Anda di halaman 1dari 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA

 
Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah
berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Ucapan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan
yang ditunjukkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 ini.
 
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
 
Kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang
dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah
harus ’memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ’menerima’. Ibubapa juga perlu sentiasa
memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan paling
utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai
komitmen dan motivasi yang tinggi sekiranya ingin mencapai kecemerlangan. Pepatah Melayu
selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. “ Oleh itu tuan-
tuan dan puan-puan marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi
kejayaan buat anak-anak kita.
 
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian,
 
Pelajar-pelajar merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara.
Saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak seperti harapan dan impian
sepertimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

 
Sekian, terima kasih
PN. NOORAISHAH BT OTHMAN
PENASIHAT PIBG
SK KAMPONG PASIR 2022/2023
 

Anda mungkin juga menyukai