Anda di halaman 1dari 3

5.

0 ISU SEMASA BERKAITAN GHAZWUL FIKRI

Kita berada dalam zaman di mana segala-galanya berada di hujung jari. Kemajuan
dalam teknologi terkini tidak dinafikan manfaatnya kepada masyarakat namun sisi buruknya
juga perlu diambil serius. Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi di atas talian
(online) yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia. Penggunaan media sosial
kini tidak terhad, bukan sekadar bahan interaksi dan komunikasi tetapi turut digunakan dalam
perniagaan, pendidikan serta kebudayaan. Apa yang dapat kita perhatikan, gelombang
Ghazwul Fikri paling mudah merebak melalui media sosial. Manakan tidak, hampir semua
manusia memiliki akaun media sosial masing-masing tidak kira muda mahupun tua.
Semuanya mahu sentiasa mengikuti arus peredaran zaman. Kebebasan individu dalam
bermedia sosial bagaimanapun membimbangkan kerana kita bebas memuatnaik kata-kata dan
video tanpa ada batasan sehingga kita lupa ada perkara yang perlu didiamkan dan tidak perlu
menjadi tatapan ramai. Seperti dalam Hadis Bukhari yang berbunyi, barang siapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau diam. Semakin
ramai Muslim yang mengenepikan ajaran Islam demi memenuhi nafsu mereka dalam
bermedia sosial sehingga tiada rasa malu dan takut akan murka Allah.

‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender’ atau nama singkatannya, LGBT. Isu
LGBT semakin berleluasa di Malaysia sejak kebelakangan ini kerana mereka semakin berani
ke hadapan dengan menyuarakan hak mereka supaya diberikan sama rata seperti individu
normal yang lain. Perbuatan homoseksual ini dilarang dalam perundangan Islam tradisional
dan boleh dikenakan pelbagai hukuman bergantung pada keadaan dan mazhab termasuklah
hukuman mati. Dari sini, kita dapat lihat bagaimana Islam melarang sekeras-kerasnya muslim
mendekati kancah LGBT. Namun begitu, kewujudan kecanggihan teknologi terkini
membolehkan agenda Barat meracuni pemikiran umat Islam supaya perlahan-lahan
menerima keberadaan golongan LGBT ini bukanlah suatu ancaman kepada mereka. Ini
menyebabkan golongan LGBT semakin bebas bersuara. Hal ini dapat bertepatan dengan
kandungan artikel terbitan Astro Awani dimana seorang mak nyah yang meminta agar
golongan sepertinya menggunakan tandas wanita dengan alasan walaupun mereka dilihat
sebagai lelaki secara luaran, namun dalaman mereka lebih kearah naluri wanita. Perkara ini
tidak boleh diambil mudah kerana kita perlu mengambil kira batas aurat antara seorang
wanita dan lelaki biarpun golongan maknyah ini berpakaian serta berperwatakan wanita. Apa
yang membimbangkan, segelintir umat Islam bersetuju dengan pendapat mak nyah tersebut.
Ini menunjukkan Qhazwul Fikri berjaya meracuni pemikiran umat Islam untuk menimbang
tara permintaan golongan LGBT ini biarpun sudah diterangkan dalam Al-Quran bagaimana
Allah melaknat umatnya yang termasuk dalam golongan LGBT.
Kes yang berlaku di Petaling Jaya, seorang wanita yang didakwa menghina Islam
dengan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi berdiri
ditahan polis pada 10 Julai 2022. Sewaktu kejadian wanita tersebut yang pada mulanya
bertudung dan memakai baju kurung telah mendakwa dirinya sudah menghafaz 15 juzuk Al-
Quran ketika bersekolah di tahfiz dan secara tiba-tiba menanggalkan pakaian sehingga hanya
meninggalkan pakaian yang mencolok mata di tubuhnya. Wanita tersebut ditahan atas alasan
agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-
membenci atau niat jahat untuk memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni dalam
masyarakat perpaduan. Kelakuan wanita ini bertentangan dengan dakwaannya bahawa dia
telah menghafaz sebahagian dari keseluruhan juzuk Al-Quran. Ini menunjukkan wanita itu
tidak memanfaatkan dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari selama ini. Tindakannya
itu membuatkan imej Islam menjadi buruk dan menyebabkan individu yang menganut agama
lain hilang rasa hormat terhadap Islam. Ini dapat disimpulkan melalui konsep Qhazwul Fikri
bahawa wanita tersebut mengamalkan hidup hedonisme yang mementingkan keseronokkan
atau kesenangan hidup. Wanita berkenaan menganggap perbuatannya yang menghina Islam
itu hanyalah sekadar hiburan untuk orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai