Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Setelah kajian serta penyelidikan dilakukan mengenai ‘Sejarah peperangan Palestin

dan Yahudi’, kami memperoleh banyak ilmu dan juga maklumat berkaitan sejarah peperangan

tersebut yang akhirnya membawa kepada sebuah kesimpulan dalam tugasan bagi mata

pelajaran Tamadun Islam dan Asia Tenggara ini. Antara butir-butir penting yang diperoleh

berdasarkan tugasan ini adalah seperti ciri-ciri kaum Yahudi serta masyarakat Palestin, dan

sejarah awal kawasan tanah kediaman tersebut,yang mana merangkumi aspek latar belakang

dan kedudukan Palestin sebagai sebuah negara.

Di samping itu, kami juga berjaya mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan

tercetusnya peperangan di antara pihak Yahudi dan Palestin. Sejarah dan latar belakang

konflik antara rakyat Palestin dan Israel(Yahudi) yang wujud sejak sekian lamanya

sehinggalah sekarang turut dikaji, bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah

peperangan tersebut,termasuklah tragedi peperangan yang baru berlaku pada tahun 2014 ini

yang mana turut melibatkan kedua-dua belah pihak yang sama,

Hasil daripada kajian tugasan yang dilakukan ini, ianya jelas menunjukkan ciri-ciri,

sifat dan karakter yang dimiliki oleh bangsa Yahudi iaitu Israel adalah tidak baik dan buruk

sama sekali berbanding bangsa Palestin yang mana memilki akhlak yang mahmudah. Sejarah

awal mengenai kawasan asal tanah Palestin juga membuktikan bahawa negara Palestin ini

adalah milik rakyat Palestin itu sendiri sejak dari dahulu lagi dan masyarakat Palestin adalah

penduduk asal dan yang pertama tinggal serta mendiami kawasan tanah negara tersebut.

Namun begitu,sikap toleransi turut diberikan oleh masyarakat Palestin kepada Yahudi.

Selain itu, didapati bahawa antara salah satu punca berlakunya peperangan antara

pihak Yahudi dan Palestin adalah kerana kepercayaan kuat masyarakat Yahudi terhadap bumi

Palestin dengan menganggap bahawa Palestin adalah tanah suci yang ‘dijanjikan Tuhan’
kepada mereka dan ianya merupakan milik nenek moyang mereka. Dek kerana itulah,

berlakunya peperangan antara kedua-dua pihak tersebut. Sejarah dan latar belakang konflik

antara Palestin dan Israel juga mencatatkan tahun-tahun berlakunya peperangan ini, iaitu sejak

dari tahun 1900 lagi dan kemunculan bangsa Yahudi ini juga telah wujud sekitar tahun 1500

SM yang lalu. Namun begitu, ianya jelas membuktikan bahawa peperangan antara Yahudi

dan Palestin ini bermula dari bangsa Yahudi yakni Israel itu sendiri.

Sehingga kini, sejarah peperangan ini masih belum berakhir, malah konflik dan

peperangan terus tercetus di medan Palestin sehingga meragut berpuluh ribu nyawa rakyat

Palestin yang tidak berdosa dan bersalah. Walaupun begitu, Palestin mempunyai barisan

pertahanan yang sangat kuat, gagah dan mempunyai semangat jihad yang tinggi untuk

berjuang, iaitu ‘Pasukan Briged Al-Qassam’ yang mana telah berjaya menumpaskan tentera

Rejim Zionis dalam jumlah yang sangat ramai di medan peperangan. Sehinggalah pihak Israel

akhirnya membuat keputusan untuk melakukan gencatan senjata dan peristiwa tersebut

merupakan hadiah kemenangan buat rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Oleh itu, melalui penyelidikan dan kajian yang telah dilakukan oleh kami secara

berkumpulan ini, diharapkan agar ianya dapat meningkatkan serta menambahkan lagi ilmu

pengetahuan yang tersedia ada mengenai sejarah peperangan antara Yahudi dan Palestin, dan

semoga ianya dapat memberikan manfaat serta pengajaran yang bermakna kepada kami dan

semua pelajar.

Anda mungkin juga menyukai