Anda di halaman 1dari 2

Majlis mengumumkan perarakan masuk para peserta khatam bagi tahun

2022 bersamaan 1443H dengan diketuai oleh Al fadhil Ustaz Safuan bin
Yusuf untuk mengambil tempat.

Assalamualaikum & salam darul takzim


Yang berusaha pn norzilla bte adam gb sktjj5 , yang dihormati pn hjh rokiah bt hj
mat isa,gpk kurikulum sktjj5,yang dihormati pn azizah bt abd jabbar gpk hem
sktjj5,yang dihormati En.Hafizan bin Othman gpk kokorikulum sktjj5,barisan
guru,para peserta khatam 1443H seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Majlis mengalu-alukan kehadiran pada hadirin ke majlis semulia Ramadan


peringkat sktjj5 2022/1443 h.
Warga hadirin yang dihormati sekalian, hari ini akan berlangsung dua majlis iaitu
majlis khatam al quran dan majlis penutupan bulan panitia p .islam dan bahasa
arab 2022/1443h.

Untuk makluman semua para peserta khatam al-quran pada tahun ini adalah
seramai 22 orang yang terdiri daripada kelas 6bestari dan 6 arif.Bagi
meneruskan acara ,dengan sukacitanya saya menyerahkan majlis kepada al
fadhil ustaz safuan bin yusuf khalifah khatam al quran peringkat sktjj5 bagi
2022/1443h.dipersilakan.

Alhamdulillah,demikianlah tadi telah sempurnanya majlis khatam alquran


peringkat sktjj5 2022/1443h.Majlis mengucapkan tahniah kepada para peserta
khatam dan setinggi penghargaan kepada al fadhiil ustaz safuan bin yusuf atas
pimpinan majlis khatam al-quran sebentar tadi.

Kalau puan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada puan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya sebagai menambah kesempurnaan majlis,majlis dengan ini


mempersilakan yang berusaha pn norzilla bte adam gb sktjj5 untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan bulan panitia
p.islam dan bahasa arab bagi 2022/1443h sktjj5.Segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


berusaha pn norzilla bte adam gb sktjj5 atas perasmian penutupan bulan panitia
p.islam dan bahasa arab sebentar tadi.

Hadirin sekalian
Seterusnya sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang telah
khatam,pihak sekolah akan memberikan cenderahati dan sijil penghargaan
kepada para peserta.Bagi menyempurnkan majlis,dengan segala hormatnya
dipersilakan yang berusaha pn norzilla bte adam gb sktjj5 untuk menyampaikan
sijil dan cenderahati kepada para peserta.
Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
berusaha pn norzilla bte adam gb sktjj5 atas penyampaian sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian


Seterusnya sebagai mengakhiri majlis penutupan bulan panitia p.islam dan
bahasa arab,majlis beraleh kepada penyampaian hadiah kepada para pemenang
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan panitia p.islam dan bahasa arab.
Sebagai menyempurnakan acara majlis mempersilakan
_____________________________________________________________
segala hormatnya dipersialakn.

Bagi pemenang

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


berusaha pn norzilla bte adam gb sktjj5 atas penyampaian sebentar tadi.Dengan
berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi,maka majlis kita sudah tiba ke
penghujungnya.

Hadirin sekalian sy akhiri majlis dengan dua rangkap pantun nasihat.

Terbang pipit di pagi hari


Hinggap di pohon mencari bunga
Rajinkan diri kita mengaji
Hati tenang hidup bahagia

Putih harum bunga melati


Bunga mawar punya duri
Pelajari al-quran sepenuh hati,
Amalkan dalam hidup sehari-hari.

Sekian,saya tangguh majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-ashr

Anda mungkin juga menyukai