Anda di halaman 1dari 10

11

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 11

Petikan di bawah menceritakan tentang kesan pandemik COVID-19 dalam kehidupan. Tuliskan
pendapat kamu tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut. Jawapan
kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun yang lalu,
seluruh lapisan masyarakat di Malaysia berdepan dugaan hidup termasuk
hilang pekerjaan atau terpaksa bercuti tanpa gaji. Antara yang terkesan
ialah Rosli Sahak yang juga juruterbang syarikat penerbangan tempatan.
“Saya harus berfikiran positif dan sentiasa mencari ruang serta
peluang biarpun terpaksa berehat dari kerjaya sebagai juruterbang yang
agak menarik selama ini kepada petani moden atau penternak ikan air
tawar,” katanya ketika ditemui di kolam ikan yang diusahakannya itu.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


12

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 12

Petikan di bawah menceritakan kejayaan sepasang suami isteri di Ketereh, Kelantan. Tuliskan
pendapat kamu tentang cara-cara untuk mencapai cita-cita kamu itu. Jawapan kamu itu
hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Sepasang suami isteri dari Ketereh, Kelantan mampu meraih pendapatan lima angka
sebulan hasil jualan cendawan tiram yang diusahakan mereka sejak enam tahun lalu.
Norehan Ahmad dan suaminya Mohd. Saupi Hassan mula mengusahakan tanaman
cendawan tiram pada tahun 2016 lagi. Beliau memberitahu bahawa kejayaan mereka
itu adalah hasil mengikuti kursus tanaman cendawan yang dianjurkan oleh Jabatan
Pertanian selain latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER) Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM).

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


13

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 13

Petikan di bawah menceritakan maklumat berkaitan sejenis serangga yang diberi nama kelip-
kelip. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kelip-kelip supaya tidak pupus.
Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Adakah anda tahu bahawa kelip-kelip boleh menghasilkan sumber cahaya yang lebih
baik daripada lampu mentol? Cahaya kelip-kelip hanya menghasilkan kira-kira lima
peratus haba sahaja dan tenaga selebihnya ditukarkan kepada bentuk cahaya.
Terkini, para saintis telah berjaya menghasilkan lampu diod pemancar cahaya (LED)
yang lebih cerah diilhamkan daripada kelip-kelip. Penggunaan tenaga yang cekap dan
pembangunan sumber tenaga alternatif perlu untuk memenuhi keperluan tenaga
masa hadapan di samping memelihara alam sekitar kita.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


14

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 14

Petikan di bawah menunjukkan antara Cerita Rakyat yang amat popular di Malaysia. Tuliskan
pendapat kamu tentang pengajaran yang kamu peroleh berdasarkan cerita ‘Si Tanggang’.
Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu
terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar tuhan telah
memperkenankan doa ibunya.
“Oh, ibu. Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!'
teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat
memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua
anak kapal juga bertukar menjadi batu.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


15

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 15

Petikan di bawah menunjukkan cerita tentang ‘Sang Kancil dengan Siput’. Tuliskan pendapat
kamu tentang pengajaran daripada cerita tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam
satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Sang Kancil memandang hina pada Siput yang sangat lambat berjalan dan mengajak
siput berlumba lari. Siput memanggil seluruh sahabatnya. Mereka telah bersepakat
bahawa siput yang berada paling hadapan akan menyahut setiap kali Sang Kancil
menyeru mereka.
Hari perlumbaan pun tiba. Sang Kancil berlari sepantasnya. Apabila sudah
jauh, dia pun berseru dan siput yang paling hadapan segera menyahut. Sehinggalah
Sang Kancil kepenatan. Akhirnya, Sang Kancil mengaku tewas.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


16

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 16

Petikan di bawah menunjukkan cerita ‘Bangau dengan Ikan’. Tuliskan pendapat kamu tentang
nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam
satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan
berasa susah hati. Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-
pura mahu menolong ikan. Mereka sangat gembira. Bangau menolong ikan berpindah
dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi.
Malang sekali, semua ikan itu dimakannya. Kemudian, tibalah giliran ketam
untuk berpindah. Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit
leher bangau. Matilah bangau yang penipu itu.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


17

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 17

Petikan di bawah menunjukkan cerita tentang kesusahan seorang murid. Tuliskan pendapat
kamu tentang pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut. Jawapan kamu itu hendaklah
ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Cikgu Harun seorang guru yang tegas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai
kasut sekolah. Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya menggunakan
kelopak jantung pisang untuk dijadikan “kasut”. Sejak itu, Ahmad tidak hadir ke
sekolah kerana malu. Cikgu Harun berasa kesal lalu mengambil keputusan pergi ke
rumah Ahmad. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan anak didiknya itu telah
membelikannya sepasang kasut dan uniform sekolah. Ahmad berterima kasih atas
pemberian Cikgu Harun. Dia telah belajar dengan gigih. Akhirnya Ahmad berjaya
menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


18

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 18

Pantun di bawah menunjukkan tentang sikap yang harus ada pada seorang murid. Tuliskan
pendapat kamu tentang nilai murni yang ada dalam pantun tersebut. Jawapan kamu itu
hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Menyusur sungai menangkap ikan, Tumis sayur dengan cendawan,


Sungai Tuaran berlembah bujur; Ikan melompat terus ke jermal;
Ikhlas dalam segala tindakan, Jika mahu disanjung kawan,
Jadilah insan yang paling jujur. Tulus dan ikhlas harus diamal.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


19

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 19

Petikan di bawah menceritakan kejayaan yang telah dicapai oleh seorang murid yang bernama
Tiara. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara untuk memperoleh kejayaan. Jawapan
kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

Tiara berjaya mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Catur Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Rompin ke-18 dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Pahang. Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nasir gurunya berkata, Tiara mula
didedahkan dengan permainan catur ketika berada pada tahun satu lagi.
“Kita asuh mereka sehingga potensi sebenar terserlah sebelum dibawa untuk
menyertai kejohanan yang lebih besar sama ada di peringkat sekolah, daerah dan
negeri. Berbekalkan minat, disiplin yang tinggi, rajin dan berusaha, berlatih tanpa
jemu. Akhirnya, Tiara berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan” katanya.

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS


20

UJIAN SUMATIF - UASA BAHAGIAN C


Penulisan Perenggan (SRTb) (10 Markah)

3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada bahan multimedia.
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.

Soalan 20

Grafik di bawah menunjukkan khasiat dan kebaikan sayur-sayuran hijau. Tuliskan pendapat
kamu tentang khasiat dan kebaikan sayur-sayuran hijau kepada manusia. Jawapan kamu
itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

LIMA KHASIAT DAN KEBAIKAN


SAYUR-SAYURAN HIJAU
Membantu Menurunkan Berat Badan
Merawat dan Mencantikkan Kulit
Menangani Masalah Kesihatan
Membina dan Membaiki Tulang
Memastikan Sistem Antibodi Kuat

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

PUSAT TUISYEN GALUS

Anda mungkin juga menyukai