Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN INDIVIDU

I’ADAH AL-QURAN
FIQH AL-AYAT:JUZU; 3 MAQRA’ 3

NAMA NUR FATIHAH BINTI MOHD NOORULLAH

NO MATRIK D20221104263

NO IC 020506-03-0636

KELAS D SEMESTER 1 2022/2023

NAMA CIK UMMIKALSUM BINTI MAT LAZIM


PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 -Pendahuluan
-Tema
-Kumpulan ayat terpilih 1
-Surah al Baqarah ayta 278-280
-Terjemahan

2 -Huraian fiqh ayat


2-4

-Isu semasa berkaitan kumpulan ayat

4-5
3

4 -Pengajaran
-Rujukan
5-6
PENDAHULUAN

Allah menciptakan manusia sebagai sebaik-sebaik kejadian dan manusia hendaklah mematuhi
segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya sesuai dengan syariat yang
digariskan oleh Islam bersumberkan al-Quran dan Hadith .Tujuan utama manusia dijadikan
tidak lain tidak bukan ialah hanya untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah al-Zariyat :56 yang bermaksud “Dan kami tidak menciptakan manusia
dan jin kecuali untuk mengabdikan diri kepada kami”.Jadi sebagai seorang muslim,kita
hendaklah menjadikan al-Quran dan Hadith sebagai panduan hidup agar tidak terpesong dari
agama yang benar.

TEMA SURAH AL BAQARAH AYAT 278-280


Tema bagi ketiga-tiga ayat ini ialah Allah melarang umat Islam untuk mengamalkan riba dalam
kehidupan seharian mereka dan menghalalkan urusan jual beli antara masyarakat.Hal ini
kerana amalan riba merupakan perbuatan yang tidak baik dan ada unsur
penipuan.Seterusnya,orang yang berbuat kebaikan akan memperoleh ganjaran pahala di sisi
Allah SWT.

SURAH AL-BAQARAH AYAT 278-280

۟ ُ‫ فَإِن لَّ ْم تَ ْفعَل‬٢٧٨ َ‫وا َما َب ِقى ِمنَ ٱ ِلر َب ٰٓو ۟ا إِن ُكنتُم ُّمؤْ ِمنِين‬
‫وا‬ ۟ ‫وا ٱ َّّللَ َوذَ ُر‬
۟ ُ‫وا ٱتَّق‬۟ ُ‫َيـٰٓأ َ ُّي َها ٱلَّذِينَ َءا َمن‬
َ
٢٧٩ َ‫ظلَ ُمون‬ ْ ُ ‫َظ ِل ُمونَ َو ََل ت‬
ْ ‫وس أ َ ْم َو ِل ُك ْم ََل ت‬
ُ ‫سو ِل ِهۦ ۖ َوإِن ت ُ ْبت ُ ْم فَلَ ُك ْم ُر ُء‬ ِ َّ ‫وا ِب َح ْر ٍۢب ِمنَ ٱ‬
ُ ‫ّلل َو َر‬ ۟ ُ‫فَأْذَن‬
۟ ُ‫صدَّق‬
٢٨٠ َ‫وا َخي ٌۭ ٌْر لَّ ُك ْم ۖ إِن ُكنت ُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬ َ َ‫س َر ٍۢة ۚ َوأَن ت‬ ُ ‫َوإِن َكانَ ذُو‬
َ ‫عس َْر ٍۢة فَن َِظ َرة ٌ إِلَى َم ْي‬

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah
sisa riba (yang belum dipungut) jika kalian orang-orang yang beriman. Maka jika kalian
tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya
akan memerangi kalian. Dan jika kalian bertobat (dari pengambilan riba), maka bagi kalian
pokok harta kalian; kalian tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang
yang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan
menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu lebih baik bagi kalian, jika kalian
mengetahui

1
HURAIAN FIQH AYAT
Zaid bin Aslam,Ibnu Jurajj,Mutaqil bin Hayan dan as-Suddi menyebutkan bahawa
ayat ini diturunkan berkenaan dengan Bani ‘Amr bin Umair dari suku Tsaqif dan Bani
mughirah dari Bani Makhzum dimana mereka mempraktikkan amalan riba pada masa
jahiliyyah.Setelah Islam datang dan mereka memeluk agama Islam,suku Thaqif meminta
mereka untuk mengambil harta riba itu dari mereka.Kemudian,mereka pun
bermusyawarah,dan Bani Mughirah pun berkata “Kami tidak akan melakukan riba dalam Islam
dan menggantikannya dengan usaha yang disyariatkan .Kemudian Utab bin Usaid,pemimpin
Makkah,menulis surat membahas mengenai hal itu dan mengirimkannya kepada Rasulullah
SAW .Ayat ini merupakan peringatan keras dan ancaman kepada orang yang masih
mengamalkan riba setelah datangnya dalil tersebut.(Katsir,2004)

Ibnu Jurajj menceritakan ,Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat selepasnya,yang


bermaksud “Maka jika kamu tidak mengerjakan riba(meninggalkan riba),maka ketahuilah
bahawa Allah dan Rasul-nya akan memerangi kalian”.Sedangkan menurut Ali Bin Abi
Thalib,iaitu ayat tersebut membawa maksud “Barangsiapa yang masih tetap melakukan amalan
riba dan tidak melepaskan diri darinya,maka wajib atas imam kaum muslimin untuk
memintanya bertaubat,jika ia mahua melepaskan diri daripadanya ,maka keselamatan baginya
manakala jika ia menolak,akan dipenggal lehernya.(Katsir,2004)

Orang-orang yang mengambil riba dan menghalalkannya kerana kecintaan yang


berlebihan kepada harta dan menuruti bisikan hawa nafsu serta orang-orang yang memakan
harta orang lain dengan cara yang batil dan tanpa kerja dan usaha ,mereka itu selalu tidak
tenang,selalu gelisah,hati terseksa,dan terlalu tenggelam dalam masalah keduniaan adalah
seperti orang yang dirasuki setan atau jin.Sedangkan mereka di akhirat ketika dibangunkan
daripada kubur akan kelihatan lebih teruk,mereka berjalan terhuyung hayang dan kelihatan
berat sekali kerana mereka memikul beban yang berat iaitu beban hartayang mereka hasilkan
daripada riba.Keadaan ini menampakkan mereka sangat berbeza dengan manusia yang lain
.Mereka berjalan perlahan-lahan,setiap daripada mereka hendak bangkit,maka langsung jatuh
kembali.Ini adalah sebuah gambaran yang sangat buruk dan mengerikan serta menjadi bukti

2
keadaan yang diakibatkan system ekonomi kapitalis yang menerapkan amalan riba dan
digunakan oleh seluiruh dunia pada masa kini.(Munir,2010)

Kemudian Allah SWT memperingatkan akan berbagai bahaya yang diakibatkan oleh riba
dan memperingatkan harta yang dihasilkan oleh riba akan musnah tidak bersisa.Allah SWT
menghilangkan keberkatan dari harta riba,tidak menjadikannya bertambah dan berkembang
dalam makna yang sebenar.meskipun,secara sekilas,harta yang bertambah ialah harta
riba.Hakikatnya,harta tersebut sedang menuju kemusnahan.(Munir,2010)

Seterusnya, Allah SWT telah membandingkan seperti kebiasaan di dalam al-Quran,iaitu


perbuatan orang kafiryang selalu berbuat dosa dengan perbuatan mukmin yang soleh.Hal ini
bertujuan agar perbezaan antara mereka kelihatan jelas supaya orang yang berada dalam
kesesatan akan berubah kea rah kebaikan dan orang yang berbuat amal-amal soleh terus
istiqamah dalam melakukan amalan tersebut.(Qurtubi,2008)

Allah SWT menjelaskan bahawa sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah
SWT dan Rasul-nya membenarkan semua bentuk perintah dan larangan yang datang kepada
mereka menjalankan amal soleh yang boleh meluruskan jiwa mereka seperti menghibur dan
membantu orang-orang yang dalam keadaan susah ,memberi waktu yang mencukupi kepada
orang yang berhutang yang baru mengalami kesulitan ekonomi,menegakkan solat,yang
membantu seorang mukmin dekat kepada penciptaanya, ,membayar zakat yang boleh
membantu meringankan beban kemiskinan dan boleh mewujudkan suasana saling mencintai
antara satu sama lain bagi mereka pahala yang tersimpan sempurna di sisi Tuhan
mereka.(Zuhaili,2007)

Kemudian Allah SWT menyebutkan ancaman bagi siapa saja yang melanggar perintah
ini.Ancaman tersebut adalah jika kalian tidak mahu meninggalkan riba dan tetap memungut
sisa riba yang ada -pesan ini ditujukan kepada orang-orang mukmin .Maka itu bererti kalian
telah mengibarkan bendera bendera perang melawan Alllah SWT dan Rasulnya.Maksudnya
bererti mereka adalah para musuh yang keluar dari jalur syariatnya.Perang yang dilancarkan
oleh Allah SWT kepada mereka adalah murka dan ancaman seksa Allah SWT bagi orang-orang

3
yang mengambil riba dengan menimpakan keburukan bagi mereka dan seksa neraka di akhirat
dan barang siapa yang berani memerangi Allah dan Rasulnya maka ia pantas untuk diperangi
kerana ia telah melanggar hukum dan syariatnya.(Munir,2008)

ISU SEMASA BERKAITAN KUMPULAN AYAT

Malaysia merupakan pelopor utama perbankan Islam dan produk kewangan yang popular
seperti pinjaman,insurans dan kad kredit disediakan bercirikan alternatif Islam.Namun
begitu,masih banyak urus niaga yang mengamalkan sistem riba tanpa kita sedari seperti
pertukaran mata wang asing individu melalui platform elektronik (Forex).Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-98 telah memutuskan
hukum pertukaran mata wang asing individu (Forex) tersebut adalah haram.Hal ini dikatakan
dermikian kerana pertukaran ini mempunyai unsur-unsur seperti riba melalui penggunaan
‘rollover interest’ dan penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan spekulasi yang
melibatkan perjudian.Walaubagaimanapun,hukum ini tidak diambil kira oleh pertukaran mata
wang yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-
undang Malaysia.

Seterusnya,pemasaran berbilang tingkat,atau (MLM) merupakan urusniaga yang


melibatkan riba juga.Hukum asal bagi pemasaran berbilang tingkat ini ialah harus dan tidak
bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.Namun,ramai yang telah menyalahgunakan dan
hukum ini akan bertukar menjadi haram sekiranya terdapat unsur gharar dan penipuan di
dalamnya.Sebagai contoh,riba boleh berlaku apabila pembayaran yuran penyertaan tanpa
sebarang pertuikaran barang atau perkhidmata kecuali dengan sejumlah wang yang munasabah
untuk memulakan bisnes.Tambahan itu,unsur perjudian boleh berlaku apabila ahli yang
mendaftar di bawah MLM tidak mahukan barang yang dibelinya ,sebaliknya hanya mahu
menyertai rangkaian pyramid,dan ingin memperoleh pendapatan menerusi pendaftaran ahli
baharu.

4
Di samping itu,jual beli emas di mana emasnya tidak diperlihatkan juga merupakan
urusniaga yang melibatkan riba.Islam tidak melarang jual beli yang melibatkan emas sebagai
komoditi .Namun,pelaburan emas di bank mestilah melibatka emas yang asli dan dapat dilihat
iaitu fizikal emas tersebut yang berada dalam simpanan bagi pihak pelanggan tadi.Haruslah
dipastikan wujud jumalah emas yang mencukupi ketika proses jual beli berlangsung.Sebagai
contoh,bank mempunyai 100 kg emas sahaja untuk dua atau lebih pelanggan pada masa yang
sama .Sekiranya kedua-dua orang tersebut membeli 100 kg emas pada masa yang sama, hanya
transaksi pelanggan pertama yang sah dan tidakdikira sebagai riba.

Justeru itu,Saham keutamaan adalah saham yang memberikan keistimewaan ataupun


keutamaan kepada pemiliknya bebanding pemilik biasa .Pemilik biasa akan menanggung risiko
keuntungan dan kerugian saham manakala pemilik saham akan dibayar dividen terlebih dahulu
dan jumlahnya telah ditetapkan semasa ia diterbitkan .Riba di sini ialah dividen yang telah
dibayar terlebih dahulu kepada pemilik saham keran ia bertentangna dengan hukum syariah
yang memerlukan risiko ditanggung bersama-sama berdasarkan kadar saham masing-masing.

Akhir sekali,kita mestilah cakna ketika membuat urusniaga dan memastikan urusniaga
tersebut tidak mengamalkan sistem riba demi kemaslahatan bersama.Kita mestilah bersepakat
dan bekerjasama membanteras amalan riba ini supaya tidak ada golongan yang dizalimi dan
ditindas dan dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.

5
PENGAJARAN KUMPULAN AYAT TERPILIH

1. Kita mestilah taat perintah Allah dan Rasul dalam mengamalkan sesuatu perkara seperti
tidak mengamalkan sistem riba dalam urusniaga kerana ia merupakan amalan yang
dibenci oleh Allah SWT dan Rasulnya.
2. Amalan riba merupakan amalan keji dan tercela kerana terdapat unsur yang tidak adil
dan menindas orang yang berada di bawah dan amalan yang tidak digariskan dalam
syariat Islam.
3. Allah SWT telah menjanjikan azab dan seksa yang pedih bagi orang yang
mengamalkan amalan riba dalam kehidupan seharian mereka dan telah mengistiharkan
perang denagn mereka.
4. Islam tidak mengajarkan kita untuk mendapat kentungan melalui cara yang tidak betul
sebaliknya mengajar kita untuk memperoleh rezeki dari cara yang halal dan diberkati
oleh Allah SWT.

6
RUJUKAN

http://www.ibnukatsironline.com/2015/04/tafsir-surat-al-baqarah-ayat-275.html
https://quranhadits.com/quran/2-al-baqarah/al-baqarah-ayat-278/
Az-Zuhaili, P. D. (2013). Tafsir Al-Munir. Jakarta: Darul Fikr, Damaskus. Bakri, D. Z. (17 Jun, 2008).
Amalan riba

from https://ibnuabbas.wordpress.com/2008/06/17/tafsir-al-bakri-ayat-278-280al-baqarah/
ImamAth-Thabrani. (2008).

Tafsir Ath-Thabrani. Pustaka Azzam. JATIM. (29 April, 2020). Kisah Nabi Ibrahim.

Retrieved from https://www.merdeka.com/jatim/kisahnabi-ibrahim-as-dalam-al-quran-pencari-


tuhan-dan-penghancur-berhala-kln.html Katsir, I. (2004).

Tafsir Ibnu Katsir. Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Norsiah. (24 11, 2019). Tafsir Surah Albaqarah.
from https://www.uito.org/2019/11

Anda mungkin juga menyukai