Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN

TASAWUF

TOPIK 1

DR. SHARIFAH BASIRAH SYED


MUHSIN
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN
ISLAM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
ILMU TASAWUF
– Bahasa : al-Safa’ (bersih, jernih dan suci daripada yang najis atau kotor samada secara zahir atau batin)
– Istilah: Menghilangkan perangai yang buruk dalam diri dan digantikan dengan sifat mahmudah serta
menyucikan zat Allah daripada sesuatu.
– Makna lain Tasawuf:
 Al-Suffah: Tempat di masjid Nabawi
 Al-Suf: Bulu kambing (pakaian)
- Tasawuf juga dikenali sebagai ilmu batin (ilm al-batin). Ilmu yang mempunyai kedudukan yang paling
tinggi disisi Allah.
- Tasawuf juga mengandungi elemen:
 Akhlaq
 Tazkiyah al-nafs
 Mujahadah al-nafs
Definisi Tasawuf : Tokoh
– Al-Qusyairi: Pembersihan diri secara rohani dan fizikal. Dengan melaksanakan ajaran al-Quran dan
Sunnah, berusaha untuk mengawal nafsu yang tidak berlandaskan syariat, menjauhi perbuatan bidaah,
mengucapkan kalimah shahadah dan menghindari diri dari mengabaikan beribadah kepada Allah.
– Abu Muhammad al-Jariri: Berakhlak dengan segala akhlak mulia dan keluar daripada segala akhlak yang
hina.
– Imam al-Syazuli: Tasawuf ialah melatih nafsu ke arah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di
bawah hukum-hakamNya.
– Zakariyyah al-Ansari: Tasawuf mengajar seseorang untuk mensucikan dirinya seperti membaiki akhlak dan
membina kehidupan fizikal dan rohani untuk kebahagiaan yang berkekalan. Tujuan penyucian jiwa atau
hati adalah untuk meraih kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat.
– Kesimpulan: Ilmu Tasawuf lebih menekankan kepada persoalan hati/ jiwa dengan menyucikan hati/jiwa,
akhlaq, pemikiran berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mencapai kebahagiaan dunia dan
akhirat.
Sufi Etimologi
– Perkataan sufi / tasawuf tidak ada pada zaman Rasulullah dan al-sahabah.
– Al-Quran juga tidak menggunakan terma tasawuf/ sufi dan tidak ada disebut di dalam nya
tetapi hanya menyebut konsep yang diamalkan dalam ilmu tasawuf.
– Antara konsep tasawuf yang dinyatakan dalam al-Quran:
 Zuhud: al-Kahf 18: 28
 Faqir: al-Baqarah: 268
 Tawakkal: Ali Imran: 159
 Zikir: Al-Ahzab: 41
Al-Kahfi 18:28

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata;
dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran,
serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Al-Baqarah 2: 268

ُ‫ان يَ ِع ُد ُك ُم ْالفَ ْق َر َويَْأ ُم ُر ُكم بِ ْالفَحْ َشا ِء ۖ َوهَّللا ُ يَ ِع ُد ُكم َّم ْغفِ َرةً ِّم ْنه‬
ُ َ‫ل َّش ْيط‬
‫اس ٌع َعلِي ٌم‬ ِ ‫َوفَضْ اًل ۗ َوهَّللا ُ َو‬

– Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu
derma dam sedekah), dan menyuruh melakukan perbuatan keji, sedang Allah
menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya, Ingatlah Allah maha
Mengetahui.
Matlamat Ilmu Tasawuf

– Mengenal Allah dengan cara beribadah kepadaNya dengan cara


bersungguh-sungguh dalam beribadah
– Menyucikan, membersihkan dan meningkatkan hati/ jiwa sehingga ia
layak memperolehi makrifah Ilahi.
– Membina masyarakat yang sejahtera dengan asas yang baik, akhlak yang
mulia, berpegang dengan peraturan-peraturan agama dan jalan-jalan sufi
untuk meningkatkan amalan kepada Allah.
Ciri-ciri Umum Tasawuf
– Berdasarkan Ahli Sunnah wal Jama’ah:
– Berdiri atas asas akidah ahli al-sunnah wa al-jamaah
– Berpegang kepada Syariat Islam.
– Ikatan kemas dan jelas dengan ayat al-Qur’an, al-Hadith rasulullah, ucapan
sahabat dan tabi’in.
– Ketakwaan kepada Allah dalam keadaan tersembunyi dan terang.
– Asas pendidikan tazkiyah al-nafs
Ciri-ciri umum Tasawuf

– Akhlak amali yang membawa ke tahap kesempurnaan


– Terlebih dahulu menghayati syariah sebelum menghayati tariq tasawuf.
– Utamakan amalan dan ketaatan kepada Allah daripada membuang masa
dengan pendebatan mengenai Persoalan-Persoalan Agama.
– Keredhaan terhadap Allah dalam setiap keadaan.
– Kembali kepada Allah dalam keadaan senang dan susah.
Persoalan utama dalam tasawuf
– PERTAMA
 Mengenal Allah
Mengenal Allah dengan sifat dan namaNya secara ta’alluq (sedar kita makhluq
dibawah kekuasaanNya), tahaqquq (menyakini setiap perbuatan Allah) dan
takhalluq (bersifat dengan sifat-sifat Allah). Berdasarkan firman Allah:
“Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadah kepadaKU”
(al-Dzariyat: 6)
“Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, namun jika kamu
tidak dapat melihatNya, Allah tetap akan melihat kamu”
(Kitab jami’ al-ulum wa al-hikam)
– KEDUA
Pembersihan jiwa damn pemurnian akhlak. Hal ini dapat dilaksanakan
dengan bermujahadah melawan nafsu, mengekang daripada kehendak
syahwat dan memimpinnya ke arah mengikut jejak Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan
Allah dan balasan baik di akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati
Allah sebanyak-banyaknya dalam waktu susah atau senang”.
(Al-Ahzab: 21)
Kelebihan Ilmu Tasawuf

– Ilmu tasawuf adalah ilmu agama yang paling mulia kerana ia


termasuk dalam tergolong dalam ilmu tauhid, bahkania
merupakan intipati tauhid.
Nama-nama lain

Ilmu Qalb
Ilmu Batin
Ilmu Laduni
Ilmu Mukasyafah
Ilmu Hakikat
Ilmu Zauqi
Hukum mempelajari

– Fardhu Ain, kerana seseorang itu tidak sunyi daripada


keburukan atau penyakit hati kecuali para anbiya’.
Terdapat sesetangah ulama’ tasawuf menyatakan
bahawa sesiapa yang tidak mempunyai bahagian dari
ilmu ini ditakuti ia akan mati dalam keadaan su’ul
khatimah.
Gambaran ringkas perkembangan
Tasawuf
– Abad 1H-2H
 Pertumbuhan ilmu Tasawuf yang dinamakan peringkat Zuhud. Golongan ini dikenali
sebagai ahli zuhud, ahli ibadah dan orang yang sentiasa menangis.
 Pada abad ini orang Islam yang menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah
kepada Allah.
 Mereka menjaga dan zuhud makan mereka, pakaian dan tempat tinggal.
 Antaranya ialah hasan al-Basri dan Rabia al-Adawiyyah
Gambaran ringkas perkembangan
Tasawuf
– Abad 3 H, 4 dan 5H
 Terma Tasawuf dan sufi wujud
 Ahli Tasawuf menekankan rahsia-rahsia kehalusan hati.
 Ciri-ciri akhlaq menonjol dalam ilmu dan amalan.
 Ilmu tasawuf sebagai satu bidang ilmu akhlaq islam.
 Kajian mereka dalam bidang akhlaq mendorong mereka untuk mengkaji jiwa manusia secara mendalam.
 Lahirnya kitab Tasawuf
 Wujud kumpulan-kumpulan daripada beribadah bersendirian kepada berkumpulan.
 Wujud Tasawuf Falsafi
Gambaran ringkas perkembangan
Tasawuf
– Abad 6H
 Tasawuf Sunni lahir dan berkembang (al-Ghazali)
 Tokoh-tokoh lain juga muncul antaranya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani dan Sheikh al-Rifa’I ( pengaruh dengan
tasawuf yang dibawa oleh al-Ghazali).
-Abad 7 H
 Lahir tokoh lain yang membawa pengaruh yang sama seperti Abu al-hasan al-Syazali, Ibn ‘Ataillah al-Sakandari
-Abad 8 H hingga kini
 Mula menghadapi zaman menurun
 Tokoh-tokoh hanya mengulas dan ringkasan kitab karya tokoh sebelumnya
Tokoh-tokoh sufi/ tasawuf

– Terdapat ramai tokoh sufi yang terkenal sejak abad ke 1 H termasuklah Nabi
Muhammad saw dan para sahabatnya, tabi’ dan tabi’in dan seterusnya.
– Antara beberapa tokoh sufi ialah:
 Rabi’ah al-Adawiyah
 Sheikh Abd Qadie al-Jilani
 Al-Muhasibi
 Al-Ghazali
 Ibn Arabi
Rabi’ah al-Adawiyah

– Lahir di Basrah
– Kebanyakkan kehidupan awalnya diriwayatkan oleh farid al-Din Attar
– Seoarang wali Allah dan penyair
– Tidak meninggalkan karya
– Terkenal dengan Puisi Sufi
– Membawa konsep “Mahabbah ila Allah”
– Sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.
Al-Muhasibi

– Nama: Abu ‘Abd al-Harith al-Muhasibi


– Dilahirkan di Basrah
– Meninggal di Baghdad
– Pengasas kepada Sekolah Falsafah Islam di Baghdad
– Guru kepada al-Junaid dan al-Saqati
– Juga menguasai ilmu hadis dan fiqh
– Kitab beliau juga dirujuk oleh ulama’ selepasnya.
– Kitab: al-wasaya, al-ri’ayah li huquq Allah DLL
Al-Ghazali

– Nama: Abu Hamid Muhammad al-Tusi al-Ghazali


– Lahir tahun 1058 M di Tus
– Meninggal di Khurasan pada 1111M.
– Tokoh sufi yang sangat menonjol dan terkenal
– Menguasai banyak bidang seperti, fiqah, perundangan, falsafah teologi dan
tasawuf
– Karya terkenal dalam tasawuf: Ihya ulum al-Din,Mizan al-’Amal, Bidayah al-
Hidayah DLL
Ibn Arabi

– Nama: Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn Arabi
– Lahir di Sepanyol pada 1165 M
– Meninggal di Damsyik 1240M
– Seorang sufi dan tokoh falsafah
– Mempunyai 800 karya, hanya 100 yang selamat
– Antaranya Fusus al-Hikam, Futuhat Makiyyah, Ruh al-Quds DLL

Anda mungkin juga menyukai