Anda di halaman 1dari 28

Nota MPU-3133 / MPU-31E3 Falsafah dan Isu Semasa

(TAR UC)

BAB 6
EPISTEMOLOGI
6.1 Perkembangan Epistemologi dan Kesan Terhadap Kehidupan
6.2 Pelbagai Kaedah dan Sumber Perolehan Ilmu
6.3 Teori-teori tentang Kebenaran
6.4 Epistemologi untuk Kegunaan Kehidupan
Hasil Pembelajaran:
● Menjelaskan teori dan syarat ilmu.
● Menjelaskan pelbagai kaedah epistemologi seperti
Rasionalisme dan Empirisisme.
● Menghuraikan teori-teori tentang Kebenaran iaitu Teori
Koresponden, Teori Koheren dan Teori Pragmatik, Agama
dan Tradisi
6.1 PERKEMBANGAN EPISTEMOLOGI
DAN KESAN TERHADAP KEHIDUPAN
Maksud Epistemologi !It
❏ Epistemologi pada asasnya merupakan istilah yang
terbina daripada dua perkataan dalam bahasa Yunani,
iaitu:
1) episteme : ilmu
2) logos : ilmu, kritik, teori, dan kajian
❏ Epistemologi bermaksud: ilmu tentang ilmu atau
kajian mengenai ilmu atau disebut juga teori ilmu.
❏ Ilmu boleh ditakrifkan sebagai “kepercayaan yang
benar berasaskan justifikasi” (justified true belief).
Asas Ilmu ***
➢ Untuk menganggap sesuatu perkara sebagai ilmu, tiga asas perlu
dipenuhi:
~ 1) Kepercayaan - seseorang yang tidak percaya kepada sesuatu perkara
tidak dianggap mempunyai ilmu mengenai perkara itu.
~ 2) Kebenaran - kepercayaan itu mestilah benar kerana perkara yang tidak
benar tidak dianggap sebagai ilmu.
~ 3) Justifikasi - bukan semua kepercayaan benar dianggap ilmu kerana
sebahagian kepercayaan mungkin terbit daripada sangkaan atau tekaan.
Oleh itu, syarat ini adalah perlu kerana kepercayaan yang benar mestilah
ada justifikasi.

-X
➢ Antara syarat di atas, “kebenaran” merupakan syarat paling utama dalam
menilai sesuatu sebagai ilmu.
Perkembangan Epistemologi sejarah/* but E

❏ Pada zaman klasik dan pertengahan, persoalan epistemologi dibincangkan secara


berselerak.
❏ Bermula kurun ke-17 khususnya di Barat, ia menjadi topik perbahasan utama
selaras dengan perkembangan sains dan matematik.
❏ Era ini dianggap sebagai kemuncak perkembangan epistemologi yang banyak
menyumbang kepada kemajuan ilmu, sains, teknologi dan lain-lain pada hari ini.
❏ Tetapi, seiring dengan perkembangan ini, proses pemisahan ilmu pengetahuan
daripada nilai-nilai agama Kristian turut bermula.
❏ Kesannya, penyelidikan dan penghasilan ilmu di Barat mula disesuaikan dengan
keadaan neutral nilai (konsep bebas nilai).
❏ Lalu, lahirlah pelbagai aliran dan pendirian kesan perbezaan pandangan terhadap
permasalahan ilmu. Antaranya, persoalan mengenai sumber ilmu yang sah.
❏ Sebenarnya, keadaan ini telah menyumbang kepada perkembangan ilmu.
❏ Namun begitu, kelemahan dan kesalahan setiap pendirian perlu disedari dan
dielakkan supaya ilmu yang dijana tidak terkeluar dari kerangka dan pandangan
alam yang sah.
*
Kesan Epistemologi Terhadap Kehidupan c + vel
AG
❏ Membantu seseorang melihat keperluan dalam
bidang masing-masing.
❏ Memahami pola pemikiran di mana cara dan
sumber dapat mengubah jalur pemikiran
seseorang.
❏ Menentukan kemajuan sains dan teknologi.
cara

6.2 PELBAGAI KAEDAH DAN SUMBER


PEROLEHAN ILMU (4)

! 3/
Kaedah Perolehan Ilmu (4)
1) Aliran Empirisisme
➢ Aliran ini berpendirian bahawa sumber bagi semua ilmu
mata
manusia adalah pengalaman pancaindera. teling
-
-
a

tangan
➢ Tanpa pancaindera, akal tidak dapat berfungsi.
➢ Kebenaran atau kepalsuan sesuatu idea atau pernyataan
mestilah dibuktikan berasaskan pengalaman
pancaindera.
➢ Bagi mereka perkara ghaib tidak dianggap sebagai ilmu
kerana tidak dapat dibuktikan secara empirikal.
2) Aliran Rasionalisme
➢ Akal merupakan sumber ilmu yang paling diyakini
kebenarannya, bukan pancaindera.
➢ Menolak dakwaan aliran empirisisme yang mengatakan
sumber ilmu ialah pancaindera kerana pancaindera
sering tersilap, memberi maklumat palsu serta tidak
diyakini kebenarannya.
● Contoh: berapa kali kita ditipu oleh pancaindera
dengan menyangka bahawa bahagian pen yang
terendam di dalam air menjadi bengkok?
3) Aliran Dogmatisme
➢ Dengan akal dan pancaindera, manusia mampu
meneroka ilmu-ilmu baharu.
➢ Jika sesuatu ilmu tidak dapat dicapai, itu adalah
disebabkan kelemahan sama ada pada sifat
manusia atau benda.
➢ Apabila kelemahan ini diatasi, ilmu akan dapat
diperoleh melalui sumber yang diiktiraf oleh setiap
aliran.
4) Aliran Skeptisisme
➢ Ilmu dengan maksud kebenaran hakiki dan mutlak adalah tidak
wujud.
➢ Apa yang diketahui oleh seorang manusia merupakan
pandangan peribadi dan berkait dengan dirinya.
➢ Ilmu adalah bersifat nisbi atau relatif yang bermakna.
➢ Benar atau palsu sesuatu pengetahuan adalah berdasarkan
orang yang mengetahuinya.
➢ Kenisbian ilmu pengetahuan ini tampak jelas khususnya dalam
persoalan etika dan moral.
➢ Apa yang baik adalah baik bagi individu yang menganggapnya
baik, dan perkara baik ini tidak semestinya baik pada orang lain.
Sumber Perolehan Ilmu
1) Pancaindera yang Sihat
● Pancaindera menghubungkan manusia dengan alam.
● Melalui pancaindera, maklumat sekeliling dicerap dan dipindahkan
kepada akal untuk menilai kesahihan maklumat tersebut.
● Proses pencerapan maklumat hanya akan menghasilkan ilmu
yang diyakini benar apabila menepati dua syarat:
1) Pancaindera yang digunakan sihat dan tidak cacat.
2) Maklumat yang dicerap bebas daripada faktor yang
mencacatkan cerapan. Misalnya pembiasan cahaya
menyebabkan pen di dalam air kelihatan bengkok.
2) Akal yang Waras Itidak gila)
● Akal mempunyai peranan tersendiri sebagai sumber ilmu.
● Akal mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada pancaindera
seperti melakukan generalisasi, qiyas (deduksi), analisis dan
berfikir secara abstrak.
● Akal mampu memberikan ilmu mengenai perkara-perkara di luar
alam pancaindera.
● Akal mampu menghasilkan hukum yang diyakini benar,
misalnya:
1) “dua perkara yang berlawanan tidak akan bersatu”
2) “setiap yang bergerak perlu kepada penggerak”
3) “keseluruhan sesuatu lebih besar daripada
sebahagian juzuknya”
3) Hukum Akal dan Hukum Adat
● Hukum akal ialah hukum ke atas sesuatu berdasarkan akal.
● Hukum adat ialah hukum berasaskan pengalaman pancaindera.
● Banyak kesalahan berpunca daripada kesilapan dalam membezakan dan meletakkan
kedua-dua hukum ini pada tempat yang salah. Contohnya:
1. “manusia mampu mendarat di bulan”
- hukum adat pada masa dahulu menganggapnya mustahil tetapi tidak pada zaman
ini.
- bagi akal yang waras, perkara ini tidak mustahil kerana akal tiada masalah untuk
membayangkan perkara tersebut.
2. “kewujudan Tuhan”
- dari segi hukum adat, kepercayaan ini mungkin tidak benar kerana ia tidak dapat
dibuktikan melalui pengalaman pancaindera.
- dari segi akal, ia tidak mustahil. Akal yang waras mengatakan kewujudan Tuhan
Yang Maha Berkuasa adalah wajib, diyakini dan tidak dapat ditolak.
● Maka, tidak semua perkara yang dianggap mustahil berdasarkan hukum adat adalah
mustahil menurut hukum akal.
● Hukum adat mungkin berubah-ubah mengikut pengalaman manusia, namun hukum akal
tetap dan konsisten.
4) Perkhabaran atau Berita yang Benar *

● Sebahagian ilmu tidak diperoleh secara terus melalui pancaindera


ataupun akal tetapi disampaikan oleh orang lain. Contohnya:
- Kita tahu Plato hidup pada zaman Greek walaupun kita tidak
hidup pada zaman itu.
- Kita percaya bahawa piramid wujud di Mesir walaupun kita
tidak pernah ke sana.
● Dua jenis perkhabaran:
1. Perkhabaran yang sampai melalui bilangan manusia yang
ramai. Ilmu yang benar, disepakati, diyakini.
2. Perkhabaran yang sampai melalui seorang atau jumlah
individu yang sedikit. Diiringi petanda kebenaran, pembawa
berita seorang yang benar, terdapat bukti yang menyokong
kebenaran.
5) Tradisi Islam dan Kebenaran Wahyu 5 *

● Dalam tradisi Islam, wahyu merupakan sumber ilmu paling utama kerana
ia sebahagian daripada ilmu Tuhan Yang Maha Mengetahui.
● Wahyu iaitu al-Quran ialah risalah daripada Allah SWT kepada manusia
melalui perantaraan rasul yang mengandungi panduan hidup.
● Ilmu wahyu seperti perkara-perkara ghaib, pembalasan syurga dan
neraka, peraturan hidup, hukum-hakam dan lain-lain adalah diyakini benar
secara mutlak dan wajib dipercayai serta dipatuhi.
● Wahyu disampaikan oleh rasul diiringi pelbagai mukjizat sebagai bukti
kebenaran.
● Kandungan al-Quran disampaikan daripada satu generasi kepada satu
generasi sehingga kini tanpa sebarang tokok tambah atau
pengurangan walaupun satu huruf. tak boleh ubah/ditambah
6) Ilham dan Intuisi
● Dalam epistemologi, ilham dan intuisi dikenali dengan pelbagai istilah
seperti wijdan, basirah, laduni dan lain-lain.
● Ilham boleh dianggap sebagai sumber ilmu dengan beberapa syarat
yang ketat seperti:
1) Ilmu yang didapati melalui ilham tidak menyalahi pancaindera, akal
dan juga wahyu. Jika ia bertentangan dengan salah satu sumber ini
maka ilmu ditolak dan dihukum sebagai tidak benar.
2) IIham hanya terpakai bagi membantu dalam membuat
pertimbangan antara dua perkara yang dikategorikan sebagai
harus atau perkara-perkara yang tidak jelas (syubhah).
3) Orang yang mendapat ilham hanya berhak beramal dengan ilham
tersebut untuk dirinya & sahaja dan tidak menyebarkan atau
mewajibkannya ke atas orang lain idea
(4)
6.3 TEORI-TEORI TENTANG KEBENARAN

*
1. Teori Koresponden
❏ Sesuatu pernyataan dianggap benar jika ia sepadan
dengan apa yang wujud di alam nyata. # E
● Misalnya, pernyataan “Kota Bharu adalah ibu negeri
Kelantan” adalah benar.
● Sebaliknya pernyataan “Bachok adalah ibu negeri
Kelantan” adalah tidak benar kerana menyalahi apa yang
wujud di alam nyata.
2. Teori Koheren
❏ Sesuatu pernyataan dianggap benar apabila ia selari
atau konsisten dengan pernyataan-pernyataan lain.
● Misalnya: “hukum bunuh ke atas pengedar dadah
adalah wajar” dianggap benar kerana ia serasi dengan
“jenayah berat patut menerima hukuman keras”, dan
“hukum bunuh lebih menakutkan penjenayah
berbanding dengan penjara”.
3. Teori Pragmatik
❏ Sesuatu pernyataan dianggap benar apabila ia
memberi manfaat dan boleh dipraktikkan. digunakan
❏ Ini kerana menurut aliran pragmatisme, ilmu yang
tidak membawa kepada praktis atau tidak boleh
dipraktikkan adalah bukan ilmu, bahkan ia hanyalah
ilusi.
4. Agama dan Tradisi
Agama

Descalan
❏ Menurut aliran agama, kebenaran mutlak itu wujud dan merupakan kebenaran
yang terkandung dalam kitab suci.
❏ Tiga institusi kebenaran sebagai tempat makhluk mencari kebenaran dengan
titik pertemuan yang berpaksikan tauhid (keimanan).
1. Sains
2. Falsafah
3. Agama wahyu
Endang Saifuddin (1982)
❏ Empat cara mencari kebenaran iaitu menerusi:
1. Ilmu kalam (ilmu sains kini)
2. Falsafah
3. Orang yang berwibawa (tidak pernah berbuat salah atau disebut sebagai
maksum) -menulak dunia
4. Sufisme atau tasawuf
/
such
Imam al-Ghazali (1966)
Tradisi
❏ Menurut aliran tradisi, tradisi dan adat sesebuah masyarakat
boleh menjadi kayu pengukur kepercayaan atau
kebenaran.
❏ Contohnya:
➢ Orang Asli mewarisi adat dan kepercayaan yang kaya
dengan pantang larang.
➢ Mereka berpegang kepada kepercayaan animisme dan
dinaungi semangat alam dan tumbuh-tumbuhan.
➢ Mereka mempercayai semangat baik dan jahat.
➢ Setiap benda mempunyai semangat dan boleh membawa
kemudaratan atau kebaikan.
6.4 EPISTEMOLOGI UNTUK KEGUNAAN
KEHIDUPAN
Epistemologi Untuk Kegunaan Kehidupan *
❏ Membantu seseorang memahami cara dan arah manusia berfikir.
❏ Membantu seseorang “melihat” apa yang mungkin dan apa yang tidak
mungkin menurut bidang-bidangnya.
❏ Membimbing seseorang untuk menyemak apa yang mungkin diketahui dan
harus diketahui atau apa yang sama sekali tidak mungkin diketahui.
❏ Memberi implikasi terhadap corak sikap dan tingkah laku seseorang.
❏ Mempengaruhi peradaban manusia kerana suatu peradaban dibentuk oleh
teori pengetahuannya.
❏ Mengatur semua aspek pengajian manusia, daripada bidang falsafah
sehingga ilmu sosial.
❏ Menentukan kemajuan sains dan teknologi.
❏ Sentiasa mendorong manusia untuk selalu berfikir dan menciptakan sesuatu
yang baharu.
KESIMPULAN
❏ Kefahaman dan pendirian epistemologi yang tepat
merupakan asas penting bagi seorang manusia dalam
meneroka dan mengembangkan ilmu-ilmu baharu.
❏ Hal ini kerana apabila aliran tertentu diikut tanpa sedar
atau faham kesilapan dan kelemahan yang wujud, secara
tidak langsung ia akan menyebabkan kepincangan ke
atas kerangka pemikiran dan pandangan alam yang
dianuti.
Senarai Rujukan
Noor Hisham Md Nawi. (2021). Modul Falsafah dan Isu Semasa, Kota Bharu:
Penerbit UMK (ms. 63-74)

Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Edisi
Ketiga), Bangi: Penerbit UKM (ms. 106-107)

Anda mungkin juga menyukai