Anda di halaman 1dari 10

TAJUK : EPISTEMOLOGI ILMU 2 (SUMBER DAN ALIRAN

FALSAFAH ILMU)

NAMA : AHMAD FATIR MUKHLIS BIN ROSDI


NOMBOR MATRIK : 22410023
NAMA PENSYARAH : SITI JAMILAH BINTI ASHAR
KOD & NAMA SUBJEK : MPU3112 FALSAH DAN ISU SEMASA
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1
2.0 SUMBER ILMU 2
2.1 Pancaindera 3
2.2 Akal 4
2.3 Ilham
2.4 Wahyu

3.0 ALIRAN DAN MAZHAB 5-6


FALSAFAH ILMU
4.0 KESIMPULAN 7
5.0 LAMPIRAN 8
1. PENDAHULUAN
Dalam bab ini kita akan menfokuskan salah satu perbincangan yang penting dalam
epistemologi iaitu sumber ilmu dan aliran falsafah ilmu di dalamnya. Contoh satu
pertanyaan yang sangat penting yang patut dijawab ialah apa itu pengetahuan?dari mana
asalnya atau sumber pengetahuan itu?untuk apa pengetahuan tersebut dan apa
kegunaannya?bagaimana hendak membentuk pengetahuan yang benar dan tepat? Melihat
kepelbagaian pertanyaan ini maka terdapat banyak perbahasan tentang sumber ilmu dan
melahirkan pelbagai aliran atau mazhab pemikiran seperti idealisme,materialsme,
makenisme, rasionalism, empirisme, pragmatisme, positivisme, kristisme, realisme,
eksistensialisme dan fenomenologisme.Dalam bab ini juga mempelajari menjawab apa
yang benar dan sudah diketahui, menjawab bagaimana cara untuk mengetahuinya dan
melihat kepada perkara yang boleh dilihat secara realiti dan kemudian diteliti secara
saintifik melalui pengetahuan yang dimilik.

1
2. SUMBER ILMU
Terdapat pelbagai sumber bagi manusia untuk mencapai ilmu dan setiap sumber yang di
perolehi ini berfungsi dalam konteks yang berbeza serta saling melengkapi antara satu
sama lain. Ahli falsafah telah mengkaji lebih dalam dan memperolehi atau menjumpai
lebih banyak cabang sumber ilmu menurut Kneller(1971) seperti pengetahuan wahyu,
pengetahuan intuitif atau diperoleh melalui gerak hati, pengetahuan nasional/logikal,
pengetahuan bersumberkan autoriti dan merujuk kepada sesuatu kepakaran dalam sesuatu
bidang ilmu tertentu. Kebiasaannya manusia mendapat sumber ilmu sama ada dengan
pancaindra yang cergas, berita yang benar atau akal yang waras. Masyarakat yang
menerima ketiga-tiga sumber ilmu ini sebagai sumber ilmu yang utama mengikut Ibn
Taymiyyah(1991) kerana mampu melongjak kearah ilmu yang lebih sempurna
berbanding mereka yang hanya mengiktiraf sebahagian sahaja. Namun sebahagian alirah
falsafah hanya mengiktiraf sumber tertentu sahaja menyebabkan berlakunya perbezaan
pemikiran tetapi pada setiap sumber mempunyai perbahasan dan pengiktirafan tersendiri
juteru memberi impak yang positif, klasifikasi dan hierarki ilmu.

2.1 PANCAINDRA
Pancaindera digunakan untuk berhubung dengan dunia fizik atau lingkungan di
persekitaran kita. Melaluinya maklumat daripada alam sekeliling dicerap dan
dipindahkan kepada akal yang berfungsi menilai kesahihan maklumat tersebut. Proses
pencerapan maklumat oleh pancaindera hanya akan menghasilkan ilmu yang diyakini
benar dan tepat apabila menepati dua syarat iaitu pancaindera yang digunakan sihat dan
tidak cacat yang kedua maklumat yang dicerap bebas daripada faktor yang mencatatkan
cerapan contohnya pembiasan pen di dalam air kelihatan bengkok. Pengetahuan
parcaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi oleh manusia melalu melalui
kelima-lima panainderanya iaitu mata, hidung, perasaan(kulit), telinga dan lidah.
Pengatahuan ini disebut pengatahuan empiris. Pengetahuan empiris aman bergantung
kepada pengalaman dan pengamatan. Gejalan-gejala alamiah (ilmiah) yang bersifat
konkrit dan mempunyai ciri-ciri tertentu dapat dinyatakan melalui tangkapan pancaindera
manusia. Pancaindera juga akan mengalami situasi yang tidak bermakna apabila
pancaindera mencapai satu tahap yang di luar batas.

2
2.2 AKAL
Walaupun pancaindera ialah asas utama untuk mendapatkan ilmu akal yang cergas
juga mempunyai peranan yang penting sebagai keperolehan sumber ilmu. Akal
mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang tidak ada di pancaindera. Keunggulan
otak yang paling utama adalah kemampuan menangkap esensi atau hakikat daripada
sesuatu tanpa terikat kepada fakta-fakta khusus. Jika ilmu yang diperoleh melalui
pancaindera hanya terhad kepada alam nyata sahaja maka akal sebaliknya mampu
memberikan ilmu pengetahuan mengenai perkara-perkara di luar alam pancaindera.
Bukan itu sahaja malah manusia juga dapat membuat pertimbangan atau perbezaan
antara perkara baik atau perkara yang buruk melalui akal. Aliran yang mengagung-
agungkan pemggunaan akal dipanggil rasionalisme. Aliran ini banyak menggunakan
kaedah deduktif dalam menyusun pengetahuannya, serta tidak menitikberatkan
pengalaman manusi yang konkrit dan kejadian alam ini dalam usaha untuk
memahami hakikat kewujudan. Dengan ini pemikiran rasionalisme yang positif dapat
menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan baru.

2.3 ILHAM
Ilham adalah pengetahuan yang diperoleh tanpa melalui proses penalaran(pemikiran).
Ilham juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti intuisi, wijdan, basirah , laduni
dan lain-lain. Ilham boleh berlaku dalam keadaan tidak sepenuhnya sedar iaitu datang
ketika tidak difikirkan atau dikehendaki. Ilham bersifat personal, datang secara tiba-
tiba dan tidak boleh diramalkan. Ilham hanya terpakai bagi membantu dalam
membuat pertimbangan antara dua perkara yang dikategorikan sebagai harus, atau
perkara-perkara yang tidak jelas(syubhah).Justeru itu, orang yang mendapar ilham
hanya berhak beramal dengan ilham tersebut untuk dirinya sahaja dan tidak
menyebarkan atau mewajibkan keatas orang lain. Al-Ghazali menyatakan bahawa
ilham adalah berupa cahaya yang datang kepada nurani, bersih dan lembut oleh itu la
adalah ilmu yang didapati tanpa jalan mengkaji dan mencari dalil.

3
2.4 WAHYU
Dari sudut etimologi berasal daripada perkataan arab bermaksud memberitahu dengan
segera atau segala yang disampaikan secara rahsia oleh pihak lain supaya dapat
diketahuinya manakala pula dari sudut termilogi pula bermaksud segala yang
disampaikan Allah kepada nabi dan rasul berupa ajaran atau perkhabaran dalam
bentuk sejarah, hukum hakam, peristiwa akan datang, perkara-perkara ghaibiyyat dan
lain-lain. Wahyu tidak hanya terbatas khusus kepada manusia sahaja, bahkan ia juga
berkaitan dengan objek yang tidak bernyawa, tumbuhan, binatang, dan sebagainya
(wahyu yang diturunkan kepada kewujudan-kewujudan ini adalah hidayah dan
bimbingan yang bersifat semulajadi (zat), tabiat, atau dengan kata lainnya hidayah
takwiniyah. Tuhan yang akan mengantarkan mereka ke arah kesempurnaan), akan
tetapi derajat wahyu yang tertinggi hanya khusus untuk para nabi dan wali-wali
Tuhan, dan yang dimaksud dengan wahyu ini adalah penyampaian hakikat makna-
makna ke dalam kalbu Rasulullah Saw dan "perbicaraan" Tuhan dengannya.
Kesimpulannya bahawa secara prinsipnya "penyampaian-penyampaian" (wahyu)
yang terjadi ke atas sesama manusia tidaklah berbeza, akan tetapi ianya berbeza dari
sudut derajat dan tingkatannya. Serendah-rendah derajat wahyu adalah wahyu
berkaitan dengan objek yang tidak bernyawa dan tumbuhan, dan setinggi-tinggi
darajat adalah khusus untuk para Anbia'.

4
3.0 ALIRAN DAN MAZHAB FALSAFAH ILMU
Empirisme dan rasionalisme adalah dua aliran pemikiran dalam falsafah yang dicirikan
oleh pandangan yang berbeza dan karenanya mereka harus difahami mengenai perbezaan
antara mereka. Empirisme merupakan aliran falsafah yang berpendirian bahawa sumber
bagi semua ilmu manusia adalah pengalaman pancaindera dan rasionalisme juga adalah
pandangan falsafah yang percaya bahawa pendapat dan tindakan harus didasarkan pada
sebab dan bukan pada kepercayaan atau emosi agama. Emperisme dipelopori oleh ahli
falsafah British pada abad yang ke-18 seperti David Hume (1711-1776) iainya berasal
dari bahasa yunani empeirikos yang bermaksud pengalaman tambahan pula ia menolak
pandangan ahli falsafah rasionalisme bahawa akal manusia mempunyai konsep terhadap
sesuatu objek sebelum proses tanggapan wujud di alam dunia. Tanpa pancaindera
manusia tiada ilmu dan akal tidak dapat berfungsi dengan baik justeru akan menimbulkan
pelbagai permasalahan antara manusia. Dengan pegangan ini, kebenaran atau kedustaan
sesuatu keboleh ideaan atau penyataan hendaklah dibuktikan berasaskan pengalaman
pancaindera. Oleh sebab itu, iainya meninggal kan kesan seperti kewujudan Tuhan tidak
dianggap sebagai ilmu kerana tidakdapat dibuktikan secara emprikal. Empirisme
mengajarkan bahawa kita tidak boleh cuba mengetahui kebenaran substantif tentang
Tuhan dan jiwa dari sebab. Sebaliknya, empiris akan mengesyorkan dua projek, iaitu,
membina dan kritikal. Projek-projek kritikal bertujuan untuk menghapuskan apa yang
dikatakan telah diketahui oleh metafizik. Malah, proses penghapusan itu berdasarkan
pengalaman. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa empirisisme lebih bergantung kepada
pengalaman daripada sebab yang tulus.

Rasionalisme pula adalah suatu kaedah penyelidikan dan uji kaji yang menyatakan
bahawa akal adalah sumber utama pengetahuan. Oleh sebab itu, bertentangan
dengan empirisisme secara teorinya, ia menafikan pengalamaan pancaindera sebagai
sumber pengetahuan. Justeru itu, konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah
kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap
ilmu dan kebenaran. Ia bersifat fitrah dimana idea mengenai kebenaran dikatan sudah ada
pada diri manusia tanpa perlu melalui pengetahuan dan pengalamann. Rasionalisme
wujud dalam dua bidang iaitu dalam bidang agama dan bidang falsafah. Rasionalisme
dipelopori oleh ahli falsafah pada abad ke-17 dan 18 seperti Rene descartes (1596-1650)
tetapi perintis awal aliran rasionalisme ialah Heraclitus yang meyakini bahawa akal
melebihi pancindera sebagai sumber ilmu. Tambahan pula, beliau beranggapan akal
manusia boleh berhubung dengan akal ketuhanan yang memancarlan sinaran cahaya
tuhan dalam diri manusia. Kelebihan rasionalisme dapat menyusun sistem-sistem
kefalsafahan terutama ilmu logik dan matematik yang lahir sejak zaman aristotle.

5
Terapat dua lagi aliran falsafah ilmu iaitu Kritisme dan Intuisionisme. Kritisisme
merupakan bagian dari filsafat modern. Secara garis besar kritisisme merupakan teori
yang dihasilkan dari sintesis antara rasionalisme dan empirisme. Aliran ini berpendapat
bahwa kebenaran itu tidak perlu diuji sebab sudah memiliki batasan-batasan tersendiri
antara rasionalisme dan empirisme. Intuisionisme pula berpegang pada inspirasi atau
ilham yang bersifat ghaib ataupun subjektif. Oleh itu, ia juga dikenali sebaagai
subjektivisme ataupun supra rasional subjektivisme. Antara jenis-jenis intuisionisme
adalah animisme, dinamisme, mitos, magis, iaitu unsur supernatural atau kuasa ghaib
yang luar biasa digunakan bagi kepentingan kehidupan seharian seperti bomoh.
Aliran Kritisme muncul pada abad ke-18 suatu zaman baru dimana seorang yang
bijaksana mencuba menyelesaikan pertentangan antar rasionalisme dengan emperisme.
Zaman baru ini disebut zaman pencerahan(aufklarung) zaman pencerahan ini muncul
dimana manusia lahir dalam keadaan belum dewasa. Akan tetapi seorang falsafah jerman
immanuel kant (1724-1804) pernah mengadakan penyelidikan terhadap pengetahuan akal
bagi memahami aliran Kritisme ini. Immanuel Kant beranggapan bahawa pancaindera
manusia hanya dapat menentukan fenomena sahaja. Fenomena itu sendiri hanya
menunjukkan fizikalnya sahaja seperti benda yang ada pada dirinya bukan dari segi
ideanya.
Aliran intuisionisme dipelopori oleh Luitzen Egbertus Jan Brouwer (1881–1966)
yang berkebangsaan Belanda. Aliran ini sejalan dengan filsafat umum yang
dicetuskan oleh Immanuel Kant (1724-1804). Menurut immanuel kant akal tidak
pernah mampu mencapai sesuatu pengetahuan secara langsung tanpa berpikir apa yang
dilihat tetapi hati mampu menafsir sesuatu perkara dengan hanya melihat secara
lansung. Hati dapat memahami pengalaman-pengalaman khusus, contohnya
pengalaman hidup manusia yang secara langsung.

6
4.0 KESIMPULAN
Didalam bab ini kita telah belajar perkembangan Epistemologi dan kesan terhadap
kehidupannya. Terdapat juga pelbagai sumber ilmu seperti pancaindera, akal, ilham dan
wahyu dengan itu telah munculnya pelbagai aliran mazhab pemikiran yang tinggi dengan
terus berkembang dan membentuk sesuatu yang memudahkan pemikiran manusia pada
zaman ini tentang sumber ilmu dan hubung kait antara aliran mazhab iaitu Rasionalisme,
Emperisme, Kritisme dan Intuisionisme. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi aliran
yang tidak dibincangkan di dalam ini, hanya empat aliran yang dianggap penting sahaja
dibahaskan di dalam bab ini. Kita juga telah dapat belajar tentang teori-teori kebenaran
dan kepalsuan di setiap aliran dan kita dapat tahu bahawa setiap aliran juga mempunyai
baik dan buruknya.Tambahan pula, dapat mengetahui siapa yang memulakan aliran-
aliran pemikiran ini dalam konteks sejarah para ilmuan seperti Immanuel Kant seorang
yang berfikiran luas dan banyak menyumbang kepada perkembangan aliran ini.
Walaupun begitu, kepelbagaian aliran dan mazhab pemikiran tetap berlaku akibat
daripada berbezanya cara pemikiran dalam memahami epistemologi ini. Secara
ringkasnya, epistemologi bukan sahaja untuk kemajuan tetapi untuk kehidupan kita juga.

7
5.0 LAMPIRAN

1. https://www.slideshare.net/emkay84/tajuk-6-epistemologi-232474746
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Epistemologi
3. https://ibtimes.id/kritisisme-immanuel-kant/
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Rasionalisme
5. https://www.wikiwand.com/ms/Intuisionisme

Anda mungkin juga menyukai