Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬
َّ ‫ َوال َعاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬, ‫العالَ ِمي َْن‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ ِّ‫هلل َرب‬
‫َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru 2022 peringkat Sekolah Keb Sg raya pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :

(Guru Tunjang Sekolah Sejahtera)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini
dengan sebaiknya . Cekalkanlah hati kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai
ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak
didik kami , sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak- anak kami sendiri , kurniakanlah
kepada kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab
sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan
kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya .

Ya Allah , ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan
menjadi guru yang sentiasa dihormati oleh anak didik kami.

َ‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوال‬، ‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َجمْ عًا َمرْ ح ُْومًا‬
‫ َمحْ ر ُْومًا‬.

Anda mungkin juga menyukai