Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BALAPAN PADANG KALI KE 37 TAHUN 2022

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha En Khairuddin bin Puaat, Pengetua SMK Simpang, En Zahrom Shah bij Haji Salleh, Pen.
Kanan Tadbiran, Pn Norasiah binti Hussein, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Haslina binti Aminuddin
Pen Kanan Kokurikulum, Pn Syariza binti Che Yop Pen Kanan Tg 6 dan En Rustam bin Siis, Pen Kanan
PPKI.

Yang dihormati barisan guru kanan bidang, guru-guru dan para pelajar sekalian.

Pada pagi yang berbahagia ini, unit sukan SMK Simpang dengan berbesar hati mengadakan majlis
penyampaian hadiah Pra Kejohanan Sukan Sekolah SMK Simpang bagi tahun 2022. Pelbagai cabaran
yang terpaksa ditempuhi oleh para guru begitu juga para pelajar kerana keadaan cuaca yang kurang
baik. Namun begitu, usaha dan komitmen para pelajar yang bersungguh-sungguh menunjukkan
pelajar mempunyai iltizam yang tinggi untuk maju dalam bidang sukan, Syabas diucapkan. Bagi para
pemenang tahniah diucapkan dan yang tidak berjaya, usaha lagi pada tahun depan.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput En Khairuddin bin Puaat, Pengetua SMK
Simpang untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang diiringi oleh Pn Haslina binti
Aminuddin, Pen Kanan Kokurikulum. Dipersilakan.

******** Penyampaian hadiah ********

Rujuk senarai

Majlis merakamkan terima kasih kepada En Khairuddin bin Puaat dan Pn Haslina di atas kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.

Maka dengan ini tamatlah sudah Majlis penyampaian hadiah bagi acara Pra Kejohanan SMK Simpang
kali ke 37.

Anda mungkin juga menyukai