Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 6 2022

ACARA TEKS PENGACARA CATATAN


Peringatan Para hadirin sekalian, majlis akan dimulakan sebentar sahaja KAMARUL
lagi.

Perarakan masuk Mengumumkan perarakan masuk 


pentadbir YANG BERBAHAGIA, TUAN GURU BESAR SK
TANJUNG PUTERI RESORT, CIKGU HJ JAIDI BIN
ALI, YANG DIPERTUA PIBG, EN. MOHD SHAH BIN
ALI HANAFIAH, diiringi GURU-GURU PENOLONG
KANAN serta para graduan pra sekolah, PPKI dan Tahun 6 FARAH
2022 SK Tanjung Puteri Resort.

Para hadirin dengan hormatnya dimohon berdiri.


Nyanyian lagu Kita mulakan majlis pada hari ini dengan Nyanyian lagu
Bangsa Johor, Bangsa Johor, diikuti lagu Negaraku dan seterusnya lagu
Lagu Negaraku Sekolah.
dan Lagu Sekolah
KAMARUL
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama tuan
puan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh
bersemangat. Warga dewan dipersilakan duduk.
Kata-kata aluan Salam sejahtera kami ucapkan,
pengacara majlis Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Muzik dialun sungguh indah,


Syair dan lagu puisi dendangkan, FARAH
Tetamu dinanti berkunjung sudah,
Selamat datang kami ucapkan.

Yang berbahagia,
CIKGU HJ JAIDI BIN ALI, GURU BESAR SK
TANJUNG PUTERI RESORT

Yang dihormati,
EN. MOHD SHAH BIN ALI HANAFIAH, YANG
DIPERTUA PIBG SK TANJUNG PUTERI RESORT

CIKGU NORAZAH BINTI MAT SARIF, GURU


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK TANJUNG
PUTERI RESORT

CIKGU HJ SHAHUDDIN BIN IBRAHIM,


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK
TANJUNG PUTERI RESORT

CIKGU ABDULLAH BIN KONOK,


GPK KO-KURIKULUM SK TANJUNG PUTERI
RESORT

CIKGU NORHAYATI BINTI KHAMIS, GURU


PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK
TANJUNG PUTERI RESORT

CIKGU WAN ASRANIZA BINTI ABD GHANI, GURU


PENOLONG KANAN PETANG SK TANJUNG PUTERI
RESORT

Penyelaras majlis graduasi pra sekolah, PPKI dan tahun 6 sesi


2022/2023, guru-guru, ibu bapa, murid-murid pra sekolah,
PPKI dan tahun 6 yang diraikan, serta sidang hadirin yang
dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah
KAMARUL
Sungguh manis si buah lokan,
Di beli dari pulau Mutiara,
Selamat datang kami ucapkan,
Awal bismillah pembuka bicara.

Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama pada pagi ini bagi
meraikan anak-anak pra sekolah, PPKI dan tahun 6 sesi
2022/2023 yang akan mengakhiri zaman pra sekolah dan
sekolah rendah mereka tidak lama lagi. Inilah saat paling
gemilang untuk kita memberi apresiasi atas kejayaan hasil
usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang
pengajian di SKTPR.

Doa Sayang kumbang di tasik keramat,


Terbang seiring di tepi kali,
Doa dibaca mohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis ingin FARAH
menjemput ADIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN
MACHMUD bagi mengetuai bacaan doa. Majlis
mempersilakan.

Amin…amin… ya rabb al-alamin…


Terima kasih diucapkan kepada ADIK MUHAMMAD
SYAFIQ atas bacaan doa sebentar tadi.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Persembahan
Lentera Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini,kami tampilkan
Mahawangsa satu persembahan daripada kumpulan Lentera Mahawangsa.
Dipersilakan. KAMARUL

Begitulan lontaran suara daripada Kumpulan Lentera


Mahawangsa yang dialunkan untuk kita. Untuk makluman
hadirin, persembahan tadi merupakan hasil garapan Cikgu
Noor Faiqah binti Othman dan CikguNurul Husna binti
Bahrun.

Ucapan YDP Sidang hadirin sekalian,


PIBG
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan  EN. MOHD SHAH BIN ALI FARAH
HANAFIAH, YANG DIPERTUA PIBG SK TANJUNG
PUTERI RESORT untuk memberikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada EN. MOHD


SHAH BIN ALI HANAFIAH, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Pengisytiharan Emas tempawan buat mu puteri,


pembukaan Busana indah buat kekasih,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Berilah kata simpulan kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian, FARAH

Kini, majlis mempersilakan CIKGU HJ JAIDI BIN ALI,


GURU BESAR SK TANJUNG PUTERI RESORT, untuk
memberikan ucapan, seterusnya mengistiharkan pembukaan
majlis graduasi pra sekolah, PPKI dan tahun 6 sesi 2022/2023.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas


pengisytiharan pembukaan sebentar tadi.
Penyampaian sijil Sidang dewan sekalian,
Khatam al-Quran
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Khatam al-
Quran bagi murid Tahun 6 sesi 2022/2023.

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput CIKGU WAN


ASRANIZA BINTI ABD GHANI, GURU PENOLONG
KANAN PETANG SK TANJUNG PUTERI RESORT KAMARUL
diiringi CIKGU ABDULLAH BIN KONOK, GPK KO-
KURIKULUM SK TANJUNG PUTERI RESORT untuk
menyampaikan sijil.
Dipersilakan.

Dijemput:
Wakil dari kelas 6 al-Khawarizmi.
Wakil dari kelas 6 al-Zahrawi.
Wakil dari kelas 6 al-Jazari.
Wakil dari kelas 6 al-Qurtubi.
Wakil dari kelas 6 al- Biruni.

Seterusnya dijemput penerima Anugerah Muazzin Terbaik

Anugerah Qurra’ terbaik disandang oleh Adik…..

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU WAN ASRANIZA


BINTI ABD GHANI dan CIKGU ABDULLAH BIN
KONOK atas kesudian menyampaikan sijil itu tadi.
Majlis graduasi Hadirin yang dimuliakan,
berlangsung
Majlis seterusnya adalah penyempurnaan graduasi kepada
murid-murid PRA SEKOLAH DAN PPKI SK TANJUNG
PUTERI RESORT bagi sesi 2022/2023. Untuk makluman
FARAH
SIDANG 1 hadirin sekalian, seramai 24 orang murid pra sekolah dan 5
murid PPKI yang akan menamatkan sesi persekolahan pada
tahun 2022 di SK Tanjung Puteri Resort dan menerima sijil
graduasi pada hari ini.
Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis
mempersilakan CIKGU NORHAYATI BINTI KHAMIS,
GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK
TANJUNG PUTERI RESORT dengan diiringi CIKGU HJ
SHAHUDDIN BIN IBRAHIM,
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK
TANJUNG PUTERI RESORT FARAH
untuk menyampaikan sijil kepada para graduan.

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU NORHAYATI


BINTI KHAMIS dan CIKGU HJ SHAHUDDIN BIN
IBRAHIM atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Penyampaian sijil Majlis diteruskan lagi dengan penyempurnaan graduasi kepada


untuk para murid-murid TAHUN 6 SK TANJUNG PUTERI RESORT
graduan bagi sesi 2022/2023. Untuk makluman hadirin sekalian,
seramai 144 murid yang akan menamatkan sesi persekolahan
KAMARUL
pada tahun 2022 di SK Tanjung Puteri Resort dan menerima
sijil graduasi pada hari ini.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan CIKGU


NORAZAH BINTI MAT SARIF, GURU PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN SK TANJUNG PUTERI
RESORT
SIDANG 2
dengan diiringi CIKGU WAN ASRANIZA BINTI ABD
GHANI, GURU PENENOLONG KANAN PETANG SK KAMARUL
TANJUNG PUTERI RESORT untuk menyampaikan sijil
kepada para graduan.

Mendahului senarai penerima sijil bagi murid Tahun 6,


dipersilakan Adik………

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU NORAZAH BINTI


MAT SARIF dan CIKGU WAN ASRANIZA BINTI ABD
GHANI atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Penyampaian sijil Bicara bukan sebarang bicara


untuk para Bicara beralun santapan puisi
graduan Gembira bukan sebarang gembira
Gembira menyambut hari graduasi,
Salam pembuka dihulur sudah,
Ayuh segera ke sidang kedua
SIDANG 3
Majlis penyempurnaan graduasi diteruskan lagi dengan FARAH
menjemput CIKGU HJ SHAHUDDIN BIN IBRAHIM,
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK
TANJUNG PUTERI RESORT diiringi CIKGU
NORHAYATI BINTI KHAMIS, GURU PENOLONG
KANAN PENDIDIKAN KHAS SK TANJUNG PUTERI
RESORT untuk menyampaikan sijil kepada para graduan.
Dipersilakan.

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU HJ SHAHUDDIN


BIN IBRAHIM dan CIKGU NORHAYATI BINTI
KHAMIS atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Persembahan Pra
sekolah Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita
sama-sama menyaksikan persembahan daripada kumpulan
pelajar Pra Sekolah SKTPR sebagai kenangan halwa telinga
untuk kita semua. Sama-sama kita saksikan persembahan anak KAMARUL
cilik ini.

Begitulah persembahan cilik yang comel dan menghiburkan


daripada pelajar-pelajar Pra Sekolah SKTPR. Untuk makluman
hadirin, persembahan tadi telah dibimbing oleh Cikgu Ibtisam
binti Hashim. Sekalung penghargaan atas persembahan
istimewa itu tadi.
Penyampaian sijil Pentas anugerah terhias indah,
untuk para Menanti graduan segak dan tampan,
graduan Berjubah kemas senyum tak sudah,
Berdiri gagah mara ke hadapan.

Majlis penyempurnaan graduasi diteruskan lagi dengan FARAH


menjemput CIKGU ABDULLAH BIN KONOK GPK KO-
SIDANG 4
KURIKULUM diiringi CIKGU NORAZAH BINTI MAT
SARIF, GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN
KHAS SK TANJUNG PUTERI RESORT untuk
menyampaikan sijil kepada para graduan. Dipersilakan.

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU HJ SHAHUDDIN


BIN IBRAHIM dan CIKGU NORHAYATI BINTI
KHAMIS atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
Penyampaian sijil Warga dewan sekalian,
untuk para
graduan Majlis graduasi diteruskan dengan menjemput EN. MOHD
SHAH BIN ALI HANAFIAH, YANG DIPERTUA PIBG
SK TANJUNG PUTERI RESORT diiringi CIKGU
ABDULLAH BIN KONOK,GPK KO-KURIKULUM SK
TANJUNG PUTERI RESORT untuk menyampaikan sijil KAMARUL
SIDANG 5
kepada para graduan. Dipersilakan.

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada EN. MOHD SHAH BIN ALI


HANAFIAH dan CIKGU ABDULLAH BIN KONOK atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Penyampaian sijil Sidang hadirin,


untuk para
graduan Majlis dengan ini menjemput CIKGU HJ JAIDI BIN ALI,
GURU BESAR SK TANJUNG PUTERI RESORT diiringi
CIKGU NORAZAH BINTI MAT SARIF, GURU
SIDANG 6 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK TANJUNG FARAH
PUTERI RESORT untuk menyampaikan sijil kepada para
graduan. Dipersilakan.

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU HJ JAIDI BIN ALI


dan CIKGU NORAZAH BINTI MAT SARIF atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.
Kata-kata take 5 Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kemenjadian murid kini
bukan hanya di ambil kira dari sebaris A di slip peperiksaan
sahaja. Tetapi juga diambil kira daripada pelbagai aspek.
Antaranya dari segi sahsiah, disiplin, kemahiran
berkomunikasi, keyakinan dalam menyampaikan idea dan lain-
lain lagi. Oleh yang demikian, pihak sekolah terutamanya
barisan pentadbir dan guru-guru tahun 6 sedaya upaya KAMARUL
menanamkan kemahiran -kemahiran ini melalui pelbagai
program dan aktiviti Pasca UASA dengan harapan murid-
murid yang keluar dari SKTPR mampu membawa diri mereka
dengan baik walaupun telah melangkah ke dunia baharu.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG


Anugerah
Pencapaian Bagi menyampaikan anugerah ini, dijemput sekali lagi
Terbilang CIKGU HJ JAIDI BIN ALI, GURU BESAR SK
TANJUNG PUTERI RESORT diiringi EN. MOHD SHAH FARAH
BIN ALI HANAFIAH, YANG DIPERTUA PIBG SK
TANJUNG PUTERI RESORT untuknaik ke atas pentas.

Penerima Anugerah Khas Pra Sekolah

Penerima Anugerah Khas Pendidikan Khas

Penerima Anugerah Khas Kurikulum


Dipersilakan, Adik……………………..

Anugerah Khas Ko-kurikulum

Anugerah Khas Hal Ehwal Murid

(Rujuk Lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada CIKGU HJ JAIDI BIN ALI


dan EN. MOHD SHAH BIN ALI HANAFIAH atas kesudian
menyampaikan anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan


kepada ibu bapa dan penjaga murid-murid pra sekolah, PPKI
dan tahun 6 atas sumbangan yang diberikan sepanjang anak-
anak berada di sekolah ini. Sila berikan tepukan yang
gemuruh..
KAMARUL
 Tahniah dan terima kasih diucapkan.
Perarakan keluar Warga dewan yang dimuliakan,
dewan
Diumumkan PERARAKAN KELUAR, TUAN GURU
BESAR SK TANJUNG PUTERI RESORT, Bersama
KAMARUL
YANG DIPERTUA PIBG, dan barisan guru penolong kanan
keluar dewan.

Hadirin mohon berdiri.


Dengan perarakan keluar sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini.
Majlis bersurai
Umpama memanjat dah sampai ke puncak,
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul FARAH
Yang menerima sudah menerima

Kami, wakil pihak pengurusan majlis graduasi pra sekolah,


PPKI dan Tahun 6 sesi 2022/2023 ingin memohon jutaan
kemaafan di atas keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah.. wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai