Anda di halaman 1dari 11

TOPIK 5: METAFIZIK

“First philosophy”  “first science”  “wisdom”  “theology”

-Meta bermaksud melampaui/melepasi (bebas) / di atas atau tingkatan atas.

-`Fizik merujuk kepada perkara atau alam yang bersifat material atau fizikal.

-Metafizik bererti sesuatu yang tidak bersifat fizikal.

2 ELEMEN METAFIZIK

Berunsur falsafah – kajian pada peringkat yang paling abstrak atau paling umum mengenai sesuatu
perkara/ fenomena/alam. Contoh: kerusi, sebab & akibat.

Berkaitan keagamaan – fenomena di luar alam nyata. Contoh: hidup selepas mati, syurga, neraka.
Benda ghaib tidak boleh dibuktikan dengan pancaindera/ deria yang bukan rasional & empirikal.

2 TEORI KAJIAN METAFIZIK

1. Teori Materialisme (benda yang wujud secara hakiki)

-Dikenali juga sebagai teori naturalisme.

-Mengikut teori ini hanya jasad atau jirim yang wujud secara hakiki.

-Dua kategori sifat benda yang wujud secara hakiki, iaitu:

• bersifat jasad atau material seperti kerusi, kereta, pokok, meja, gunung-ganang, sungai,
air dan sebagainya. Semua ini diterima sebagai benda-benda wujud.

• bukan material seperti idea-idea di dalam minda kita.

2. Teori Idealisme (mental/idea/kerohanian)

-Mengatakan realiti / kewujudan hakiki bukan bersifat material atau jasad atau jirim tetapi
bersifat mental, bersifat idea, atau bersifat kerohanian.

-Menurut George Berkeley:

• Hanya alam minda yang wujud

• Alam fizikal tidak dapat dikenali secara langsung.

Hubungan insan dan alam->kosmologi/ekologi

Kosmos: alam, Logi: ilmu

Kosmologi: cabang ilmu astronomi yang berkait dengan kewujudan & perubahan alam semesta dari
awal kejadiannya hingga sekarang & seterusnya.

Alam terbahagi kepada 2:

1. Alam fizik (al syahadah)- alam nyata yang dapat dicapai oleh pancaindera manusia.
2. Alam metafizik (al ghaib)- alam yang tidak dapat dilihat oleh anggota pancaindera manusia,
namun ia wujud.

Ekologi: cabang sains yang mengkaji habitat & interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar

Oikos (greek): rumah, Logos: sains

Tugas manusia terhadap ekologi- pemeliharaan & pemuliharaan alam

-Memelihara bermaksud menjaga dan melindungi alam seperti mengawal penebangan pokok &
menjaga keindahan serta kebersihan sungai.

-Memulihara bererti memulih alam supaya berada dalam keadaan baik.

Dari aspek agama, manusia sebagai khalifah ditugaskan untuk mengurus & mengatur alam yang
dikehendaki oleh Tuhan yang mencipta alam ini melalui sistem yang teratur, teliti & seimbang.

Hubungan insan dan tuhan->kepercayaan dan kerohanian

1. Teologi/ kepercayaan/akidah: hasil proses pertimbangan & penilaian akal manusia yang berkaitan
dengan ketuhanan, keagamaan & kerohanian.

2. Kerohanian: perkara-perkara berkaitan dengan roh (spiritual). Berkait perasaan, emosi, akal.

Konsep kerohanian juga dikenali sebagai sumber pegangan moral manusia secara umum.

➢ Monism: pemikiran metafisika dan teologi bahwa hanya mempunyai satu substansi dalam dunia

➢ Mekanisme: kepercayaan bahawa keseluruhan semula jadi (terutamanya benda hidup) sama
dengan mesin atau artifak

Sistem-sistem pemikiran/kepercayaan metafizik (13)

Teisme: kepercayaan akan wujudnya Tuhan.

Monoteisme: kepercayaan akan wujudnya hanya SATU Tuhan.

Ateisme: kepercayaan yang menafikan Tuhan.

Agnosticisme: wujud atau tidaknya Tuhan - sesuatu yang tidak diketahui & tidak dapat diketahui.

Politeisme: kepercayaan kepada banyak Tuhan.

Pluralism: kepercayaan yang menerima semua agama-agama yang ada sebagai benar.

atomisme: kepercayaan bahawa dunia fizikal terbentuk daripada komponen atom yang tidak boleh
dirungkai

Occasionalisme: kepercayaan bahawa jiwa & tubuh tidak berhubung dalam hubungan sebab &
musabab tetapi hanya dimungkinkan dengan perantaraan Tuhan.

Realisme: kepercayaan terhadap dunia tanpa ilusi atau sebarang penjelasan tertentu.
Idealism: kepercayaan bhw realiti tidak boleh dipisahkan daripada kefahaman & persepsi manusia.

Nominalisme: kepercayaan bahawa konsep umum tentang sesuatu perkara tidak menunjukkan
perkara sebenar.

Metafizik untuk kemajuan ilmu

Ahli falsafah: perbincangan mengenai metafizik kepada akal.

Ahli sains: pancaindera sebagai asas rujukan dalam membincangkan metafizik.

Ahli agama: wahyu sebagai teras kepercayaan dalam perbincangan metafizik.

2 Pandangan berkaitan metafizik

Positivisme – sains merupakan satu-satunya pengetahuan yang sah.

Empirisme – fakta empirikal: pernyataan paling kukuh untuk menerangkan tujuan pengetahuan.

• Agama & pegangan isme memisahkan sains & metafizik.


• Metafizik dan sains mempunyai hubungan istimewa; sains boleh memperteguh kepercayaan
seseorang tentang kewujudan Tuhan.
TOPIK 6: EPISTEMOLOGI (cabang falsafah yang mengkaji tentang teori-teori ilmu)
-Epistemologi (paling utama dlm falsafah) kerna banyak mempengaruhi bentuk pemikiran seseorang.

-Epistemologi (yunani): episteme bermaksud ilmu, logos bermaksud ilmu, kritik, teori dan kajian.

-Maksud epistemologi: ilmu tentang ilmu, atau kajian mengenai ilmu atau disebut juga teori ilmu.

-Definisi bagi hakikat ilmu: “kepercayaan yang benar berasaskan justifikasi” (knowledge is justified
true belief).

Tiga asas utama yang perlu dipenuhi oleh ilmu (3 syarat definisi ilmu)

1. Kepercayaan: seseorang yang tidak percaya kepada sesuatu perkara tidak dianggap mempunyai
ilmu mengenai perkara itu.

2. Kebenaran (syarat utama): kepercayaan itu mestilah benar kerana perkara tidak benar tidak
dianggap sebagai ilmu. Contoh, “Tunku Abdul Rahman adalah Perdana Menteri yang ketiga”.
Pernyataan ini tidak dianggap ilmu kerana kepercayaan ini adalah tidak benar.

3. Justifikasi: Bukan semua kepercayaan benar dianggap sebagai ilmu kerana sebahagian
kepercayaan mungkin terbit daripada sangkaan atau tekaan. Oleh itu, syarat ini adalah perlu kerana
kepercayaan yang benar mesti ada justifikasi

3 teori kebenaran

1. Teori koresponden: pernyataan dianggap benar jika sepadan dengan apa yang wujud di alam
nyata.
“Tunku Abdul Rahman adalah PM Malaysia pertama” adalah benar

2. Teori koherens: pernyataan dianggap benar apabila ia selari atau konsisten dengan pernyataan-
pernyataan lain.
“Hukuman berat ke atas pemandu mabuk adalah wajar” dianggap benar kerana ia selari dengan
“memandu secara mabuk mengakibatkan kecederaan & kematian kpd pengguna jalan raya lain”

3. Teori pragmatik: pernyataan dianggap benar apabila ia memberi manfaat dan boleh
dipraktikkan. Menurut aliran pragmatisme, ilmu yang tidak membawa kepada praktis adalah
bukan ilmu dan hanyalah ilusi.

Sumber ilmu manusia

1) Pancaindera yang sihat: wasilah yang menghubungkan manusia dengan alam

-Dua syarat untuk ilmu diyakini benar:

1. Pancaindera yang digunakan sihat dan tidak cacat.

2. Maklumat yang dicerap bebas daripada faktor yang mencacatkan cerapan misalnya pembiasan
cahaya menyebabkan pen di dalam air kelihatan bengkok. -Teori Kant (nilai moral diri manusia)
2)Akal yang waras: melakukan generalisasi, qiyas (deduksi), analisis serta berfikir secara abstrak.

-mampu memberikan ilmu mengenai perkara-perkara di luar alam pancaindera.

-mampu menghasilkan hukum yang diyakini benar.

3) Hukum akal dan hukum adat

• Hukum akal ialah hukum ke atas sesuatu berdasarkan akal.

• Hukum adat pula adalah hukum yang berasaskan pengalaman pancaindera

-Tidak semua perkara dianggap mustahil berdasarkan hukum adat : mustahil menurut hukum akal.

-Hukum adat boleh berubah-ubah mengikut perkembangan pengalaman manusia

-Hukum akal adalah tetap dan konsisten.

4) Perkhabaran atau berita yang benar.

-2 jenis perkhabaran/ berita:

1. Melalui bilangan manusia yang ramai (mutawatir). Mustahil bilangan yang ramai bersepakat untuk
menipu. Bentuk ini memberikan ilmu yang benar secara yakin dan tidak dapat ditolak.

2. Melalui seorang atau jumlah individu yang sedikit. Bentuk ini benar diiringi petanda yang
menunjukkan kebenarannya. Contoh, pembawa berita adalah seorang yang benar dan terdapat
bukti-bukti menyokong kebenaran berita itu.

5)Tradisi Islam dan Kebenaran Wahyu

-Wahyu adalah salah satu sumber ilmu di bawah kategori berita atau perkhabaran yang benar.

-Wahyu merupakan sumber ilmu paling utama kerana merupakan sebahagian daripada ilmu Tuhan.

-Wahyu ialah risalah daripada Allah S.W.T kepada manusia melalui perantaraan Rasul mengandungi
peraturan hidup.

✓ Ilham dan intuisi juga boleh dijadikan sumber ilmu

Syarat untuk ilham dan intuisi sebagai sumer ilmu

Ilham Intuisi

1. tidak menyalahi pancaindera, akal dan juga wahyu. memahami atau memperoleh ilmu tanpa
penaakulan dan pentelahan secara sedar.

2. membantu dalam membuat pertimbangan antara Ahli sains tidak mengakui kaedah ini untuk
dua perkara (harus/ syubhah) memperoleh pengetahuan sains.

3. beramal untuk dirinya sendiri/ tidak sebar kaedah pertama yang memberi cetusan dan idea

Teori Epistemologi (penggunaan pancaindera dan pengalaman)

1. A priori- Ilmu didapati melalui penaakulan tanpa pengalaman dahulu.

2. A posterior-ilmu didapati daripada pengalaman / sesuatu yg tidak terpisah drpd pengalamannya.

2 aliran falsafah berkaitan sumber ilmu

➢ Aliran Empirisisme: sumber bagi semua ilmu manusia adalah pengalaman pancaindera

-Kebenaran dan kepalsuan sesuatu idea atau pernyataan mestilah dibuktikan berasaskan
pengalaman pancaindera.

-Ahli empirisisme: Locke, Berkeley dan Hume

➢ Aliran Rasionalisme: sumber bagi semua ilmu manusia adalah akal

-Menolak dakwaan aliran empirisisme bahawa sumber ilmu ialah pancaindera.

-Tidak menolak maklumat yang dibawa oleh pancaindera cuma maklumat tersebut tidak diyakini
kebenarannya.

-Ahli rasionalisme: Descartes, Leibniz dan Spinoza.

Kemampuan manusia untuk mengetahui (keterbatasan ilmu manusia)

1. Aliran Dogmatisme

-dua aliran falsafah (empirisme dan rasionalisme) mengatakan bahawa manusia dengan sumber yang
ada mampu mencapai ilmu.

2. Aliran Skeptitisme

-Ilmu dengan maksud kebenaran hakiki dan mutlak adalah tidak wujud

-Ilmu adalah bersifat nisbi atau relatif yang bermakna, benar atau palsu sesuatu pengetahuan adalah
berdasarkan kepada orang yang mengetahuinya.
TOPIK 7: IDEOLOGI (Fahaman)
-sejarah perkembangan konsep modenisme dan pascamodenisme

-melahirkan ideologi pemikiran relativisme pascamoden.

-pertentangan antara golongan cendekiawan dengan teologi Kristian pada era Renaissance.

-Gerakan ini melahirkan falsafah moden berasaskan faham humanisme. Setelah itu berlaku revolusi
sains dalam abad ke-17 dan bermulalah proses sekularisasi.

-Tokoh utama sekularisasi adalah Francis Bacon (1561-1626): mengutarakan sains untuk
menggantikan agama bagi membawa kesejahteraan kepada kehidupan manusia.

-Rene Descartes (1596-1650: kebenaran hanya boleh dicapai melalui sumber akal rasional dan
pengalaman.

Ideologi moden

-konsep modeniti berasal drpd perkataan Latin “modo” bermaksud terkini atau sekarang.

-3 bentuk moden: modeniti (fizikal), modenisme (pemikiran), modenisasi (suatu proses)

-tunjang utama kepada ketiga-tiga konsep tersebut ialah logik, rasional dan objektiviti.

-Pemikiran moden telah membawa kemajuan kepada peradaban manusia

-Ia juga menghasilkan penindasan dan kezaliman kepada martabat kemanusiaan.

-Kegagalan pemikiran moden ialah penggunaan kekerasan sebagai suatu kaedah dalam penyelesaian
konflik malah gagal menyelesaikan permasalahan sosial dan kemanusiaan.

Tokoh falsafah Eropah era pencerahan (enlightenment) pada abad ke-18

-John Locke (1632-1704), David Hume (1711-1776) dan Immanuel Kant (1724-1804) mengagungkan
pencapaian sains dan kaedah saintifik.

-Mereka percaya bahawa manusia boleh mencapai kemajuan dengan hanya menggunakan akal dan
meninggalkan nilai yang berasaskan kepada dogma keagamaan.

-Era ini ditakrifkan sebagai permulaan abad moden yang berterusan sehingga abad ke-20,

-lahir ahli falsafah seperti Betrand Russell (1872-1970) dan Karl Popper (1902-1994) yang
meneruskan aliran modenisme dan positivisme.

Ideologi pascamoden

-Fahaman modenisme mendapat tentangan daripada golongan pascamoden yang mempertikai


konsep kebenaran mutlak berasaskan logocentrisme (berpusatkan akal), kaedah saintifik dan
objektiviti.
-Golongan pascamoden mengambil sikap bertentangan dengan sebahagian besar teori pemikiran
moden

-Contohnya idea grand theory oleh Karl Marx (1818-1883), Max Weber (1864-1920) dan Emile
Durkheim (1858-1917)

-Pengistilahan pascamoden dalam bidang falsafah diperkenalkan oleh Jean Francois Leotard (1924-
1998) pada dekad 1970-an.

-Ia merupakan satu gerakan idea yang ingin menggantikan aliran pemikiran moden.

-Tidak wujud konsep kebenaran bersifat universal spt kebenaran yang dibuktikan oleh akal

Ciri Pemikiran Pascamoden

1.Dekonstruktif – mencabar teori moden dan ajaran agama.

2.Relativisme – kebenaran bersifat relative dan berasaskan nilai, konteks dan budaya sesuatu
masyarakat.

3. Pluralisme – kepelbagaian perlu diraikan dan ditoleransikan.

4. Tiada kebenaran mutlak.

5. Ketiadaan makna dalam kehidupan.

6. Kesaksamaan perwakilan– tiada dominasi ke atas pihak yang lain.

7. Pemikiran tidak ditunjangi dogma agama, adat dan prinsip moral.

8. campuran pelbagai nilai, budaya dan keyakinan.

9. Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.

10. Budaya konsumerisme.

Tiga komponen utama:

• Sejarah – merujuk kepada era baharu yang lahir dari zaman moden.

• Budaya – satu produk budaya dan gaya hidup baharu.

• Kaedah pemikiran dan penteorian – satu cara pemikiran dan penteorian baharu tentang kehidupan
manusia kini dan akan datang yang mencabar teori dan pemikiran lama.

Implikasi dan Cabaran Relativisme Pascamoden

1. Kepercayaan dan amalan beragama (Liberalisme: semua agama benar dan sama)

2. Krisis nilai dan etika dalam kehidupan (pemikiran hedonisme)

3. Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan kelompok minoriti dan devian (LGBT)

4. Kerapuhan sistem kekeluargaan (kehidupan tanpa nikah-konteks tanggungjawab)


5. Sistem ekonomi konsumerisme (penting keuntungan)

6. Perubahan struktur sosial dan masyarakat (bercorak individualistik)

7. Penghasilan produk hiburan yang tidak mementingkan makna dan tujuan (muzik/film)

Solusinya ialah Agama dan Tradisi Keilmuan

-mengembalikan semula manusia kepada institusi agama dan tradisi keilmuan yang kukuh.

• Kegagalan asas tamadun Barat sama ada dalam konteks aliran pemikiran moden atau pascamoden
ialah kecelaruan binaan epistemologi, ontologi dan aksiologi dalam memahami makna kebenaran
dan kebahagiaan hidup.

• Golongan pascamodenis menolak peranan agama dalam menentukan tujuan kehidupan.

• Asas pembinaan falsafah moden yang berteraskan kebenaran akal dan faham positivisme hanya
berupaya menyelesaikan masalah fizikal bukannya unsur spiritual secara seimbang dan sepadu.

• Ideologi pascamoden yang berpegang kepada relativisme dan menolak ajaran agama mencetuskan
kecelaruan dan tidak mampu memberi penyelesaian.
TOPIK 7: Dekolonisasi (Proses Pembebasan Sesebuah Negara daripada Penjajahan)

Definisi: proses membebaskan sesuatu wilayah daripada kuasa penjajah (penjajahan).

Istilah: suatu proses atau keadaan iaitu sistem kuasa berpusat mendominasi tanah jajahan baharu
yang berada di kawasan sekitarnya.

-Istilah dekolonisasi bersifat derivatif (berlawanan) kepada istilah kolonisasi.

-Ia membawa maksud keadaan atau proses pembebasan daripada cengkaman kuasa penjajah dari
sudut fizikal, material, politik, ekonomi, budaya, pemikiran dan intelektual.

-Koloni bererti tanah jajahan

-Kolonisasi bermaksud proses menjadikan sesuatu wilayah sebagai koloni (penjajahan)

Konsep Dekolonisasi

• Perbahasan mengenai dekolonisasi oleh sarjana seperti Albert Hourani (1915-1993), Syed
Hussein Alatas (1928-2007), Ali Shariati (1933-1977) & Edward said (1935-2003)
memabahaskan dekolonisasi yang dihubungkan dengan konsep lain seperti orientalisme,
penjajahan intelektual (intellectual imperialism), intelektual tanpa rumah (homeless intellectual)
dan minda tertawan (captive mind).

• Fokus utama mereka adalah mempromosikan dekolonisasi intelektual daripada segala pakej
intelektual yang diimport dari Barat.

• suatu perubahan dalam keadaan masyarakat daripada berada di bawah taklukan kuasa
penjajahan kepada pemerolehan kembali legitimasi ke atas tanah air, kemerdekaan ekonomi,
politik dan sosiobudaya serta pembebasan pemikiran dan intelektual daripada impak kolonisasi.

Sejarah kemunculan dan perkembangan dekolonisasi

➢ Istilah dekolonisasi diperkenalkan pada kurun ke-19 oleh seorang wartawan Peranchis yang
menentang penjajahan Peranchis ke atas Algeria.

➢ Kemudiannya, seorang saintis sosial berbangsa Yahudi dari Jerman, Moritz Julius Bonn (1873-
1965) yang terselamat daripada kezaliman Nazi mempopularkan istilah ini pada 1930-an.

3 gelombang utama dekolonisasi

1. Dekolonisasi Dunia Baharu (New World Decolonization) 1776

2. Dekolonisasi Dunia Lama (Old World Colonization) 1918

3. Dekolonisasi Dunia Ketiga (Third World Decolonization) 1940


Faktor2 Kemunculan Dekolonisasi

1. Perang Dunia Kedua di peringkat global di antara empayar dan kuasa besar dunia menjadi
pencetus utama dekolonisasi.

2. Amerika Syarikat dan Soviet Union yang merupakan kuasa besar baharu selepas

Perang Dunia Kedua menentang idea kolonialisme Eropah.

3. Mobilisasi gerakan pembebasan dan kemerdekaan yang muncul di wilayah jajahan kuasa besar
tidak dapat dibendung. Gerakan antikolonial dan haluan kiri mempercepatkan proses dekolonisasi
daripada dominasi kuasa penjajah.

Impak Dekolonisasi

1. Sistem politik dan ekonomi.

-Sistem politik demokrasi muncul menggantikan sistem empayar dan monarki.

-Sistem ekonomi kapitalis dan perdagangan terbuka menjadi amalan kebanyakan negara
membangun bagi memacu perkembangan ekonomi.

2. Sistem sosial

-berjaya merubah masyarakat daripada berpusatkan Barat (Eurocentric) kepada berpusatkan nilai
masyarakat setempat (local value-based centric).

3. Sistem Pendidikan

-Bidang yang paling terkesan dengan kolonisasi adalah sistem pendidikan.

-Pelbagai bentuk gerakan intelektual telah dan sedang diperjuangkan bagi mengembalikan sistem
pendidikan ke landasan epistemologi bertuhan melalui islamisasi dan penerapan peradaban timur
terhadap ilmu serta integrasi ilmu.

Anda mungkin juga menyukai