Anda di halaman 1dari 13

Penilaian Pelaksanaan Program Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)


Menggunakan Model CIPP Sekolah Rendah di Wilayah
Persekutuan Labuan
SENARAI KANDUNGAN

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Profil Responden

4.3 Dapatan Kajian

4.3. Objektif 1: Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program.


1 4.3.1.1 Soalan 1: Apakah impak positif daripada Program SEGAK ini?
4.3.1.2 Soalan 2: Adakah terdapat sebarang kekangan atau
kelemahan sepanjang Program SEGAK ini dijalankan?
4.3. Objektif 2: Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa proses
2 pelaksanaan program.
4.3.2.1 Soalan 1: Adakah terdapat masalah yang dihadapi sepanjang
menjalankan Program SEGAK ini?

4.3. Objektif 3: Mengenal pasti strategi yang boleh mengatasi kelemahan


3 dan masalah yang dihadapi dalam proses pelaksanaan program.

4.3.3.1 Soalan 1: Apakah cadangan untuk mengatasi kekurangan


yang dapat dapat dikesan daripada Program SEGAK?

4.3.3.2 Soalan 2: Apakah strategi yang boleh dilaksanakan dalam


Program SEGAK ini agar dapat mengatasi masalah yang timbul?
4.4 Kesimpulan
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dengan lebih mendalam berkenaan dengan dapatan kajian
yang telah dilaksanakan melalui temubual yang dibuat di kalangan pentadbir sekolah, guru-
guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan ibu bapa sekolah rendah. Kajian yang
dilaksanakan adalah secara kualitatif. Hasil dapatan dari kajian ini adalah bergantung
kepada jawapan yang diutarakan oleh responden sepanjang proses temu bual dijalankan.
Jangkaan awal berkenaan dengan proses pengumpulan data ini adalah sedikit sukar kerana
semua informan merupakan pegawai dan guru yang sangat sibuk dan tidak dapat
meluangkan banyak masa untuk menjalani temu bual ini. Kesahihan data yang diperolehi
adalah banyak dipengaruhi oleh responden itu sendiri. Jawapan dari temubual yang
dijalankan adalah bergantung sepenuhnya sama ada responden bersikap terbuka dan telus
dalam memberikan jawapan. Terdapat juga beberapa orang responden yang memberitahu
tentang kerisauan mereka tentang jawapan yang diberikan adalah tidak memenuhi
kehendak dan standard temu bual. Tidak dapat dinafikan pengkaji berhadapan dengan
responden yang sangat berjaga-jaga dalam memberikan jawapan dan pandangan
berkenaan dengan temu bual. Masalah kekangan masa menyebabkan pengkaji tidak mampu
untuk membuat rundingan dengan jayanya walau bagaimanapun para responden tetap
memberikan kerjasama yang terbaik dalam penghasilan kajian ini.

4.2 Profil Responden

Sejumlah sembilan responden yang dipilih secara rawak mengikut gred jawatan,
pengalaman mengajar masing-masing. Responden terdiri daripada pegawai pentadbir
sekolah serta guru-guru Pendidikan jasmani yang yang mempunyai gred dan pengalaman
mengajar berbeza. Dua orang responden pula terdiri daripada ibu bapa murid yang
mempunyai anak berumur di antara 10 hingga 12 tahun, berada di tahap 2 dan mengikuti
Ujian SEGAK di sekolah. Berdasarkan jadual 4.1, responden terdiri daripada golongan baru
memulakan kerjaya dan golongan yang telah lama berkhidmat iaitu antara setahun sehingga
18 tahun. Lima daripada responden adalah lelaki manakala empat responden adalah
perempuan.

No Umur Jantina Agama Bangsa Pengalaman Jawatan Gred Pendidikan


Mengajar tertinggi

(Tahun)

R1 45 Lelaki Islam Melayu 18 PK DG48 Sarjana


Pentadbiran

R2 41 Perempuan Islam Melayu 14 Pk DG44 Sarjana


Kokurikulum

R3 23 Perempuan Kristian Cina 1 Guru DG41 Ijazah


Pendidikan
Jasmani

R4 28 Lelaki Islam Melayu 6 Guru DG41 Ijazah


Pendidikan
Jasmani

R5 36 Lelaki Islam Melayu 12 Guru DG44 Ijazah


Pendidikan
Jasmani

R6 30 Lelaki Islam Melayu 8 Guru DG41 Ijazah


Pendidikan
Jasmani

R7 26 Perempuan Islam Melayu 3 Guru DG41 Ijazah


Pendidikan
Jasmani

R8 40 Perempuan Islam Kedayan 0 Kerani - Ijazah


Pentadbiran

R9 31 Lelaki Islam Melayu 0 Bekerja - SPM


Sendiri

Jadual 4.1 Rumusan demografi responden

4.3 Dapatan Kajian

Berikut merupakan ringkasan dapatan kajian yang telah ditulis dalam bentuk yang lebih
mudah untuk difahami dan dibandingkan. Ringkasan jadual dibangunkan mengikut kod
responden yang dibuat secara rawak. Berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dibuat,
pegawai dan guru Pendidikan Jasmani adalah terdiri dari pegawai yang menyandang gred
DG41 hingga ke DG48 yang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan Ujian SEGAK.
Pengalaman mengajar dan jantina pegawai serta guru Pendidikan Jasmani memberikan
kesan yang berbeza terhadap dapatan temu bual berkenaan. Responden yang pengalaman
mengajarnya kurang dari lima tahun kurang arif mengenai ujian SEGAK. Berbeza bagi
responden yang dalam pengalaman mengajarnya lebih dari lima tahun, mereka mempunyai
pengetahuan dan peka terhadap keperluan ujian SEGAK ini. Selain daripada itu, pegawai
pentadbir DG44 dan DG48 mempunyai pengetahuan yang luas dan sangat peka terhadap
perkembangan kurikulum dan pengajaran khususnya di dalam program SEGAK ini.
Walaupun pegawai ini tidak mempunyai latarbelakang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang banyak. Proses mengumpul maklumat daripada pegawai-pegawai ini adalah lebih
panjang kerana pegawai yang terlibat menghuraikan dan memberikan justfikasi terhadap
semua idea dan jawapan yang mereka berikan. Melalui penelitian yang telah dibuat,
pengetahuan mereka lebih banyak kerana mereka banyak terlibat dalam urusan pengurusan
di sekolah bersama dengan Ketua-ketua panitia dan Guru Besar. Pendedahan dan
perbincangan yang meluas berkenaan dengan cara sekolah untuk terus melaksanakan
program SEGAK ini memerlukan pegawai-pegawai berkenaan untuk sentiasa peka terhadap
perubahan semasa mengikut dasar kurikulum yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Menurut pegawai-pegawai berkenaan, walaupun tidak menjalani
latihan dan kursus formal, namun arahan yang jelas dari pihak jabatan banyak membantu
mereka untuk kekal fokus dan peka terhadap pelaksanaan program ini.
Berbeza sedikit dengan guru-guru Pendidikan Jasmani yang ditugaskan
melaksanakan program SEGAK ini, guru-guru yang telah lama mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah lebih memahami dan mendalami keperluan program ini
dijalankan ke atas murid-murid. Hal ini kerana kebiasaannya guru-guru yang telah lebih lima
tahun pengalaman mengajar ini lebih tahu, faham dan sistematik dalam pelaksanaan
program. Tidak sama dengan guru baharu yang pengalaman mengajarnya baru setahun
yang kurang faham, dan masih teragak-agak hendak melakukan ujian saringan SEGAK
terhadap murid-murid di sekolah.
Selain itu juga, responden yang terdiri daripada dua orang ibu bapa murid
memberikan pendapat yang positif dan memberi kebenaran kepada anak-anak mereka
untuk mengikuti ujian SEGAK ini atas dasar keprihatinan mereka terhadap faktor kesihatan
dan kecergasan badan anak. Responden yang terdiri daripada seorang ibu yang bekerjaya
dan sorang bapa yang sibuk dengan pekerjaan sendiri boleh mengetahui tahap kecergasan
badan anak mereka setelah anak mereka menyertai program ini sebanyak dua fasa setahun
dengan jayanya di sekolah.

4.3.1 Objektif 1: Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program.


4.3.1.1 Soalan 1: Apakah impak positif daripada Program SEGAK ini?

Ya,
Memberikan
banyak impak
positif kepada
tahap kecergasan
fizikal murid.
(R1, R4, R5, R6)

Ya, tapi tidak


menyeluruh
kerana faktor
fizikal murid
berlainan.
(R2, R8)
Apakah impak
positif daripada
Program
SEGAK ini Ya, tapi
Efektif atau bergantung
tidak? kepada murid
Mengapa? yang
melaksanakan
ujian dengan cara
yang betul.
(R9)

Belum efektif
Kerana masih ada
murid yang takut
untuk melakukan
aktiviti dan ibu
bapa yang tidak
yakin dengan
kemampuan anak.
(R3, R7)
Rajah 1: Impak positif daripada Program SEGAK

Daripada Rajah 1 di atas, didapati bahawa seramai empat responden mengatakan


bahawa program SEGAK memberikan impak positif dan efektif. Manakala dua
responden mangatakan bahawa program SEGAK ini adalah tidak efektif. Selebihnya
menyatakan bahawa perubahan teknologi adalah tidak menyeluruh dan bergantung
pada murid itu sendiri. Hal ini demikian kerana, pihak sekolah hanya mengikut
arahan dari pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelaksanaan
program ini dua kali setahun. Perubahan dibuat biasanya secara berperingkat tahun
demi tahun kerana proses ini memerlukan peralatan, bahan dan kumpulan guru
yang ramai setiap kali perlaksanaan dan sentiasa ada kekangan yang berlaku.

4.3.1.2 Soalan 2: Adakah terdapat sebarang kekangan atau kelemahan sepanjang Program
SEGAK ini dijalankan?

Tidak
(R1, R2, R4, R5, R6)

Adakah terdapat
sebarang Ya, bergantung
kekangan atau kepada beberapa
kelemahan faktor yang perlu
sepanjang diambil kira semasa
Program SEGAK pelaksanaan
ini dijalankan? program
(R3, R7)

Tidak Pasti
(R8, R9)
Rajah 2: Kekangan atau kelemahan sepanjang Program SEGAK

Rajah 2 di atas pula mendapati bahawa lima orang responden menyatakan bahawa
program SEGAK tidak sama sekali mempunyai kekangan dan kelemahan semasa
pelaksanaannya. Ini kerana bagi mereka, jika sesuatu program dirancang secara
strategik dan teratur, program ini akan dapat dilaksana dengan lancar. Manakala
dua responden mangatakan bahawa program SEGAK ini masih terdapat kekangan
dan kelemahan walaupun sudah dirancang dengan baik pelaksanaannya. Dua lagi
responden tidak pasti kerana mereka tidak tahu dan tidak menyertai proses
pelaksanaan program SEGAK di sekolah. Akan tetapi mereka hanya memberi
sokongan kepada pelaksanaan program tersebut.

4.3.2 Objektif 2: Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa proses


pelaksanaan program.

4.3.2.1 Soalan 1: Adakah terdapat masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan


Program SEGAK ini?

Dua orang responden menyatakan pendapat mereka mengenai masalah yang


dihadapi sepanjang menjalankan program SEGAK ini ialah situasi dimana guru
terpaksa membuat sesi ulangan ujian SEGAK kepada murid yang tidak hadir dan
yang mengalami masalah kesihatan ketika pelaksanaan program. Jika murid tidak
melaksanakan ujian SEGAK, maka keputusan saringan kecergasan tidak dapat
dilaporkan untuk murid yang tidak mengikuti tersebut dan berkemungkinan murid
dan ibu bapa akan berasa sedih dan tidak berpuas hati. Selain itu juga masalah
ketidakcukupan peralatan semasa aktiviti di setiap stesen dijalankan menjadi
masalah kerana proses perjalanan program akan memakan masa yang lama dan
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuh lagi responden menyatakan
tiada masalah dan kekangan yang dihadapi semasa pelaksanaan program jika
program ini dirancang dan dilaksanakan dengan baik. Pengalaman guru-guru
Pendidikan Jasmani yang telah lama berkhidmat dapat mengatasi masalah yang
mungkin akan dihadapi semasa program berlangsung dengan memberi idea-idea
yang bernas dan terbaik berdasarkan pengalaman yang ditimba setiap tahun.

Tidak,
Guru mahir dalam
pelaksanaan program
kerana program
dirancang dengan
teratur.
(R1, R2)

Ya, proses
Adakah pengulangan aktiviti
terdapat bagi murid yang tidak
masalah yang hadir dan tidak sihat
dihadapi dan masalah
sepanjang kekurangan
menjalankan peralatan.
Program SEGAK (R3, R7)
ini?

Ya,
Guru mempunyai
kekangan kemahiran
dan masa
(R4, R5, R6)

Ibu bapa mengambil


remeh masalah
kesihatan dan
kecergasan fizikal anak
(R8, R9)

Rajah 3: Masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan Program SEGAK


4.3.3 Objektif 3: Mengenal pasti strategi yang boleh mengatasi kelemahan dan
masalah yang dihadapi dalam proses pelaksanaan program.

4.3.3.1 Soalan 1: Apakah cadangan untuk mengatasi kekurangan yang dapat dapat
dikesan daripada Program SEGAK?

Ikut dasar pendidikan


dan kurikulum yang
telah dirancang oleh
KPM
(R1)

Perancangan dan
agihan tugas dengan
baik dalam kumpulan
(R2, R4, R5)

Cadangan
untuk
mengatasi Pemahaman
kekurangan berkenaan proses
yang dapat pelaksanaan SEGAK di
dapat dikesan sekolah
daripada (R6,R9)
Program
SEGAK?
Cukupkan kelengkapan
peralatan dan bahan
SEGAK di sekolah
(R7)

Pengurusan masa
pelaksanaan dengan
baik
(R3)

Financial, skills &


knowledge upgrading
(R8)
Rajah 4: Cadangan untuk mengatasi kekurangan Program SEGAK

Masing-masing responden memberikan cadangan untuk mengatasi kekurangan Program


SEGAK ini. Responden pertama menyatakan bahawa seorang guru itu perlu patuh dan
sentiasa mengikuti dasar pendidikan dan kurikulum yang telah dirancang oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Tiga orang responden berpendapat perancangan yang
rapi dan agihan tugas yang betul dan teratur boleh mengatasi kekurangan program ini. Dua
orang responden pula memberi cadangan yang mana sebagai guru pelaksana program atau
sebagai ibu bapa kepada murid-murid haruslah peka, faham dan seterusnya boleh
melaksana program dengan baik. Respondan lain pula memberi cadangan bahawa setiap
sekolah haruslah menyediakan peralatan yang lengkap agar dapat menampung kegunaan
dan keperluan program. Hal ini dapat menjimatkan masa dan hasil yang diperolehi lebih
baik. Seorang responden memberikan pendapat yang mana program ini harus diurus
dengan baik dari segi masa. Manakala cadangan responden terakhir menyatakan mengenai
faktor kewangan sekolah untuk menyediakan bahan program, guru-guru yang mempunyai
kemahiran dan pengalaman mengendalikan program dengan baik sekaligus dapat
menambah ilmu pengetahuan mengenai asa kecergasan fizikal kepada guru dan murid di
sekolah.
4.3.3.2 Soalan 2: Apakah strategi yang boleh dilaksanakan dalam Program SEGAK ini
agar dapat mengatasi masalah yang timbul?

Perancangan yang
sistematik dari segala
segi
(R1, R2, R4, R5, R6)

Apakah strategi
yang boleh
Taklimat awal atau
dilaksanakan bengkel kepada Guru
Pendidikan Jasmani
dalam Program
baharu mengenai
SEGAK ini agar program
(R3,R7)
dapat mengatasi
masalah yang
timbul?

Intervensi dilaksana
dengan lebih efektif
kepada murid yang
mengalami kurang
kecergasan fizikal dan
melibatkan para ibu
bapa
(R8, R9)

Rajah 5: Strategi yang boleh dilaksanakan dalam Program SEGAK

Rajah 5 menunjukkan yang mana lima respondan menyatakan strategi perancangan yang
sistematik seharusnya dibuat dan dilaksana dengan baik dari setiap segi aktiviti program.
Responden lain pula menyatakan bahawa setiap guru Pendidikan Jasmani terutama guru
baharu dan yang kurang pengalaman mengajar mendapat taklimat awal atau bengkel
khusus mengenai pelaksanaan program. Dua lagi responden memberikan pendapat yang
mana intervensi dilakukan pada murid yang mengalami kecergasan fizikal dan seeloknya
melibatkan para ibu bapa murid itu sendiri agar pelaksanaan program dilihat berkesan dan
memberikan impak yang positif kepada murid.

4.4 Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan bahawa kualiti penyampaian program latihan fizikal oleh guru dan
fasilitator seperti Ujian SEGAK sebenarmya mempengaruhi keberkesanan program. Guru dan
fasilitator yang berkualiti dapat mempengaruhi motivasi pelajar untuk terlibat dalam aktiviti
fizikal dan mempertingkatkan hasil program. Kajian juga menunjukkan bahawa pemilihan
aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan dan minat pelajar adalah penting untuk
mencapai keberkesanan program. Program yang membosankan atau terlalu mencabar boleh
mengurangkan minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal. Faktor
persekitaran fizikal dan sosial di sekolah mempengaruhi keberkesanan program. Sekolah
yang mempunyai kemudahan ruang terbuka yang baik seperti padang bola dan litar larian,
serta mempunyai budaya sekolah yang menyokong aktiviti fizikal, mempunyai kesan positif
terhadap keberkesanan program. Sokongan keluarga sangat penting dalam meningkatkan
keberkesanan program latihan fizikal di sekolah. Keluarga yang memberikan sokongan dan
memupuk gaya hidup aktif dapat mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk terlibat
dalam aktiviti fizikal di sekolah. Dalam pembangunan program masa depan, faktor-faktor ini
perlu diambil kira dan diambil tindakan yang sesuai untuk memastikan keberkesanan
program latihan fizikal kebangsaan di sekolah rendah. Sebagai contoh, guru dan fasilitator
perlu diberi latihan berkala untuk memperbaiki kualiti penyampaian program, pemilihan
aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap keupayaan dan minat pelajar, persekitaran sekolah
perlu diperbaiki untuk menyokong aktiviti fizikal, dan kerjasama dengan keluarga perlu
ditingkatkan untuk memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai