Nota Umrah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 10

Dari segi anggaran masa perjalanan pula, biasanya:

 Perjalanan menggunakan kapal terbang dari Malaysia ke Jeddah mengambil masa


kira-kira 8 hingga 9 jam
 Perjalanan menggunakan bas dari Madinah ke Mekah mengambil masa kira-kira 6
hingga 7 jam
 Perjalanan menggunakan bas dari Mekah ke Jeddah biasanya mengambil masa kira-
kira 2 hingga 3 jam

Kenapa kita ke Madinah sedangkan semua perkara wajib umrah perlu di selesaikan di
Mekah?

Ziarah madinah tidak termasuk dalam mana-mana pekerjaan haji atau umrah, tetapi kita
digesa berbuat demikian berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi S.A.W.
  Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
"Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid:
Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa".
  Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku".
  Sabda Rasulullah s.a.w. riwayat at-Tabrani:
“Sesiapa yang menunaikan fardhu haji ke Baitullah dan tidak menziarahiku, sesungguhnya ia
menjauhkan dirinya daripada ku”.
  Sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Abu Hurairah :
“Barang siapa yang mengerjakan haji lalu ia menziarahiku setelah
wafatku, seolah-olah ia telah menziarahiku semasa hidupku”. 
Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda RASULULLAH S.A.W adalah
sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang
menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda
bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain
melainkan Masjidilharam.

Ziarah di Madinah terbahagi kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar. Ziarah dalam
adalah menziarahi Masjid Nabawi, makam Nabi Muhammad S.A.W, makam
sahabat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.

Ziarah Dalam
Ziarah dalam adalah menziarahi 

Masjid Nabawi, 

makam Nabi Muhammad S.A.W, 

makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.

Sampaikan salam kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat ketika menziarahi makam dan
ketika di Raudah, banyakkan berdoa di taman syurga itu. Untuk mengenali Raudah, pastikan
anda sudah memijak permaidani berwarna hijau muda. Sejurus berada di situ, berdoa dan
jika keadaan tidak sesak, bolehlah menunaikan bersolat sunat dua rakaat.
  Raudah adalah tempat di antara mimbar dengan makam Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Di antara rumahku dan mimbarku ialah
raudah (taman) dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telaga (kautsar) ku.

Untuk jemaah wanita, laluan masuk ke Raudah adalah dari pintu 25. Tempoh masa untuk ke
Raudah bagi jemaah wanita terbahagi kepada tiga sesi :

 jam 7 pagi hingga 11 pagi,


 1 tengah hari hingga 3 petang
 9 malam hingga 11 malam.

Ziarah Luar
Merangkumi beberapa lokasi di luar Masjid Nabawi iaitu 

Masjid Quba, 

Masjid Qiblatain, 

Jabal Uhud

makam syuhada’ Uhud,

perkuburan Baqi’ ada banyak lagi tempat bersejarah kami lawati termasuk beberapa masjid
yang pernah Rasulullah S.A.W singgah dan sembahyang.

Masjid Quba : Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah
ke Madinah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’
dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid
berkenaan, ganjarannya satu pahala umrah.”

Masjid Qiblatain : Pernah dikenali sebagai masjid Bani Salamah. Namanya ditukar kepada
masjid Qiblatain kerana turunnya ayat yang memerintahkan agar Nabi Muhammad S.A.W
menghadap ke Kaabah ketika bersolat. Sebelum itu, Rasulullah SAW dan sahabat bersolat
menghadap ke Baitul Muqaddis.

Jabal Uhud : Satu-satunya bukit di dunia ini yang akan ada di dalam syurga kelak. Perang
Uhud tercetus pada tahun 625 Masihi dengan jumlah Islam 700 orang manakala kafir Quraisy
3,000. Kekalahan pada peperangan itu turut mengorbankan 70 tentera Islam dan Rasulullah
mengalami kecederaan serta patah gigi geraham.

Perkuburan Baqi’ : tanah perkuburan penduduk Madinah dan mereka yang meninggal dunia
di Madinah. Isteri-isteri dan anak cucu Nabi Muhammad S.A.W disemadikan di situ.
Dianggarkan 10,000 sahabat bersemadi di tanah perkuburan berkenaan. Jemaah wanita
dikatakan tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan perkuburan ini.
Ladang Tamar : destinasi popular untuk jemaah berbelanja tamar, kekacang dan manisan.
Tapi dinasihatkan untuk jemaah bandingkan harga barangan disini dengan kedai yang berada
berhampiran dengan hotel jemaah di madinah, ini kerana biasanya disini ladang tamar
harganya jauh lebih mahal berbanding di kedai kawasan hotel tempat penginapan kita.

melakukan ziarah wida' ( ziarah selamat tinggal) kepada Rasulullah SAW dan kedua sahabat
baginda.

Doa Ziarah Wida'


  "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir.
Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan,
kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi.
Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku,
timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa
Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa
yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi
Allah, Tuhan sekalian alam."

bertolak ke Bi'ru Ali dimana ianya merupakan lokasi kami akan berniat umrah.

Lafaz niat umrah : 


‫نويت الحمرة وأحرمت بھا هلل تعالى‬
" Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala."

Jarak perjalanan ke Bi'ru Ali dari Kota Madinah sekitar 11 kilometer. Bila menggunakan
kendaraan seperti bas akan memakan masa sekitar 20 minit perjalanan. Sampai saja di
sana, terlihat ramai jemaah mulai turun dari bas dengan pakaian lengkap ihram dan
memasuki masjid Bi'ru Ali atau nama lainnya Masjid Miqat.

Selepas melaksanakan solat sunat, para jemaah berkumpul kembali di dalam bas dan mulai
berniat untuk umrah wajib yang dipimpin oleh mutawwif masing-masing. Seterusnya,
dilanjutkan membaca talbiyah bersama-sama. 

APA ITU UMRAH

Umrah dari segi bahasa ialah ziarah. Dari segi syara’ pula bermaksud menziarahi Baitullah
al-Haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat
yang tertentu. Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’. Namun begitu, ada masanya kita
tidak boleh menunaikan umrah iaitu masa menunaikan haji. Hukum mengerjakan umrah
ialah wajib sekali seumur hidup apabila telah memenuhi syarat-syaratnya.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.
rukun umrah merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh orang yang
melaksanakan umrah. Jika TIDAK DITUNAIKAN sama ada sengaja ataupun tidak maka TIDAK
SAH umrah tersebut.

5 RUKUN UMRAH
1. Pertama, niat ihram umrah. Lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku menunaikan
umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.
2. Kedua, tawaf umrah. Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali
pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad. Terdapat beberapa syarat sah tawaf
seperti menutup aurat, suci daripada hadas besar dan kecil, mengekalkan niat tawaf,
cukup tujuh pusingan dengan yakin dan sebagainya.
3. Ketiga, sa’ie umrah. Sa’ie memberi maksud berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di
antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Perbuatan sa’ie juga
mempunyai syarat sah seperti bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah,
cukup tujuh kali ulang-alik dengan yakin, hendaklah dilakukan ditempat yang
disediakan dan lain-lain lagi.
4. Keempat, bergunting atau bercukur. Dalam rukun ini, hendaklah kita menanggalkan
sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Disunatkan kepada jemaaah lelaki untuk
bercukur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan setelah selesai tawaf dan sa’ie umrah.
5. Kelima dan akhir sekali, tertib. Iaitu mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut
susunan bermula daripada niat, tawaf, sa’ie, bercukur atau bergunting.

WAJIB UMRAH

Wajib umrah pula mempunyai dua perkara iaitu berniat ihram di Miqat dan meninggalkan
perkara-perkara yang dilarang semasa ihram. Terdapat tiga belas larangan ihram yang wajib
kita ketahui antaranya dilarang membunuh binatang, dilarang merosakkan tanam-tanaman,
dilarang memotong kuku dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk buku panduan
umrah.

Secara ringkasnya, wajib umrah ialah perkara yang wajib dilakukan semasa menunaikan
umrah. Sekiranya tidak dilaksanakan dengan sengaja, sah umrah akan tetapi berdosa.
Sekiranya tidak sengaja, ianya tidak berdosa akan tetapi wajib untuk membayar dam
mengikut kadar yang ditetapkan.
PERJALANAN KE TANAH HARAM

Selepas selesai berniat di miqat, Perjalanan kami dari Madinah ke Kota Makkah dianggarkan
memakan masa 6-7jam perjalanan. Memandangkan perjalanan yang Panjang, jemaah
memperbanyakkan talbiyah sebagai tidak mensia-siakan masa yang ada.

َ ‫ لَ َّب ْي َك اَل‬،َ‫لَ َّب ْي َك ٱل ٰلَّ ُه َّم لَ َّب ْيك‬


َ ‫ ِإنَّ ٱ ْل َح ْمدَ َوٱل ِّن ْع َم َة لَ َك َوٱ ْل ُم ْل َك اَل‬،َ‫ش ِري َك لَ َك لَ َّب ْيك‬
‫ش ِري َك لَ َك‬

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu
apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu
apapun bagi-Mu

TIBA DI TANAH HARAM MEKAH

Kami terus bertalbiyah dan meneruskan perjalanan kami ke pintu King Abdul Aziz dimana
ianya merupakan pintu paling dekat dengan kedudukan Rukun Yamani. Memandangkan
kedudukan hotel kami hanyalah lebih kurang 50 meter dari Masjidil Haram, maka tempoh
perjalanan kami kesana tidaklah mengambil masa yang lama. Sampai di pintu masuk,
kami membuka selipar yang dipakai dan memasukkannya ke dalam bag yang saya
sediakan. Pastikan kasut bersih dari najis jika hendak bawa masuk bersama ke dalam masjid.
Nak pula untuk di bawa bersama untuk melakukan tawaf. Kalau boleh, cuba elakkan untuk
tinggal selipar korang di rak kasut di pintu masuk masjidil haram kerana dikhuatiri akan
hilang.

teruskan dengan tawaf. Semasa hendak memulakan tawaf, bahu sebelah kanan dibuka dan
tidak ditutupi dengan kain ihram (jemaah lelaki).
TAWAF UMRAH
Setelah mendapat isyarat dari mutawwif bertugas, kami telah memulakan tawaf umrah
dengan 7 putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Disunnahkan untuk
berlari-lari kecil pada 3 putaran pertama dan berjalan biasa pada 4 putaran terakhir.

Ketika berada di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan membaca,

َ ‫س َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّن‬
‫ار‬ َ ‫س َن ًة َوفِي اَآْلخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َآتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

“Robbana aatina fid dunya hasanah, wa fil aakhiroti hasanah wa qina ‘adzaban naar” (Ya
Rabb, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta
selamatkanlah kami dari seksaan api neraka). (Al Baqarah: 201)

Tidak ada zikir atau bacaan tertentu pada waktu tawaf, selain yang disebutkan seperti di atas.
Dan seseorang yang sedang tawaf boleh membaca Al Qur’an atau do’a dan zikir yang dia
sukai. Setelah selesai melakukan tawaf, tutuplah kedua bahu, lalu menuju ke makam Ibrahim
sambil membaca,

َ ‫َوا َّت ِخ ُذوا مِنْ َم َق ِام ِإ ْب َراهِي َم ُم‬


‫صلًّى‬

“Wattakhodzu mim maqoomi ibroohiima musholla” (Dan jadikanlah sebahagian maqam


Ibrahim tempat solat) (Al Baqarah: 125).

Solat sunat tawaf dua raka’at di belakang Maqam Ibrahim, pada rakaat pertama setelah
membaca surah Al Fatihah, baca surah Al Kaafirun dan pada raka’at kedua setelah membaca
Al Fatihah, membaca surat Al Ikhlas. Setelah selesai menunaikan solat sunat, kita
disunnahkan minum air zam-zam yang berada tidak jauh dari situ. Seperti biasa, minumlah
air zam-zam dengan penuh adab dan cara yang betul supaya perbuatan kita itu tidak sia-sia
sekadar menghilangkan dahaga sahaja. Ini kerana air zam-zam itu sendiri mempunyai banyak
kelebihan dan boleh merawat pelbagai penyakit. ُ ‫اء هَّللا‬
َ ‫ش‬َ ْ‫ِإن‬

SAI'E UMRAH

Sai'e ini adalah perbuatan tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan
berakhir di Bukit Marwah. Setelah telah mendekati Safa, terus membaca,

ِ ‫اِئر هَّللا‬ َ ْ‫الص َفا َوا ْل َم ْر َو َة مِن‬


ِ ‫ش َع‬ َّ َّ‫ِإن‬

“Innash safaa wal marwata min sya’airillah” (Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah
sebahagian dari syiar Allah) (Al Baqarah: 158).

Menaiki bukit Safa, lalu menghadap ke arah Ka’bah hingga melihatnya (jika hal itu
memungkinkan kita) , kemudian membaca:

‫هللاُ َأ ْك َب ُر هللاُ َأ ْك َب ُر هللاُ َأ ْك َب ُر‬


‫ش ْىءٍ َقدِي ٌر‬
َ ِّ ‫ش ِري َك لَ ُه لَ ُه ا ْل ُم ْل ُك َولَ ُه ا ْل َح ْم ُد ُي ْح ِيى َو ُيمِيتُ َوه َُو َعلَى ُكل‬ َ َ‫الَ ِإلَ َه ِإالَّ هَّللا ُ َو ْحدَ هُ ال‬
َ ‫ص َر َع ْبدَ ُه َوه ََز َم اَأل ْح َز‬
‫اب َو ْحدَ ُه‬ َ ‫الَ ِإلَ َه ِإالَّ هَّللا ُ َو ْحدَ ُه َأ ْن َج َز َو ْعدَ ُه َو َن‬
“Allah Mahabesar, Allah Mahabesar, Allah Mahabesar. (3x)

Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada sekutu
bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan
dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata . Dialah yang telah
melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan
sendirian.”

Bacaan ini diulang tiga kali dan berdoa di antara pengulangan-pengulangan itu dengan do’a
apa saja yang dikehendaki. Lalu turun dari Safa dan berjalan menuju ke Marwah.

Bagi jemaah lelaki, disunnahkan berlari-lari anak dengan cepat dan sungguh-sungguh di


antara dua tanda lampu hijau yang berada di Mas’a (tempat sai’e), lalu berjalan biasa
menuju Marwah dan menaikinya.

Setibanya di Marwah, kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan di Safa, iaitu menghadap kiblat,
bertakbir, membaca zikir dan berdo’a dengan do’a apa saja yang dikehendaki, perjalanan
(dari Safa ke Marwah) dihitung satu kiraan.

Kemudian turunlah, lalu menuju ke Safa dengan berjalan di tempat yang ditentukan untuk
berjalan dan berlari bagi lelaki di tempat yang ditentukan untuk berlari, lalu naik ke Safa dan
lakukan seperti semula, dengan demikian sudah dikira dua kali larian.

Lakukanlah hal ini sampai tujuh kali dengan berakhir di Marwah. Ketika sai’e, tidak ada zikir-
zikir tertentu, maka boleh berzikir, berdo’a, atau membaca bacaan-bacaan yang dikehendaki.
BERTAHALLUL

bertahallul dengan memotong sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala atau


mencukur (membotakkan kepala), dan yang mencukur sehingga botak itulah yang lebih
afdal. Adapun bagi wanita, cukup dengan memotong rambutnya sepanjang satu ruas jari.
Kebiasaannya, bagi yang berniat untuk membotakkan kepala mereka akan melakukan
selepas selesai umrah terakhir yang beliau ingin laksanakan semasa dalam tempoh beliau
berada di Mekah.

Untuk bercukur, jemaah boleh ke kedai gunting rambut yang berada di bahagian bawah
menara jam. Kos untuk cukur kepala pula ada lah 10 rial untuk seorang. Jika ada rezeki
korang, ada yang ambil 15 rial untuk dua (2) kepala. Terlalu banyak kedai bercukur di dalam
satu kawasan tersebut, pilihlah kedai yang ok seperti membasuh kepala dahulu sebelum
bercukur untuk mengelakkan masalah luka-luka di kepala dan menyebabkan korang tidak
selesa.

Setelah memotong atau mencukur rambut, maka berakhirlah ibadah umrah saya dan para
jemaah lain dan kami telah dibolehkan untuk mengerjakan hal-hal yang tadinya dilarang
ketika dalam keadaan ihram. 

melakukan umrah badal khas untuk arwah ayahnda yang sudah tiada. Selainnya saya banyak
melakukan tawaf sunat. Selalunya saya akan pergi ke masjid dalam pukul 2
pagi berseorangan atau dengan kawan-kawan jemaah yang ada. Waktu macam tu sangat
best untuk melakukan tawaf kerana orang tak berapa ramai. Dapat pegang kaabah, makam
Nabi Ibrahim, berdoa di bawah pancuran emas, cuma Hajarul Aswad sahaja takda rezeki. 

BERDOA DI MULTAZAM 

Walaupun saya tidak berpeluang mengucup Hajarul Aswad, ِ‫ـمـ ُد هلل‬ َ ‫ٱ ْل‬ !! Allah telah
ْ ‫ـح‬
mempermudahkan urusan saya untuk berdoa di Multazam, dimana ianya merupakan salah
satu tempat mustajab doa di Mekah selain Raudhah di Madinah.
  Multazam adalah bagian dinding Kakbah di antara Hajar Aswad hingga pintu Kakbah,
panjangnya 5 meter dan selalu ramai dipenuhi para jemaah.
Inilah tempat yang paling diburu jamaah haji dan umrah setelah mengerjakan tawaf. Saat
sekeliling Ka’bah dipenuhi jemaah, tak mudah untuk mencapai Multazam. Setiap orang
berlumba-lumba mencapai Multazam kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Antara
rukun Hajar Aswad dan pintu Ka’bah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT
yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.”
Multazam adalah bagian dinding Kakbah di antara Hajar Aswad hingga pintu Kakbah

Specialnya tempat ini, Rasulullah SAW sempat mendekapkan wajah dan dadanya di Multazam
sambil memanjatkan doa. Kisah itu tercantum dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan
Ibnu Majah.

Berada di Multazam sungguh terasa sangat nikmat. Multazam bagai magnet yang menarik
setiap jamaah yang telah menyelesaikan tawaf untuk mendekatinya. Rasanya tak nak
sedikitpun berjauhan dari tempat yang mustajab ini. Tapi, disebabkan oleh gelombang
jemaah yang berlumba-lumba mendekati Multazam membuat saya harus rela melepaskan
dan meninggalkan tempat itu.  Peluang memanjat meletakkan kedua kaki di atas bahagian
kaabah, meletakkan dada kiri dan pipi kiri di Kaabah adalah satu pengalaman yang cukup
berharga dalam hidup saya. Hanya Allah yang tahu macamana perasaan saya ketika ini.

 dalam kitab Fadhaaillul Makkah, Hasan bin Yasar Al Bashri mengatakan, terdapat 15 tempat
yang dinyatakan mustajab untuk berdoa yakni:
1. Di dalam Kakbah;
2. Ketika berada dekat dengan Hajar Aswad;
3. Berada di dekat Rukun Yamani;
4. Doa ketika dekat dengan Hijir Ismail;
5. Ketika berada di belakang Makam Ibrahim;
6. Ketika berada di Multazam;
7. Saat berada di pintu sumur Zamzam;
8. Di Sofa;
9. Di Marwa;
10. Di antara Sofa dan Marwa;
11. Di antara Rukun Hajar Aswad dan Makam Ibrahim;
12. Di Mina;
13. Di Arafah;
14. Di Masjidil Haram;
15. Di Masjid Nabawi.

ZIARAH LUAR

Di Makkah, kami ziarah menaiki bas yang disewa oleh agency kami. Dibawanya kami melawat
Arafah, Mina, Jabal Rahmah serta tempat-tempat bermiqat yang lain seperti Jaranah dan
Hudaibiyah. Ramai peniaga-peniaga Arab di Jaranah dan Hudaibiyah dan semestinya harga
lebih murah dari peniaga di dalam Safwa Tower.

Anda mungkin juga menyukai