Anda di halaman 1dari 25

4.

SUMBER (PEMBIAYAAN) &


PENGGUNAAN DANA

NADIA , ADIBAH , ADAM . IKHWAN


JENIS SUMBER DANA MENGIKUT
JANGKA MASA PANJANG

PEMBIAYAAN EKUITI DAN HUTANG YG MEMPUNYAI TEMPOH MATANG


MELEBIHI SATU TAHUN.
6 JENIS SUMBER DANA
MENGIKUT JANGKA
MASA PANJANG
PINJAMAN
HUTANG
SAHAM JANGKA PANJANG
BON EKUITI JANGKA / PINJAMAN
KEUTAMAAN
PANJANG BERJANGKA

DEBENTUR
BON
Merupakan sekuriti hutang jangka panjang yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan
(penerbit bon) untuk dijual kepada individu dan institusi kewangan bagi mengumpul
modal.
Merupakan kontrak yang formal untuk penerbit bon membayar balik wang yang
dipinjamkan pada tarikh matang dan faedah secara bertempoh pada suatu masa tetap.
Contohnya, setiap enam bulan atau secara tahunan.
Bon adalah seperti pinjaman iaitu pemegan bon adalah pemberi pinjaman (pemiutang)
dan penerbit bon adalah peminjam (penghutang).
Bon menyediakan peminjam dengan dana luar untuk membiayai pelaburan jangka
panjang.
Jenis-jenis bon ialah bon kerjaan, bon korporat, bon biasa, bon bercangar, bon tidak
bercangar dan bon boleh tukar.

KEBAIKAN BON
1. Faedah pinjaman ditetapkan dan tidak bergantung kepada keuntungan perniagaan.
2. Kuasa kawalan perniagaan tidak terjejas kerana pemegang bon tidak boleh melantik ahli
lembaga pengarah.
3. Bayaran faedah atas bon dikecualikan daripada cukai pendapatan.

KELEMAHAN BON
1. Faedah adalah lebih tinggi dan ini meningkatkan perbelanjaan perniagaan.
2. Faedah perlu dibayar walaupun perniagaan rugi
3. Perniagaan perlu memperuntukkan sejumlah wang pada tarikh matang untuk
membayar balik pokok pinjaman.
4. Tindakan akan diambil oleh pihak pemberi pinjaman sekiranya gagal membayar dalam
tempoh yang ditetapkan.

EKUITI
Merujuk kepada pelaburan dana daripada pemilik perniagaan sama ada dalam bentuk
saham biasa atau perolehan tertahan dalam perniagaan.
Saham biasa – menunjukkan pemilik sesebuah syarikat dan tiada tempoh matang.
Pemegang saham mempunyai hak mengundi, hak ke atas aset dan hak ke atas
pendapatan. Saham biasa diterbitkan dan dijual oleh syarikat untuk mendapatkan dana
daripada pelabur atau pemilik syarikat. Jika saham dijual melebihi nilai taranya, aliran
masuk tunai akan diterima yang meliputi nilai tara saham dan premium (lebihan harga
jualan ke atas nilai tara saham). Kadar dividen yang diterima oleh pemegang saham
biasa berubah-ubah setiap tahun mengikut keuntungan syarikat.
Perolehan tertahan- Keuntungan bersih syarikat yang tidak diagihkan kepada
pemegang saham dalam bentuk dividen tetapi disimpan dalam syarikat untuk
digunakan semula bagi mengembangkan perniagaan.

KEBAIKAN EKUITI
1. Syarikat tidak perlu membayar faedah.
2. Saham biasa tidak mempunyai tarikh matang.
3. Pemilik mempunyai kuasa untuk melantik pihak pengurusan.
4. Boleh meningkatkan kemampuan perniagaan membuat pinjaman pada masa depan.

KELEMAHAN EKUITI
1. Memakan masa yang panjang untuk menerbitkan saham.
2. Kos untuk menerbitkan saham adalah tinggi.
3. Kos modal yang lebih tinggi kerana dividen yang dibayar tidak dapat dikecualikan
daripada cukai pendapatan.
4. Sukar untuk mendapatkan dana cukup sekiranya ekonomi tidak baik atau prestasi
syarikat tidak menggalakkan.
SAHAM KEUTAMAAN
Aset kewangan syarikat yg tiada tempoh matang dan dibayar
dgn kadar faedah yg tetap ke atas pemilikan saham tersebut
Satu instrumen kewangan yg menggabungkan ciri-ciri sekuriti
hutang dan saham biasa

Pemegang saham keutamaan akan menerima pulangan dlm amaun


yg tetap pada setiap tempoh yg ditetapkan.
Dividen saham keutamaan akan menerima pulangan dlm amaun yg
tetap pd setiap tempoh yg ditetapkan.
Jenis saham keutamaan :
-saham keutamaan biasa
-saham keutungan boleh tukar
-saham keutamaan penyertaan
-saham keutamaan terkumpul
Kebaikan Saham Keutamaan
Dapat menarik pelaburan kerana risiko lebih rendah berbanding
saham biasa
Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan .

Kelemahan Saham Keutamaan


Memakan masa yg panjang utk menerbitkan saham .
Kos utk menerbitkan saham adalah tinggi .
Sukar utk mendapatkan dana yg cukup sekiranya ekonomi tidak
baik atau prestasi syarikat tidak menggalakkan.
HUTANG JANGKA PANJANG
Diberikan oleh pihak institusi kewangan kpd pelanggan /syarikat. Pinjaman
ini akan dibayar balik dalam jangka panjang (melebihi setahun) dgn
bayaran bunga dan pokok secara berkala.

Jumlah pinjaman bergantung jumlah modal keseluruhan perniagaan.


Amaun pinjaman adalah besar dan memerlukan cagaran kerana
risiko yg besar
PINJAMAN JANGKA PANJANG /
PINJAMAN BERJANGKA
Pinjaman yg diberikan dlm tempoh 5 hingga 10 tahun.
Pembiayaan bertujuan utk membeli peralatan yg mempunyai jangka hayat
yang panjang dan bernilai ekonomi.
DEBENTUR

Kemudahan pinjaman jangka panjang dan tidak bercagar. Diperoleh


melalui terbitan sekuriti kpd orang awam oleh syarikat swasta.
Berbentuk sekuriti jangka sederhana atau jangka panjang .
Dibeli pada nilai diskaun dan dibayar pada nilai muka.
5 JENIS SUMBER DANA
MENGIKUT JANGKA
MASA PENDEK

OVERDRAF PENERIMAAN RESIT PINJAMAN


PEMFAKTORAN BERJANGKA
JURUBANK BERJANGKA
OVERDRAF
• Kemudahan kredit yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa yang
membenarkannya mengeluarkan wang yang melebihi baki yang terdapat dalam
akaun semasa tersebut setakat had yang ditetapkan.
• Tujuan penggunaan bagi membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan.
• Faedah yang dikenakan terhadap pemegang akaun tersebut berdasarkan jumlah
wang yang dikeluarkan sahaja.
• Kadar faedah yang dikenakan biasanya lebih tinggi daripada pinjaman biasa kerana
kadar yang dikenakan mengikut hari sehinggalah bayaran dibuat sepenuhnya
PEMFAKTORAN
• Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun penghutang
perniagaan (akaun belum terima) dan aktiviti pengutipan hutang.
• Syarikat pemfaktoran ialah institusi kewangan yang menjalankan kegiatan pemfaktoran
seperti Hidayah Factors Sdn. Bhd., CIMB Faktoring dan Public Leasing and Factoring Sdn.
Bhd.
• Aktiviti ini merupakan kemudahan pembelian invois atau akaun penghutang perniagaan
(akaun belum terima) oleh syarikat pemfaktor daripada pelanggan perniagaannya.
PEMFAKTORAN
• Sesebuah organisasi perniagaan akan menjual akaun penghutang perniagaan (akaun
belum terima) pada nilai kurang daripada nilai muka (nilai diskaun) kepada syarikat
pemfaktor apabila wang tunai diperlukan dengan segera dalam perniagaan.
• Organisasi perniagaan itu akan menerima wang pendahuluan dan bakinya akan
dijelaskan setelah syarikat pemfaktor selesai memungut hutang daripada penghutang
perniagaan tersebut.
• Syarikat pemfaktor akan mengambil kira semua kos dalam memberi pembiayaan
kepada organisasi perniagaan perniagaan tersebut yang melibatkan kos rizab, yuran dan
faedah
PENERIMAAN JURUBANK
• Merupakan bil pertukaran yang dikeluarkan oleh pengimport atau pengeksport dan
diterima serta disahkan oleh bank. Dengan penerimaan dokumen tersebut, bank
mempunyai komitmen untuk membayar sejumlah wang yang dinyatakan pada satu tarikh
masa tertentu atau masa depan
• Merupakan satu kaedah pembiayaan perdagangan jangka pendek yang disediakan oleh
bank kepada pelanggan perniagaannya yang melakukan kegiatan import dan eksport
bertujuan memudahkan perdagangan antarabangsa dan perniagaan domestik
RESIT
AMANAH
• Merupakan jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada pengeksport
daripada dalam dan luar negara.
• Satu bentuk kemudahan jangka pendek yang diperoleh oleh pengimport
daripada pihak bank bagi membiayai barangan diimport.
• Walau bagaimanapun, pengimport tidak dapat membayar sehinggalah
barangan tersebut dapat dijual. Bank akan menjelaskan pembayaran terlebih
dahulu.
• Pengimport akan memberikan bank, resit amanah di mana di mana pengimport
berjanji untuk membayar bank apabila barang-barangnya dapat dijual.
PINJAMAN
BERJANGKA
• Satu kemudahan pinjaman khusus jangka pendek yang disediakan oleh pihak bank untuk
memenuhi keperluan sumber dana yang mendesak kepada pelanggan perniagaan.
• Perniagaan kecil akan menggunakan wang tunai daripada pinjamna berjangka ini untuk
membeli aset bukan semasa seperti peralatan atau mesin yang digunakan dalam proses
pengeluaran.
• Pihak bank akan mengenakan kadar faedah mengikut bulanan. Kos pinjaman bergantung
pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.
• Pinjaman ini adalah untuk tempoh kurang daripada setahun dan bayaran balik adalah
secara ansuran yang terdiri daripada amaun pokok dan faedah.
3 JENIS PENGGUNAAN
DANA

KEPERLUAN JANGKA MASA JANGKA MASA


SEMASA PENDEK PANJANG
KEPERLUAN SEMASA
- Dana ini digunakan untuk membiayai aktiviti urus niaga harian dan menyelesaikan
akuan belum bayar.
- Ini adalah untuk memastikan operasi perniagaan harian berjalan dengan lancer.
- Akaun belum bayar merupakan baki yang perniagaan perlu jelaska kepada pemiutang
atau pembekal bagi mendapat bekalan seterusnya.
JANGKA MASA PENDEK
-Keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang daripada setahun. -
Digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja dalam tempoh setahun.
-Modal kerja diperlukan bagi menampung perbelanjaan hasil yang terlibat dengan
operasi perniagaan untuk meningkatkan hasil jualan pada tahun semasa. Contohnya,
belian bahan mentah, belanja pentadbiran, belanja utiliti, belanja sewa premis, belanja
pemasaran dan sebagainya
JANGKA MASA PANJANG
--Digunakan bagi membiayai perbelanjaan modal atau pelaburan modal, iaitu pelaburan
dalam aset tetap seperti membeli tanah, bangunan, mesin, jentera dan kenderaan.
-Selain itu, digunakan untuk membaiki dan menggantikan jentera yang rosak dan
belanja memasang mesin.
-Melibatkan jangka masa melebihi setahun.
-Penggunaan dana ini melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar. Oleh itu, analisis
modal perlu disediakan bagi menentukan jenis pelaburan yang sesuai dibuat.
Terima Kasih
Atas Perhatian Kalian Semua!
Ada Pertanyaan?
Kami dengan senang hati menjawab

Anda mungkin juga menyukai