Anda di halaman 1dari 5

Pelepasan Ke Destinasi

Pada petang tadi, aku dengan abangku sedang berjalan untuk membeli
makanan. Ketika itu, aku terdengar bunyi seperti perlenggaran dan
abangku, Hilal pergi ke arah bunyi itu. Rupanya, terdapat sesuatu
kemalangan Kereta Api dengan beberapa buah kereta. Aku terdengar
seorang meminta pertolongan. Aku pergi ke arah pertolongan tersebut.
Selepas aku sampai ke arah tersebut, aku melihat seorang lelaki muda
yang meminta pertolongan dan dia telah tersekat di tengah serpihan
kereta api yang berkemalangan tadi. Hilal dan aku pergi menolong lelaki
muda tersebut. Selepas kami menyelamatkan dia, lelaki tersebut berkata
“Terima kasih kerana menolong saya, nama saya Kalir”. Hilal pula
berkata “Bagaimana kamu tersekat di serpihan Kereta Api tadi?. “Saya
sedang berjalan ke sebuah bank terdekat untuk menyimpankan duit
yang diarah oleh Bapaku. Ketika saya berjalan, saya melihat sebuah
kereta sedang memandu sangat laju sampai melanggar lampu merah
Kereta Api dan Kereta Api yang ada berikut berlanggar dengan kereta
tersebut sampai pecahnya kereta api tersebut.” berkata Kalir dengan
rasa ketakutan. “Apa nama kamu berdua?” tanya Kalir.
“Nama aku Nasir dan ini abangku Halil” Aku menjawab. Selepas itu,
kami mendengar bunyi meletup yang sangat kuat. Kami toleh ke kanan
dan melihat asap yang besar dan melihat beberapa orang telah berlari
ke arah kami. Kami pun lari daripada kawasan tersebut sampailah
bomba datang.
Sekarang, aku dan abangku telah pulang ke rumah dan melihat
Bapaku kelihatan stres bersama dua pekerjanya, Encik Laski dan Encik
Parey. Abangku dan aku pergi ke bilik untuk menukar baju dan tidur.
Keesokan hari, Aku dan Halil pergi ke sekolah macam biasa. Abangku
pergi ke Kelas 5A dan aku pula pergi ke kelasku sendiri iaitu 3A. Aku
duduk di mejaku sendiri sampailah, sahabat perempuanku dari kecil
menegurku “Nasir! Mana latihan yang cikgu disuruh buat minggu lepas!”.
Aku berkata “Latihan apa, Miya?”. “Latihan ulangkaji Matematik
Tambahan bab 1 hingga bab 7 lah! Tidak mungkin kamu lupa, kamu
adalah budak kelas hadapan! Lepas itu, kamu ini seorang pengawas.
Berilah contoh yang baik kepada murid-murid lain!” Miya menjerit di
depanku. Aku pula memberi latihanku yang aku telah siap minggu lepas
tetapi lupa nak hantar. “Pandai pun siap” kata Miya. Miya pergi berjumpa
dengan Cikgu Hani untuk menghantar latihanku. “Cantiknya Miya harini”
aku bercakap dalam hati dengan senyuman yang besar. Ketua
pengawas telah memanggil semua pengawas untuk bersedia. Ketua
pengawas tersebut ialah Halil, abangku sendiri. Aku ditugaskan untuk
menjaga kelas 1H, kelas yang sangat nakal di sekolah ini dengan kes
disiplin yang tinggi berbanding daripada kelas yang lain. Ketika aku
bertugas, aku melihat poster tentang Pembinaan Kereta Api Baharu.
Aku pun mencatat informasi daripada poster tersebut. Selepas loceng
berbunyi, aku pun kembali ke kelas dan belajar seperti biasa. Selepas
waktu sekolah tamat, aku dan abangku pergi jumpa dengan Bapaku di
Syarikat Perkhidmatan Kenderaan. Kami berdua pun naik ke tingkat 7
untuk berjumpa dengan Encik Zafran, nama bapa kami. Rupanya, Encik
Zafran sedang merancang untuk membuat Kereta Api yang terapung di
atas lebuh raya dan boleh berlepas dari Negara ini ke Negara jiran.
Persetujuan telah dilakukan bersama Menteri Pengangkutan Malaysia.
Selepas 7 bulan, abangku dah habis SPM dan sedang menunggu sijil.
Aku pula sedang belajar di kelas 4A bersama Miya. Pada permulaan
kelas pada hari Isnin, Cikgu Hani, Guru Kelas 4A memasuki kelas
dengan pelajar baru. Pelajar baru tersebut ialah Kalir, orang yang saya
selamat daripada serpihan Kereta Api. Kalir duduk bersebelahan dengan
aku di dalam kelas. Kami berdua pun bercakap khabar. Selepas tamat
sekolah, Aku dan Kalir pergi melihat Traffic Avoid Transit (TAT) yang
baru dibuka oleh Menteri Pengangkutan Malaysia dan Bapakku, Encik
Zafran. Kereta Api tersebut sudah dicuba 155 kali untuk memastikan
keselamatan orang lain. Aku dan Kalir menaiki Kereta Api tersebut.
Selepas sampai ke destinasi, aku dan Kalir menurun dan kelihatan
kagum. Aku pula berasa bangga dengan Ayahku bersama pekerjanya
yang telah membina Kereta Api tersebut. Aku pula pulang ke rumah dan
melihat abangku dan Ibuku sedang memasang sebuah kain yang
berkata “Tahniah Atas Kejayaanmu”. Abangku berkata “Eh, Nasir.
Adakah awak telah mencuba menaiki TAT yang ayah telah bina?”. Aku
pun berkata “Ya” dan menolong mereka. Pada waktu malam, Bapakku
telah balik dari kerja dan dijemput masuk untuk menyambut
kejayaannya. Selepas 3 bulan, Halil telah mendapat keputusan SPM
nya. Halil telah mendapat 2A tambah, iaitu Matematik dan Fizik, 3A
solid, iaitu Biologi. Kimia dan Matematik Tambahan, 4A tolak, iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Moral. Ayah
dan Ibu berasa bangga dengan abangku sambil ayahku memberi kerja
kepada Halil untuk bekerja di Syarikat Perkhidmatan Kenderaan. Aku
pula menggantikan abangku dan menjadi Ketua Pengawas. Selepas 6
bulan abangku bekerja di Syarikat Perkhidmatan Kenderaan, TAT telah
menjadi lambang negara dan banyak rakyat malaysia dan pelancong
luar menggunakan TAT untuk pergi ke destinasi mereka. Kereta di lebuh
raya pula berkurang dan kesesakan pun tidak sering berlaku. Pada hari
Khamis, aku sedang menduduki ujian penggal 3, kertas 1 Matematik
Tambahan. Aku melihat TAT melalui sekolahku dan ketika itu, TAT
terjatuh dari laluannya ke jalan di bawah dan menghancur 10 Kereta dan
meragut 210 Nyawa.
Di Mahkamah, Encik Zafran, Encik Laski dan Encik Parey sedang
dibicara satu per satu. Pada perbicaraan Ayahku, Aku, Ibuku, abangku,
Miya dan Kalir duduk bersama dan melihat perbicaraan berlaku.
Pandakwa Raya Kamis membaca kesalahan Encik Zafran “Selamat pagi
pada hakim, peguam dan semua yang dihadiri. Pada pagi ini, kami akan
membicarakan Encik Zafran tentang kes Traffic Avoid Transit atau
dikenali TAT yang terjatuh daripada laluan Kereta Api yang telah dibuat
dan meragut 210 sekali menghancurkan kereta yang lalui jalan tersebut.
Pada 22 hari bulan Januari pada tahun ini, Encik Zafran berkata mereka
dah mencuba 155 kali untuk memastikan keselamatan penumpang di
dalam TAT dan orang yang di luar TAT manakala pada 16 September,
nampaknya semua itu sesuatu penipuan dan telah membunuh 197
penumpang dan 13 yang sedang melalui jalan raya yang dibawah kereta
api tersebut”. Encik Zafran mengakui kesalahannya dan Hakim
meletakkan hukuman ke atas Encik Zafran dan Syarikat Perkhidmatan
Kenderaan. Tamat pembicaraan Ayahku, Aku bersama Miya dan Kalir
pergi ke sebuah taman. Ketika sampai ke taman, aku pergi menumbuk
tiang lampu yang berada di taman dengan emosi aku yang tidak
terkawal. Miya meletakkan tangannya di bahuku dan berkata “Bertenang
Nasir, ini adalah satu ujian”. “Betul kata Miya, tenanglah Nasir, kami ada
dibelakangmu” kata Kalir dengan perasaan kesedihan. “Bukan salah
Ayahku, TAT itu rosak dengan sendiri. Apa salah ayahku! Bukannya
Ayahku ni seorang pembunuh yang mahu membunuh semua
penumpang di dalam TAT pada waktu itu!” jerit Nasir dengan air mata
yang mengalir. Selepas aku berkata itu, Miya memelukku dan berkata
“Tenanglah Nasir, kita boleh selesaikan masalah ini bersama-sama.” Aku
dengan air mata aku yang masih mengalir pun memeluk Miya. Kalir pun
masuk memeluk kami berdua. Selepas itu, aku dan keluargaku pulang
ke rumah dengan rasa kesedihan. Pada keesokan hari, bapakku
meletak jawatan sebagai pengarah Syarikat Perkhidmatan Kenderaan
dan memberi jawatan tersebut kepada abangku. Selepas abangku
mengambil alih sebagai pengarah Syarikat Perkhidmatan Kenderaan,
dia mengambil sahabat-sahabatnya sebagai Pembantu dia. Mereka
memulai merancang bagaimana membaik pulihkan TAT.
4 bulan kemudian, Encik Parey bekerja sebagai guru subjek Fizik
tingkatan 5 di sekolah aku. Aku, Miya dan Kalir memasuki kelas 5A dan
tahun ini, tahun terakhir kami di sekolah ini. Pada perhimpunan pertama
tahun itu, aku sebagai Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas memberi
ucapan dan berkata “Jangan mudah berputus asa, kita tidak akan selalu
di atas tetapi ada waktu kita di bawah juga”. Di Syarikat Perkhidmatan
Kenderaan pula, Encik Laski bergaduh dengan Halil tentang TAT.
Rupanya, Encik Laski yang sabotaj sistem Traffic Avoid Transit tersebut
dan membuat Kereta Api tersebut terkeluar daripada laluan TAT. Encik
Laski cemburu dengan projek ayahku dan mahu mengambil alih sebagai
pengarah Syarikat Perkhidmatan Kenderaan. Sahabat Baik Halil sempat
menghubungi polis sebelum Encik Laski cuba membunuh Halil dengan
sebuah kaca daripada cawan yang berkaca yang diminum oleh Halil.
Encik Laski telah dimasuki penjara selama 10 tahun. 6 Bulan selepas
kejadian tersebut, Aku telah meluahkan perasaanku kepada Miya. Aku
kenal Miya sejak aku darjah satu dan aku menyukainya pada waktu itu
juga. Miya pun meluahkan perasaannya kepada aku dan dia setuju
menjadi kekasih aku. Kalir yang mengintip kami berdua berbual pun
keluar dari belakang kotak dan mengucap “Tahniah!” bersama dengan
Encik Parey.
Abangku pula sedang mengubah suai TAT 2.0 di Syarikat
Perkhidmatan Kenderaan dan mendapatkan kelulusan daripada pihak
kerajaan untuk membuat Traffic Avoid Transit 2.0. 6 bulan sudah berlalu,
Aku, Miya dan Kalir sedang menduduki SPM kertas 2 Matematik
Tambahan. Masa sudah habis dan kami bertiga sudah selesai
menduduki SPM!. Abangku Hilal pula sudah siap dengan pembinaan
Traffic Avoid Transit 2.0 dan sedang mencubakan Kereta Api tersebut.
Selepas keputusan SPM aku keluar, aku berasa bangga kerana aku
dapat 3A tambah untuk subjek Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.
Selepas mendapat keputusan kami, Aku, Kalir dan Miya pergi menolong
Halil dengan TAT 2.0. Selepas beberapa bulan membaiki, mengubah
suaian dan peringkat percubaan, Traffic Avoid Transit 2.0 telah dibaiki
dan lebih selamat daripada Traffic Avoid Transit yang pertama. Ayahku,
Ibuku, Encik Parey, Abangku, Sahabat Abangku, Miya, Kalir dan aku
bersama Menteri Pengangkutan Malaysia dan 200 penumpang lain
menaiki TAT 2.0 yang lebih luas dan menuju ke Kuala Lumpur dengan
laju dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai