Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

AT 35 – PENDIDIKAN ISLAM

UPU3112 (O)
FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TUGASAN :
ULASAN ARTIKEL EPISTEMOLOGI

DISEDIAKAN OLEH:
NUR IRDINA IZZATI BINTI MOHAMAD SYUKRI (D20212099117)

PENSYARAH:
DR. INTAN SURIA BINTI HAMZAH

SESI:
SEMESTER 1 2021/2022
1.0 Rumusan

Penulisan artikel tersebut adalah mengenai tentang perbincangan ilmu dalam konteks islam
yang berkembang di atas kebenaran yang bersifat yakin. Hal ini kerana ia dihubungkan dengan
teori asal usul ilmu yang disebut sebagai epistemologi atau teori ilmu pengetahuan. Konsep
epistemologi pada kebiasaannya dikaitkan dengan persoalan falsafah di mana ia menjadi aspek
penting dalam mengkaji sesuatu ilmu pengetahuan. Oleh itu, epistemologi inilah menjadikan
sesuatu ilmu itu berkembang dan membentuk pandangan semesta seseorang terhadap sesuatu
perkara.

Berdasarkan penulisan artikel ini, metode yang digunakan penulis adalah sesuatu pengkajian
tentang ilmu pengetahuan dari segi aspek asal-usulnya, strukturnya, kaedahnya dan keabsahan
atau kesahihan ilmu tersebut. Epistemologi ini juga sebagai salah satu cabang utama falsafah
memainkan peranan utama dalam hubungannya dengan disiplin-disiplin falsafah yang lain.
Meskipun subjek yang dibincangkan dalam sesuatu cabang falsafah itu berbeza antara satu
sama lain yang sering menjadi subjek kajian ahli falsafah, namun setiap satunya mendasari
kepada asas yang sama iaitu cuba untuk mencapai hakikat kebenaran dengan jalan keyakinan
sebagai matlamat akhir kajian. Ia merupakan aspek utama yang dibincangkan dalam disiplin
epistemologi yang mendasari kepada lain-lain cabang falsafah.

Perbincangan utama dalam artikel tersebut adalah istilah epistemologi yang dikaitkan dengan
konsep ilmu menurut perspektif Islam iaitu sesuatu pengetahuan yang membawa kepada
pemahaman kebenaran. Hal ini kerana epistemologi ini suatu pecahan daripada perbincangan
falsafah selain disiplin ontologi dan disiplin aksiologi. Aspek epistemologi ini terbahagi kepada
beberapa aliran yang membincangkan persoalan ilmu menurut pendapat dan idea masing-
masing dimana setiap aliran dilihat saling bertentangan antara satu sama lain. Hasil daripada
pecahan ini, disiplin epistemologi telah berdiri dengan sendirinya dan menjadi pemangkin
kepada ilmu yang lainnya.
Kesimpulannya, implikasi perbincangan utama daripada artikel tersebut bahawa falsafah
ilmu dalam tradisi Islam bertujuan untuk melahirkan individu atau masyarakat yang seimbang
antara dunia dan akhirat. Atas dasar inilah ruang lingkup perbincangan epistemologi menurut
perspektif Islam adalah meluas di mana sesuatu hakikat yang dicapai itu adalah bersumberkan
kepada keyakinan. Konsep epistemologi ini memberi ruang kepada akal dan pancaindera untuk
berfikir dan memperolehi ilmu berdasarkan kepada ruang lingkup yang mampu dicapai oleh
akal dan pancaindera.

2.0 Analisis

Pada pendapat saya, perbincangan dalam artikel ini berkait dengan kursus ini kerana
epistemologi merupakan salah satu daripada cabang utama pengajian falsafah yang
membincangkan tentang teori ilmu. Epistemologi ini juga berkisarkan tentang persoalan
falsafah bagi sifat ilmu itu sendiri dan percubaan-percubaan ahli-ahli epistemologi untuk
memberikan pendapat masing-masing. Manakala dari segi sejarah pula, disiplin pengajian
falsafah merupakan induk utama ilmu pengetahuan Berasaskan kepada disiplin falsafah ini,
lahirlah cabang-cabang ilmu seperti matematik, mantik, perubatan dan sebagainya.

Berdasarkan penulisan artikel ini, terdapat pelbagai maklumat yang saya perolehi dalam
artikel ini dan telah membantu untuk lebih memperkukuhkan kefahaman saya akan perkara-
perkara yang dibincangkan di dalam artikel ini. Antaranya, konsep epistemologi ini dikaitkan
dengan persoalan falsafah di mana ia menjadi aspek penting dalam pengkajian ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana ia menyelidik secara terperinci akan sesuatu ilmu pengetahuan
tersebut.

Antara kelebihan yang saya dapati dalam artikel ini adalah penulis menerangkan secara
terperinci bahawa definisi ilmu itu sebagai memperolehi pengetahuan tentang sesuatu perkara
dengan sebenar-benarnya atau mengetahui sesuatu perkara berdasarkan keyakinan dan
pengetahuan. Hal ini kerana hujah-hujah yang diberikan adalah kukuh dan berdasarkan kepada
fakta-fakta yang menyokong. Oleh itu, ia dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan kita
dengan kesahihan sesuatu ilmu yang dipelajari.
Saya berpendapat bahawa penulis melakukan sebaik mungkin dalam penulisan ini dengan
mendefinisikan ilmu itu menurut perspektif Islam sebagai memperolehi pengetahuan tentang
sesuatu perkara dengan sebenar-benarnya atau mengetahui sesuatu perkara berdasarkan
keyakinan dan pengetahuan dalam unsur-unsur agama. Kepelbagaian konsep ilmu yang
muncul menunjukkan bahawa ruang lingkup perbahasannya adalah luas dan tidak terhad
kepada sesuatu skop sahaja. Oleh itu, definisi yang pelbagai ini menggambarkan bahawa
konsep ilmu itu adalah sesuatu yang tidak boleh dibatasi kepada sesuatu maksud tertentu.

Dalam penulisan ini, terdapat juga kelemahan yang dapat disimpulkan iaitu terdapat beberapa
penggunaan istilah bahasa asing dan tidak diterjemahkan akan maksudnya di dalam penulisan
artikel ini. Hal ini menyebabkan beberapa ayat tertentu kurang difahami dari segi maksudnya.
Oleh itu, kefahaman yang diperolehi oleh pembaca kurang tepat dengan apa yang cuba
disampaikan oleh penulis di dalam isi kandungan artikel ini.

Pada pendapat saya, aspek yang saya rasakan penulis terkhilaf dan kurang tepat dalam
menyatakan pandangannya adalah kurangnya pendapat masyarakat tentang definisi sesuatu
ilmu itu atau lebih mudah disebut sebagai epistemologi pada kehidupan mereka dan
kepentingan tentang kesahihan sesuatu ilmu itu untuk diterima dan difahami supaya tidak
membawa kita ke jalan yang sesat.

Terdapat beberapa persoalan lain yang wujud daripada artikel ini adalah batasan dari
pengkajian epistemologi dan kebenaran sesuatu ilmu dalam setiap syarat yang boleh
menjadikan sesuatu itu sebagai ilmu yang sahih. Sampai ke tahap mana sahaja, pengetahuan
itu mungkin mampu untuk ditangkap oleh manusia dalam pola pemikirannya sehingga
kebenaran yang hakiki tidak dapat dicapai kerana milik tuhan yang mentadbir alam semata.

Anda mungkin juga menyukai