladang kampung Sungai Kelambu dengan bantuan kerajaan negeri. Benih tersebut telah

disemai dan dibakulkan sendiri oleh ahli-ahli.

Kebanyakan pokok-pokok benih kelapa sawit ini diperuntukkan kepada peserta-

peserta rancangan penanaman semula dan pekebun kecil. Benih sebanyak 241,703 Dxp dan

64,000 Dxt telah dibekalkan kepada Rim Nursery dan Hiew Soo Lim Nursery dalam tahun

1966. Biji benih berjumlah 135.000 Dxp dan 11,000 Dxt telah dibeli dari peruntukkan
kerajaan negeri Selangor sebanyak $50,000. Biji benih tersebut adalah untuk disemai dan

dibakulkan di pusat pertanian Telok Datoh. Kuala Langat dan dijual 80 sen sepokok kepada

pekebun kecil yang tidak mendapat bantuan dari Rancangan tanam semula Getah.

Perkembangan kelapa sawit ditambah lagi dengan bekalan benih sawit oleh jabatan

peladang. Peladang telah membekalkan benih kepada pekebun kecil dengan harga yang

berpatutan. Bagi peserta-peserta rancangan penanaman semula mereka dibekalkan dengan

pokok-pokok yang disemai dan dbakulkan oleh kontrator jabatan peladang berharga $1.20

sepokok. Manakala bagi pekebun kecil mereka dibekalkan dengan dua cara, cara yang

pertama adalah dengan menyemai dan membakulkan sendiri pokok tanpa menggunakan

modal sendiri. Hal ini adalah disebabkan oleh peladang telah memberikan benih tersebut

secara percuma. Cara kedua adalah dengan membeli pokok sawit dengan harga 80 sen

sepokok.

Tanaman ini telah memdapat kemajuan yang pesat baik diladang kecil mahupun

lading besar. tambahan seluas 15,396 ekar mmenjadikan keseluruhan tanaman 77,316 ekar.

Pertambahan tanaman ini menunjukkan bagaimana terkenalnya tanaman ini dinegeri

Selangor. Terutamanya pekebun kecil, tanaman kelapa sawit telah meningkat sebanyak 200

peratus pada tahun1966 dari tahun sebelumnya.

Perkembangan tanaman kelapa sawit pada tahun 1967 lebih menggalakkan apabila

keluasan tanaman menunjukkan pertambahan. Dalam tempoh setahun pada tahun1967

pertambahan tanaman kelapa sawit adalah sebanyak 20,483 ekar. Pertambahan tanaman ini

menjadikan keseluruhan tanaman kelapa sawit di Selangor adalah seluas 96,952 ekar.

Pertambahan yang besar tersebut adalah disebabkan oleh projek tanaman yang diusahakan

oleh pekebun-pekebun besar iaitu sebanyak 19,684 ekar. Manakala selebihnya adalah dari

pekebun kecil dan rancangan tanah persekutuan(FELDA).


Tanaman kelapa sawit telah bertambah meluas dalam tahun 1967 kerana kejatuhan

harga getah. Ladang-ladang besar dan pekebun kecil telah menukar tanaman getah kepada

tanaman kelapa sawit. Daerah yang menjalankan pertambahan penanaman kelapa sawit ini

adalah Daerah Kelang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Ulu Selangor.

Manakala kebun-kebun besar di daerah Kelang dan Kuala Langat telah memusnahkan seluas

847 ekar pokok sawit yang telah tua. Walau bagaimanapun ia tidak menunjukkan

pengurangan kerana penanaman semula telah dilakukan.

Harga pasaran pada tahun 1967 adalah seperti berikut,

KELAS HARGA

Suku tahun 1 Suku tahun 2 Suku tahun 3 Suku tahun 4

Minyak Merah $676 $625 $630 $600

(1 Tan ) Elmina Est Elmina Est Elmina Est Elmina Est

$620 $553 $549 $528

Port S. Ham Port S. Ham Port S. Ham Port S. Ham

Minyak Isi $352 $344 $342 $395

( 1 Tan ) Elmina Est Elmina Est Elmina Est Elmina Est

$260 $329 $365 $393

Port S. Ham Port S. Ham Port S. Ham Port S. Ham

Harga minyak merah adalah tinggi pada suku tahun yang pertama, tetapi beransur

turun sehingga kehujung tahun. Harga minyak isi sebaliknya adalah tinggi dalam suku tahun

ketiga dan keempat berbanding pada tahun sebelumnya. Sungguhpun harga sawit ini tidak

tetap, tetapi apabila dibandingkan dengan harga getah yang merosot, maka pekebun kecil

kelapa sawit belum merasa bimbang.


Bancian kilang kelapa sawit pada tahun 1967

Pada tahun 1967, kilang kelapa sawit adalah sebanyak 16 buah. Bilangan kilang

bertambah hanya sebuah sahaja iaitu kilang Jugra & Carey Ltd.

Pengeluaran benih kelapa sawit dalam tahun ini adalah sebanyak 76,701 pokok.

Benh-benih ini adalah dikeluarkan oleh jabatan Pertanian Kuala Langat, Jabatan Pertanian

Cheras, Semaian ladang Rim, dan oleh ladang Hiew Soo Lim. Walaubagaimanapun Semaian

ladang Rim dan ladang Hiew Soo Lim tidak lagi menjadi pusat penyemaian benih kepada

jabatan pertanian lagi pada tahun 1968. Kebanyakan pokok-pokok kelapa sawit ini

dibekalkan kepada peserta rancangan Tanaman semula menggantikan getah dan kepada

pekebun kecil. Pada tahun ini juga tiada serangan penyakit dan musuh yang besar terjadi

melainkan dari penyakit akar biasa sahaja.

Jabatan Pertanian membekalkan anak-anak kelapa sawit kepada pekebun kecil dengan

harga yang berpatutan, dengan harga mengadakan dua kontraktor yang membekalkan benih

iaitu di pusat pertanian Telok Datok dan Cheras. Bagi peserta rancangan tanaman semula,

mereka boleh mendapatkan benih sawit dengan harga $1,20 sepokok dari kontraktor yang

menyemai dan membakulkan pokok-pokokn tersebut. Bagi pekebun yang mendapat bantuan

dari kerajaan Selangor, mereka boleh mendapatkan anak benih dengan harga 80 sen sepokok.

Galakan penanaman kelapa sawit diberi kepada pekebun kecil yang yang berhampiran

dengan kilang-kilang untuk memudahkan urusan mendapatkan hasil.

Akhir sekali, tanaman ini menunjukkan kemajuan yang pesat baik di ladang-ladamg

besar mahupun pekebun kecil. Seluas 19,636 ekar telah bertambah, iaitu hampir 26 peratus

dari luas tanaman tahun sebelumnya. Ini menjadikan keseluruhan tanaman kelapa sawit di

Selangor adalah seluas 96,952 ekar. Pertambahan ini bukan sahaja di kawasan panta sahaja,

tetapi meliputi kawasan daerah-daerah darat dala tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai