Anda di halaman 1dari 2

PENYAKIT BERJANGKIT

1) Cara penyakit berjangkit tersebar

- Titisan dan/atau partikel aerosol dalam udara

Menyentuh mulut, mata dan hidung anda (tanpa membasuh tangan yang dicemari oleh
titisan) boleh menyebabkan anda dijangkiti.

- Kontak rapat dengan orang yang dijangkiti

Jangkitan boleh tersebar secara langsung melalui kulit atau kontak membran mukus dengan
orang yang dijangkiti. Membran mukus adalah lapisan lembap pada hidung, mulut, tekak
dan alat kelamin seseorang.

Jangkitan juga boleh tersebar apabila darah atau cecair badan seperti air liur, semen,
rembesan vagina orang yang dijangkiti, bersentuhan dengan orang yang lain apabila mereka
berciuman atau melakukan aktiviti seksual (kontak seksual).

Jangkitan boleh berlaku apabila perkakas dan barang peribadi orang yang dijangkiti dikongsi
dengan orang lain.

- Sentuhan tidak langsung dengan permukaan tercemar

Kuman yang berada pada objek seperti tombol pintu, perkakas, permukaan meja dan
sebagainya juga boleh tersebar secara tidak langsung. Menyentuh permukaan-permukaan
ini dan kemudian menyentuh mulut, mata dan hidung (tanpa membasuh tangan) boleh
menyebabkan anda dijangkiti.

- Pencemaran makanan dan air

Sesetengah penyakit berjangkit akan tersebar apabila kuman memasuki badan manusia
melalui makanan dan air yang tercemar dengan partikel najis daripada orang yang dijangkiti.

- Gigitan serangga

Sesetengah jangkitan bergantung pada serangga pembawa (selalunya nyamuk) yang


membawa patogen seperti malaria, virus denggi dan virus Zika untuk berpindah daripada
satu hos kepada hos yang lain. Pembawa ini dipanggil vektor.

2) Penyakit berjangkit biasa yang disebabkan oleh virus:


- Selesema
- COVID-19
- Influenza (flu)
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
- Virus kurang daya tahan manusia (HIV/AIDS)
- Papilomavirus Manusia (HPV)
- Virus Sinsitium Pernafasan (RSV)
- Hepatitis viral
- Meningitis viral

3) Penyakit berjangkit biasa yang disebabkan oleh bakteria:


- Kolera
- Leptospirosis
- Pertusis (Batuk Kokol)
- Pneumonia
- Sakit tekak akibat jangkitan bakteria
- Tetanus
- Tuberkulosis

4) Faktor risiko penyakit berjangkit


- Orang yang mengambil ubat-ubatan penahan imun atau steroid
- Orang yang mempunyai sistem imun yang dikompromi atau lemah seperti penghidap
HIV/AIDS
- Orang yang tidak divaksinasi terhadap penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus
- Anak kecil, ibu mengandung dan warga emas (umur melebihi 60 tahun)

5) Tanda dan gejala penyakit berjangkit

- Tanda dan gejala bagi penyakit berjangkit bergantung pada organisma yang menyebabkan
jangkitan tersebut, tetapi demam dan lesu adalah tanda dan gejala yang paling biasa bagi
penyakit berjangkit. Selain itu, tanda dan gejala umum termasuk cirit-birit, sakit otot dan
batuk.

6) Komplikasi penyakit berjangkit


- Papilomavirus manusia - boleh menyebabkan kanser servikal
- Helicobacter pylori - boleh menyebabkan kanser perut
- Hepatitis B dan C - boleh menyebabkan kanser hati

7) Rawatan penyakit berjangkit


- Jangkitan bakteria dirawat dengan antibiotik
- Jangkitan virus selalunya dirawat dengan jagaan sokongan seperti berehat, mengambil
cecair dan rawatan untuk demam
- Jangkitan kulat dan parasit dirawat dengan ubat-ubatan antikulat dan antiparasit seperti
Fluconazole, Mebendazole

8) Pencegahan penyakit berjangkit

- Menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum makan dan selepas
menggunakan tandas.
- Elakkan berkongsi item peribadi seperti berus gigi, sikat, pisau cukur, tuala, gelas minuman
dan perkakas makan.
- Dapatkan vaksinasi dan amalkan seks yang selamat untuk mengurangkan risiko mendapat
banyak penyakit.

Anda mungkin juga menyukai