Anda di halaman 1dari 33

EPISTEMOLOGI

EPISTEMOLOGI
 Berasal daripada gabungan 2 perkataan Yunani – episteme (ilmu), logos (sains/kajian)

 Epistemologi – sains atau kajian tentang ilmu – pengetahuan sistematik mengenai pengetahuan

 Merangkumi perbincangan mengenai sifat ilmu dan bagaimana menjustifikasi ilmu yang diperolehi (mentafsir
bentuk ilmu, syarat memperolehi ilmu, batasan ilmu dan batasan justifikasi yang dibuat)

 Ahli epistemologi– berminat persoalan – apakah itu ilmu? Apakah kriteria/sifat ilmu? Bagaimanakah seseorang
itu mengetahui sesuatu? Berapa banyakkah ilmu yang boleh dikuasai oleh manusia?

 Persoalan yang lebih penting – bagaimana seseorang itu tahu bahawa ia mengetahui sesuatu?
EPISTEMOLOGI ILMU

 Definisi epistemologi “cabang falsafah yang membincangkan tentang hakikat ilmu, sumber
ilmu, asal mula ilmu, ilmu sebagai proses, batas-batas, sifat, metode dan kesahihan ilmu”.

 Pengertian:
 “teori of knowledge”
 Pengetahuan berbanding ilmu pengetahuan
 Sarana berfikir ilmiah adalah bahasa, matematik dan statistik.
 Metode ilmiah menggabungkan berfikir cara deduktif dan induktif, melibatkan pembuktian secara teori dan
empirikal.
 Adakah kesemua ilmu tentang hakikat alam ini bersumberkan kepada pengalaman pancaindera atau
adakah seseorang itu mempunyai suatu ilmu yang bebas daripada pengalaman pancaindera?

 Sekiranya kesemua ilmu bersumberkan pancaindera melahirkan beberapa kemungkinan,


bagaimanakah mungkin kita memperolehi keyakinan atau ketepatan yang mutlak seperti yang dicapai
dalam bidang matematik & logik?

 Epistemologi – mempunyai hubungan yang rapat dengan metafizik

 Sekiranya metafizik mengkaji tentang realiti atau hakikat sesuatu, maka epistemologi mengkaji
bagaimana justifikasi boleh dibuat berdasarkan ilmu yang dimiliki atau limitasi ilmu berkaitan hakikat
yang cuba dijelaskan oleh metafizik.
RUMUSAN DEFINISI EPISTEMOLOGI ILMU

 Permasalahan hakikat ilmu pengetahuan, kebenaran, kepastian pengetahuan,


serta hakikat kehendak dan kebebasan manusia dalam pengetahuan.

 Suatu upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif pengalaman
manusia dalam interaksinya dengan diri dan lingkungan sekitarnya.

 Suatu disiplin ilmu yang bersifat evaluatif (menilai), normatif (tentukan standard)
dan kritis (menguji) serta membahas tentang kesahan pengetahuan.
RUANG LINGKUP EPISTEMOLOGI

 Hakikat, sumber dan kesahan pengetahuan (Arifin 2003).

 Hakikat, unsur, macam, tumpuan, batas dan sasaran pengetahuan (Achmadi 2005).

 Siri jawaban dari pertanyaan… sumber ilmu dan masalah kebenaran ilmu (Saefuddin 1991).

 Dataran konsep asal-usul atau sumber ilmu pengetahuan secara konseptual-filosofis (Amin
Abdullah 1996).

 Hanya dua: sumber ilmu dan metode ilmu (kebenaran ilmu)


KEPENTINGAN EPISTEMOLOGI

o Epistemologi membantu seseorang melihat apa yang mungkin dan apa yang tidak
mungkin dalam bidang masing-masing.

o Perlu mengetahui: ada objek yang kurang manfaat dan mudarat adalah lebih
besar sehingga tidak perlu diketahui meskipun mungkin diketahui.

o Memahami pola pemikiran (cara dan arah manusia berfikir). Cara dan sumber
dapat mengubah jalur pemikiran seseorang.

o Epistemologi menentukan kemajuan sains dan teknologi (Mujamil Qomar 2002).


INTUISI/ILHAM
WAHYU

SUMBER
ILMU

PANCAINDERA
AKAL
PANCAINDERA

o Indra dan pancaindera.


o Dunia fizik dan lingkungan.
o Disebut pengalaman (experience) dan cara ini disebut “empirisisme”.

PANCAINDERA

DATA DATA DATA


PANCAINDERA SOMATIK HALUSINASI

o Ilmu pancaindera tidak dapat jelas hakikat sesuatu – perlu pena’kulan


AKAL

 Akal merupakan fungsi daripada otak.


 Akal mampu menampung kekurangan yang ada pada indera
 Mengenal pasti kebenaran seperti bulan tetap bulat walaupun kelihatan “bulan sabit”.
 Pensil dalam air bengkong hakikat lurus, akal yang buktikan. Jika indera terbatas melihat apa
dilihat dll sebagai hasil
 Mereka merupakan golongan “Rasionalisme”- aliran ini banyak guna deduktif (umum-khusus)
dalam menyusun pengetahuan
 Akal sumber pengetahuan utama – buat pertimbangan
HATI (INTUISI)/ILHAM
 Beza akal dan hati?

 Maksudnya, pengetahuan yang tiba-tiba hadir dalam kesedaran tanpa melalui proses penarlaran yang jelas,
tanpa analisis dan tidak selalu logik.

 Bila dan bagaimana? – ada datang tiba-tiba tidak dirancang/idak boleh diramalkan

 Maslow dan Ibnu Arabi menganggap intuisi merupakan pengalaman intelektual paling tinggi.

 Banyak istilah - “basirah”, “kashaf”, “wujdan”, “ilmu laduni”, ilham (hati yang bersih).

 Walau hadir secara tiba-tiba, ia tidak jatuh kepada sembarangan orang

 .
 al-Ghazali – ilham – cahaya yang datang kepada nurani, bersih & lembut. Ilmu yang diperolehi tanpa jalan mengkaji &
mencari dalil

 Disebut sebagai makrifah – pengetahuan datang dari Tuhan melalui pencerahan & penyinaran

 Datang secara latihan hati/riyadhah – banyak digunakan oleh golongan tariqat atau tasawwuf

 Beza intuisi falsafah Barat & Islam – intuisi diperolehi melalui proses prenungan, penalaran yang konsisten. Ilham
diperolehi melalui proses perenungan & penyinaran daripada Tuhan
PERBEZAAN ILHAM DAN AKAL

AKAL ILHAM

Kaedah induktif dan deduktif Pengalaman jiwa

Bercorak objektif dan dapat disaksikan Bersifat subjektif dan pengalaman


ramai peribadi

Boleh digambarkan dengan perkataan & Tidak boleh diceritakan kepada orang lain
diceritakan kepada orang lain & tidak dirasai oleh sesiapa kecuali
individu yang terlibat
WAHYU/DIVINE
 Maksud: ilmu yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul.

 Kebenaran wahyu adalah bersifat mutlak. Sumber rujukan utama umat Islam.

 Berperanan memberi hidayah. Nur dan puncak pencapaian hakikat kebenaran. Menjelaskan persoalan yang
tidak dapat difikirkan oleh akal.

 Wahyu tidak dapat dipinda, diubah, tidak diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW

 Maklumat wahyu ada yang boleh dikaji dan dibuktikan secara rasional dan imperikal seperti konteks alam
dan ada yang tidak dapat dikaji dan dibuktikan seperti sam’iyyat (berita-berita seperti syurga dan neraka).
PERSOALAN???

 Bagaimana pengaturan hierarki ilmu?

 Bagaimana menjawab persoalan percanggahan antara sumber-sumber ilmu?

 Adakah perlu menerima semua sumber ilmu adalah benar atau terpilih?

 Bagaimanakah memastikan kebenaran sesuatu ilmu dari sumber tertentu?

 Persoalan-persoalan di atas dijawab dalam “Kebenaran Ilmu”.


KEBENARAN ILMU

 Kepentingan kebenaran ilmu:


 Nilai utama dalam kehidupan manusia
 Fungsi rohani yang menjadikan manusia bermaruah diri sentiasa berkehendak kepada kebenaran.
 Fungsi ilmu adalah mencari kebenaran.
 Fitrah manusia melaksanakan kebenaran.
 Kesan bercanggah kebenaran adalah pertentangan batin dan konflik jiwa.
HIERARKI KEBENARAN

 Persoalan: sumber ilmu manakah yang paling benar dan lebih benar?

 Setiap disiplin ilmu yang berbeza tentu sekali mempunyai hasil yang berbeza.

 Kayu ukur kebenaran setiap bidang adalah berbeza.

 Pandangan Hisham (2013): tingkat terbawah adalah kebenaran indera, diikuti tingkatan
ilmiah, tingkatan falsafah dan tingkatan agama.
Teori Kebenaran

 Pengetahuan vs ilmu
pengetahuan
 Ilmiah adalah mengikut
metode yang sistematik,
analisis dan pengujian
data.
TEORI KORESPONDENSI
(Teori kesesuaian)
 Kebenaran adalah kesesuaian atau sepadan antara
pernyataan (idea) tentang kenyataan (realiti) atau fakta.
 Bermakna: suatu pernyataan adalah benar jika isi
kandungan pengetahuaan bersesuaian dengan objek.
 Misalnya: pernyataan “Kota Bharu” di Kelantan.
 Lebih mirip kebenaran empiris.
 Plato, Aristotle, Moore
 Kelemahan teori ini: bagaiamana hendak membandingkan
teori dengan realiti yang tidak jelas dan tidak dapat
dibuktikan? Adakah kenyataan seperti alam barzakh adalah
salah?
Contoh bagi memahami ‘Flat Earth’
Teori Kebenaran Konsistensi/Koherensi
(Teori Keteguhan)
 Suatu pernyataan dianggap benar bila ia bersifat
koheren atau konsisten dengan pernyataan-
pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
 Maksudnya: Pertimbangan adalah benar jika ia
bersifat konsisten dengan pertimbangan lain yang
telah diterima kebenarannya atau
berkesinambungan menurut logik.
 Lebih mirip kebenaran rasional.
 Contoh: Jika A = B dan B = C, maka C = A.
 Premis 1: Genap adalah bilangan habis bilangan
dibahagi 2,
Premis 2: 4 adalah habis dibahagi 2,
Natijah: 4 adalah bilangan genap
Teori Kebenaran Konsistensi/Koherensi
(Teori Keteguhan) samb.
 Spinoza,Hegel
 Benar adalah terbukti benar dan tahan diuji.
 Kelemahan:
 kebenaran lama dan kebenaran baru menunjukkan
keserasian bukan menunjukkan kebenaran.
 Ia membantu mencari kebenaran tetapi bukan
hakikat sebenar.
 Boleh terjatuh dalam kitaran kepalsuan juga.
 Ia hanya pengujian kebenaran.
 Tidak bertentangan dengan teori korespondensi
tetapi saling melengkapi
Contoh bagi memahami Math
TEORI PRAGMATIK

 Cetusan Charles S. Pierce (1839-1914M) dalam


“How to Make Ideals Clear”.
 Dikembangkan William James (1842-1910), John
Dewey (1859-1952), George Hobart Mead (1863-
1931).
 James mengatakan fungsi berfikir bukan untuk
menangkap kenyataan tertentu melainkan untuk
membentuk idea tertentu bagi memenuhi
keperluan atau kepentingan hidup manusia.
Ciri-ciri Pragmatisme

 Menentang autoritanianisme, intelektualisme dan


rasionalisme.
 Ujian kebenaran adalah manfaat (utility), dapat
dilaksanakan (workability) atau akibat yang memuaskan.
 Benar adalah memberi nilai praktikal dan memberi
manfaat.
 Kebenaran ilmiah adalah relatif. Kebenaran boleh
berubah mengikut kegunaan.
 Kebenaran haruslah bersifat fungsional dan praktikal
dalam kehidupan.
Kelemahan Pragmatisme

 Kebenaran bersifat relatif. Padahal kebenaran


adalah tetap.
 Mementingkan idea berguna walaupun palsu.
Justeru, kebenaran bukanlah keutamaan.
 Kepalsuan boleh dijelmakan dengan hujah-hujah
rasional sedangkan tarikan pragmatisme adalah
manfaat jangka pendek yang sengaja diada-
adakan.
Contoh bagi memahami ‘Gajah’
TEORI PERFORMATIF

 Kebenaran diputuskan oleh pemegang autoriti tertentu.


 Contoh: keputusan kerajaan menekankan mata pelajaran
wajib.
 Melaksanakan keputusan pihak berautoriti seperti pihak
pemerintah, pemimpin agama dan pemimpin masyarakat.
 Kesannya adalah membawa kerukunan hidup
bermasyarakat, berperaturan, tertib dan stabil.
 Kelemahan tidak mendidik budaya berfikir kritis dan
rasional, kurang inisiatif dan inovatif dan mendidik sikap
fanatik dan membentuk kebenaran mutlak kepada autoriti
tertentu.
Kebenaran sejarah boleh dimanipulasi?
Teori Strutktural Paradigmatik

 Kebenaran berdasarkan paradigma atau perspektif tertentu


dan didokong oleh para ilmuan.
 Mempercayai rangkaian fenomena atau realiti berdasarkan
kelompok tertentu dan diterima apriori.
 Apriori disebut paradigma oleh Kuhn dan worldview oleh
Sardar.
 Paradigma menunjukkan keanekaragaman dalam penerapan
nilai-nilai bersama yang memenuhi fungsi-fungsi esensi ilmu
pengetahuan. Ia juga merupakan hukum tidak tertulis.
Ciri-ciri Teori Struktural Paradigmatik

 Modernisme vs Pasca-Modernisme dalam ilmu sosial dan


etika.
 Tiga golongan:
 Golongan pertama: Relativisme = Sophist = Sufastaiyyah =
relativisme
 Golongan Kedua: al-La adriyyah (saya tidak tahu).
 Golongan Ketiga: al-Inadiyyah (degil, tidak menerima kebenaran).
 Agama Islam menerima kebenaran ilmu dan menolak
keraguan.
Usaha berterusan untuk memurnikan
idea…

Anda mungkin juga menyukai